Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Monday, 1 September 2014

9 'Akibat' Mandi Awal Pagi

06:40 0 Comments
Aeisya and froggy ketika mandi manda di Langkawi

Assalamualaikum, Bismillah.

Heading entry dah gambar aeisya mandi..hehe..ini pagi tau, kesian aeisya terketar2 mulut. sudahla pagi berangin plak tu. setengah jam je dapat tahan lepastu naik bilik hotel . nak cerita pasal mandi AWAL  pagi.

Teringat kat nenek ena , sebelum subuh dah siap mandi dah, patutla sihat sampai sekarang.

Artikel ni ena terjumpa  sewaktu 'blogwalking'. menarik ! selama ni liat nya kita nk mandi pagi terutama pagi hari cuti..hihihi..

Ok jom kita layan MANFAAT mandi awal pagi atau sebelum subuh

1) Meningkatkan peredaran darah. 

Air yang mengalir semasa kita mandi pagi ini adalah baik untuk peredaran darah kita dan ia juga melegakan ketegangan di otot dan sendi kita. Ia juga membantu merangsang penyembuhan dan mengurangkan keradangan otot.

 2) Meningkatkan imuniti badan. 

Mandi awal pagi merangsang sistem badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang mana bertindak sebagai ‘askar tentera’ kita terhadap virus dan penyakit.

Bagi ena, imuniti sangat la penting terutama bagi seorang ibu yang akan menguruskan anak2, suami dan rumah tangga. apa yang ena amalkan, ena mengambil cadangan Set Imuniti yang terdiri daripada Nutriferon, Vita C Sustain Released dan Vivic.

3) Mengurangkan stres.

Jika seseorang itu bangun pagi dengan degupan jantung yang laju, ia adalah tanda-tanda orang itu sedang mengalami stres. Untuk mengatasi masalah ini,hendaklah mandi pagi dan lebih baik menggunakan air yang sejuk. Dengan meratakan air ke seluruh badan, ia dapat memastikan semua bahagian badan mendapatkan oksigen yang mencukupi sekaligus dapat menghilangkan stres.

Nak lagi best, ambil la B complex a.k.a natural 'pain killer'

 4) Melegakan batuk.

Untuk sesiapa yang batuk ni,tak tahan mandi dengan air sejuk,boleh guna air panas untuk hilangkan batuk. Hidupkan air panas dan tutup pintu bilik mandi untuk beberapa minit. Wap dari air panas akan membantu menghilangkan kahak dan mukus dalam masa beberapa minit.

 5) Meningkatkan kesuburan.

Yang ini untuk pasangan yang sudah berkahwin ye. Kajian menunjukkan pengeluaran sperma lelaki meningkat dengan ketara selepas mandi dengan air sejuk pada awal pagi., manakala pancuran mandian air panas mempunyai kesan yang sebaliknya. Selain itu, ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

Cara untuk tingkatkan kesuburan dari dalam, ena cadangkan supaya mengambil supplimen Vivix,Vita E Complex,Zinc Complex, GLA Complex, Energizing Soy Protein dan Alfalfa


6) Bertindak sebagai pemanas badan segera.

Bagi mereka yang lebih suka melakukan senaman pagi berbanding dengan selepas kerja,sebaiknya mandi dengan air suam terlebih dahulu. Ini dapat melonggarkan otot-otot yang tegang selepas tidur semalaman.

 7) Memperbaiki rambut.

Yang ini khusus untuk sesiapa yang mengalami keguguran rambut tahap melampau. Dengan menggunakan air yang sejuk untuk mandi di awal pagi, ini dapat membantu menguatkan akar rambut dan melindungi kutikel rambut. Sebaliknya kalau mandi dengan air panas, ini akan merosakkan strektur rambut.

Penjagaan kesihatan rambut dari dalam, boleh la mencuba rangkaian product Prosante,Zinc Complex, Vivix dan Energizing Soy Protein.

8) Mengurangkan risiko darah tinggi

Bagi yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

9) Kulit lebih lembut dan halus pada waktu pagi

selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

credit to zaujahzauj dan aura-hikmah

Wahh banyak juga kan 'akibat' positif mandi awal pagi ni. Ok lepas ni tak mahu liat mandi pagi lagi tau.hihi


Your Shaklee Independent Distributor,

ID: 960982
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com
COD area: BB Bangi dan sekitar


Thursday, 19 June 2014

Tips Bisnes- Bagaimana Nak Mula?

16:51 2 Comments
As salam ena.saya nak bisnes ..dah lama fikir.tapi tak tahu nak buat bisnes apa. Makin lama fikir makin buntu.takut pon satu hal.kalau tak berjaya macam mana.

