Naib Presiden Kanan, Penyelidikan dan Pembangunan, Ketua Pegawai Sains Shaklee


Naib Presiden Kanan, Penyelidikan dan Pembangunan, Ketua Pegawai Sains Shaklee




Naib Presiden Kanan, Penyelidikan dan Pembanguna, Ketua Pegawai Sains Shaklee | Bruce Daggy menyelia dan mengemudi hala tuju penyelidikan dan pembangunan korporat. Beliau bertanggungjawab untuk membangunkan portfolio produk teras Shaklee termasuk nutrisi pemakanan, penjagaan diri, penjagaan rumah dan produk mesra alam untuk kediaman.

Bruce memegang ijazah sarjana Ph.D. dalam Biokimia Pemakanan dari Universiti Cornell dan B.A. dalam Biologi dari Universiti Virginia.


Beliau ialah Profesor dan Ahli Lembaga Pengarah di Fakulti Sains Nutrisi, Makanan dan Senaman di Universiti Florida, selain menjadi ahli Persatuan Nutrisi Amerika dan Persatuan Obesiti serta aktif sebagai sukarelawan Lembaga Komuniti Greater Philadelphia dan Jawatankuasa Pendidikan dan Advokasi untuk Persatuan Diabetes Amerika.


Bruce memulakan kerjaya profesional beliau dalam bidang akademik dan seterusnya berkhidmat selama 10 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan di syarikat Procter & Gamble. Ini disusuli dengan 13 tahun di SmithKline Beecham/Glaxo SmithKline di Amerika Syarikat dan juga United Kingdom dalam beberapa jawatan kepimpinan termasuk menyelia program penyelidikan dan pembangunan pemakanan global serta menguruskan lebih 80 orang saintis di U.K. dan India.


Pengalaman beliau dalam bidang penjagaan kesihatan pengguna global melangkau lebih 30 tahun. Bruce terlibat dalam pelbagai aspek penyelidikan, daripada memformulasikan nutrisi pemakanan terkemuka di India kepada menyediakan produk pemakanan sukan untuk atlet terunggul. Beliau juga memberikan tumpuan khusus dalam bidang pengurusan berat badan dan penyakit metabolik.


Selain itu, beliau juga merupakan Naib Presiden, Penyelidikan & Pembangunan Pengurusan Berat Badan Glaxo Smithkline. Sebelum menyertai Shaklee, Bruce telah berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan, Penyelidikan & Pembangunan dan Ketua Pegawai Sains di Nutrisystem Inc. di mana beliau menyenggara penyelidikan dan pembangunan gunaan untuk pengurusan berat badan dan pencegahan atau pengurusan penyakit dan masalah kesihatan berkaitan obesiti.


 Dr. Bruce Daggy adalah salah seorang penulis salah satu bab atau chapter (p 823-842) dalam  buku Preventive Nutrition: The Comprehensive Guide for Health Professionals editi ke 5 iaitu edisi terkini.


Join kami menyebarkan manfaat!




Your Certified Shaklee Product Consultant
ID : 960982
Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap:
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia



Post a Comment

0 Comments