Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Showing posts sorted by date for query tips. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query tips. Sort by relevance Show all posts

Wednesday, 6 November 2019

3 Tips Untuk Pastikan Anak Happy Sebelum Pergi Sekolah

09:13 0 Comments
3 Tips Untuk Pastikan Anak Happy Sebelum Pergi Sekolah | Morning korangggg

Mood bahagia dan terlebih kasih sayang harini😂hehe  Alhamdulillah 

Tadi dalam kereta on the way ke school Alhamdulillah mood kaklong happy. Terlebih oxytocin barangkali😄

Ini yang kekna buat:

1- Sebelum kejut anak tidur,  minta dengan Allah supaya bagi anak rasa seronok bangun pagi. 

Liat juga dia nak bangun mula-mula, tapi lepas tu boleh mandi tak nangis dan pakai baju sendiri. 

2- Dalam kereta pasang youtube bacaan asma ul husna dan sebut sama-sama  dengan Kaklong. Serius ceria sangat kami dua-dua tadi. 

Part ni best amat. Power kesan asma ul husna ni. Korang boleh google je kalau nak tahu,salah satu nye melembutkan hati. InsyaAllah nAk buat hari-hari mulai harini💪

3- Sampai sekolah, jemput anak keluar dari kereta (buka kan pintu dari luar) , cium tangan dia cium pipi cium dahi ( cium 5 tempat di muka) . Anak pon buat yang sama kat kita. Lepas tu hugs 5 minit sambil doakan (pastikan anak dengar doa tu) dan puji attitude (bukan puji fizikal dia tapi attitude). Puji je dulu walaupun dia belom buat lagi (yang baik).

Antara doa kekna tadi : Ya Allah jagakan anak solehahku ini, aku serahkan anakku di bawah jagaan Mu setiap masa.

Lepas tu kan Kaklong kata: ‘Mama, Allah kan ada selalu dengan kita semua,mama jangan risau’ ( sambil dia senyum buat hati kekna keluar bunga-bunga sakura😁





Aeinna Musa
Sentiasa Belajar Nak Jadi Ibu Terbaik di Mata Anak-Anak.

Sunday, 15 September 2019

Tips Sihat Ketika Balik Kampung !

09:56 0 Comments

Tips Sihat Ketika Balik Kampung | Alhamdulillah sampai kampung Ma Abah di Kelate- menyantuni adik beradik  Ma Abah belah Bangi dan sepupu -sepupu serta saudara  mara kami. Nenek & atuk dah lama kembali ke rahmatullah , kekna sendiri tak sempat jumpa.  Allahummaghfirlahum.






Satu soalan yang Kaklong Humaira dan Kak Ngah Safiyya duk tanya selang sejam semalam, “ Mama Papa, bila nak sampai”. Drama Triple Ecah, 2-3 kali jugaklah sebelum sampai ke destinasi hehe


Akhirnya lepas 11jam perjalanan, pukul 12 malam, sampai juga kami di kampung.






2 isu yang biasa orang dewasa dan kanak-kanak alami bila travel/ balik kampung.


1- Sembelit

2- Demam/ selesema


Cara nak atasi isu ini :


1- Minum air secukupnnya . Cara nak tahu kuantiti air yang cukup dengan badan kita ( berat badan terkini bahagi 25). 


2- Jangan skip ambil sayur  setiap kali makan dan kuantiti sayur mesti separuh pinggan! 


Pagi tadi kekna makan nasi dagang. Sayur nya seketul timun sebesar ibu jari je. Alahai memang tak cukup  dan tak seimbang kan lah diet. Sedap tu memang sedap lah😋. So kekna amek #multivitamin untuk topup nutrisi yang ‘lompong’ dalam sel badan.






3- Ambil buah buahan. Beli buah buahan yang tak perlu potong guna pisau kalau travel dan stay di hotel. Contoh limau, epal, jambu, pisang, berries, avocado dan manggis. Kalau stay di homestay boleh lah beli tembikai. 