 # # # 

 Bismillah.SAW. Waalaikumussalam.

 Terima kasih pada yg bertanya ( tetiba fefeeling Prof Muhaya ..hihi ) 

 Baiklah, kalau tanya ena..mudah je ena cakap, MULA DENGAN APA YANG ADA DI DEPAN MATA.

Anda dulu di sekolah, scorer untuk subjek tertentu contoh matematik.. nahh, BUAT LA TUISYEN CLASS for matematik. 

Anda suka gajet. Tanya apa saje model2 gajet memang anda boleh jawab. Jadi lah dropshipper jual gajet.

Anda KREATIF dan minat buat brooch comey2 dari butang/robbon/kain ...haa, jual la brooch..kat youtube banyak tutorial buat brooch cantek3 

Anda suka kumpul jam G shock dan sebagainya.setiap hari keje nya bukak mudah.my tengok jam berjam2^_^..apa kata anda jual jam G shock je.! 24 jam boleh tgk jam.tak payah bukak mudah.my;)

Anda suka dan memang pandai buat biskut/kek yg sedap..haa... switch on your oven and start your 1st bake for bisnes. Apa lagi ye.. 

Anda pandai format laptop. Ok , buat offer sape yang nk format laptop, hanya rm20, siap saya bagi freegift lagi. 

Anda pandai bina blog yg cantek dan kretif..buat la kelas asas belajar blog. 

Anda pengguna tegar product shaklee, avon, tupperware, amway atau apa sahaja company yg offer membership dan peluang jana income. Ambil peluang untuk berkongsi kebaikkan yang anda dah rasa kemudian kongsikan dengan orang lain.

Anda suka duk rumah je tapi nak ada Income sendiri..buat la bisnes secara online. Yang rm0 modal pon banyakkkk. Sekarang mudah sgt nak buat bisnes, sambil jaga anak, sambil lipat kain, sambil jemur kain, sambil kemas rumah pon boleh tau.ena sambil masak pon ena bisnes jugak.hehe.jangan tiru yg ni k.bahaya

 # # #

 yang penting, BERMULA. Jika anda betul2 nak ceburi bidang bisnes,Cuba je apa2 bisnes DEPAN MATA.

Tak cuba tak tahu. Kene BERANI! 




 YOU ARE WHAT YOU THINK APA YANG ANDA FIKIR, ITU YANG ANDA AKAN "TARIK"

 Risiko ada di mana2. Even masak kat dapur rumah sendiri pon ada risiko gas abes ..hehe.

 HIGH RISK HIGH RETURN LOW RISK EXPECTED LOW RETURN. 

 Goodluck!

Your Shaklee Independent Distributor,

ID: 960982
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com
COD area: BB Bangi dan sekitar


Tuesday, 3 June 2014

Testimonial Vita E Complex

16:13 0 Comments
Assalamualaikum

Bismillah | SAW


Memandangkan bulan ini promo Vita E complex, di sini ena 'compile'kan beberapa testimonial berkaitan dengan penggunaan dan keberkesanan Vita E Shaklee.

KLIK pada gambar VITA E di bawah untuk mengetahui lanjut Vita E kami yang ohsem ni;)



http://www.shaklee.com.my/bm/prodview_body.asp?prodcode=10112

- Puan Zuriati Baharuddin-  

Selalu ati baca testimoni org ja. Hari ni ati nk share testimoni ati n husband lepas sebulan consume vitamins awesome Shaklee ni. Ati guna set SKIN BOOSTER Shaklee: ESP, vita C,vita E, B complex.

Ternyata kulit lebih moist,cerah & sekata. Mula-mula mmg rasa macam tak percaya langsung. Tapi lepas kena puji ngn husband n BFF n staff office baru la terasa 'Eh,betul la dah makin GEBU, CERAH & SEKATA'. Serius,pagi-pagi ati suka tgk muka sendri kt cermin, pastu main picit2 pipi.hihihiihihihi.

Testimoni husband pulak: Ati bg dia mkn: Vita c ,vita e,alfalfa n b comp. Yang bestnya sekarang dia mmg dah JARANG SELSEMA sbb RESDUNG. Added: Kulit muka dia pun makin licin n bekas-bekas jerawat dulu-dulu makin pudar & hilang. Ati ni weekend housewife,so sekali bila husband dtg on weekend mmg ati suka belek-belek muka dia,ternyata berbeza before & after consume Shaklee.

