Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Saturday, 15 February 2014

Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Selepas Mengamalkan Suplimen

06:54 0 Comments
Apakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.

Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.

Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.

Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.

Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?

Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.

Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:

1. Anda tidak mengambil dengan konsisten

2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan

3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus

4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang

5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih

6. Keadaan tubuh yang kronik


Your Shaklee Independent Distributor,

ID: 960982
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com
COD area: BB Bangi dan sekitar

Punca dan Kesan 'Healing Crisis' Selepas Mengamalkan Suplimen

06:49 0 Comments
Assalamualaikum

Tahukah anda, sebilangan orang yang mengambil suplimen akan mengalami 'healing crisis' atau krisis penyembuhan.  Klik di sini untuk info mengenai Healing Crisis

-ena, kenapa aku makan suplimen ni air kencing jadi kotor?
-ena, kenapa aku demam selepas  makan suplimen ?
-ena, suplimen buat aku gatal2 satu badan
-ena, bibir kering la lepas makan suplimen shaklee
-ena, kulit muka naik biji2 halus lepas makan suplimen
-ena, pening dan loya la lepas 2 hari makan suplimen

Kat atas ni antara feedback yang ena dapat dari customer. minum air dengan banyak dapat mengurangkan 'proses penyembuhan ini. . Pengambilan air merupakan faktor yang paling penting..cukup ke minum air? kalau kata cukup, berapa L anda minum??cek yourself... at least, u have to drink 2-3L of clean water perday!  boleh klik di sini untuk mengetahui kaitan air dan suplimen.

Selain daripada minum air dengan banyak , ena nasihatkan agar kita mengamalkan pemakanan yang seimbang, banyakkan makan buah dan sayuran serta tidur dan rehat dengan secukupnya.


Saya senaraikan 16 Kesan Penyembuhan dan Petandanya untuk Rujukan.



Tanda Krisis Penyembuhan
Kemungkinan Punca
1) Keletihan, berasa mengantuk
Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
2) Sakit kepala, kepala terasa berat
Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
3) Demam, demam sedikit, keresahan
Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
4) Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk
Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
5) Kembung, perut bergas
Sistem penghadaman yang lemah
6) Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur
Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
7) Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair
Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
8) Hidung berdarah
Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
9) Sakit di bahagian otot dan sendi
Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
10) Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas
Proses penyembuhan semakin cepat
11) Insomnia or atau hiperaktif
Sistem saraf yang lemah
12) Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir
Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
13) Pendarahan ketika membuang air besar
Mungkin buasir
14) Pening, lapar
Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
15) Loya, sembelit, sedu
Sistem penghadaman lemah, masalah hati
16) Slight Edema (bengkak)
Masalah buah pinggang

Alhamdulillah, semoga bermanfaat.

Your Shaklee Independent Distributor,

Aeinna Musa
ID: 960982
Fb page : Precious Vitamee
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com
COD area: BB Bangi dan sekitar



Tangani Anak Demam Dengan Suplimen

06:05 0 Comments
Alhmdulillah...

Aeisya dah sihat..smalam demam panas jam 3 ptg.malam makin panas..kami risauuuuuuu sgt3.pagi ni bangun alhmdulillah dh sejuk.smalam pon tido lena...

Sebagai ibu, risau tau kalau anak demam...

Just nak share mcm mana ena buat utk atasi demam my lovely 1y 4m old daughter.

》mandikan dgn basic H. Basic H dikatakan dapat menyerap haba 3x ganda berbanding air biasa.

》bg mealshake. multivitamin untuk bantu badan aeisya fight virus demam. Yela..dah demam makan pon x selera, mane nak datang nutrien kan.

》ena makan nutriferon + vitamin C dan susukan aeisya banyak3.

》sentiasa monitor suhu badan dan basahkan kepala aeisya dengan air filter + asam jawa.

》pakaikan baju nipis.

》before tido bagi aeisya diluted vivix.

》 berdoa agar Allah kurangkan kesakitan aeisya setiap kali lepas solat.

》kesannya, aeisya tido lena sepanjang malam dan bangun pagi badanya dah sejuk.

Memang kalau pagi ni panas lagi, kami akan bawak g klinik..alhmdulillah dengan asbab supliment yg ade di rumah,aeisya pulih TANPA UBAT!!

Jom kita ikhtiar sihat untuk keluarga tercinta.

Tak salah mencuba.

Tukar UBAT anda kpd suplimen SEKARANG!

Your Shaklee Independent Distributor,

ID: 960982
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com
COD area: BB Bangi dan sekitar

Sunday, 12 January 2014

Multi Level Marketing Menurut Shariah

13:41 0 Comments
Multi Level Marketing Menurut Shariah

INI ADALAH SALAH SATU SEBAB SAYA MEMILIH SHAKLEE SEBAGAI SIDE INCOME.
ternyata dari pembacaan cda, Shaklee antara Syarikan MLM yang mengikut garis panduan menurut syariah :)

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

sumber:


Your Shaklee Independent Distributor,

ID: 960982
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com
COD area: BB Bangi dan sekitar

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.