As for me, selain buah buahan kekna akan ambil #Vitamin C juga. Anak-anak ambil Chewable Vita C.







4- Pakaikan topi pada anak-anak atau payung. Jangan terdedah pada matahari (direct sunlight) terlalu lama ketika berada di luar. Ni untuk elak badan kita mudah dehydrated ( hilang air) seterusnya terjadi sembelit atau demam.


Ok lah, Ma suruh bersiap ni -nak pergi ziarah umah Ayoh Ziz, abang kepada Ma.  Doble  Ecah seronok tak sabar nak jumpa Tok Ayah.



Aeinna Musa

Teruja setiap kali balik kampung💝

Wednesday, 21 August 2019

Tips Mudah Untuk Melakukan Perubahan

13:27 13 Comments
Tips Mudah Untuk Melakukan Perubahan | Assalamualaikum.





Do this minimum twice per day, our life will totally change!

Ramai yang bergelut dengan diri sendiri bila nak berubah buat sesuatu yang lebih baik. Bergelut dengan perasaan takut dan tak yakin.

Lebih pilu lagi ramai juga yang tak sedar, mereka sendiri yang setkan minda supaya menarik perkara yang mereka tak nak. Sound funny😐 tapi it really happen termasuk lah saya sendiri, seriously.





Ena belajar satu ilmu ni di mana kita boleh latih diri kita untuk menarik only the best things happen dalam life kita. Sound interesting🤩

Bare in mind, ia tak lah berlaku dalam sehari-  its a process. Kita perlu sanggup laburkan komitmen untuk konsisten BUAT.





Mudah sangat caranya adalah buat SELF-AFFIRMATIONS!

1) Ambil satu pen dan kertas

2) Tuliskan apa/siapa kita nak jadi ( contoh pada gambar)

3) Lepas dah siap tulis, bernafas secara  fitrah iaitu tarik nafas dalam-dalam (sambil kembungkan perut) dan hembus pelan-pelan (sambil kempiskan perut)

4) Bernafas secara fitrah meningkatkan fungsi otak dan hati kita lebih tenang, then baru boleh ke next step iaitu BACA list tu  setiap hari especially malam sebelum tidur  dan pagi sebelum subuh (atau selepas solat subuh). Sebaiknya baca depan cermin so setiap kata kata yang kita ucap akan terpantul pada diri sendiri.

5) Ulang setiap hari selama 7 hari. Kalau dah berjaya,extend lagi rutin ni sehingga 21 hari, kemudian 44 hari dan 90 hari.  InsyaAllah bila dah buat selama 90 hari, susah dah nak tinggal dan boleh hafal dah, tak perlu tengok list lagi.





Self- affirmation ni pengukuhan kepada diri sendiri. Ia juga akan aktifkan RAS iaitu recticular activating system dalam otak kita yang  yang berfungsi menyimpan memory yang pernah berlaku dan segala apa yang kita perfengar/pertontonkan (yang kita lihat, baca,fikir, bayangkan).

RAS ni kan dia tak boleh nak beza apa yang kita sebut/bayangkan tu adakah benar2 berlaku atau sebaliknya. Dia pakai tangkap muat semua sama, dia kira REAL hehe. So ini satu kelebihan yang kita tak sedar selama ni, now dah boleh FEEL dan VISUALIZE what ever we want to attract into urr life, consistently .FAKE it until it REAL. 





Ritual ni akan transfom kita to a new person bilamana minda kita slowly akan menarik apa yang kita sebutkan dan later on InsyaAllah InsyaAllah benar benar berlaku dalam kehidupan kita. Have faith!

Ena pon tengah cari semangat dan mohon doa supaya kita sama-sama faot konsisten buat self affirmation ni sampai lah day 90.