Bonus: Tumit kaki yg merekah n kasar dah bertukar jadi lembut n licin. Kalau tak percaya sila check sekarang.hihihiihihi






-Puan Azliza-

Salam. Saya nak share sakit pengalaman hubby saya setelah 2 minggu makan vitamin e. Sebelum ni muka hubby sy banyak sangat blackhead dan muka berminyak dan hubby saya ni paling susah nak cuci muka dengan pencuci tapi pagi semalam saya sendiri terkejut bila tangok muka hubby tak de blackhead lagi. Saya tanya dia ada cuci muka ke pagi ni dan dia ckp takde. So ni mesti penangan vitamin e ni. Saya sangat happy bila tengook muka hubby bersih dan berseri... tak sia2la saya bagi hubby makan vitamin e ni.





-Puan Jumaah Ahmad Marzuki-‎

Nak share testimoni ank..
Saya beri ank minum mealshake n vita c hari2..Yg best nya luka kat muka ank sy dlm ms 1 mggu dh sembuh sepenuhnya..

Kat gbr yg tarikh 6 sept 2012 tu sy bersihkn luka guna basic h..pastu sapu vita E shaklee kat tpt luka setiap hari sblm tdur..Mmg cepat luka tu kering..semua nya dengan SHAKLEE





- Puan Azlina Hashim‎-

Anak saya terjatuh masa bermain.
Luka di muka paling banyak.
Alhamdulillah saya letak Vita-E hari-hari kat luka dia.

Dalam masa seminggu dah nampak bezanya,
Luka cepat kering dan cepat sembuh dgn Vita-E.
Memang Amazing Vita-E ni!!




-Haziq Qaisara-

testi anak sendiri.terbakar dekat muka masa bakar sampah. tak perasan dlm tu ada tin spray ambi pur.meletup tu yg kena dekat muka. samalam pegi klinik doktor ngan nurse pun terkejut. cepatnya kulit dh recover. ckp guna SHAKLEE doktor pun senyum.hehehe.doktor pun ckp shaklee bagus..heheheh suka dengar.

gambar ni lepas sebulan sapu vitamin e.kulit dah hampir sekata.kening pun dh back to normal.gambar lama boleh refer dlm fb liza yer.

dalaman bagi meal shake,chewable vitamin c
luaran basic H,herbal cream.

kulit dah mengelupas habis baru sapu vitamin e. tapi mealshake dengan chewable still continue







 -Nurul Hidayah-

nak share juga experience mengambil vita E dan vita C. saya mula ambil bulan 2. sebab jennifer lopez pun makan vitamin E. nak cantik macam dia jugak....huhuhuhu.. gambar belah kiri atas tu masa belum ambil vitamin E. muka tak bermaya, yang kiri bawah tu dah start ambil vita E, yang belah kanan gambar terkini tanpa sebarang make up just pakai moisturizer kat muka. than to Iffah Anuar sebab suggest untuk akak ambil vita E shaklee ni




-Nor Ramli-‎


Hilangkan parut dan KELOID


Masalah KELOID (cuba tengok di lengan kiri anda utk contoh keloid bagi yg ada parut 'BCG') terhasil akibat penyembuhan luka yang tidak 'teratur'. Collagen dan juga bahan lain penyembuhan seperti 'dicampakkan ke tapak luka' tapi tidak 'diratakan'. 
Contohnya macam tgk org buat lantai simen..dicampak 1 sodok penuh simen..pastu tukang buat simen ada emergency terus tinggal..maka mengeringlah simen tu
kat situ. Keloid ni 'metafora'nya begitulah. Luka perlu dikawal kadar kelembapannya semasa proses pemulihan.. terlalu 'kering' atau 'basah' akan melambatkan/menyebabkan komplikasi dalam sistem penyembuhan.


Testimoni yg saya kongsi ni adalah kisah benar sahabat saya yang diuji dengan kemalangan yang menyebabkan luka dalam pada tangannya. Alhamdulillah berkat pengambilan berterusan VITA E complex dan juga GLA complex. Inilah hasilnya.



 



-Hani Nadhirah-
Hi Semuaaaaaa.....selamat petang..selalunya asek letak testi customer je kan..bila lg nk buat testi sendiri..haaa ni dia testi makk..
Tengok gambo kt sebelum tu mak makan vita C tp dari brand lain tp x jadi apa2 pun uols..muka pun ala2 jambatan x siap gittew..coreng sana coreng sini..parut jerawat toksah ckpla merata2 ada..belum masuk lg kawah bulan..mekap pun tetap nampak buroks jugak k..

