Minyak Ikan Terbaik di Dunia - Kenapa Saya Pilih Omega Guard!


Assalamualaikum,

Bismillah..

Kali ini ena nak ajak anda  mengenal minyak ikan;) Tak ramai yang kenal dan betul2 faham mengenai minyak ikan kan..pernah dengar tapi tak tahu apa kepentingan nya  betul tak. insyaALLAH ena kongsikan pengetahuan dan hasil kajian ena dari beberapa artikel professional/saintis serta dari encik google;)




Omega-3 fatty acids can be difficult for people to incorporate into their diet if they do not eat salmon and other cold-water fish on a regular basis. Dr. Weil encourages everyone to include fish oil supplements in the daily diet to help support optimal brain function and overall health.


Orang yang tidak makan salmon dan lain2 ikan air sejuk secara konsisten mengalami kekurangan asid lemak Omega-3 dalam diet mereka.  Dr Weil menggalakkan semua orang untuk mengambil makanan tambahan minyak ikan dalam diet harian untuk membantu menyokong fungsi otak yang optimum dan kesihatan secara keseluruhan.



Atas ni ialah kata2 seorang Professor Doctor ( medical doctor) yang banyak membuat kajian dan menulis mengenai kesihatan manusia. Terus rasa nak telan minyak ikan tablet sekarang juga kan...hehe..nk makan ikan salmon leceh plak, kita ni kat negara  tropika.hoho...yela, fungsi otak tak boleh buat main2 tau, ia mempengaruhi keseluruhan aktiviti sel/tisu/organ/sistem badan kita kerana setiap aktiviti sel badan kita DI KAWAL oleh otak!

ok,



Secara keseluruhan, entry ni akan mengupas :


-Apa itu Minyak Ikan

-Sumber Minyak Ikan Omega 3 

-Fungsi Minyak Ikan

-Perbezaan/Keunikkan OMEGA GUARD berbanding jenama minyak ikan lain di pasaran


ok jom kita lihat satu2 sub topik tu. insyaALLAH lepas ni kita akan lebih faham dan meningkat kesedaran untuk menjadikan minyak ikan sebagai makanan tambahan dalam diet harian kita dan seluruh keluarga kita juga.

Apa itu Minyak Ikan






Definisi - Minyak ikan adalah minyak yang diperolehi daripada tisu ikan berlemak yang  hidup di air sejuk, kerang-kerangan, tumbuhan dan kacang minyak, walnut Inggeris, flaxseed dan minyak alga,



-EPA (asid eicosapentaenoic) - Apabila kita bercakap mengenai asid lemak omega-3  dalam ikan, kita biasanya merujuk kepada EPA.


Ikan tidak menghasilkan EPA, mereka mendapatkannya dari alga yang mereka makan.

EPA menyokong kesihatan jantung.




-DHA (asid docosahexaenoic) - merupakan komponen utama retina manusia (dalam mata), sperma, dan korteks serebrum (dalam otak).


40% daripada semua asid lemak poli tak tepu (PUFA) dalam otak terdiri daripada DHA. DHA membentuk 60% daripada PUFA dalam retina. Separuh daripada berat membran plasma neuron yang terdiri daripada DHA.


Susu ibu kaya dengan DHA.

DHA menyokong pertumbuhan dan fungsi otak.



Sumber Minyak Ikan Omega 3 



Omega 3 merupakan asid lemak perlu ( essential fatty acid ) di mana badan kita tidak dapat menghasilkan sendiri asid lemak omega 3.


Ini bermakna, kita wajib mengambil dari makan harian kita atau dari suplimen yang boleh dipercayai.


Antara sumber minyak ikan omega 3 ialah ikan kembung, tuna, salmon, sturgeon, belanak, bluefish, ikan bilis, sardin, herring, trout, dan menhaden.


Kira-kira 3.5 auns ikan megandungi 1 gram asid lemak omega-3.




Fungsi / Kelebihan Minyak Ikan



Sebahagian Kelebihan Minyak Ikan





  • Mengatasi Masalah Kemurungan ( Meroyan) Selepas Bersalin


Dr. Michelle Harga Hakim, dari Universiti Connecticut Sekolah Kejururawatan, berkata selepas menjalankan satu kajian pada tahun 2011 "penggunaan DHA semasa hamil berpotensi mengurangkan gejala kemurungan selepas bersalin. " (rujukan)



  • Untuk Kesihatan Mental 


Minyak ikan membantu kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku, terutama mereka yang mempunyai ADHD. (rujukan)



  • Menguatkan Memori 


Memori meningkatkan di kalangan Orang dewasa dan muda yang sihat dan mengambil omega dilaporkan mempunyai kekuatan meori yang lebih tinggi. (rujukan)




  • Perlindungan dari Penyakit Alzheimer 



Kajian yang disiarkan dalam Neurologi pada tahun 2007 melaporkan bahawa diet ikan, omega-3 minyak, buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan risiko Alzheimer. (rujukan)



  • Mengelakkan Masalah Penglihatan


DHA mengelakkan masalah penglihatan disebabkan faktor umur. (rujukan)



