PROMO OCT- HOT SELLING ESP!

Wednesday, 6 May 2015

10 Tips Menjadi Usahawan Berjaya



Assalamualaikum WTB || Selawat dan salam pada Nabi Muhammad SAW

semoga pengunjung blog ena da family anda semua di bawah lindungan keberkatan Allah sentiasa.

Di bawah ini ialah 10 TIPS USAHAWAN yang Tn Bukhari kongsikan dalam Kelas Clorox Bisnesnya

Ena kongsikan di sini kerana ena rasa ia sangat2 bermanfaat. 

Kata beliau lagi, sebenarnya masalah kita bukan pada masalah luaran dan teknikal seperti cara buat ayat iklan, cara buat iklan Facebook, cara close sales dan sebagainya.

Semua teknik itu boleh dipelajari.

TAPI...

Semua teknik itu tidak akan berguna kalau 'dalaman' diri kita tak diperbaiki.

Secara tidak sedar kita dah SABOTAJ kejayaan kita atau DOWNGRED potensi diri sendiri.



Tapi... lebih kepada masalah diri sendiri.



1. Secara fitrahnya, kita takut dengan matlamat besar atau perkara baru yang kita tak pernah buat kerana kita mahu selamat.



Matlamat atau idea besar mencabar keselesaan dan 'kelangsungan' hidup.



2. Risiko sentiasa ada. SEDAR akan kewujudan risiko.


Berdamai dan terima kewujudan risiko.

Selagi kita tak boleh terima kewujudan risiko, secara tak sedar, kita cuba lari daripadanya.

Dan... secara tak sedar, kita lari dari kejayaan!



3. Motivasi turun naik. Takkan kita nak mengalah kerana itu.


Pagi makan pun, tengah hari dah lapar. Takkan kita nak kata "malas la nak makan, makan pun nanti lapar balik!"



4. Cara pilih tok guru mana nak ikut, ilmu mana nak belajar, kelas mana nak pergi: nilaikan ilmunya.


Jangan terpedaya dengan:
- hype
- janji manis
- testimoni
- status selebriti
- masuk surat khabar atau TV

Kita pergi kerana ilmu. Nilaikan ilmunya.



5. Cara pilih tok guru mana nak ikut, ilmu mana nak belajar, kelas mana nak pergi: pastikan kena dengan apa yang kita mahu capai.

Jangan kejar ilmu secara buta tuli.

Ya, ilmu itu bagus.

Tapi... ilmu tanpa amal ibarat... (boleh sambung sendiri).

Makan berpada-pada. Jangan sampai kembung atau sakit.

Telan ilmu juga berpada-pada. Jangan sampai lumpuh otak tidak boleh berfikir dan badan tak boleh bertindak.



6. FOKUS: buat satu perkara. Tetapkan apa mahu buat. Tetapkan indikator progres. Buat.




7. FOKUS: pilih satu 'one metric that matters' (OMTM). KLIK DI SINI untuk mengetahui maksud OMTM ni.

Ukur satu metrik ini sahaja. Metrik lain hanyalah sekadar penyumbang kepada metrik OMTM ini.



8. Cara pilih tok guru mana nak ikut, ilmu mana nak belajar, kelas mana nak pergi: pastikan selari dengan OMTM.



Kalau tiada kaitan dengan OMTM, abaikan!



9. Percaya kepada sistem. Pilih satu pelan. Pilih satu OMTM.



Buat!

Percaya kepada perjalanan ini.

Jangan:
- putus asa di tengah jalan
- mabuk dan lalai dengan perkara lain yang menyesatkan



10. TRACK perjalanan dengan indikator progres.


Supaya kita tahu kita di jalan yang betul.

Supaya kita tak patah balik bila dah dekat dengan destinasi hanya kerana kita sendiri tak tahu progres



 ikhlas berkongsi,


Terima kasih kerana sudi membaca 10 Tips Menjadi Usahawan Berjaya.

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!

111 FORMULA MAGNET REZEKI & BEBAS HUTANG!
Jemput klik BANNER di atas atau Wassap 0177172868 untuk baca REVIEW PERCUMA (39 m/s) 111 Formula Rezeki Melimpah Ruah