Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Wednesday, 24 June 2015

Simple Giveaway : From Bintulu With Love

09:46 0 Comments


Assalamualaikum.

demi mnegubat rindu ena pada Bintulu, ena nak join segmen ni jugak;)

6 tahun tau ena diam kat bintulu dlu. boleh la sikit2 klaka sarawak.

tapi dah lama x praktis ni macam lain dah jadi lidah ni..haha

mana tahu ada rezeki bulan ramadhan kan..10 pemenang dan 1 bloglist yang dicari;)


uols yang nak sama2 join boleh KLIK JE POSTER atas ni. mudah sgt!

salam ukhuwah dari ena:


"PENCARIAN BLOGLIST JUNE BY SYAHIRAH VALIANT"

09:29 0 Comments

Assalamualaikum

Pagi ni sambil2 blogwalking terjumpa satu segmen by Syahirah ni..terus terlintas nk join..nk tambah kenalan dlm dunia blog katanya..hihi.

ena dah mula rasa seronok blogging walaupun baru bermula ena dapat sesuatu dari aktiviti blogging ni..kawan2 blog ni wujud di alam maya je..xnampak, yg kita nampak hanya gambar dan baca perkongsian2 dari mereka.

banyak ilmu yg ena dapat dari tulisan2 kawan2 blogger ena..alhmdulillah.

so uols yang nk join, simply klik je poster atas tu ye.

salam ukhuwah dari ena:



Monday, 22 June 2015

Cara Solat Terawih Di Rumah

17:26 0 Comments
Assalamualaikum

alhmdulillah, pejam celik pejam celik, kita dah pon seminggu di bulan Ramadhan yang sungguh mulia.


Ena nak share cara solat tarawih bersendirian dirumah. maklumlah ibu2 yang ada ank kecil mengalami kesukaran untuk sama2 solat jemaah di masjid kan.





Bijaksananya Allah swt.. wanita sebenarnya tidak digalakkan untuk bersolat jemaah di surau atau masjid.. orang perempuan lebih afdal solat di rumah dan pahalanya adalah lebih besar..


Selain menghindar diri dari fitnah, wanita yang solat di rumah dapat berehat rehat di dalam melakukan ibadah solat sunat seperti sunat terawih...sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.



Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, meh tengok caranya..



Cara Solat Sunat Terawih Bersendirian Di Rumah


Niatnya :


أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى

“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”



Bilangan rakaat suka hati.. buatlaa yang termampu. Paling ringkas buat 13 rakaat, 10 terawih dan 3 witir.


Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.


Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.


Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.


NOTA:


Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. 


Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah:


“Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)


SOLAT SUNAT WITIR


Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.


Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.


Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat


أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"


Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat


أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"


Zikir Selepas Solat Witir


سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ


Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :


Doa Solat Witir


"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..


Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid/surau. 


Dan tiada alasan bagi yang ada anak kecil. Kita boleh buat lepas anak-anak dah tidur. Mari kita sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak buat solat tarawih, tahun ni kita buat.


Sekian sahaja perkongsian ena kali ini.




Sunday, 21 June 2015

Minyak Ikan Terbaik di Dunia - Kenapa Saya Pilih Omega Guard!

09:37 0 Comments

Assalamualaikum,

Bismillah..

Kali ini ena nak ajak anda  mengenal minyak ikan;) Tak ramai yang kenal dan betul2 faham mengenai minyak ikan kan..pernah dengar tapi tak tahu apa kepentingan nya  betul tak. insyaALLAH ena kongsikan pengetahuan dan hasil kajian ena dari beberapa artikel professional/saintis serta dari encik google;)




Omega-3 fatty acids can be difficult for people to incorporate into their diet if they do not eat salmon and other cold-water fish on a regular basis. Dr. Weil encourages everyone to include fish oil supplements in the daily diet to help support optimal brain function and overall health.


Orang yang tidak makan salmon dan lain2 ikan air sejuk secara konsisten mengalami kekurangan asid lemak Omega-3 dalam diet mereka.  Dr Weil menggalakkan semua orang untuk mengambil makanan tambahan minyak ikan dalam diet harian untuk membantu menyokong fungsi otak yang optimum dan kesihatan secara keseluruhan.



