#Cabaran20hari | Bajet Raya




  Berbelanja dengan berhemah, beringat juga lepas raay pon nak pakai duit juga




Assalamualaikum semua
Apa khabar


Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah setiap masa


harini, Cabaran20hari Puasa/Raya kita berbicara mengenai BAJET RAYA.


Topik yang sangat best dan tak lapuk dek zaman orang kata..hehe..biasanya musim perayaan mcm ni penjawat awam dan swasta akan menerima BONUS PERAYAAN , Namun, perlu diingatkan juga supaya berjimat cermat. maklumlah kos kehidupan makin meningkat terutama di kawasan bandar.

 
Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam.



Suami ena bekerja di sektor GLC di mana pembaran gaji mengikut tarikh yang kerajaan tetapkan. Cuba lihat pembayran gaji dari JULAI-OGOS. Tempohnya lebih kurang 47 hari tau! Lama kan..so harusssss sangat berjimat cermat.



Mujur BONUS SHAKLEE ena akan masuk setiap pertengahan bulan. Setakat harini, shaklee tak pernah GAGAL bayar bonus kepada kami setiap 15hb. Ini lah kelebihan berniaga walaupun surirumah, menddik anak dan megurus rumah tangga, ena juga MENJANA INCOME sampingan untuk support ekonomi keluarga kecil kami ni. Dapat la menampung sedikit sebanyak perbelanjaan balik kampung..




BALIK KAMPUNG


Minyak dan tol semakin tahun semakin bertambah plak  kadarnya.

tapi, 

kami WAJIB BALIK KAMPUNG walau apa yg terjadi..hehe..insyaALLAH ada rezeki nak balik kampung jika niat kita nk menziarah dan gembirakan hati orang tua.




 BAJU RAYA


Bagi kami sekeluarga, perbelanjaan raya ala kadar sahaja. Ena kene juga lah beli baju baru sebab baju kurung semua dah tak muat tang perut. Ikutkan kan hati nak je recycle baju2 tahun lepas tapi kang jadi macam nangka berbalut lak..haha



DUIT RAYA


Apa yang penting ialah SEDEKAH kepada kedua ibu bapa kami. dan niat kami tahun ni, DUIT RAYA untuk ma abah kedua2 belah ena dan suami, kami nak bagi time bulan pose bukan pagi syawal.


sebab,

kami nakkan keberkatan dan pahala yang BERGANDA untuk sedekah yang dilakukan pada bulan ramadhan..insyaALLAH.. 


Ada juga kami peruntukkan sedikit duit raya untuk gembirakan hati kanak2 (aak buah dan sepupu yang masih kecil)..yg dah kawen n dah keje tak dapat la duit raya dari kami ye..hehe

insyaALLAH jumpe di next cabaran ya

till then






KLIK SINI untuk baca lagi Cabaran 20 hari puasa/raya ENA














Post a Comment

0 Comments