Follow Us @sihatcantik_byena

@aeinnamusa

Friday, 21 September 2018

Terlupa Rekod Pergerakkan Baby Gara Gara Promosi Hari Malaysia

21:14 13 Comments
Promosi Hebat di Shaklee HQ sempena Har Malaysia 2018


Terlupa Rekod Pergerakkan Baby Gara Gara Promosi Hari Malaysia | Assalamualaikum semua.

Fuhh, harini kira hectic day jugaklah  sebab banyak urusan di luar (baca: urusan ke klinik untuk rutin check up baby) . Bertambah kalut tu sebab makyong bawak doble Ecah skali dan pada masa yang sama bawak kaklong Ecah jumpa doktor juga sebab harini dah hari ke 4 anakku itu demam. sobss

Lepas tu dalam kepala ni duk fikir nak pasal promosi esok iaitu Shaklee ada buat promosi Hari Malaysia, ramai lagi customer dan downline yang belom tahu nih. haha, sempat lagi tu fikir bisnes. hihi


Akibatnya , sampai terlupa nk rekod pergerakkan adik baby. tapi mujurlah main rekod dalam kepala ja. Kerap jugak lah adik  baby bergerak. kira memang lebih lah 10 kali dah ahrini cuma tak tahu jam berapa cukup 10 kali tu haha

Sebab peristiwa ni, Ena dah dapat dah tips untuk mudahkan kita rekod pergerakkan baby. haa, makyong2 nak tahu tak nak tahu tak? (ni dah macam mengugut ni hehe)

Kalau nak tahu, nantikan entry seterusnya ye. iols nak pi ziarah mak mertua dulu sekarang . Sesambil tu boleh lah ku minta restu dan minta Ma doakan ramai customer nak grab promosi Hari Malaysia esok . muahaha.

see you next entry!





Thursday, 20 September 2018

Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai

01:30 14 Comments


Nasihat on pregnancy - Ena nak share 3 nasihat atau tips untuk ibu2 yangsedang hamil, ni bedasarkan pengalanan Ena dah 2 kali melalui proses kehamilan dan sekarang sedang pregnant anak ke 3;)

1- NUTRISI:

 Nutrisi sangat penting , jangan skeptikal pada suplimen sebab doktor Klinik Kesihatan sendiri yang akan cadangakn suplimen yang diperlukan contohnya folic asid, multvitamin, iron tablet, kalsium tablet dan minyak ikan untuk menyokong pertumbuhan bayi dalam kandungan. Cari set hamil dari brand suplimen yang selamat.

Ibu2 jangan culas tau makan suplimen everyday sebab apa yang kita makan (real food) dah tak terjamin kandungan nutrisi  tu kita dapat sepenuhnya, ada yang hilang masa proses memasak  dan sebagainya. Tu belom masuk lagi fast food, instant food dan processed food yang kita makan, semua tu menggangu penyerapan nutrisi dalam badan ibu untuk dibekalkan pada baby dalam kandungan.


2- STRETCH MARK

Ok, ni tips nak bagi kat ibu2 yang sedang hamil. Ena dah buat dan memang menjadi, alhamdulillah takde kesan stretch mark lepas bersalin 2 kali. 

Tipsnya mudah, setiap kali lepas mandi, sapu pelembap pada perut dan peha serta bahagian yang biasanya stretch mark ni terjadi, especially bial dah masuk 3rd trimester. Bila dah masuk 3rd trim, sila buat sehai 2 kali. Uol tahu sendiri kan kat mana;) Tips ni juga untuk elakkan perut ibu jadi gatal bila makin membesar. 


3. MINDA YANG POSITIF

Ni tips yang Ena rasa paling pnting skali. Sebab dalaman kita menentukan luaran. Apa yang kita fikir tu kita akan tarik ia betul2 berlaku pada diri kita. 

So, ibu2 mesti positif dalam segala hal sama ada belaku sebarang isu/ujian ketika sepanjang hamil ni atau persediaan nak menghadapi saat bersalin. Ye, proses bersalin bukan mudah tapi percayalah kalau kita boleh kawal minda dan bersedia dari segi mental (bukan je fizikal ye) , proses kehamilan dan bersalin akan jadi satu kenangan terindah dalam hidup kita.



******
Tu saje lah 3 tips yang boleh Ena share. Ena belom lagi banyak pengalaman pon, bau je pregnant 3 kali. insyaALLAH mana yang baik boleh lah jadikan panduan dan amalan bersama ye. Semoga dipermudahkan urusan ibu2 sedang hamil anak soleh/solehah;)

Baaarokallahufiikum.


Tuesday, 18 September 2018

Senaman Yang Sesuai dan Selamat Ketika Mengandung

09:07 8 Comments




Senaman ketika Mengandung | Assalamualaikum . Alhamdulillah syukur atas segala nikmat yang kita kecapi harini. jom jadi orang yang suka mulakan hari dengan besyukur.





Kesyukuran Ena hari ni, alhamdulillah adik baby dah pon  27 minggu dan dah masuk di awal kehamilan 3rd trimester dah. Kejap sangat masa berlalu, rasa macam bau ja cek UPT positif. hehe












Ok, sebenarnya hari ini Ena nak kongsi senaman untuk ibu mengandung di mana Ena sendiri dah buat senaman ni selama 2 minggu. Sebelum Ena kongsi apa senaman tu, Ena nk kongsi dulu kebaikkan senaman ketika mengandung. Oh ye, ni senaman khas ye, dan memang selamat untuk ibu2 hamil praktikkan cara senaman ni.







7 Kebaikkan Senaman Ketika Hamil:

  • Untuk mengawal berat badan 
  • Membantu pengaliran darah
  • Stabilkan emosi sepanjang hamil
  • Memudahkan si ibu untuk dapatkan tidur yang nyenyak
  • Memberi tenaga
  • Membantu ibu mendapat semula bentuk badan asal selepas bersalin
  • Membantu ibu mengawal pernafasan dengan betul

Best kan kebaikkan senaman semasa hamil ni. Kalau nak tahu lebih lagi kebaikkan nya, boleh lah google ja;) Sekarang Ena nak kongsi apa senaman yang Ena buat sepanjang 2 minggu ni. Selalunya Ena akan buat pagi la selepas subuh. Kalau uol nak buat petang pon boleh, nak buat pagi dan petang dua dua pon boleh takde masalah cuma jangan push diri dan terlalu penat ye. Hanya kita ibu yang hamil ni kje tahu kondisi atau limit diri kita kan;)



Ini Video yang menerangkan senaman yang selamat untuk Ibu hamil beserta kiraan yang dicadangkan untuks etiap jenis senaman. Sangat bagus video ni , siap ada ilustrasi lagi;)









Dan 2 video di bawah ni adalah video yang Ena akan pasang sepanjang exercise. setiap video lebihkuang 5 min, so 10 minit je lah work out kita setiap pagi. Kejap sangat. Cuma kalau tak larat sangat ena buat 5 minit ja. haha, ok lah tu kan asalkan buat, betul tak ;)





Video 1:











Video 2:







Okie mommies, itu saje yang Ena nak kongsikan. selamat beramal dan Ena doakan ibu ibu semua sihat dan baby membesar dengan sihat dan kuat serta soleh/solehah.





Kita jumpa di next entry ya.



Baarokallahufiikum.






DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.