Rahsia La Haula Wala Quwwata Illa Billah

Bismillah, Assalamualaikum sahabat2 syurga ena
Apa khabar?


La Haula Wala Quwwata Illa Billah - Tanaman Syurga

Entry kali ini ena ingin kongsikan Rahsia di sebalik bacaan  La Haula Wala Quwwata Illa Billah... ena pasti , tidak kira siapa kita, seorang guru, ibu, bapa, pelajar, usahawan, bos di institusi kerajaan atau bos di institusi swasta, kita tidak terlepas dari berdepan dengan perasaan marah, bimbang, takut, tidak tenang dan pelbagai lagi penyakit hati.


Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan”

(Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)


La Haula Wala Quwwata Illa Billah bermaksud tidak ada daya dan kekuatan kecuali kekuatan Allah.

RAHSIA BACAAN La Haula Wala Quwwata Illa Billah 


  • Boleh mengubati penyakit lupa. Syaitan juga memainkan peranan dalam membuatkan manusia lupa. Berzikirlah untuk mengingati Allah, ucaplah kalimah La Haula Wala Quwwata Illa Billah agar Allah melindungi kita daripada gangguan syaitan yang menyebabkan kita lupa.


 PERISTIWA ISRA' MI'RAJ DAN BACAAN La Haula Wala Quwwata Illa Billah 




Semasa peristiwa Israk Mikraj, kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda,
“Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH."

Bahkan Allah jugalah yang memperjalankan Rasulullah s.a.w. pada malam itu. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daripadaNYa.

Isra Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Semasa menjawab azan, pada perkataan hayya alas-solah (marilah mengerjakan sembahyang), maka pada kalimah ini, hendaklah kita mengatakan “la haula wala quwwata illa billah”(tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah). Orang yang mendengar azan pun tidak mampu ke masjid sekiranya tidak ada pertolongan dari Allah. Oleh itu mintalah pertolongan darinya dengan menyebut “la hau la wala quwwata illa billah..

KAITANNYA DENGAN USAHAWAN MODEN

Perasaan takut, bimbang, sedihn adalah normal dalam menharugi cabaran sebagai seorang usahawan sama ada kita bisnes fulltime atau part time.

Dengan memahami makna bacaan yang mulia ini, ena seru sahabat usahawan sekalian untuk rutinkan bacaan "LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". pada setiap hari.

sekurang kurangnya 100 kali sehari. boleh ke boleh?
anda mahu sahut cabaran dan seruan ena?


Tasbih Digital

Sedikit tips dari ena untuk kita sama2 rutinkan dan jadikan bacaan ini sebagai zikir harian kita.


  • Gunakan TASBIH DIGITAL yang boleh disarungkan pada jari. Mudah dan seronok berzikir dengan e-counter ini. Hati2 kerana anda pasti 'addicted' dengan tasbih ni. tak boleh stop berzikir tau..hihi. Bagus kan?


Selamat beramal;)

Assalamualaikum.

Your Shaklee Independent Distributor,

ID: 960982
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com
COD area: BB Bangi dan sekitar


Post a Comment

0 Comments