#share pada kelurga dan kawan-kawan yang kita sayang

Aeinna Musa
Nak Jadi Orang Paling Bahagia

Tuesday, 20 August 2019

Tips Dapur Untuk Mommy Anak Ramai

10:28 0 Comments
Tips Dapur Untuk Mommy Anak Ramai | Assalamualaikum,

Harini Ena nak kongsi #tipsDapur khas buat mak anak ramai (lebih 2 anak kira ramai lah kan hehe).

Ena faham sangat bila anak ramai, sorang tidur lagi tak tidur. Eh, memang jarang ya amat lah 3-3 anak tidur serentak kan.

So bagi mommy yang nak masuk dapur untuk masak, memang mencabar jugak lah sebab tak boleh  nak focus betul2. Kejap kat dapur kejap ke ruang tamu tengok anak kejap kat bilik menyusu baby.

Bahaya tau.

Bila banyak sangat bende nak buat,kita tak sedar berlaku  kecuaian, contohnya terrrr lupa ada on api masak sesuatu atas dapur. Sudahnya hangus rentung dah ayam goreng kita🤭






Tips nya, dapur mommies wajib ada  multicooker.

Kelebihan menggunakan multicooker:

1) Jimat masa banyak sangat
2)  Selamat dari kebakaran akibat terlupa tutup api 
3) Dapur pon bersih, yeay!!

Ada banyak jenis kat pasaran, pilih je yang sesuai dan ‘mesra poket’ korang. Ena just nak share ena guna beli multicooker brand Cuckoo model white 1010 –beli secara kutu , Rm95 sahaja sebulan😊





Memang sangat membantu kerja-kerja dapur. Menu yang ena pernah masak guna multicooker:

1) Rendang ayam
2) Nasi Ayam
3) Nasi putih
4) Nasi Daging
5) Ayam Bakar
6) Kuah Dalca
7) Kambing  Bakar
8 Sup ayam/daging
9) Panaskan/stim lauk sejuk
10) Baby Solid Food (bubur nasi , chicken bone broth etc)

11)kuih muih pon boleh tau tapi belom pernah buat lagi.😌

Pendek kata hampir semua jenis masakan boleh masak guna multicooker je. Mommies just on pastu tinggal. Kalau dah masak, automatik periuk ni off sendiri😊

#Share supaya sahabat korang supaya kita sama-sama lebih berhati-hati di dapur.

#AeinnaKongsiTips

Friday, 2 August 2019

Tips Jadi Orang Yang Paling Bahagia

10:02 31 Comments





Tips Jadi Orang Yang Paling Bahagia | Assalamualaikum.

Nak jadi orang yang selalu bahagia dan menarik kejayaan kekayaan dan ketenangan dalam hidup, setiap pagi senaraikan list apa perkara yang kita suka buat, yang kita rasa happy. 

Itu akan buat kita vibrate at higher vibration di mana badan kita sendiri akan jadi tarikan kepada rezeki yang baik dan melimpah serta berkat.

Rezeki tu dah ada dah sekeliling kita, tinggal kita je nak ‘tarik’ datang pada kita dan bersedia untuk terima. Buang blockage.

So harini kita buat exercise. Caranya mudah amat. Ambil 1 kertas dan 1 pen, listkan apa perkara yang buat hati kita rasa happy teruja gembira.

Contoh nya peluk anak sambil cuit hidung dia , peluk mak sambil bisikkan pada mak,I LOVE U MAK, peluk pasangan lama-lama kuat-kuat, suap anak makan makanan feveret dorang, masak nasi ayam kegemaran suami dan anak-anak,  geletek anak sampai dia ketawa mengekek ngekek, siram pokok bunga sambil nyanyi lagu Cindai, bagi kucing makan sambil borak dan usap kepala dia, masak untuk mak mertua , kemas rumah deco-deco bersama eric, susun baju dan shawl ikut color etc

Anything, senaraikan saje. Buat setiap hari- setiap pagi selepas subuh lebih baik. Mulakan saje sekarang.

Kekna yakin, masa duk tulis tu pon kita tersenyum bahagia😊

Kita mula harini sama-sama ye. 

