Assalamualaikum

Ena nak kongsi 5 cara mudah blogwalking.


Blogwalking merupakan teknik yang BERKESAN untuk tambah traffic blog, tingkatkan follower mahupun untuk naikkan SEO.




Penting blogwalking ni terutama kepada pemilik -pemilik blogshop supaya blog kita berada di 10 carian utama di enjin2 carian internet seperti google etc.



Ok jom kita lihat apa tips2 nya.



#1- JOIN SEGMEN /GIVE AWAY



Tidak kisah la segmen blogwalking atau yg tidak berkaitan dengan blogwalking..kerana setiap blogger yang join segmen/GA memang digalakkan untuk singgah drop komen di blog2 peserta lain.



Biasa nya penganjur akan buat SENARAI PESERTA segmen/GA...haa..apa lagi, terjah la blog2 peserta dalam senarai ni.



Lagi bagus kalu kita rajin, kita lah jadi PENGANJUR segmen..galakkan blogger2 lain untuk join dengan cara share link entry segmen kita tu ketika blogwalking.



Contoh segmen yang ena join selepas raya baru2 ni, yang mana telah meningkatkan follower blog ena 



#2 - KLIK LINK BLOGGER DI BAHAGIAN KOMEN ENTRY



Singgah balas di blog blogger2 yang tinggalkan komen di blog kita.



Atau, semasa membaca entry di blog lain, lihat juga di bahagian komen dan klik link2 blogger yang dah tinggalkan komem fi entry yang sama.





Contoh komen2 yang ditinggalkan salah satu  entry blog ena


#3- PASANG WIDGET CHATBOX


Dari chatbox ni sama ada di blog kita atau blog orang lain, lihat juga blogger yang dah tinggalkan komen..boleh klik pada nama mereka dan singgah pula di blog2 mereka dan tinggalkan komen.



Untuk chat box di blog sendiri, JANGAN SOMBONG untuk singgah balas ke blog mereka balik...




Contoh chatbox di blog ena.ena akan buat singah balas di blog mereka balik



#4- KLIK PADA BLOGLIST


Cari bloglist  dan singgah di blog2 yang telah dilistkan oleh blogger.


Biasa ena akan singgah ke bloglist ena ni setiap 1-2 hari...dan ketika berada di blog mereka, ena akan cari bloglist mereka pula untuk ena singgah komen sambil meluaskan network; )





Contoh bloglist di blog ena....ena suka setkan supaya blog yang latest update akan berada di atas..so mudah untuk ena singgah blogwalking ke blog2 aktif.



# SENARAI BLOG DI READING LIST


Ada yang tak tahu mana nak cari senarai ni?

Klik je Dashboard/design  》 My Blogs


Nanti anda akan nampak senarai mcm kat bawah ni.


Ini ialah blog2 yang kita follow..so kita boleh tengok update mereka dari sini walaupum tak masukkan ke bloglist.


So apa lagi, klik la singgah;)

Jangan singgah je,WAJIB DROP KOMEN tau
.barulah google akan noticed kita;)




Contoh update dari blog2 yang ena follow



*****

Okie, itu saje tips blogwalking yang ena salu buat..alhmdulillah , selama 2 bulan lebih ni, peningkatan follower adalah lebih 100%..page view pon sama, meningkat berganda2..dari 2k kepada lebih 15k ..alhmdulillah.


Apa2 pon, berbalik pada diri kita..


Kene rajin dan KOMITED dalam menguruskan dan menghidupakan blog.


Kata guru blog ena, entry mesti 10 sehari...blogwalking 1000 sehari...im on my way.belom capai target lagi tapi ena percaya, blog2 femes skang dulu pon melalui fasa permulaan seperti ena juga

Gambateh!


Till then


Tq for reading..jemputla share jika anda rasa bermanfaat!



Your Certified Shaklee Product Consultant:
 Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap : http://KedaiVitaminBangiKajangPutrajaya.wasap.my atau http://Kekna.wasap.my
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia