Nephrotic Syndrome dan Perawatan

Nephrotic Syndrome dan Perawatan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Ada seorang pembaca yang bertanya mengenai Nephrotic Syndrome di dalam ruangan chat baru-baru ini (Puan Haza).

Kemungkinan ramai di kalangan kita yang tidak tahu apa itu nephrotic syndrome dan mungkin berminat untuk mengetahuinya. Oleh kerana saya pernah bertugas di bahagian Nephrology selama beberapa bulan di HKL beberapa tahun yang lalu, mungkin saya boleh mencuba menjawab soalan ini. Saya harap artikel ini mendapat manfaat dan menambah pengetahuan kita bersama, InsyaAllah.

DEFINISI

Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.

Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.


PENYEBAB?

Nephrotic syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrome kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic).

Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis.

PATHOPHYSIOLOGY

Pengeluaran protein melalui air kencing atau PROTEINURIA menyebabkan badan akan kehilangan banyak protein dari dalam darah atau HYPOALBUMINEMIA.


Kekurangan protein di dalam salur darah menyebabkan AIR keluar dari dalam salur darah ke dalam tisu badan. Ini menyebabkan kebengkakan muka, tangan dan kaki yang dipanggil EDEMA atau bengkak air. Hati juga mula menghasilkan lebih banyak lemak di dalam darah sebagai reaksi kehilangan protein maka terjadilah HYPERLIPIDEMIA atau lemak berlebihan di dalam darah.

GEJALA?


Nephrotic syndrome menyebabkan pengidapnya menjadi lemah dan tidak bermaya. Kencing mereka menjadi berbuih-buih. Mata dan muka kelihatan bengkak pada waktu pagi setelah bangun dari tidur dan kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri. Perut kembung, sakit perut dan cirit-birit juga boleh berlaku.


sumber


Post a Comment

1 Comments

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!