Tuesday, 7 July 2015

10 Malam Terakhir Ramadhan - Peluang 'Bertemu' Malam Lailatul Qadar



Pencarian Malam Lailatul Qadar bermula !



Assalamualaikum...alhmdulillah dah masuk puasa ke 20 dah kita kan..kejap je masa..rasa sayu je bila teringat lagi 10 hari ramadhan akan tinggalkan kita.



Apa yang istimewa 10 malam terakhir Ramadhan ialah di dalam nya terdapat MALAM LAILATUL QADAR.



Hadith Nabi menyebut:-

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان

Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Menurut Ustaz Zaharudin, malam Al-Qadr memberi kita peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah. JOm berusaha!





Jom sama2 berdoa agar diberikan rezeki untuk 'bertemu' malam yang terbaik dari 1000 bulan

Amalan 10 malam terakhir Ramadhan

 

  • Solat Tahajud
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat sunat hajat
  • Solat Witir
  • Berdoa
  • Mengaji Al quran
  • Berzikir

 

Amalan wanita yang sedang haid/nifas  di 10 malam terakhir Ramadhan

 

  • Membaca terjemahan Al quran
  • Berzikir
  • Mendengar bacaan ayat suci al quran sama ada dari suami, adik beradik atau dari kaset
  • Berdoa 

 Jom kita sama pasang 'fullgear' untuk kejar dan beramal sebanyak mungkin. berniat lah untuk mendapatkan KEREDHAAN Allah semata2..

insyaAllah kita semua sentiasa di bawah lindungan yang Esa.



semoga bermanfaat,


Terima kasih kerana sudi membaca 10 Malam Terakhir Ramadhan - Peluang 'Bertemu' Malam Lailatul Qadar.

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.