Boleh share di komen apa perkara yang buat korang happy?

Noor Aeinna Binti Musa,
Nak Jadi Ejen Kebahagiaan🤗

Monday, 17 June 2019

Tips Banyakkan Susu Badan

08:34 2 Comments

Assalamualaikum. Didoakan semua penmbaca blog aeinnmusa dot com  dirahmati dan diberkati Allah setiap masa. Entry kali ni Ena nak kongsi tips untuk tambahkan susu badan pada ibu-ibu yang sedang menyusu. Tips nombor 1 dan 2 tu nampak ismple tak perlu banyak usaha fizikal tapi percayalah dua tips tu paling penitng skali dan memebri motivasi untuk kita amalkan tip seterusnya.

Tips banyakkan susu badan


1) Jangan panik. Bertenang. 



Jangan terlalu runsing dan stress bila susu kurang. Stress akan menyekat pengeluaran hormon 'cinta' di mana akhirnya akan menyekat pengeluaran susu badan. Ena sendiri bila kadang-kadang kita risaukan sesuatu memang perasan susu badan jadi kurang tapi bila hati senang, lapang dan tenang memang senang je susu jadi banyak sampai baby tersedak sedak hehe alhamdulillah.


2) Positif.




Sentiasa set dalam minda yang kita mampu susukan baby sehingga 2 tahun. Niat atau mindset yang posititf ni hebat sangat kerana secara tak langsung membantu otak kita untuk menarik asbab-asbab yang akan membuktikan serta membolehkan kita berjaya dan mampu menyusu badan sehingga anak berumur 2 tahun walau apa pon cabaran yang datang. minda bawah sedar tak perlukna logik tapi apa yang kita install dalam minda kita itulah yang kita akan slowly tarik. So ibu-ibu berhati-hati lah dengan apa yang kita fikirkan. Sentiasa pastikan diri positif dan sebutkan pada diri sendiri susu badan cukup untuk anakku membesar dengan baik dan terbaik.

3) Konsisten pump atau menyusukan baby setiap 2jam





Konsep sebenarnya bagaimana penghasilan susu badan adalah permintaan dan pengeluaran. Lebih tinggi permintaan (demand) lebih tinggi lah pengeluaran (supply). Jadi, penting untuk kita tingkatkan permintaan secara konsisten supaya pengeluaran juga meningkat. Konsisten menyusukan anak setiap 2 jam dan bagi ibu yang berkerja, wajib untuk pam secara konsisten setiap 2-3 jam sekali. InsyaAllah pengeluaran susu juga akan konsisten malah makin banyak dari sehari ke sehari.


4) Banyakkan minum air kosong





Air sangat penting untuk memastikan sel badan sihat dan sistem dalam badan kita berjalan dengan baik. Ibu menyusu yang minum air dengan cukup tidak mengalami masalah susu kurang malah susu badan dapat dihasilkan secara konsisten serta banyak dan ibu makin sihat. Ena sendiri akan rasa dahaga sangat apabila kurang minum air waktu menyusu badan. Ena cadangkan pada ibu-ibu setiap kali sebelum menyusu badan, minum air kosong 1-2 gelas terlebih dahulu ok.


5) Amalkan kurma dan susu kambing






Kurma dan susu kambing adalah makanan sunnah yang banyak khasiat dan sangat baik untuk kesihatan ibu menyusu serta mengalakkan penghasilan susu badan yang banyak dan berkualiti. Selain tu, kurma juga memberi tenaga kepada ibu menyusu dan seterusnya mengelakkan ibu-ibu mengalami keletihan melampau. InsyaAllah, niatkan dalam hati kita mengamalkan makanan sunnah disamping untuk ibu dan bayi dapat kesihatan yang baik asbab kurma dan susu kambing.


6) Amalkan air suam & madu



Amalan minum air suam dan madu juga sangat berkesan untuk menggalakkan penghasilan susu badan. Bagi mereka yang tidak gemar rasa dan tekstur madu yang pekat dan likat boleh lah mencampurkan madu ke dalam air suam insyaAllah lebih mudah untuk di telan. Cuba dulu ye ibu-ibu.


