Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Tuesday, 20 August 2019

Tips Dapur Untuk Mommy Anak Ramai

10:28 0 Comments
Tips Dapur Untuk Mommy Anak Ramai | Assalamualaikum,

Harini Ena nak kongsi #tipsDapur khas buat mak anak ramai (lebih 2 anak kira ramai lah kan hehe).

Ena faham sangat bila anak ramai, sorang tidur lagi tak tidur. Eh, memang jarang ya amat lah 3-3 anak tidur serentak kan.

So bagi mommy yang nak masuk dapur untuk masak, memang mencabar jugak lah sebab tak boleh  nak focus betul2. Kejap kat dapur kejap ke ruang tamu tengok anak kejap kat bilik menyusu baby.

Bahaya tau.

Bila banyak sangat bende nak buat,kita tak sedar berlaku  kecuaian, contohnya terrrr lupa ada on api masak sesuatu atas dapur. Sudahnya hangus rentung dah ayam goreng kita🤭






Tips nya, dapur mommies wajib ada  multicooker.

Kelebihan menggunakan multicooker:

1) Jimat masa banyak sangat
2)  Selamat dari kebakaran akibat terlupa tutup api 
3) Dapur pon bersih, yeay!!

Ada banyak jenis kat pasaran, pilih je yang sesuai dan ‘mesra poket’ korang. Ena just nak share ena guna beli multicooker brand Cuckoo model white 1010 –beli secara kutu , Rm95 sahaja sebulan😊





Memang sangat membantu kerja-kerja dapur. Menu yang ena pernah masak guna multicooker:

1) Rendang ayam
2) Nasi Ayam
3) Nasi putih
4) Nasi Daging
5) Ayam Bakar
6) Kuah Dalca
7) Kambing  Bakar
8 Sup ayam/daging
9) Panaskan/stim lauk sejuk
10) Baby Solid Food (bubur nasi , chicken bone broth etc)

11)kuih muih pon boleh tau tapi belom pernah buat lagi.😌

Pendek kata hampir semua jenis masakan boleh masak guna multicooker je. Mommies just on pastu tinggal. Kalau dah masak, automatik periuk ni off sendiri😊

#Share supaya sahabat korang supaya kita sama-sama lebih berhati-hati di dapur.

#AeinnaKongsiTips

Wednesday, 14 August 2019

Testimoni Shaklee Youth Skincare

18:24 0 Comments




Testimoni Shaklee Youth Skincare | Assalamualaikum, entry kali ini nak kongsikan testimoni youth skincare seorang yang Ena kenali iaitu nenek kepada anak susuan Ena sendiri (ibu kepada Nadiah Suhaidi).  Beliau berumur sekitar 50an.  Sejak 2017, kulit Ummi Nad start jadi macam gambar di sebelah kiri tu. Kulit Ummi Nad sebelum ni cerah dan tak bermasalah sangat.

Mungkin asbab makan ubat TB, dan kesan pemakaian skincare yang claim semulajadi tapi tak berapa semulajadi, dia jadi macam tu. Pakai skincare tu pula ada lah dalam 30 tahun. Memang setia dan konsisten sungguh Ummi Nad ni.

Birthday Ummi Nad tahun lepas, Nad hadiahkan Youth Skincare yang masa tu baru je dilancarkan.

Memang ambil masa skit bila pakai skincare yang totally semulajadi, bebas 1500 bahan kimia bahaya, dan ambil masa 8 tahun R&D ni.

Along the way tu, banyak juga cabaran. Nad kena beri motivasi pada Ummi Nad supaya terus konsisten dan believe in Youth Skincare. Almaklumlah skincare baru untuk Ummi selepas 30 years kan. 

Alhamdulillah now berbaloi dah semuanya. Molek dah kulit Ummi 🥰 

Slowly, but surely ❤️

Monday, 5 August 2019

Kisah Kaklong Tegur Mama

16:42 0 Comments


“Mama janganlah cakap perkataan sakit tu. Kalau nak sebut jugak sebut lah ‘dalam proses sihat’, “ kata Kak Long

“Opsss’,  sorry sayang,” mama say sorry

Haha, sebenarnya mama yang ajar kaklong cakap camtu, my superb positive mentor Iffah Anuar yang ajar 🤗

Nampaknya kaklong lebih positif lagi dari mama😂

Al kisahnya Sabtu lepas kaklong ‘dalam proses sihat’. Suam badannya, suhu 37.1 degree C. Terus mama tukar topi jadi doktor family- bagi chewable vita C selepas makan dan sebelum tidur malam , beri Kaklong minum antioksidan vivix.

Esoknya (semalam)  Alhamdulillah  suhu badan nya sekitar 36 macam tu tapi masih lagi kurang ceria. Chewable vita C on macam biasa. Bukan untuk dia je tapi kaka ngah mama dan papa skali ambil vita C😂

Papa bawa jalan g alamanda Putrajaya belanja dia makan feveret food dia, sushi- dengan  tujuan untuk happykan dia. Kami fikir bila happy, imuniti badan makin kuat💪

Memang menjadi!

Malam tadi sihat dah Kaklong tapi mama still juga bagi antioksidan vivix. Untuk support lagi sistem pertahanan badan kaklong melawan antigen.

Dan harini syukur sangat dan betul2 sihat dan kuat anak mama. Ujian kesihatan Allah beri untuk kuatkan lagi sistem badan. Lepas ni lebih kuat dan sihat lagi ye wahai anak.

Aeinna Musa,
Perjuangan menyihatkan diri, keluarga dan semua orang💪



Friday, 2 August 2019

Tips Jadi Orang Yang Paling Bahagia

10:02 31 Comments





Tips Jadi Orang Yang Paling Bahagia | Assalamualaikum.

Nak jadi orang yang selalu bahagia dan menarik kejayaan kekayaan dan ketenangan dalam hidup, setiap pagi senaraikan list apa perkara yang kita suka buat, yang kita rasa happy. 

Itu akan buat kita vibrate at higher vibration di mana badan kita sendiri akan jadi tarikan kepada rezeki yang baik dan melimpah serta berkat.

Rezeki tu dah ada dah sekeliling kita, tinggal kita je nak ‘tarik’ datang pada kita dan bersedia untuk terima. Buang blockage.

So harini kita buat exercise. Caranya mudah amat. Ambil 1 kertas dan 1 pen, listkan apa perkara yang buat hati kita rasa happy teruja gembira.

Contoh nya peluk anak sambil cuit hidung dia , peluk mak sambil bisikkan pada mak,I LOVE U MAK, peluk pasangan lama-lama kuat-kuat, suap anak makan makanan feveret dorang, masak nasi ayam kegemaran suami dan anak-anak,  geletek anak sampai dia ketawa mengekek ngekek, siram pokok bunga sambil nyanyi lagu Cindai, bagi kucing makan sambil borak dan usap kepala dia, masak untuk mak mertua , kemas rumah deco-deco bersama eric, susun baju dan shawl ikut color etc

Anything, senaraikan saje. Buat setiap hari- setiap pagi selepas subuh lebih baik. Mulakan saje sekarang.

Kekna yakin, masa duk tulis tu pon kita tersenyum bahagia😊

Kita mula harini sama-sama ye. 

Boleh share di komen apa perkara yang buat korang happy?

Noor Aeinna Binti Musa,
Nak Jadi Ejen Kebahagiaan🤗

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.