Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Saturday, 24 October 2015

Dapat FREE 44 Resepi Berpantang Dari Sahabat FB

16:06 0 Comments


Assalamualaikum


Baru sempat bukak email dan blog.hehe..bersawang dah blog ena


Alhamdulillah, sudah lebih 2 minggu ena menerima lagi permata dari syurga. Rasa kekok lagi nak urus dua anak sekaligus ni, hehe..belom betul2 biasa lagi.


Sekarang ni, dua-dua anak syurga ena ketiduran, sempat la mama bukak blog sat..hihi.


Email dari Puan Ayu;)


5 Oktober tarikh keramat kelahiran anak kedua ena, pada tarikh ni juga ena menerima hadiah dari Puan Anys Idayu Zakaria. Tapi baru harini ena sempat donwnload, dah siap print dah..hehe



Penyertaan ena di wall Fb Puan Ayu. Alhamdulillah ena terpilih sebagai pemenang.





Ena dah review 44 resepi tu, mudah2 sangat, insyaALLAh dah rasa sihat sikit ni boleh la masak sendiri;) Dah 20 hari suami tolong masakkan , Kesian juga. Urus anak2 lagi.


THANK YOU PUAN ANYS IDAYU!



Friday, 23 October 2015

Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com

16:56 2 Comments

Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Friday, 2 October 2015

Solat Dhuha 12 Rakaat?

08:30 0 Comments



Assalamualaikum.



Ilmu yang bermanfaat yang ena rasa patot untuk disebarkan. Semoga ia bermanfaat kepada kita semua.



Nak kongsi satu amalan menjemput rezeki iaitu mengamalkan solat sunat Dhuha.



Al-Jumu`ah:11 : - 

Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:" Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.



Perkongsian dari kawan positif :

***

Ini mungkin membantu anda untuk buat Duha 12 rakaat.


#1. Kelebihan




Pengalaman saya 12 rakaat Duha memang super power. Memang dapat feel rezeki datang mengejar kita. Takkan dapat rasa kalau tak buat!


Confident dalam buat apa perkara. Dapat ilmu baru dengan pantas dan inshaAllah dapat partner yang tepat.


.

#2 Cara saya buat



- Seawal pagi kira-kira 100 minit selepas masuknya waktu subuh atau 15 minit selepas syuruk atau saat anda lihat matahari pagi sedang menyala masuk ke celah-celah ruang rumah.



Biasa ambil masa dalam 15 minit. Tak lama mana pun. Kalau kita boleh layan wasap sampai 1,2 jam takkan 15 minit untuk tarik rezeki kita tak bole buat. Kan? (Nak buat 2 rakaat tak masalah tapi feel dia tak sama langsung dengan 12 rakaat + awal pagi)



12 rakaat sama macam buat solat tarawih. setiap 2 rakaat 1 salam. Bermakna ada 6 salam.



- Rakaat pertama surah Ad Duha dan rakaat kedua surah Al Asr 


Rakaat ketiga sampai rakaat ke 12 baca surah Al Fiil menurun sampai ke An Nas. Saya buat begini supaya saya tidak lupa bilangan rakaat yang saya buat (saya juga insan yg lalai dalam solat)




Sujud akhir (rakaat ke 12) saya baca Al Wahab 40x (rujukan daripada kitab Hisni Hasin) fadhilatnya Allah akan beri rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka.



Habis solat saya istighfar 3x dan baca Al Basit 10x kemudian sapukan pada wajah (juga rujukan kitab Hisni Hasin) dan disambung dengan doa solat Duha.



#3 Doa saya



InshaAllah ini perkongsian saya. Mudah-mudah anda yang membaca dapat amal dan sampaikan. Saya akan doakan anda dalam Duha saya menjadi orang yang penuh keberkatan, kekayaan dan kebaikan.



Share & sebarkan manfaat.

-Kredit-Inchek Zarepp

***


Al-Jumu`ah:10 : - 

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.