7. Ambil Makanan Tambahan BMOM



Milkbooster Bmom




Feedback customer yang mengambil Bmom





Untuk lagi memudahkan ibu ibu yang bekerja, boleh ambil bmom milkbooster untuk membantu banyakkan susu badan dan memekatkan susu. Cuma ambil satu (1) biji sahaja  sehari dan rasa manis strawberi.

Kelebihan BMOM Milk Booster


❤ Menstabilkan hormon ibu dan meningkatkan pengeluaran susu ibu.
❤ Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.
❤ Memberikan tenaga dan kesegaran kepada tubuh badan ibu.
❤ Kaya dengan protein dan kalsium yang membantu menggalakkan penghasilan susu ibu.
❤ Menjaga kesihatan kulit dan mengurangkan kedutan.
❤ Meningkatkan stamina dan memberi tenaga untuk ibu menyusu badan.
❤ Memudahkan proses percernaan bagi ibu dan bayi.
❤ Membantu pekatkan susu badan. Bila susu badan pekat anak cepat kenyang, lega anak tak perlu minum susu formula dah.
❤ Mencantikkan kulit bayi dan elakkan ruam.
❤️ Mengelak dan merawat jaundis baby

Harga : RM120

Bagi mereka yang nak dapatkan harga DISKAUN & Free Gift Special; boleh terus tekan link di bawah ni.




Saturday, 22 September 2018

Cara Rebus Telur Kuning Separuh Masak

18:47 6 Comments

 

Cara Rebus Telur Kuning Separuh Masak | Assalamualaikum semua.

Kali ni Ena nak berkongsi tips mudah cara rebus telur kuning separuh masak macam dalam gambar.

Telur kuning kalau masak sangat tak lalu nak makan kan hehe . Bila buat separuh masak camni , sedap lah pulak. Masa ni Ena rebus telur untuk makan dengan Nasi Lemak. 

Cara cara:

1- Rebus air sehingga mendidih ( tak perlu tutup periuk )
2- Masukkan telur
3- Set kan masa selama 6 minit (pakai timer ye)
4- Keluarkan telur dan rendam dalam air paip biasa ( ni juga tips / cara untuk kita  mudah kupas rebus tu nanti)
5- Biarkan beberapa minit, agak2  dah sejuk sikit boleh lah kupas dan terus makan di tempat kejadian ( jangan lupa baca bismillah;)
6- selamat mencuba!

Haa itu saje cara nya. Mudah sangat kan nak dapat kan telur rebus separuh masak lagu ni 😊

Share lah dengan kawan2 yang suka makan telur;)


Friday, 21 September 2018

Terlupa Rekod Pergerakkan Baby Gara Gara Promosi Hari Malaysia

21:14 13 Comments
Promosi Hebat di Shaklee HQ sempena Har Malaysia 2018


Terlupa Rekod Pergerakkan Baby Gara Gara Promosi Hari Malaysia | Assalamualaikum semua.

Fuhh, harini kira hectic day jugaklah  sebab banyak urusan di luar (baca: urusan ke klinik untuk rutin check up baby) . Bertambah kalut tu sebab makyong bawak doble Ecah skali dan pada masa yang sama bawak kaklong Ecah jumpa doktor juga sebab harini dah hari ke 4 anakku itu demam. sobss

Lepas tu dalam kepala ni duk fikir nak pasal promosi esok iaitu Shaklee ada buat promosi Hari Malaysia, ramai lagi customer dan downline yang belom tahu nih. haha, sempat lagi tu fikir bisnes. hihi


Akibatnya , sampai terlupa nk rekod pergerakkan adik baby. tapi mujurlah main rekod dalam kepala ja. Kerap jugak lah adik  baby bergerak. kira memang lebih lah 10 kali dah ahrini cuma tak tahu jam berapa cukup 10 kali tu haha

Sebab peristiwa ni, Ena dah dapat dah tips untuk mudahkan kita rekod pergerakkan baby. haa, makyong2 nak tahu tak nak tahu tak? (ni dah macam mengugut ni hehe)

Kalau nak tahu, nantikan entry seterusnya ye. iols nak pi ziarah mak mertua dulu sekarang . Sesambil tu boleh lah ku minta restu dan minta Ma doakan ramai customer nak grab promosi Hari Malaysia esok . muahaha.

see you next entry!





