Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Sunday, 12 January 2014

Multi Level Marketing Menurut Shariah

13:41 0 Comments
Multi Level Marketing Menurut Shariah

INI ADALAH SALAH SATU SEBAB SAYA MEMILIH SHAKLEE SEBAGAI SIDE INCOME.
ternyata dari pembacaan cda, Shaklee antara Syarikan MLM yang mengikut garis panduan menurut syariah :)

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

sumber:


Your Shaklee Independent Distributor,

ID: 960982
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com
COD area: BB Bangi dan sekitar

Monday, 2 December 2013

Air oh Air

15:28 0 Comments
Assalamualaikum , bismillah..



Cerita mengenai air, semua orang tahu kita mesti minum air sekurang-kurangnya 8 gelas air . Tapi berapa ramai yang berjaya minum 8 gelas sehari? Urm…rasenye kalau dah minum 4 gelas pon dah rasa banyak ya amat. Ini tidak termasuk Air berkarbonat, Kopi, Teh, Nescafe atau Cool blog ye! Air yang dimaksudkan di sini ialah AIR KOSONG!



Air merangkumi 70% kandungan badan. Kita di lahirkan sebagai ‘Anggur’ tetapi akhirnya menjadi ‘Kismis’! Baby air cukup sebab tu kulit cantik dan gebu – senyum tak de gigi pun cantik. Tapi bila kita semakin ‘lama’, kulit kecut kedut, belum senyum pun orang takut.. hihi..

Bukan setakat sel-sel kulit je ‘dehydrated’, apa yang lebih bahaya bila sel-sel pada organ dalaman pun mengecut dan ini menggangu fungsi semua organ – buah pinggang, hati, jantung, dll.

Bila kita minum air berkarbonat, kopi yang berlebihan, teh tarik – ini akan menyebabkan air dalam sel-sel kita akan di ‘sedut’ keluar. Kita menjadi ‘kering’ di dalam. Tak cukup just pakai moisturiser di muka, tapi sel-sel dalaman sebenarnya mengecut. Nak sihat, Nak cantik – ‘Terpaksakan’ diri minum air kosong banyak.


Fakta : Tak haus tak bermakna air dalam badan cukup ye.. Kita hanya akan rasa haus bila badan kita dah mula kekurangan air secara ketara (significant dehydration). Bagi pengamal2 tegar suplimen, mereka WAJIB  minum air kosong at least 3L air setiap hari.mengapa begitu banyak? kat SINI ade jawapannya.



Kajian di Fred Hutchinson Research Centre, Seattle menunjukkan bahawa wanita yang minum 2 gelas air sehari mempunyai risiko 2 kali ganda menghidapi kanser kolon berbanding wanita yang minum 4 gelas air sehari! Bahaya kan?

So, pastikan kita minum secara berjadual – minum walaupun tak rasa haus – At least satu gelas, setiap 2 jam! ( termasuk 1 gelas sejurus bangun tidur, 1 gelas sebelum tidur – untuk detox)

Enjoy Your Clean Filtered Water !

kredit to Dr. Malinda


Your Shaklee Independent Distributor,
ID: 960982
Fb: Aeinna Musa
Fb page : Precious Vitamee
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com

Mengapa Perlu Minum Banyak Air Jika Ambil Suplimen.

15:18 0 Comments
assalamualaikum , bismillah...

jika nak cerita kelebihan AIR memang la banyak..yang kite perlu tahu, minum BANYAK AIR untuk sihat, untuk kurus dah juga untuk cantik..ye, untuk cantik juga..kalau tak sihat dah tentu nampak tak cantek kan.



Bagi pengamal2 supliment terutama customer2 saya, saya akan nasihatkan minum air sekurang2 nya 3 L sehari! nampak banyak bukan? sebab nya, air sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengawal suhu tubuh, sebagai pelarut (melarutkan mineral vitamin asid amino dan glukosa), pelincir dalam sendi, penyerap hentakkan (di saraf tunjang), meningkatkan kadar metabolisme tubuh dan juga untuk menyahtoksik bahan buangan (melalui peluh dan air kencing)



Fakta-fakta yang perlu diketahui tentang kaitan air dan supplement semulajadi Shaklee:

·                     Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.

·                     Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula. Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.

·                     Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?


Oleh itu, pengambilan air dalam sehari perlu ditambah lebih daripada kadar biasa. Jumlah air yang dicadangkan adalah 3 LITER air( air masak@air mineral@air R.O= air mutlak).







Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan TIDAK MENGAMBIL AIR BANYAK SEKIRANYA TIDAK MENGAMBIL SEBARANG SUPPLEMENT. Ini kerana kadar air yang berlebihan dalam badan akan menyebabkan pencairan nutrien dalam badan kita seterusnya mengakibatkan beberapa kesan negatif pada tubuh badan kita. Dalam beberapa keadaan yang lain, air yang berlebihan juga boleh mengurangkan susu badan.


Bagi yang dah biasa minum air masak dengan banyak, memang tiada masalah. Tapi bagi yang tak biasa atau tak berapa suka nak minum air masak, 3 liter sehari mungkin menjadi sedikit masalah.



tips bagaimana untuk memastikan anda cukupkan syarat 3 liter air masak dalam sehari
  • Bangun tidur, sebelum buat apa-apa, minum segelas air masak : 250ml
  • Selepas mandi, sembahyang Subuh dan settle apa yang patut, minum segelas air masak, lepas tu baru keluar rumah (pergi kerja atau kelas) : 250ml
  • Pastikan anda minum sekuarng-kurangnya 1 liter sebelum lunch dan 1 liter selepas lunch. Mesti boleh punya, anda ada masa lebih kurang 5 jam untuk habiskan setiap 1 liter. Saya biasanya kat office pun dah minum sampai 3 liter   
  • Jika anda bekerja, sediakan tumbler yang size 1 liter tu di atas meja office anda.  
  • Jika anda student, sila bawa tumbler ini di dalam beg anda ok:)
  • Balik kerja atau balik kelas, minum segelas air : 250ml
  • Sebelum tidur, minum segelas air masak : 250ml

Alhamdulillah, cukup dah pun 3 liter. Mudah kan? Tu belum campur air masak yang kita minum time makan supplemen tu. Siapa yang rasa susah nak cukupkan 3 liter sehari, boleh cuba tips ni ok. Mula-mula mungkin tak biasa, tapi bila dah jadi rutin, small matter je 3 liter air masak ni.Sedar-sedar, lebih 3 liter dah pun nanti.


Your Shaklee Independent Distributor,
ID: 960982
Fb: Aeinna Musa
Fb page : Precious Vitamee
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com


Tuesday, 26 November 2013

Jadual Pengambilan Vitamin Shaklee

13:29 0 Comments
Bismillah

Assalamualaikum

Cara dan waktu kita mengambil suplimen sangat la penting. Kenapa ya? Sebabnya cara dan waktu pengambilan yang tidak sesuai akan merugikan kita. Rugi duit. Rugi supliment (habis berbotol2 tapi kesan nya tak nampak pon). So, kaedah, tatacara, waktu yang sesuai dan terbaik perlu di titikberatkan untuk mendapat kesan penggunaan/pengambilan sumpliment shaklee yg OPTIMUM!

Cara-cara pengambilan supliment shaklee boleh di lihat di SINI. Entry kali ini saya senaraikan cadangan jadual waktu yang sesuai untuk mengambil supliment.


SELEPAS SARAPAN

Vitamin yang disarankan diambil pada waktu pagi ialah vitamin yang berfungsi untuk membekal tenaga iaitu :
Vitalea
B Kompleks
Vitamin C
ESP / Cinch / Meal Shakes

SELEPAS MAKAN TENGAH HARI 

Kebiasaannya kita akan mengambil makanan berat pada waktu ini iaitu nasi dan lauk-pauk. Jadi pengambilan makanan yang berminyak akan membantu penyerapan vitamin larut lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K. Sangat sesuai diambil :
Lecithin
Omega
Vitamin E
GLA (GLA tidak digalakkan diambil bersama vitamin E. Jika ambil kedua-duanya, ambil GLA selepas makan tengah hari dan Vitamin E selepas makan malam atau sebaliknya)


SELEPAS MAKAN MALAM 

Lecithin
Alfalfa 
Zink (Perlu diambil setiap hari hanya jika mengalami masalah keguguran rambut yang serius)


SEBELUM TIDUR

Ostematrix
ESP (Terutama untuk ibu menyusu)
Herblax (2 kali seminggu sahaja)


Tambahan :
1. Nutriferon - seminggu satu sachet sahaja kecuali ketika rasa nak demam atau demam, boleh diambil setiap hari.
2. Vivix - selepas makan

 
PENTING
 
Vitalea tidak boleh diambil Ostematrix atau susu
Vitamin E tidak boleh diambil bersama Alfalfa
Pastikan pengambilan air masak mencukupi - 2 hingga 3 liter


cadangan pengambilan vitamin



Kredit : mamafaiz

Your Shaklee Independent Distributor,

ID: 960982
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com
COD area: BB Bangi dan sekitar

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.