  • Manfaat bagi janin 


Omega-3 meningkatkan perkembangan kognitif dan motor pada janin - saintis mendapati ibu yang mengambil Omega 3 semasa tiga bulan terakhir kehamilan menunjukkan perkembangan  deria, kognitif dan motor yang baik. (rujukan)




  • Untuk Jantung yang Sihat

Cara penyediaan/proses memasak ikan sebelum dimakan memainkan peranan penting. Memakan ikan bakar mengurangkan risiko penyakit jantung tetapi ikan yang digoreng bukan sahaja menghilangkan khasiat ikan malah menambah RISIKO penyakit jantung (rujukan)



Kajian 2011, penyelidik di Michigan University Teknologi, mendapati bahawa pengambilan minyak ikan dapat meningkatkan aliran darah dengan mengurangkan tahap trigliserida, dan juga memperlahankan kadar pertumbuhan plaques. (rujukan)



  • Mengatasi Masalah Arteri Tersumbat

Kebiasaannya, pesakit yang mengalami arteri tersumbat akan mengambil ubat mencairkan darah bagi mengelakkan serangan jantung.


Omega 3 mempunyai sifat mencairkan darah dan mereka yang mengambil  minyak ikan ini terhindar dari serangan jantung berbanding orang tidak mengambilnya.



  • Kurus

Omega 3 minyak meningkatkan aliran darah ke otot semasa senaman dan membantu untuk merangsang enzim yang mengangkut lemak yang akan ditukarkan kepada tenaga. 



Kajian menunjukkan purata penurunan berat badan sebanyak 2 kg dalam sekumpulan peserta yang mengambil  omega 3 minyak ikan berbanding kumpulan yang tidak mengambil sumber omega 3. (rujukan)



KLIK SINI untuk mengetahui 4 cara bagaimana omega 3 berfungsi menurunkan berat badan.



-Perbezaan/Keunikkan OMEGA GUARD berbanding jenama minyak ikan lain di pasaran




Klik untuk menonton video perbezaan Omega Guard berbanding brand lain di pasaran



Sumber



Sumber utama omega guard diekstrak dari IKAN LAUT SEJUK ( sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. ia BUKAN dari hati minyak ikan tau.





Omega Guard ni 3 kali LEBIH TUMPAT dari minyak hati ikan.




Kaedah Penghasilan yang Selamat dan Hasil yang Tulen.






Penyulingan 3 peringkat dalam penghasilan Omega Guard




Omega Guard merupakan Minyak Ikan Terbaik di Dunia kerana mengandungi RANGKAIAN SPECTRUM PENUH 7 jenis asid lemak Omega 3 termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.




Kebanyakkan pengusaha minyak ikan memilih kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk ekstrak minyak ikan tapi kaedah ini boleh musnahkan nutrien dan TIDAK menapis logam berat yang membahayakan kesihatan pengguna.





Shaklee pula menggunakan kaedah ULTRATULEN bergred farmaseutikal; teknologi tinggi dalam penghasilan Omega Guard. Ia terhasil dari proses PENYULINGAN PROPRIETARI TIGA MOLEKUL untuk ekstrak Omega 3 paling tulen dan paling semulajadi serta menyingkirkan baham berbahaya seperti:





-plumbum
-merkuri-arsenik-kadmium-dioksin-PCB (polychloride biphenyl-iaitu bahan kimia industri yang sangat bertoksik)






Omega Guard menjalani proses penyulingan 3 molekul untuk pastikan hasil minyak ikan adalah paling tulen. Klik untuk tonton video.




Omega Guard Minyak ikan Bergred Farmaseutikal

Terma 'gred farmaseutikal' digunakan oleh pakar-pakar dalam industri minyak ikan dalam menentukan KANDUNGAN OMEGA 3 dalam suplimen minyak ikan.




What's in regular fish oil?




Minyak ikan yang sering dilihat di kedai runcit, farmasi dan kedai mengandungi kira-kira 25-30% asid lemak Omega-3 dan mengandungi lemak tepu, monotaktepu dan lemak trans.




Minyak Ikan yang bergred farmaseutikal adalah minyak ikan yang mengandungi at least 85% Omega 3 (rujukan)






What is pharmaceutical grade fish oil



Minyak ikan bergred farmaseutikal sangat pekat dan mengandungi sekurang-kurangnya 85% Omega-3. Ini membantu anda mengambil pil lebih sedikit atau lebih kecil.


1 hidangan Omega Guard (3 kapsul) membekalkan 1000 mg Omega 3 dan ia adalah minyak ikan yang disahkan memenepati gred farmaseutikal (rujukan SINI dan SINI). 




Bagaimana dengan minyak ikan anda?

ada gred farmaseutikal tak?

kalau tiada, cepat2 tukar kepada yang LEBIH BAIK dan SELAMAT...dah tentu pilihannya adalah Omega Guard Shaklee;)

change your brand
can change your life!


sebarang pertanyaan atau konsultasi mahupun tempahan, boleh la wassap ena :


selit pic bersama my mentor dan anak solehah ena;)



Your Certified Shaklee Product Consultant:
0177172868 (Aeinna Musa / Kekna )
Direct Wassap : http://Kekna.wasap.my/ atau http://KedaivitaminBKP.wasap.my/
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia





Post a Comment

0 Comments