Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Thursday, 25 February 2016

60% Promosi Terhebat Buat 'Ulat Buku' di Bookcafe.com.my

08:47 0 Comments
KLIK gambar untuk ke laman web bookcafe.com.my


Assalamualaikum

Seronoknya masa mula-mula ena dapat tahu ada promosi di bookcafe.com.


CARA NAK BELI : SECARA ONLINE DI WEBSITE BOOKCAFE 
PROMOSI TAMAT PADA : 29 FEB 2016


Ena belom pernah membeli dari website ni tapi ena memang suka beli buku terutama buku buku bisnes , motivasi dan buku agama.


Bagai  orang mengantuk disorong bantal lah ni.hehe


Tadi dah jalan-jalan di laman web bookcafe. Memnag betul ada diskaun sehingga 60%!!! Bayangkan ada buku hebat yang berharga hanya rm7! contohnya bulu The Law of Universal Attraction tulisan Tn Zuhairi Nopiah dan Amin Idris (Selebriti tv al hijrah)


Ok, dah sangat teruja ni. Harus lah nak order jugak ni. dah siap2 pilih buku and 'ad-to-cart' , tinggal nak proceed payment je. 


Oh ye, kalau ada yag nak kirim ke, terutama yang duk sekitar bandar baru bangi atau Paka/ Kuala Terengganu (sebab weekend ni ena balik kampung) boleh lah wassap ena ye +6013357 3153. Weekend ni je tau..lepas weekend ena boleh tolong gak tapi tolong beli online je untuk uols k. hehe


Pepatah ada mengatakan ,
ALL LEADERS ARE READERS
BUT NOT ALL READERS ARE LEADERS


ok, jom baca buku, niat impian dan target ena untuk 2016, sebulan baca 2 buah buku..chaiyokkkk!!


;)



Wednesday, 24 February 2016

KISAH INSPIRASI: PEKERJA KILANG BERJAYA KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGAN SEHINGGA GAJINYA MENCECAH RM33,000!!!

15:44 0 Comments
KISAH BAGAIMANA SEORANG PEKERJA KILANG BERJAYA KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGAN SEHINGGA GAJINYA MENCECAH RM33,000!!!






Assalamualaikum


Ena terbaca kisah ni dari Blog Motivator terkenal iaitu Tn Zuhairi Nopiah. Secara peribadi ena pernah berjunmpa dengan Tn Zuhairi ketika kami sama2 menyertai satu program di bawah team shaklee kami iaitu anjuran Master Iffah Anuar



Ok, jom ikuti kisah pekerja kilang yang kini menikmati gaji 5 angka sebulan!



Saya Haniff. Seperti orang lain, saya juga mempunyai impian. Antara impian saya ialah untuk memperolehi pendapatan 5 angka sebulan.



Saya tak tahu bagaimana caranya, namun saya pasti caranya ada di luar sana. Bermula dari situ, saya mengambil keputusan untuk belajar dan mengikuti seminar serta mencari mentor yang boleh membimbing saya.



Pencarian ini membolehkan saya mengenali Tuan Zuhairi Nopiah, Pengasas Law of Universal Attraction (LUA). Dalam satu seminar yang dikendalikan oleh beliau, saya diperkenalkan dengan Teknik-Teknik yang betul untuk mencapai impian.



Antaranya ialah Teknik PIES Dream Board. Saya diajar bagaimana untuk mencapai impian dengan cara yang mudah tetapi berkesan, iaitu dengan membetulkan “belief system” dalam diri kita. Saya melakukan Teknik ini dengan konsisten dengan bimbingan daripada mentor saya, Tuan Zuhairi Nopiah .



Subhanallah! Hasilnya begitu menakjubkan!! Daripada sehari ke sehari, impian saya datang menghampiri saya. Peluang demi peluang dibentangkan di hadapan saya oleh Allah swt. Sehinggalah saya ditawarkan oleh syarikat tempat saya bekerja dengan kenaikan gaji 100% hanya semata-mata untuk mengelakkan saya berhenti bekerja.




Walaupun gaji baru yang ditawarkan agak lumayan iaitu RM11,000 sebulan, saya yakin Allah bakal memberikan rezeki yang lebih luas daripada itu. Lalu saya tolak tawaran itu secara baik kerana LUA mengajar saya untuk “PERCAYA SEBELUM BERJAYA!”.



Sebulan selepas itu, memang saya mendapat tawaran kerja yang lebih lumayan, iaitu RM15,000+ sebulan. Dan bulan-bulan selepas itu merupakan detik-detik paling indah dalam hidup saya kerana rezeki datang mencurah-curah! Pendapatan bulanan saya ialah RM25,000 – RM33,000 sebulan, bergantung kepada projek dan overtime yang disediakan.



Pesan saya, sekiranya kita mempunyai impian, rendahkanlah hati kita untuk belajar dan terus belajar..



Saya sangat mencadangkan rakan-rakan untuk belajar daripada Tuan Zuhairi Nopiah, kerana beliau terbukti berjaya membantu ramai insan di luar sana untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat, dengan izin Allah swt.



FAST ACTION, FAST RESULT! Saya doakan agar perkongsian ini memberi manfaat. Assalamualaikum.


*******


Alhamdulillah, memang teruja kan baca kisah beliau ni. dan Alhamdulillah teknik PIES DREAM BOARD ini ena ajarkan pada rakan niaga dan ejen shaklee yang mendaftar di bawah empayar ena iaitu Our Precious Empire.


untung nya rakan niaga kami;)


PERCAYA SEBELUM BERJAYA!

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.