Alhamdulillah selepas sembang dgn kak Zura Betty ,beliau yg suggest sy minum ESP Shaklee..after 2 minggu consume ESP memang terasa ada perubahan terus beli pulak GLA Complex Shaklee x saba2 nk kulit cantik okey...slps sebulan memang sangat2 berpuas hati dgn produk ni..then terus mkn Set D ( VITA C, VITA E, BCOMPLEX) utk dpt hasil yg lg POWER...Alhamdulillah....tak mau tukar yang lain dahhhhh.....Sekarang x perlu nk mekap tebal sampai 3 inci dh k...just sapu compact powder & celak sikit je..memang ESP ni boleh dpt cun lahhhhhh.....



Semoga Bermanfaat . 






Your Shaklee Independent Distributor,

ID: 960982
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com
COD area: BB Bangi dan sekitar

Monday, 2 June 2014

Cara Menyimpan Vitamin dan Suplimen

10:15 0 Comments
Assalamualaikum

Bismillah | SAW

Apa khabar semua? semoga hari ini lebih baik dari smalam. Bagaimana dan dimana anda menyimpan semua vitamin dan suplimen anda?

Peti sejuk  ? Dapur atau bilik mandi ? Jangan ambil mudah hal ini sebab ia mempengaruhi quality dan kandungan nutrisi dalam vitamin itu sendiri. Jom kita tengok antara cadangan tempat untuk anda menyimpan suplimen.





1. ELAKKAN MENYIMPAN DALAM PETI SEJUK

Untuk potensi optimum , vitamin dan makanan tambahan lain perlu disimpan di tempat yang sejuk dan kering. Peti sejuk sudah pasti sejuk, tetapi ia juga mengandungi kelembapan yang tinggi, yang boleh mengurangkan jangka hayat vitamin dan keberkesanan . Kecuali supliment yang  khusus dicadangkan supaya disimpan dalam peti sejuk.



2. JAUHKAN DARI BILIK MANDI.

Menyimpan vitamin anda di dalam bilik yang sama kecil di mana anda mandi cara mendedahkan mereka kepada haba dan kelembapan , walaupun disimpan dalam kotak/bekas ubat.



3. DAPUR JUGA TIDAK SESUAI

Vitamin biasanya diambil dengan makanan,secara logiknya, sudah tentu dapur adalan tempat yang paling sesuai utuk menyimpan vitamin kan? Suhu dan kelembapan di dapur tidak stabil disebabkan oleh ketuhar dan dapur memasak . Jika nak juga menyimpan vitamin berdekatan dengan makanan, ena cadangkansimpan vitamin di ruang makan yang berasingan dengan dapur memasak.




4. TEMPAT TINGGI DAN KERING

Walaupun vitamin dan supliment di hasilkan dari dari sumber semulajadi, ia tetap tidak boleh diambil dalam kuantaiti yang terlalu banyak pada satu2 masa. Simpan di dalam bekas asal dan jauh dari kanak-kanak . Pastikan tidak letak di kabinet atau rak yang dekat dengan tingkap atau paip pemanasan di mana suhu dan kelembapan mungkin berubah-ubah .




5. JANGAN MENGAGIHKAN VITAMIN ANDA

Sebab kenapa kitaperlu menyimpan vitamin dalam bekas asal kerana sesetengah vitamin memerlukan pembungkusan khas untuk mengekalkan quality yang optimum. Sesetengah makanan tambahan hilang keberkesanannya apabila terdedah kepada cahaya, sebagai contoh, dan perlu disimpan di dalam bekas legap atau berwarna gelap. Elakkan memindahkan vitamin anda untuk botol yang lebih besar atau lebih kecil untuk kemudahan atau menggabungkan mereka dengan makanan tambahan lain di dalam bekas yang sama.



7. SEMAK TARIKH LUPUT

Mengambil suplemen tamat tempoh tidak akan membunuh anda , tetapi ia mungkin tidak akan berbuat apa-apa yang positif untuk anda sama ada. Vitamin kehilangan potensi apabila disimpan terlalu lama , jadi mengambil mereka selepas tarikh tamat mereka mungkin tidak menghasilkan manfaat yang anda harapkan untuk kesihatan anda.






8. SIMPAN DALAM 'COOLER BOX' 

'Cooler box' adalah pilih terbaik bagi mereka yang kerap travel atau tinggal di kawasan yang bercuaca panas. cooler box ini mudah di bawah untuk diletakkan di dalam kereta, jadi ia sangat mudah bagi mereka menjual vitamin secara bergerak . anda tidak perlu meletakkan ais di dalam cooler box ni. suhu dan kelembapan dalam box ini  stabil kerana tidak terdedah dengan cuaca dan kelembapan di luar yang tinggi.




semoga bermanfaat.

Your Shaklee Independent Distributor,

ID: 960982
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com
COD area: BB Bangi dan sekitar

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.