Atas ni ialah kata2 seorang Professor Doctor ( medical doctor) yang banyak membuat kajian dan menulis mengenai kesihatan manusia. Terus rasa nak telan minyak ikan tablet sekarang juga kan...hehe..nk makan ikan salmon leceh plak, kita ni kat negara  tropika.hoho...yela, fungsi otak tak boleh buat main2 tau, ia mempengaruhi keseluruhan aktiviti sel/tisu/organ/sistem badan kita kerana setiap aktiviti sel badan kita DI KAWAL oleh otak!

ok,



Secara keseluruhan, entry ni akan mengupas :


-Apa itu Minyak Ikan

-Sumber Minyak Ikan Omega 3 

-Fungsi Minyak Ikan

-Perbezaan/Keunikkan OMEGA GUARD berbanding jenama minyak ikan lain di pasaran


ok jom kita lihat satu2 sub topik tu. insyaALLAH lepas ni kita akan lebih faham dan meningkat kesedaran untuk menjadikan minyak ikan sebagai makanan tambahan dalam diet harian kita dan seluruh keluarga kita juga.

Apa itu Minyak Ikan






Definisi - Minyak ikan adalah minyak yang diperolehi daripada tisu ikan berlemak yang  hidup di air sejuk, kerang-kerangan, tumbuhan dan kacang minyak, walnut Inggeris, flaxseed dan minyak alga,



-EPA (asid eicosapentaenoic) - Apabila kita bercakap mengenai asid lemak omega-3  dalam ikan, kita biasanya merujuk kepada EPA.


Ikan tidak menghasilkan EPA, mereka mendapatkannya dari alga yang mereka makan.

EPA menyokong kesihatan jantung.




-DHA (asid docosahexaenoic) - merupakan komponen utama retina manusia (dalam mata), sperma, dan korteks serebrum (dalam otak).


40% daripada semua asid lemak poli tak tepu (PUFA) dalam otak terdiri daripada DHA. DHA membentuk 60% daripada PUFA dalam retina. Separuh daripada berat membran plasma neuron yang terdiri daripada DHA.


Susu ibu kaya dengan DHA.

DHA menyokong pertumbuhan dan fungsi otak.



Sumber Minyak Ikan Omega 3 



Omega 3 merupakan asid lemak perlu ( essential fatty acid ) di mana badan kita tidak dapat menghasilkan sendiri asid lemak omega 3.


Ini bermakna, kita wajib mengambil dari makan harian kita atau dari suplimen yang boleh dipercayai.


Antara sumber minyak ikan omega 3 ialah ikan kembung, tuna, salmon, sturgeon, belanak, bluefish, ikan bilis, sardin, herring, trout, dan menhaden.


Kira-kira 3.5 auns ikan megandungi 1 gram asid lemak omega-3.




Fungsi / Kelebihan Minyak Ikan



Sebahagian Kelebihan Minyak Ikan





  • Mengatasi Masalah Kemurungan ( Meroyan) Selepas Bersalin


Dr. Michelle Harga Hakim, dari Universiti Connecticut Sekolah Kejururawatan, berkata selepas menjalankan satu kajian pada tahun 2011 "penggunaan DHA semasa hamil berpotensi mengurangkan gejala kemurungan selepas bersalin. " (rujukan)



  • Untuk Kesihatan Mental 


Minyak ikan membantu kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku, terutama mereka yang mempunyai ADHD. (rujukan)



  • Menguatkan Memori 


Memori meningkatkan di kalangan Orang dewasa dan muda yang sihat dan mengambil omega dilaporkan mempunyai kekuatan meori yang lebih tinggi. (rujukan)




  • Perlindungan dari Penyakit Alzheimer 



Kajian yang disiarkan dalam Neurologi pada tahun 2007 melaporkan bahawa diet ikan, omega-3 minyak, buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan risiko Alzheimer. (rujukan)



  • Mengelakkan Masalah Penglihatan


DHA mengelakkan masalah penglihatan disebabkan faktor umur. (rujukan)



  • Manfaat bagi janin 


Omega-3 meningkatkan perkembangan kognitif dan motor pada janin - saintis mendapati ibu yang mengambil Omega 3 semasa tiga bulan terakhir kehamilan menunjukkan perkembangan  deria, kognitif dan motor yang baik. (rujukan)




  • Untuk Jantung yang Sihat

Cara penyediaan/proses memasak ikan sebelum dimakan memainkan peranan penting. Memakan ikan bakar mengurangkan risiko penyakit jantung tetapi ikan yang digoreng bukan sahaja menghilangkan khasiat ikan malah menambah RISIKO penyakit jantung (rujukan)



Kajian 2011, penyelidik di Michigan University Teknologi, mendapati bahawa pengambilan minyak ikan dapat meningkatkan aliran darah dengan mengurangkan tahap trigliserida, dan juga memperlahankan kadar pertumbuhan plaques. (rujukan)



  • Mengatasi Masalah Arteri Tersumbat

Kebiasaannya, pesakit yang mengalami arteri tersumbat akan mengambil ubat mencairkan darah bagi mengelakkan serangan jantung.