Thursday, 20 September 2018

Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai

01:30 15 Comments


Nasihat on pregnancy - Ena nak share 3 nasihat atau tips untuk ibu2 yangsedang hamil, ni bedasarkan pengalanan Ena dah 2 kali melalui proses kehamilan dan sekarang sedang pregnant anak ke 3;)

1- NUTRISI:

 Nutrisi sangat penting , jangan skeptikal pada suplimen sebab doktor Klinik Kesihatan sendiri yang akan cadangakn suplimen yang diperlukan contohnya folic asid, multvitamin, iron tablet, kalsium tablet dan minyak ikan untuk menyokong pertumbuhan bayi dalam kandungan. Cari set hamil dari brand suplimen yang selamat.

Ibu2 jangan culas tau makan suplimen everyday sebab apa yang kita makan (real food) dah tak terjamin kandungan nutrisi  tu kita dapat sepenuhnya, ada yang hilang masa proses memasak  dan sebagainya. Tu belom masuk lagi fast food, instant food dan processed food yang kita makan, semua tu menggangu penyerapan nutrisi dalam badan ibu untuk dibekalkan pada baby dalam kandungan.


2- STRETCH MARK

Ok, ni tips nak bagi kat ibu2 yang sedang hamil. Ena dah buat dan memang menjadi, alhamdulillah takde kesan stretch mark lepas bersalin 2 kali. 

Tipsnya mudah, setiap kali lepas mandi, sapu pelembap pada perut dan peha serta bahagian yang biasanya stretch mark ni terjadi, especially bial dah masuk 3rd trimester. Bila dah masuk 3rd trim, sila buat sehai 2 kali. Uol tahu sendiri kan kat mana;) Tips ni juga untuk elakkan perut ibu jadi gatal bila makin membesar. 


3. MINDA YANG POSITIF

Ni tips yang Ena rasa paling pnting skali. Sebab dalaman kita menentukan luaran. Apa yang kita fikir tu kita akan tarik ia betul2 berlaku pada diri kita. 

So, ibu2 mesti positif dalam segala hal sama ada belaku sebarang isu/ujian ketika sepanjang hamil ni atau persediaan nak menghadapi saat bersalin. Ye, proses bersalin bukan mudah tapi percayalah kalau kita boleh kawal minda dan bersedia dari segi mental (bukan je fizikal ye) , proses kehamilan dan bersalin akan jadi satu kenangan terindah dalam hidup kita.



******
Tu saje lah 3 tips yang boleh Ena share. Ena belom lagi banyak pengalaman pon, bau je pregnant 3 kali. insyaALLAH mana yang baik boleh lah jadikan panduan dan amalan bersama ye. Semoga dipermudahkan urusan ibu2 sedang hamil anak soleh/solehah;)

Baaarokallahufiikum.


Thursday, 13 September 2018

3 Tips Urus Masa Untuk Surirumah Bekerja Dari Rumah Supaya Tak Stress.

18:23 8 Comments
3 Tips Urus Masa Untuk Surirumah Bekerja Dari Rumah Supaya Tak Stress.
==============

Ramai ibu ibu yang ada anak kecil (2 orang ke atas) akan stress bila berniaga dari rumah.

Kalau yang ada pembantu (atau suami pon turut sama kerja dari rumah) yang tu insyaAllah boleh lagi nak kawal situasi kan 😊

Baiklah, kekna share ye 3 Tips yang kekna rasa pentingggg sangat untuk ibu2 bekerjaya dari rumah ni apply sama2.

