KENAPA ENA BEGITU SERIUS BERNIAGA?

Assalamualaikum.Bismillah..

apa khabar semua.

alhamdulillah hari ni hari isnin..ena sukaaaaa sangat2 hari isnin,sebab tak sabar2 nk kembali BEKERJA setelah 2 hari focus kepada famili ( wiken) yg kedua hari kesukaan ena ialah hari jumaat..yg ketiga adalah hari yg lain2.hihi.

antara aktiviti weekend kami:


Melawat mommy aeisya ( makcik susuan aeisya) di HUKM


Melawat 'baby shaklee' di Bandar Baru Bangi



baiklah...


apa yang ena nak katakan di sini ialah...ena nk share satu artikel yg DAO email pada ena pagi tadi. pagi isnin semangat buka email.hehe

.

mengenai SERUAN BERNIAGA.




-------------------------

http://azizanosman.com/wp-content/uploads/2014/11/kuasa_tindakan.jpg

Alhamdulillah kita semua telah memasuki bulan ke 11 untuk 2014 dan bulan pertama untuk tahun baru Islam. 14 haribulan ini maka genaplah umur saya 40-tahun. Alhamdulillah terlalu banyak nikmat yang diberi olehNya dan malu saya dengan Allah swt kerana Dia Sangat Baik kepada saya.

.


Saya amat bersyukur kerana baru-baru ini kami menyambut tahun baru hijrah minggu lepas, di mana saya kali ini Alhamdulillah dapat berkumpul bersama hampir 4,000 orang peserta ketika program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) di Mines Convention Center bersama membaca doa hujung tahun dan awal tahun serta solat bersama. Nikmat, nikmat! Syukur Alhamdulillah.

.


Selepas tamat program 4-hari IMKK minggu lepas, saya banyak berada di pejabat minggu lepas kerana kami sedang membuat persediaan bajet syarikat serta perancangan organisasi menjelang 2015-2017, ia adalah sebahagian daripada perancangan organisasi dibawah sasaran matlamat Richworks 2021.

.


Ibu saya admitted hari Rabu lepas kerana masalah kuman di paru-paru, tapi Alhamdulillah semakin pulih.

Alhamdulillah Jumaat lepas, saya dapat bertemu hampir 2,000 peserta di Johor Bahru untuk program Klinik Usahawan & Pelaburan Dr Azizan Osman - Mudahnya Berniaga. Dan Ahad pagi hari ini pula, saya berpeluang bersama hampir 2,000 peserta di Berjaya Times Square KL pula untuk program yang sama.

..

Semalam saya berpeluang menghadiri mesyuarat agung tahun pertama Koperasi Permodalan Usahawan Selangor Berhad, ia merupakan sebuah koperasi yang diasaskan oleh saya sendiri lebih setahun yang lalu di dalam usaha saya membantu anak bangsa saya khususnya anak murid saya agar mereka dapat bersama-sama melabur serta mempunyai pegangan saham di dalam pelaburan hartanah terutamanya hartanah lelong yang amat berleluasa sekarang ini.

.


Di setiap sesi perkongsian saya minggu ini, banyak perkara yang saya kongsikan tetapi mainly saya berkongsi tentang cabaran ekonomi & kewangan global yang sedang berlaku serta cabaran lebih dahsyat menjelang 2015 hingga sekurang-kurangnya 2017. Saya telah lama menjangkakan "ecomomic bubble" bakal meletus seantero dunia dengan kadar inflasi yang tidak diumumkan adalah sangat tinggi terutamanya di kawasan bandaraya. Itu bermaksud, kemampuan kuasa membeli mereka yang berada di kawasan bandar akan semakin susut. Maksudnya juga, jika pendapatan anda di bawah RM3,500 sebulan di bandar, anda adalah kategori miskin bandar.

.


Perjuangan saya sejak 6 tahun lepas adalah mengajak anak bangsa saya berniaga melalui perkongsian ilmu dan pengalaman bagaimana Richworks membina organisasi kami serta bagaimana saya terlibat membantu banyak syarikat kecil, sederhana dan besar sejak tahun 2001 di dalam pelbagai industri untuk meningkatkan jualan syarikat mereka. Pengalaman 14 tahun di dalam industri pengiklanan dan pemasaran strategik serta memiliki syarikat agensi pengiklanan berakreditasi banyak memberikan saya "hands-on" experience membina jenama serta peningkatan jualan untuk pelbagai jenis produk dan brand.

.

Tahun 2015, saya melihat keadaan ekonomi yang lebih mencabar terutamanya buat mereka yang berpendapatan tetap serta rendah atau sederhana. Cabaran melangsaikan hutang-hutang di insitusi kewangan serta non-performing loan untuk kereta, kad kredit serta hartanah juga akan meningkat.

