Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Monday, 6 June 2016

Mudahnya Solat Terawikh di Rumah - Cara Solat Terawikh Bagi Mereka Yang Tidak Berkesempatan ke Masjid.

10:15 0 Comments




Mudahnya Solat Terawikh di Rumah - Cara Solat Terawikh Bagi Mereka Yang Tidak Berkesempatan ke Masjid | 
Assalamualaikum, entry ni khusus buat mommies atau Mak2 yang ada anak kecil dan juga mak2 yg siangnya bekerja, malamnya jadi supermak.. jom baca cara2 nak buat solat terawih di rumah..



Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.



Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid.


 
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.

● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.

● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh ikut cara di bawah ye:

SOLAT SUNAT TERAWIH
~~~~~~~~~~~~~~~~~


● Niatnya :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.


SOLAT SUNAT WITIR
~~~~~~~~~~~~~~~


Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.


● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

● Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ [3x]

● Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..

Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat.



Your Beauty & Health Consultant ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia



Thursday, 2 June 2016

7 Cara Menyambut Ramadhan al Mubarak

17:22 0 Comments





7 Cara Menyambut Ramadhan al Mubarak | Assalamualaikum. lagi 1 hari je lagi kita akan menyambut ketibaan bulan yang mulia dan penuh barokah iaitu Ramadhan Kareem. Terasa sayu sangat hati ni. Allahu. jom tengok checklist apa perlu kita buat sebaagi persiapan menyambut ramadhan tahun ini.

1. Banyakkan istighfar dan bertaubat


– Kerana dosa boleh menjadi penghalang kita daripada kebaikan dan kelebihan Ramadhan.


2. Banyakkan berdoa


– Diriwayatkan para Salafusoleh ada yang berdoa 6 bulan sebelum Ramadhan supaya dikurniakan Ramadhan.. kemudian berdoa 5 bulan selepasnya agar diterima amalnya semasa Ramadhan



3. Mohon kekuatan daripada Allah


– “Ya Allah, bantulah kami agar mampu sentiasa mengingatiMu… mensyukuriMu serta mampu beribadat sebaiknya kepadaMu..


4. Bergembira


– Hati mukmin sebenar akan bergembira dengan peluang yang datang bersama Ramadhan.. “Katakan, dengan kunia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira..”

5. Persediaan ilmu

– Ambillah masa untuk mengulang kembali ilmu2 berkenaan Ramadhan & Ibadat Puasa – hukum hakam serta adab-adabnya agar dapat kita maksimumkan ganjaran daripadanya


6. Membiasakan diri dengan amalan sunat

– Perbanyakkan puasa sepanjang Syaaban.. banyak membaca quran lebih daripada biasa.. Biasakan bangun seawalnya.. serta amalan-amalan sunat lain – agar bila tibanya Ramadhan.. bukanlah baru ingin bermula !!

7. Saling mengingatkan dan mengucap tahniah

– Penuhkan wall dan status dengan entri yang mengingatkan tentang kelebihan Ramadhan.. Ucapkan tahniah kepada sesama sahabat atas peluang hebat yang dikurniakan Allah ini.. Begitu juga kepada sesama ahli keluarga – pasangan,anak-anak, ibubapa, adik beradik dan kaum kerabat

Tahniah..!! Ramadhan ini mulia.. namun Tuhan Ramadhan jauh lebih Mulia..!!
Moga Allah menerima amalan kita semua.. Amin ya Rabbal ‘alamin…

Sumber



Your Beauty & Health Consultant ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia



Bloglist Ramadan 1437H Oleh Sifu Blogger Malaysia iaitu Hasrul Hassan

10:04 0 Comments
Blog yang sering ena kunjungi untuk info blogging, Blog sifu Blogger Hasrul Hassan


Bloglist Ramadan 1437H Oleh Sifu Blogger Malaysia iaitu Hasrul Hassan | Assalamualaikum. Blog Hasrul Hassan merupakan seorang pakar dalam SEO untuk blogger blogspot. Kiranya blog beliau ni dah jadi one stop centre untuk blogger blogger baru menimba ilmu berkaitan tips SEO bagi tujuan naikkan traffic blog di carian teratas di 'Google Search'.



Ena pernah menulis entry berkaitan dengan cadangan sifu2 blogger yang boleh kita rujuk untuk bangunkan blog yang mesra SEO di SINI. Salah seorang sifu yang ena cadangkan di situ adalah Hasrul Hassan atau lebih mesra dipanggil HH.



Entry ini ditulis tanda sokongan kepada segmen anjuran HH iaitu beliau mencari 50 blogger untuk diletakkan di bloglist Ramadhan di blog beliau. Sungguh berbesar hati jika sekiranya blog aeinnamusa.com terpilih untuk berada di paparan bloglist Tn HH kerana blog dan kebanyakkan entry tulisan HH berada di carian teratas di Google Search. Dengan itu, lebih besar lah peluang untuk rakyat malaysia khususnya dapat kenal dan singgah ke blog ena yang baru berumur setahun jagung ni. ( menumpang tuah nampakkk..hahaha ampun HH)



Dikesempatan ini, ena nak ucap ribuan terima kasih pada Hasrul Hassan kerana ilmu yang beliau kongsikan di blog beliau banyak membantu ena dalam dunia blogging dan online marketing khususya.



Ena dah lama jadi friend dan follow FaceBook HH , Siap set 'see first' lagi sebab tak mahu ketinggalan event/segmen/giveaway anjuran beliau.