=====
1- Bangun awal pagi.
=====

Bangun se awal pagi yang mungkin ( dalam jam 3 atau 4 pagi ) .

Syarat nya kene tidur awal lah ye, iaitu sebelum jam 10.30 malam dan tidur sekejap waktu tengah hari 30min-1jam (qailullah) .

======
2- Buat To-Do-List
======

Bila bangun awal , InsyaAllah banyakkkkk sangat kerja yang kita boleh buat. Yela, anak2 tengah nyenyak tido kan masa ni .😍

Oh terasa donia ni aku yang punyaaa!😁😁hihi

Ok,
Listkan dan susun jadual siap dengan masa yang di peruntukkan untuk buat kerja tu.

Boleh solat tahajud,mengaji, zikir dan berdoa juga😊 Waktu ni dipanggil waktu alpha di mana kelebihan waktu ni, doa mudah terkabul insyaallah.

Selepas setel urusan dengan Allah, boleh terus buat kerja2 bisnes .

Nak update database customer ke, blogging ke, blogwalking ke,buat copywriting untuk 2-3 hari punye marketing ke, update sales, update akaun, buat poster menarik, edit video, packing order customers ke, baca buku ilmiah dan macam2 lagi mengikut keperluan bisnes masing2.😃

Haa, tapi jangan pi follow up customer or ejen plak masa ni. Memang akan dapat blue tick ja nanti😁 tak pon bunyi cengkerik krik krik, krik krik😂hehe




=======
3- Libatkan Anak2 dalam kerja rumah
=======

Ni pula untuk waktu siang , waktu anak dah bangun or balik dari sekolah. Buat aktiviti sama2 dengan dorang .

Kalau dah bosan duk main color2 , membaca or belajar, ajak mereka buat kerja rumah sama2.

Seronok sangat tau!

Biasanya yang Ena selalu buat sama2 dengan anak2:

📌 Masak , 📌sidai baju dan 📌kemas rumah .

Lipat baju tak buat sebab part tu dah delegate pada suami 😉. Uol boleh ajak anak2 📌 lipat baju skali sama2 jugak.

Kalau nak tahu memang kerja jadi makin lambat siap tau😂hehe. Tapi takpe, enjoy ja.

Yang penting kekna nak ingatkan :

👉Tak perlu terlalu sempurna. Nak sidai baju hanger sama color ke, nak jarak antara hanger sama sentimeter ke, nak baju cantik elok tergantung macam kat butik ka🙄.

Tak perlu semua tu. Bagi anak kita belajar . Pada masa yang sama kita ajar lah tapi bagi dorang buat dulu dan PUJI usaha anak2 rajin bantu kita.

Pelajaran boleh dapat di mana2 bukan disekolah je. InsyaAllah kemahiran /kecekapan anak buat kerja rumah akan bertambah dari masa ke masa .

*****ish tak sabar rasanya nak ajar kaklong Ecah masak nasi 😝hehe

Akhir kata:

NAK SERIBU DAYA. Dan Allah pasti permudahkan urusan mereka yang sungguh2 nak capai impian dalam hidup walau sesukar mana pon kita rasa jalan kita sekarang 😊💪

Selamat mencuba ye ibu2 HEBAT !


Friday, 22 September 2017

8 Sebab Kenapa Saay Pilih Bisnes Shaklee

09:19 0 Comments

8 SEBAB KENAPA SAYA PILIH BISNES SHAKLEE?


Sepanjang bisnes tak pernah kak ena kongsikan kenapa kak ena pilih shaklee bisnes ni kan. ok jom tengok apa kelebihan bisnes shaklee ni dari pandangan dan PENGALAMAN kak ena sendiri :


1. Syarikat yang sangat kukuh, 60 tahun di dunia dan lebih 25 tahun di Malaysia.


2. Tidak pernah gagal membayar bonus pada wakil jualan nya ( pengedar shaklee berdaftar). Selalu sangat nya ter awal 2 hari. hee


3. Sistem perniagaan yang Adil dan bukan sistem piramid atau head hunting semata2. Awak daftar lambat pon boleh je 'potong' ranking upline awak tau. Siapa BUAT dia DAPAT.


