Monday, 2 December 2013

Mengapa Perlu Minum Banyak Air Jika Ambil Suplimen.

assalamualaikum , bismillah...

jika nak cerita kelebihan AIR memang la banyak..yang kite perlu tahu, minum BANYAK AIR untuk sihat, untuk kurus dah juga untuk cantik..ye, untuk cantik juga..kalau tak sihat dah tentu nampak tak cantek kan.



Bagi pengamal2 supliment terutama customer2 saya, saya akan nasihatkan minum air sekurang2 nya 3 L sehari! nampak banyak bukan? sebab nya, air sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengawal suhu tubuh, sebagai pelarut (melarutkan mineral vitamin asid amino dan glukosa), pelincir dalam sendi, penyerap hentakkan (di saraf tunjang), meningkatkan kadar metabolisme tubuh dan juga untuk menyahtoksik bahan buangan (melalui peluh dan air kencing)



Fakta-fakta yang perlu diketahui tentang kaitan air dan supplement semulajadi Shaklee:

·                     Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.

·                     Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula. Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.

·                     Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?


Oleh itu, pengambilan air dalam sehari perlu ditambah lebih daripada kadar biasa. Jumlah air yang dicadangkan adalah 3 LITER air( air masak@air mineral@air R.O= air mutlak).







Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan TIDAK MENGAMBIL AIR BANYAK SEKIRANYA TIDAK MENGAMBIL SEBARANG SUPPLEMENT. Ini kerana kadar air yang berlebihan dalam badan akan menyebabkan pencairan nutrien dalam badan kita seterusnya mengakibatkan beberapa kesan negatif pada tubuh badan kita. Dalam beberapa keadaan yang lain, air yang berlebihan juga boleh mengurangkan susu badan.


Bagi yang dah biasa minum air masak dengan banyak, memang tiada masalah. Tapi bagi yang tak biasa atau tak berapa suka nak minum air masak, 3 liter sehari mungkin menjadi sedikit masalah.



tips bagaimana untuk memastikan anda cukupkan syarat 3 liter air masak dalam sehari
  • Bangun tidur, sebelum buat apa-apa, minum segelas air masak : 250ml
  • Selepas mandi, sembahyang Subuh dan settle apa yang patut, minum segelas air masak, lepas tu baru keluar rumah (pergi kerja atau kelas) : 250ml
  • Pastikan anda minum sekuarng-kurangnya 1 liter sebelum lunch dan 1 liter selepas lunch. Mesti boleh punya, anda ada masa lebih kurang 5 jam untuk habiskan setiap 1 liter. Saya biasanya kat office pun dah minum sampai 3 liter   
  • Jika anda bekerja, sediakan tumbler yang size 1 liter tu di atas meja office anda.  
  • Jika anda student, sila bawa tumbler ini di dalam beg anda ok:)
  • Balik kerja atau balik kelas, minum segelas air : 250ml
  • Sebelum tidur, minum segelas air masak : 250ml

Alhamdulillah, cukup dah pun 3 liter. Mudah kan? Tu belum campur air masak yang kita minum time makan supplemen tu. Siapa yang rasa susah nak cukupkan 3 liter sehari, boleh cuba tips ni ok. Mula-mula mungkin tak biasa, tapi bila dah jadi rutin, small matter je 3 liter air masak ni.Sedar-sedar, lebih 3 liter dah pun nanti.


Your Shaklee Independent Distributor,
ID: 960982
Fb: Aeinna Musa
Fb page : Precious Vitamee
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com


Terima kasih kerana sudi membaca Mengapa Perlu Minum Banyak Air Jika Ambil Suplimen..

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.