.

Polisi kerajaan di dalam melaksanakan GST akan memberikan sedikit bahang di dalam senario ekonomi kepada masyarakat secara umumnya walaupun ianya bagus untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju sedikit masa lagi.


.


Polisi PTPTN yang bakal mengetatkan syarat pembayaran semula pula akan memberikan cabaran berat terutamanya kepada 2/3 peminjam yang rata-ratanya anak bangsa saya.

.

Saya selalu sebutkan di dalam kelas-kelas perniagaan saya, jika kita tidak bertindak merubah keadaan ekonomi kita dengan berniaga serta meningkatkan pendapatan kita dengan segera, suka atau tidak, kita akan menghadapi tekanan ekonomi yang mampu memberi kesan kepada banyak perkara. Kesan kepada perhubungan rumahtangga, kesan kepada anak-anak serta peningkatan kadar stress.

.


Duit memang bukan segala-galanya, tetapi duit adalah alat yang bagus jika digunakan dengan baik. Ia dapat memberikan manfaat kepada ramai orang untuk kejayaan dunia dan akhirat.

.

Bila saya kata, jom berniaga, ramai yang kata saya poyo! Anda nak tahu saya poyo atau tidak, anda tunggulah sedikit masa lagi, bila segala kos harga barang meningkat tetapi gaji anda tidak meningkat, bila kadar pinjaman meningkat, bila kos hartanah meningkat lagi, bila sewa rumah meningkat lagi, bila kos isi minyak meningkat lagi, bila kos nak kahwin meningkat lagi..... Masa itu kita tengok siapa poyo.

.


Sesiapa yang pernah hadir ke Klinik Usahawan yang kami adakan pasti tahu, apa yang saya kongsikan tentang ilmu dan pengalaman saya membina perniagaan saya serta bagaimana saya membantu beribu-ribu anak murid saya Alhamdulillah telah banyak membuka minda ramai untuk meningkatkan pendapatan mereka dengan memulakan perniagaan sehingga ramai yang telah membuat beberapa juta ringgit setahun dalam pelbagai bisnes.

.

Bukan semua orang faham apa yang saya cuba kongsikan di sini. Siapa yang faham dan bertindak, Insya Allah akan nampak peluang yang akan wujud di sebalik cabaran ekonomi yang lebih dahsyat nanti.

.

Akhir kata, saya selalu sebutkan perkara ini, jika kita mati esok hari, tidak banyak isu yang kita perlu fikirkan tetapi jika belum sampai masanya, suka atau tidak, kita mesti melakukan persediaan. Nak hidup pun kena bersedia di samping bersedia dengan kematian.

.

Apa sahaja yang saya kongsikan di sini adalah mengikut ilmu dan pengalaman saya berniaga serta menghadapi pelbagai cabaran ekonomi sejak 1995.

.

Jika anda merasakan yang anda ingin lebih memahami dan ingin belajar bagaimana memulakan perniagaan, saya mencadangkan agar anda buat tindakan segera untuk mencari ilmu berniaga.



---------------------------------------

apa yang ena boleh nasihatkan ialah:

berniaga la secara PART TIME/ FULL TIME. dan berniat la untuk full time bisnes suatu hari nanti kerana Nabi kita berniaga secara full time ( its sunnah!)


.


ada benarnya apa yang DAO katakan.. sebenarnya sedikit sebanyak keadaan ekonomi dan  politik di Malaysia sedikit sebanyak mempengaruhi kewangan pribadi dan keluarga setiap rakyat samada yang tinggal di bandar atau kampung!

.

mana ena tahu?

.



kerana saban hari ena menerima pm/email dari penjawat awam/swasta/surirumah/penganggur malah student yang mengadu keadaan kewangan mereka yang mana dah mula effect pada hubungan kekeluargaan. yang mengejutkan ena, ada antara pengadu, berpangkat pegawai kerajaan yang berkelulusan Master dan PHD!


rasa berdosa jika tidak kongsikan dengan anda yang ena dah anggap seperti keluarga sendiri.

.

pendek kata....BERNIAGALAH..yang dah mula, BE KONSISTEN..yg belom, MULA KAN SEKARANG..nak bina kredibility sendiri perlukan masa juga. so, BERTINDAK la secepat yang mungkin.


FAST ACTION FAST RESULT!

kredit to: http://azizanosman.com/kunci-kejayaan-perniagaan-adalah-ilmu-kuasa-tindakan/

--------------------------

anda ingin BERNIAGA tapi tidak tahu BAGAIMANA untuk bermula ?

ena sedia membantu!

jana pendapatan sambilan HANYA  dari rumah.

Your Shaklee Independent Distributor,

ID: 960982
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com
COD area: BB Bangi dan sekitar


Post a Comment

0 Comments