3 Tips Urus Masa Untuk Surirumah Bekerja Dari Rumah Supaya Tak Stress.

3 Tips Urus Masa Untuk Surirumah Bekerja Dari Rumah Supaya Tak Stress.
==============

Ramai ibu ibu yang ada anak kecil (2 orang ke atas) akan stress bila berniaga dari rumah.

Kalau yang ada pembantu (atau suami pon turut sama kerja dari rumah) yang tu insyaAllah boleh lagi nak kawal situasi kan ๐Ÿ˜Š

Baiklah, kekna share ye 3 Tips yang kekna rasa pentingggg sangat untuk ibu2 bekerjaya dari rumah ni apply sama2.

=====
1- Bangun awal pagi.
=====

Bangun se awal pagi yang mungkin ( dalam jam 3 atau 4 pagi ) .

Syarat nya kene tidur awal lah ye, iaitu sebelum jam 10.30 malam dan tidur sekejap waktu tengah hari 30min-1jam (qailullah) .

======
2- Buat To-Do-List
======

Bila bangun awal , InsyaAllah banyakkkkk sangat kerja yang kita boleh buat. Yela, anak2 tengah nyenyak tido kan masa ni .๐Ÿ˜

Oh terasa donia ni aku yang punyaaa!๐Ÿ˜๐Ÿ˜hihi

Ok,
Listkan dan susun jadual siap dengan masa yang di peruntukkan untuk buat kerja tu.

Boleh solat tahajud,mengaji, zikir dan berdoa juga๐Ÿ˜Š Waktu ni dipanggil waktu alpha di mana kelebihan waktu ni, doa mudah terkabul insyaallah.

Selepas setel urusan dengan Allah, boleh terus buat kerja2 bisnes .

Nak update database customer ke, blogging ke, blogwalking ke,buat copywriting untuk 2-3 hari punye marketing ke, update sales, update akaun, buat poster menarik, edit video, packing order customers ke, baca buku ilmiah dan macam2 lagi mengikut keperluan bisnes masing2.๐Ÿ˜ƒ

Haa, tapi jangan pi follow up customer or ejen plak masa ni. Memang akan dapat blue tick ja nanti๐Ÿ˜ tak pon bunyi cengkerik krik krik, krik krik๐Ÿ˜‚hehe




=======
3- Libatkan Anak2 dalam kerja rumah
=======

Ni pula untuk waktu siang , waktu anak dah bangun or balik dari sekolah. Buat aktiviti sama2 dengan dorang .

Kalau dah bosan duk main color2 , membaca or belajar, ajak mereka buat kerja rumah sama2.

Seronok sangat tau!

Biasanya yang Ena selalu buat sama2 dengan anak2:

๐Ÿ“Œ Masak , ๐Ÿ“Œsidai baju dan ๐Ÿ“Œkemas rumah .

Lipat baju tak buat sebab part tu dah delegate pada suami ๐Ÿ˜‰. Uol boleh ajak anak2 ๐Ÿ“Œ lipat baju skali sama2 jugak.

Kalau nak tahu memang kerja jadi makin lambat siap tau๐Ÿ˜‚hehe. Tapi takpe, enjoy ja.

Yang penting kekna nak ingatkan :

๐Ÿ‘‰Tak perlu terlalu sempurna. Nak sidai baju hanger sama color ke, nak jarak antara hanger sama sentimeter ke, nak baju cantik elok tergantung macam kat butik ka๐Ÿ™„.

Tak perlu semua tu. Bagi anak kita belajar . Pada masa yang sama kita ajar lah tapi bagi dorang buat dulu dan PUJI usaha anak2 rajin bantu kita.

Pelajaran boleh dapat di mana2 bukan disekolah je. InsyaAllah kemahiran /kecekapan anak buat kerja rumah akan bertambah dari masa ke masa .

*****ish tak sabar rasanya nak ajar kaklong Ecah masak nasi ๐Ÿ˜hehe

Akhir kata:

NAK SERIBU DAYA. Dan Allah pasti permudahkan urusan mereka yang sungguh2 nak capai impian dalam hidup walau sesukar mana pon kita rasa jalan kita sekarang ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’ช

Selamat mencuba ye ibu2 HEBAT !


Post a Comment

8 Comments

  1. molek benar tips ini. terasa nak suruh isteri berenti kerja je n buat biz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, boleh je abam.semoga dipermudahkan urusan abam n sekeluarga

      Delete
  2. betul. pengurusan masa sangat penting. jadi suri rumah pun kadang2 lagi kalut dari orang yang pergi kerja kan ? tabahla mommies =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul sgt., sbb surriumah lagi berlambak kerja nk buat haha

      Delete
  3. Bagus tips yang ena kongsi ini.. Sha baru ajar si kakak basuh pinggan dan kasut sekolah je.. ujung tahun ini nak ajar masak nasi dan gosok baju pula.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh seronok lah ibu kalau anak dh pandai take over dapur nanti ;)

      Delete
  4. semuanya berbalik kpd pengurusan masa yg bijak

    ReplyDelete

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!