Doa Tawakkal Pada Allah Setiap Masa

Doa Tawakkal Pada Allah Setiap Masa

Jom Kita amalkan selalun doa tawakkal kepada Allah ini



Doa Tawakkal Pada Allah Setiap Masa | Assalamualaikum. Tawakkal pada Allah Tuhan kita Yang Satu Yang Maha Esa, Yang Maha Kaya Lagi Berkuasa atas segala sesuatu.


Bertawakal hanya kepada Allah saja. Allah berfirman: “Dan kepunyaan Allah-lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah Dia, dan bertawakallah kepada-Nya. Dan sekali-kali Rabb-mu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan.” (QS. Huud: 123).



Tawakkal adalah kunci kepada ketenangan jiwa seterusnya meraih kebahagiaan dunia akhirat

Tawakkal ni bermaksud sandaran kita . Pada siapa kita bersandar atau bergantung. Jika sesama manusia maka kita akan menyesal atau rugi tapi kalau pada Allah sahaja pergantungan kita 100%, insyaALLAH kita tidak akan menyesal malah mendapat kerbekatan hidup dunia akhirat

Orang yang bisnes perlu tawakkal, dan tawakkal orang yang bisnes seharusnya lebih tinggi lah sebab mereka tiada majikan atau gaji tetap yang dijanjikan setiap bulan. Strategi dan perancangan yang rapi, usaha serta tawakkal kepada Allah perlu seiring .

Ada satu formula atau sifir kekna nk kongsikan khas buat orang bisnes dalam meraih kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat iaitu


  1. Yakin
  2. Yakin
  3. Yakin
  4. Yakin
  5. Yakin
  6. Yakin
  7. Yakin
  8. Yakin
  9. Yakin
  10. Usaha

Apa yang anda belajar dari sifir/formula ini? yes!. Tawakkal kepada Allah bermakna kita serah segala urusan kita kepada Allah dan YAKIN Allah pasti bantu dan bimbing kita ke arah jalan yang betul dan benar. Sehingga 9 kali Yakin tu bermakna , 90% tawakkal atau yakin dengan Allah dan selebihnya lagi 10% barulah kita 'bersandar' pada usaha


Usaha pon penting juga jangan tak usaha langsung.


Antara yang menunjukkan bahwa tawakkal kepada Allah tidaklah berarti meninggalkan usaha adalah sebuah hadits. 


Seseorang berkata kepada Nabi ShollAllahu ‘alaihi wa sallam, “Aku lepaskan untaku dan (lalu) aku bertawakkal ?” Nabi bersabda, “Ikatlah kemudian bertawakkallah kepada Allah.” (HR. Tirmidzi dan dihasankan Al Albani dalam Shohih Jami’ush Shoghir). 


Dalam riwayat Imam Al-Qudha’i disebutkan bahwa Amr bin Umayah RadhiyAllahu ‘anhu berkata, “Aku bertanya, ‘Wahai Rosululloh!! Apakah aku ikat dahulu unta tungganganku lalu aku berTawakkal kepada Allah, ataukah aku lepaskan begitu saja lalu aku bertawakkal?’, 

Beliau menjawab, ‘Ikatlah untamu lalu bertawakkallah kepada Allah.”

(Musnad Asy-Syihab, Qayyidha wa Tawakkal, no. 633, 1/368)



 Tapi percayalah , usaha kita hanya jadi asbab KECIL pada rezeki yang kita dapat harini.  Selebihnya adalah rahmat dari Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih pada semua hambaNYA  

Jadi, 


Sepertimana seorang yang berniaga bertawakkal pada Allah, kita yang bekerja dengan majikan walaupun jumlah gaji sudah pon dijanjikan pada setiap bulan, Namun mariklah kita bertawakkal dengan sebenar benara tawakkal kepada Allah. Walau kerjaya kita dijamin oleh Kerajaan sekalipon percayalah tiada yang lebih terjamin dari jaminan Allah Taala. 

Jom jemput rezeki dengan KUNCI REZEKI tawakkal. Yang bekerja tetap mana tahu tiba tiba takde inagin takde ribut bos tawarkan kenaikkan pangkat. Urusan sepanjang bekerja sangat mudah sebab keberkatan amalan kita yang tawakkal (bergantung harap hanya pada Allah) itu tadi


Yang bisnes pula mana tahu tiba tiba ada syaraikat gergasi yang nak join venture dengan kita, nak suntik modal berjutaan ringgit? Siapa tahu kan? Allah tu Maha Berkuasa serta KAYA dan mudah  bagi DIA untuk beri rezeki melimpah ruah pada siapa DIA kehendaki.

insyaALLAH semoga sedikit perkongsian kekna ni beri semangat hidup serta motivasi luar biasa dalam setiap pekerjaan kita sehari hari

kongsikan jika bermnafaat ye


jumpa di next entry




Aeinna Musa
0177172868
Direct Wassap : http://Kekna.wasap.my/ atau http://KedaivitaminBKP.wasap.my/
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia






Post a Comment

0 Comments