9 'Akibat' Mandi Awal Pagi

Aeisya and froggy ketika mandi manda di Langkawi

Assalamualaikum, Bismillah.

Heading entry dah gambar aeisya mandi..hehe..ini pagi tau, kesian aeisya terketar2 mulut. sudahla pagi berangin plak tu. setengah jam je dapat tahan lepastu naik bilik hotel . nak cerita pasal mandi AWAL  pagi.

Teringat kat nenek ena , sebelum subuh dah siap mandi dah, patutla sihat sampai sekarang.

Artikel ni ena terjumpa  sewaktu 'blogwalking'. menarik ! selama ni liat nya kita nk mandi pagi terutama pagi hari cuti..hihihi..

Ok jom kita layan MANFAAT mandi awal pagi atau sebelum subuh

1) Meningkatkan peredaran darah. 

Air yang mengalir semasa kita mandi pagi ini adalah baik untuk peredaran darah kita dan ia juga melegakan ketegangan di otot dan sendi kita. Ia juga membantu merangsang penyembuhan dan mengurangkan keradangan otot.

 2) Meningkatkan imuniti badan. 

Mandi awal pagi merangsang sistem badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang mana bertindak sebagai ‘askar tentera’ kita terhadap virus dan penyakit.

Bagi ena, imuniti sangat la penting terutama bagi seorang ibu yang akan menguruskan anak2, suami dan rumah tangga. apa yang ena amalkan, ena mengambil cadangan Set Imuniti yang terdiri daripada Nutriferon, Vita C Sustain Released dan Vivic.

3) Mengurangkan stres.

Jika seseorang itu bangun pagi dengan degupan jantung yang laju, ia adalah tanda-tanda orang itu sedang mengalami stres. Untuk mengatasi masalah ini,hendaklah mandi pagi dan lebih baik menggunakan air yang sejuk. Dengan meratakan air ke seluruh badan, ia dapat memastikan semua bahagian badan mendapatkan oksigen yang mencukupi sekaligus dapat menghilangkan stres.

Nak lagi best, ambil la B complex a.k.a natural 'pain killer'

 4) Melegakan batuk.

Untuk sesiapa yang batuk ni,tak tahan mandi dengan air sejuk,boleh guna air panas untuk hilangkan batuk. Hidupkan air panas dan tutup pintu bilik mandi untuk beberapa minit. Wap dari air panas akan membantu menghilangkan kahak dan mukus dalam masa beberapa minit.

 5) Meningkatkan kesuburan.

Yang ini untuk pasangan yang sudah berkahwin ye. Kajian menunjukkan pengeluaran sperma lelaki meningkat dengan ketara selepas mandi dengan air sejuk pada awal pagi., manakala pancuran mandian air panas mempunyai kesan yang sebaliknya. Selain itu, ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

Cara untuk tingkatkan kesuburan dari dalam, ena cadangkan supaya mengambil supplimen Vivix,Vita E Complex,Zinc Complex, GLA Complex, Energizing Soy Protein dan Alfalfa


6) Bertindak sebagai pemanas badan segera.

Bagi mereka yang lebih suka melakukan senaman pagi berbanding dengan selepas kerja,sebaiknya mandi dengan air suam terlebih dahulu. Ini dapat melonggarkan otot-otot yang tegang selepas tidur semalaman.

 7) Memperbaiki rambut.

Yang ini khusus untuk sesiapa yang mengalami keguguran rambut tahap melampau. Dengan menggunakan air yang sejuk untuk mandi di awal pagi, ini dapat membantu menguatkan akar rambut dan melindungi kutikel rambut. Sebaliknya kalau mandi dengan air panas, ini akan merosakkan strektur rambut.

Penjagaan kesihatan rambut dari dalam, boleh la mencuba rangkaian product Prosante,Zinc Complex, Vivix dan Energizing Soy Protein.

8) Mengurangkan risiko darah tinggi

Bagi yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

9) Kulit lebih lembut dan halus pada waktu pagi

selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

credit to zaujahzauj dan aura-hikmah

Wahh banyak juga kan 'akibat' positif mandi awal pagi ni. Ok lepas ni tak mahu liat mandi pagi lagi tau.hihi


Your Shaklee Independent Distributor,

ID: 960982
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com
COD area: BB Bangi dan sekitar


Post a Comment

0 Comments