Omega 3 mempunyai sifat mencairkan darah dan mereka yang mengambil  minyak ikan ini terhindar dari serangan jantung berbanding orang tidak mengambilnya.



  • Kurus

Omega 3 minyak meningkatkan aliran darah ke otot semasa senaman dan membantu untuk merangsang enzim yang mengangkut lemak yang akan ditukarkan kepada tenaga. 



Kajian menunjukkan purata penurunan berat badan sebanyak 2 kg dalam sekumpulan peserta yang mengambil  omega 3 minyak ikan berbanding kumpulan yang tidak mengambil sumber omega 3. (rujukan)



KLIK SINI untuk mengetahui 4 cara bagaimana omega 3 berfungsi menurunkan berat badan.



-Perbezaan/Keunikkan OMEGA GUARD berbanding jenama minyak ikan lain di pasaran




Klik untuk menonton video perbezaan Omega Guard berbanding brand lain di pasaran



Sumber



Sumber utama omega guard diekstrak dari IKAN LAUT SEJUK ( sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. ia BUKAN dari hati minyak ikan tau.





Omega Guard ni 3 kali LEBIH TUMPAT dari minyak hati ikan.




Kaedah Penghasilan yang Selamat dan Hasil yang Tulen.






Penyulingan 3 peringkat dalam penghasilan Omega Guard




Omega Guard merupakan Minyak Ikan Terbaik di Dunia kerana mengandungi RANGKAIAN SPECTRUM PENUH 7 jenis asid lemak Omega 3 termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.




Kebanyakkan pengusaha minyak ikan memilih kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk ekstrak minyak ikan tapi kaedah ini boleh musnahkan nutrien dan TIDAK menapis logam berat yang membahayakan kesihatan pengguna.





Shaklee pula menggunakan kaedah ULTRATULEN bergred farmaseutikal; teknologi tinggi dalam penghasilan Omega Guard. Ia terhasil dari proses PENYULINGAN PROPRIETARI TIGA MOLEKUL untuk ekstrak Omega 3 paling tulen dan paling semulajadi serta menyingkirkan baham berbahaya seperti:





-plumbum
-merkuri-arsenik-kadmium-dioksin-PCB (polychloride biphenyl-iaitu bahan kimia industri yang sangat bertoksik)






Omega Guard menjalani proses penyulingan 3 molekul untuk pastikan hasil minyak ikan adalah paling tulen. Klik untuk tonton video.




Omega Guard Minyak ikan Bergred Farmaseutikal

Terma 'gred farmaseutikal' digunakan oleh pakar-pakar dalam industri minyak ikan dalam menentukan KANDUNGAN OMEGA 3 dalam suplimen minyak ikan.




What's in regular fish oil?




Minyak ikan yang sering dilihat di kedai runcit, farmasi dan kedai mengandungi kira-kira 25-30% asid lemak Omega-3 dan mengandungi lemak tepu, monotaktepu dan lemak trans.




Minyak Ikan yang bergred farmaseutikal adalah minyak ikan yang mengandungi at least 85% Omega 3 (rujukan)






What is pharmaceutical grade fish oil



Minyak ikan bergred farmaseutikal sangat pekat dan mengandungi sekurang-kurangnya 85% Omega-3. Ini membantu anda mengambil pil lebih sedikit atau lebih kecil.


1 hidangan Omega Guard (3 kapsul) membekalkan 1000 mg Omega 3 dan ia adalah minyak ikan yang disahkan memenepati gred farmaseutikal (rujukan SINI dan SINI). 




Bagaimana dengan minyak ikan anda?

ada gred farmaseutikal tak?

kalau tiada, cepat2 tukar kepada yang LEBIH BAIK dan SELAMAT...dah tentu pilihannya adalah Omega Guard Shaklee;)

change your brand
can change your life!


sebarang pertanyaan atau konsultasi mahupun tempahan, boleh la wassap ena :


selit pic bersama my mentor dan anak solehah ena;)



Your Certified Shaklee Product Consultant:
0177172868 (Aeinna Musa / Kekna )
Direct Wassap : http://Kekna.wasap.my/ atau http://KedaivitaminBKP.wasap.my/
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia





DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.