Percutian Shaklee Percuma Namun Sangat Mewah | Aeinna Musa



Percutian Shaklee Percuma Namun Sangat Mewah | Aeinna Musa. Percutian Mewah Shaklee boleh merupakan pengalaman yang sangat mengujakan bagi pemimpim shaklee dari kalangan pengedar shaklee yang layak untuk mendapatkannya. Ini adalah satu pengiktirafan atas kerja keras, dedikasi dan kejayaan mereka dalam membina perniagaan Shaklee mereka. Melayakkan diri ke percutian insentif shaklee sangat bermakna. 

Shaklee menaja kesemua percutian mewah ke destinasi yang diingini, menyediakan peluang untuk berehat, membina rangkaian dengan pengedar berprestasi tinggi yang lain, menghadiri acara eksklusif dan meraikan pencapaian serta prestasi selama setahun terkini. Kelayakan untuk menyertai Percutian Mewah Shaklee boleh menjadi peristiwa penting bagi pengedar, dan ia menunjukkan komitmen mereka untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan sambil diberi ganjaran oleh syarikat shaklee.

Pengalaman ini dapdat meningkatkan motivasi dan memberi inspirasi kepada pengedar untuk terus mengembangkan perniagaan mereka dan mencapai matlamat mereka dalam komuniti Shaklee.  

Shaklee menawarkan peluang 3C buat semua pengedarnya:

1) CASH
2) CAR
3) CONVENTION TRIP 


Entry kali ini saya akan kongsikan C yang ketiga sahaja iaitu Convention Trip atau percutian mewah dari shaklee. Shaklee menaja pengedar nya lawatan ke luar negara (international trip) termasuk lah mennunaikan Umrah secara percuma. Best kan!

Umrah percuma dari shaklee

Legasi Shaklee di KLIA, bergambar sebelum berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah Umrah.

Master Nadiah Suhaidi dan suami semasa menyertai umrah shaklee percuma



Shaklee menempatkan jemaah umrah nya di hotel yang dekat dengan Masji Nabawi di Madinah iaitu Hotel Oberoi. Mudah lah  jemaah umrah shaklee nak ulang alik dari hotel ke masjid beberapa kali dalam sehari untuk mengerjakan ibadah.

Nadiah Suhaidi dan Suaminya Amir Marzhuki mendapat tajaan Umrah shaklee



Alhamdulillah terima kasih Shaklee belanja hotel yang sangat amat dekat dengan Masjid Nabawi. Kalau pergi sendiri rasanya memang tak duduk hotel ni. Keluar hotel terus pintu pagar masjid. MasyaAllah. Makanan sangat sedap. Makan di hotel 3 kali sehari. Selepas Subuh, selepas Zuhur, dan selepas Isya’. Bilik luas, selesa sangat. Orang lain ada yang tidur di dalam masjid, atau di perkarangan masjid. Luar masjid sejukkkk sangat kalau pergi Subuh. Pakai long john pun sejuk lagi. Matahari dah start naik pun sejuk lagi. Tak tahulah macam mana diorang tahan 😭 Ada yang datang dari jalan darat. Yang kita ni Allah dah bagi orang belanja kita selesa macam ni, tak ibadah sungguh-sungguh di sana tak tahulah. Pahala beribadah di Masjid Nabawi bersamaan 1,000 kali ganda dari tempat lain (kecuali di Masjidilharam 100,000 kali ganda). Dan pahala ibadah di Raudhah 1,000,000 kali ganda. Ini juga termasuk doa. Bermakna berdoa di Raudhah sekali bersamaan kita doa sejuta kali pada Allah. Masya Allah. Kita umat Nabi Muhammad umur tak panjang tapi kelebihan sangat banyak pada tempat / masa tertentu. Adik-adikku yang masih muda, niat siap-siap dah ada duit sendiri, kumpul dan pergilah jejak Madinah dan Mekah dulu untuk Haji dan Umrah, kemudian barulah beli harta macam rumah atau kereta. Doalah, mana tahu dapat jejak ke tanah suci secara percuma pula. “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?” -Nadiah Suhaidi-





 

Legasi Umrah Shaklee bergambar di Mudzalifah

Paling best skali percutian mewah shaklee ni pengedar shaklee bawa skali atau hadiahkan tiket percuma ni pada ibu ayah, suami atau anak-anak bersama. Setahu saya belom ada syarikat direct selling lain di Malaysia yang serupandengan shaklee. Jadi ini merupakan kelebihan shaklee bisnes yang boleh dinikmati oleh pengedarnya yang aktif berkongsi tentang manfaat shaklee. Alhamdulillah.

Ibu Ayah kepada Master Iffah Anuar di bawa naik keretapi laju di Tanah Suci ketika umrah shaklee

Ibu Ayah Master Iffah Anuar bergambar di hadapan keretapi laju di Tanah Suci


Percutian mewah ke luar negara, percuma je dengan Shaklee!

Selain ke Tanah suci Mekah dan Madinah untuk mengerjakan Umrah, Shaklee juga menawarkan percutian mewah ke luar Negara. Saya sendiri dah pernah menghadiahkan percutian yang saya dapat dari shaklee kepada ibu saya. Alhamdulilah seronok dan bahagia sangat dapat membahagiakan orang tua yang dah banyak bersusah payah buat kita. Bagi ma seronok dan bercuti merehatkan diri sambil melihat negara orang. Di sini ada beberapa gambar kenangan ma ketika Percutian Shaklee. 








Ini pula gambar percutian Master Nadiah Suhaidi bersama keluarga, juga percutian mewah yang ditaja sepenuhnya dari shaklee:

Percutian mewah shaklee ke California San Francisco (USA), Millan (Italy) dan Orlando (USA)

Percutian Mewah Shaklee ke Jepun


Terbaru pada tahun 2023, Shaklee bawa legasi percutian mewah shaklee ke Switzerland.



Alhamdulillah memang menarik semua percutian mewah shaklee taja secara percuma sahaja. Percutian Shaklee bertaraf 5 bintang !



Jika berminat untuk bersama-sama shaklee dan merasai sendiri percutian sebegini, boleh hubungi Aeinna Musa 0177172868 atau daftar sendiri di sini ya:



Klik Gambar di bawah untuk terus wassap Aeinna Musa- 0177172868 jika ada sebarang pertanyaan: 

Aeinna Musa- Pengedar  Shaklee Sah dan Aktif di Putrajaya, Bandar Baru Bangi dan Kajang
Aeinna Musa- Pengedar  Shaklee Sah dan Aktif di Putrajaya, Bandar Baru Bangi dan Kajang




#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Post a Comment

0 Comments