Tuesday, 31 May 2016

Promosi Ramadhan dan Raya :Alfalfa dan Shaklee Collagen Powder Mei 2016

23:59 0 Comments





Promosi Ramadhan dan Raya  Alfalfa dan Shaklee Collagen Powder Mei 2016 | Kira-kira sebulan je lagi kita akan menyambut Ramadhan Al Mubarak dan kemudian Syawal bulan kemenangan, insyaALLAH. Tak sabar kan. Ena pon tak sabar juga, semoga dipermudahkan untuk Ena berpuasa tahun ni. Maklumlah berpuasa sewaktu menyusukan 2 orang anak serentak, perlukan kekuatan fizikal dan mental juga ;)



Ok, dah ramai sangat bertanya promosi shaklee untuk Mei 2016. Walaupun beberapa Set suplimen seperti Set Hamil Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Kurus dan  Vivix Twinpack dah ditamatkan promosi nya bulan ni tapi bulan special la juga kerana merupakan bulan pertama diperkenalkan set promosi terbaru iaitu Set Detox Shaklee yang akan berakhir pada Jun 2016.


Promosi Shaklee pada bulan ini adalah:


SHAKLEE COLLAGEN POWDER (SCP)



Kelebihan Shaklee Collagen Powder :



  • Sumber Kolagen Terbaik iaitu dari sisik ikan merah laut dalam (5000m) (bebas dari pencemaran)
  • Tinggi kapasiti dan kepaduan sel yang berfungsi dalam mengekalkan kelembapan.
  • Jisim molekul yang sangat rendah dan optimum- menyerap dengan mudah dan berkesan di dalam badan kita.
  • Packaging dalam sachet (mudah di bawa)
  • Ramuan nya sangat semulajadi BEBAS dari sebarang pengawet, gula, garam, perisa, perasa dan warna tiruan
  • Mudah larut! tak perlu kacau pon takpe tau. shake2 aje;)


 Khasiat Shaklee Collagen Powder :


🌹🌸 Anti Penuaan - Mengecilkan liang-liang pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan

🌹🌸 Menghidratkan - Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan mengelupas pada muka.

🌹🌸Mengembalikan Keanjalan Kulit - Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.

🌹🌸Melicinkan - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.

🌹🌸Menyubur - Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar.

🌹🌸Mencerah - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.

🌹🌸Menegang - Membantu menegang dan menganjalkan payudara.

🌹🌸Menguatkan- membantu kuatkan tulang dan kurangkan rasa sakit sendi.

🌹🌸 Menganjalkan - membantu mengekalkan otot mata supaya anjal

🌹🌸 Membantu meningkatkan fungsi otak.



BUY 6 FREE 1

Apa yang anda dapat dengan pembelian set ini?

  1. Beli 6 kotak, dapat FREE 1 kotak. 
  2. FREE 1 kotak collagen powder yang berharga RM 315.88 (harga retail)
  3. JIMAT lebih RM 100 sekotak
  4. 1 kotak untuk pengambilan sebulan, so set ini tahan sehingga 7 bulan!
  5. FREE MEMBERSHIP seumur hidup
  6. Dijemput ke Support group konsultasi kesihatan dan coaching untuk bisnes (jika mahu)






ALFALFA COMPLEX



Kelebihan  Alfalfa Complex Shaklee:


  • Alfalfa diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas daripada pestisid, hebisid dan menggunakan bahan kompos iaitu baja bukan kimia. 
  • Tumbuhan ini ambil masa 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh capai sampai 20 kaki dalam tanah untuk serap pelbagai nutrisi. 
  • Nama Alfalfa ni ada disebut dalam Al-Quran tau. 
  • Daun Alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. 
  • Daun yang matang kaya dengan klorofil. 
  • Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. 
  • Bahagian lain yang tak penting dilupuskan. 
  • Alfalfa telah digunakan sejak lebih 1500 tahun dulu.


Khasiat Alfalfa Complex Shaklee: 




  • Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. 
  • Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – 
  • Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit. 
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol. 
  • Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
  • Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit 
  • Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan 


Lain-lain Kelebihan dan Kebaikan Alfalfa Shaklee / Alfalfa Complex Shaklee


  • Legakan sakit-sakit sendi dan belakang. 
  • Membantu hilangkan kelesuan dan tekanan. 
  • Memberi kelegaan semasa period. 
  • Membantu Merawat arthitis 
  • Membantu Merawat athma 
  • Mencuci usus bagi membuang toksik 
  • Membantu membuang angin dalam badan 
  • Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor 
  • Meneutralkan asid dalam badan 
  • Membantu masalah keputihan pada wanita. 
  • Membesar dan menegangkan payudara. 
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri. 
  • Memulihkan urat selepas bersalin. 
  • Milk booster 
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan 
  • Meningkatkan stamina lelaki 
  • Membantu Melegakan masalah sembelit

BUY 3 FREE 1


Apa yang anda dapat dengan pembelian set ini?

  1. Beli 3 botol, dapat FREE 1 botol. 
  2. FREE 1 botol Alfalfa Complex  yang berharga RM 104 bagi saiz L (700 biji) dan RM 57 bagi saiz S (300 biji)  -harga retail
  3. JIMAT hampir RM 100 sebotol yang saiz L
  4. 1 set  saiz S untuk pengambilan 2 bulan, so set ini tahan sehingga 14 bulan! kalau saiz L, sebotol tahan 4 bulan tau. berbaloi sangat kan.

untuk mencuba, insyaAllah Ena boleh bantu, hubungi je ena ye

Your Health & Beauty Consultant
AEINNA MUSA
+6 013 357 3153



DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.