ada warga terengganu yang belom memiliki rumah sendiri tak?
kalau belom, jom isi permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu.
lihat senarai projek perumahan di SINI.
PERMOHONAN DIBUKA PADA
1 November 2015 (8.00 pagi)
HINGGA
30 November 2015
Syarat-syarat Kelayakan Permohonan Rumah Kos Rendah / Mampu Milik
- Warganegara MALAYSIA; keutamaan kepada rakyat Terengganu
- 18 tahun sehingga 50 tahun sahaja layak memohon
- Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang
- Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah
- Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima anugerah / bantuan tanah kediaman daripada pihak kerajaan
- Pendapatan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM3000 sebulan
- Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
- Anggota beruniform bertugas di luar kawasan (luar Terengganu) layak dipertimbangkan
- Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan sendiri
- Pemohon berumur 50 tahun ke atas boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga terdekat
- Kelulusan khas akan dipertimbangkan bagi penduduk yang terlibat dengan bencana alam / kebakaran atau pengambilan balik tanah oleh pihak kerajaan
Cuba jaya je k
mana tahu rezeki kan;)
selamat mendaftar!
0 Comments
Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..
Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya
Have a nice day ahead!