PROMO OCT- HOT SELLING ESP!

Tuesday, 12 May 2015

Cara Kuruskan Badan Dengan Hanya Minum Air
























Assalamualaikum

Bismillah..



Harini nak share ilmu mengenai khasiat air putih dalam membantu kita mendapat berat idaman



Amalan minum air putih bertujuan mengelakkan badan kita terhidrat atau kekurangan air. Tapi tak ramai yang suka minum air putih betul?




Jangan terkejut, memang ada kajian saintific yang membuktikan bahawa AIR DAPAT MENURUNKAN BERAT BADAN.


Saintis Dr Batmanghelidj menjelaskan bagaimana air berfungsi dalam proses kurus, dalam buku beliau berjudul:


“You Body’s Many Cries For Water: You’re Not Sick, You’re Thirsty” and “Obesity, Cancer And Depression: How Water Can Cure These Deadly Diseases”.





Jom ena kongsikan empat sebab mengapa air minuman dapat bantu mengurangkan berat badan:






1. Minum Air Mengurangkan Kelaparan



Otak kita tidak dapat menafsir 'dahaga'. Apa yg berlaku ,isyarat  lapar dan dahaga adalah sama.


Biasanya, jika lapar kita akan makan kan..maksudnya kita akan 'capai' makanan dulu dan bukannya air..


Bahaya ni!


Sebab anda boleh makan LEBIH BANYAK dari apa yang diperlukan badan


So, pastikan badan benar2 terhidrat ( cukup air) jadi, setiap kali rasa lapar, kita memang benar2 lapar dan bukannya dahaga. Penting untuk kita tahu bila masa kita benar benar lapar iaitu di mana waktu badan perlukan kalori untuk penghasilan TENAGA. JIka sebaliknya , makanan yang diambil akan bertukar menjadi LEMAK!



Ada kes di mana, situasi 'lapar' pada mulanya bertukar menjadi kenyang hanya selepas minum air sahaja...tu maksudnya  kita dahaga dan bukannya lapar;)




2. Air Memberi Tenaga yang Tiada Kalori kepada Otak



Otak kita adalah daya penggerak utama pengambilan cecair dan otak adalah organ yang paling banyak mengandungi cecair berbanding bahagia badan lain.


Jadi otak akan menerima impak (terhidrasi) terlebih dahulu jika berlaku kekurangan air di dalam tubuh


Selain glukos, air merupakan sumber tenaga kepada otak ( tenaga hidroelektrik yang terjana dari proses air merentasi membran plasma.,.teringat ena masa belajar dan mengajar subjek biologi SPM..hehe..tiada kalori terlibat dalam tenaga yg dijana oleh air;)


Oleh kerana sebahagian dari TENAGA otak berasal dari air, ia akan 'meminta' LEBIH air sekiranya badan kita sedikit terhidrasi.

 Tapi,

kita tidak dapat membezakan lapar yang betul2 dengan lapar yg sebenarnya adalah HAUS. So, kita pon makan la kan.


Sudahnya, otak dapat lebih makanan instead of AIR.


Ye, otak memang akan gunakan makanan yang kita ambil tu untuk diproses menjadi TENAGA tetapi,otak kita kecik je..so lebihan makanan tadi akan ditukar menjadi LELEMAK!


So, dah nampak kan??

kaitan lemak dan air dalam badan ni.


Solusinya, kalau lapar, SILA MINUM AIR DULU..kalau still lapar, baru lah ambil makanan k



3.Air Mengaktifkan Enzim Pembakaran Lemak dalam Badan





Pemecahan lemak bergantung kepada kuantiti air.

Enzim pemecah lemak dipanggil lipase.



Ibaratnya begini;

LEMAK = dinding batu bata
LIPASE= pahat yang menghilangkan batu bata satu persatu


'Batu bata' ini yang akan bebas bergerak di seluruh badan untuk membakar lelemak bagi menghasilkan TENAGA.


Lipase memerlukan air dalam bekalan yang baik untuk bekerja dengan baik.

Lemak + air + Lipase = Asid Lemak


Asid Lemak adakah unit2 kecil lemak dan saiz nya efisen untuk di serap ke dalam sel2 badan untuk digunakan sebagai TENAGA.

Semakin banyak AIR, semakin mudah ASID LEMAK diserap ke dalam sel2 badan dan makin banyak ia ditukarkan kepada TENAGA


 atau dengan bahasa yang lebih senang difahami, semakin mudah LEMAK TERBAKAR!

Lelemak habis terbakar makan KURUS lah impaknya!;)

seronok bukan?





4. Minum Air Meningkatkan Tahap Tenaga



Ok, cuba bayangkan pokok yang kelayuan kekurangan air..daun dan batang menjadi lembut dan lemah.. lepastu bayangkan pula pokok yang sama TERHIDRAT  ( diberi air yg cukup) , daun dan batang kembali SEGAR kan.


Sama juga lah dengan badan kita ni.


Apabila badan anda TERDEHIDRAT (kurang air), air akan keluar dari ambil dari sel-sel anda untuk menjaga peredaran dan fungsi sistem dalam  tubuh kita yang optimum.


Akibatnya sel akan 'mengecut' dan seluruh badan akan mejadi lemah tidak bertenaga.


Masa yang paling penting untuk minum air adalah apabila bangun kerana kita sedang mengalami
dehidrasi ketika itu


Pastikan minum segelas air putih sebelum minum apa-apa ' dehydrating drink'  seperti kafein.

Dan dalam sehari, kita dinasihatkan untuk minum sekurang kurang nya 8 gelas air putih atau 2-3 Liter air.


Jika nak CEPAT KURUS,  ena nasihatkan ambillah 4 Liter air sehari ye;)

Dengan meminum jumlah ini kita akan menjaga otak dari terhidrat dan  rasa lapar yang kita alami adalah lapar sebenarnya, bukan HAUS.




Till then,

Ikhlas berkongsi,




Terima kasih kerana sudi membaca Cara Kuruskan Badan Dengan Hanya Minum Air.

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!
Jemput klik BANNER di atas atau Wassap 0177172868 untuk baca REVIEW PERCUMA (39 m/s) 111 Formula Rezeki Melimpah Ruah