4. 3C yang sungguh mengujakan .

 CASH, CAR, CONVENTION.


Cash tu bonus bulanan mengikut pencapaian jualan masing2 (RM).

Car juga diberi dlm bentuk RM bukan kereta ye.

Convention ialah trip 5 bintang dalam dan luar negara.


5. HOME BASED bisnes. kekuatan team kak ena adalah bisnes shaklee secara online. insyaAlah segala tips marketing online, coaching, tips close sale, time management dan termasuklah produk knowledge juga dibuat secara online je. Mudah dan pantas serta EFISEN. Sangat2 sesuai untuk ibu ber anak 2 macam kak ena ni la kan�. transpot pon nan hado�


6. Sentiasa Selamat. of course sebab produk nya yang SELAMAT di ambil� Shaklee melaburkan lebih $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk, menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap tahun. fuhhh fuhh tu diaa�


dan yang penting shaklee hanya memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan produk nya


7. Bukti Saintifik & Klinikal. Sorry, shaklee bukan omong2 kosong. 100 laporan saintifik & Kajian Landmark 2007. Bukti klinikal ini boleh didapati dalam 100 laporan saintifik yang telah diterbitkan oleh Shaklee – ini adalah kajian semula setara dalam beberapa majalah utama.

Salah satu daripada ujian ini adalah Kajian Landmark pada tahun 2007, yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suplemen Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suplemen langsung. so, ada rasa tak nak makan suplimen shaklee sekarang gak? rasa nak telan stengah botol teruih kan..ngeh ngeh ngeh


8. Dr. Shaklee adalah pelopor Shaklee Corporation yang mengamalkan prinsip Living in Harmony with Nature®. Shaklee menjadi syarikat diiktiraf Climate Neutral™ yang pertama di dunia pada tahun 2000 kerana berjaya mengimbangi pelepasan karbon dalam setiap aktiviti kami bagi menjana impak sifar bersih terhadap alamsekitar – dan kami melakukannya sebelum ia dipraktikkan secara meluas.


jangan tak tahu , selain suplimen, shaklee pon ada produk pencuci dan shaklee adalah perintis produk pencuci rumah yang TIDAK beracun dan BIOROSOT.









Hubungi kami untuk info/order:


Your Certified Shaklee Product Consultant:
Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap:
http://KedaiVitaminBangiKajangPutrajaya.wasap.my atau http://Kekna.wasap.my
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia


Monday, 18 September 2017

7 Tips Ringankan Sakaratul Maut

12:47 0 Comments


Sejak berita kematian anak2 syurga akibat tragedi Pusat Tahfiz Terbakar tu,
Hampir setiap hari kekna dengar berita kematian (antara nya anak kawan, family customer, colleague di ofis bangkamal ,jemaah haji etc)


Setiap malam sebelum tidur rasa sangat risau dlm hati ,camne kalau esok pagi kita tak bangun.


Banyak dosa
Banyak sangat


Hari ni ,kekna nak share tazkirah Ustaz Dusuki. Best ustaz ni banyak cerita bab bab kematian


Kata ustaz , orang yang waras akan merasa kematian tu lebih indah dari dunia

Sebab banyak kelebihan yg Allah sediakan di alam barzahk sebenarnya
Tugas kita , BE PREPARED


Dengan ILMU of course

Kita takut sebab tiada ILMU

Follow ustaz Dusuki tau untuk ilmu2 alam akhirat
Dan pagi ni kekna nak share tips ni supaya , kita tak sia siakan hari kita .


7 Tips Ringankan sakaratul maut


7 Tips Ringankan sakaratul maut


1-banyak zikrullah cth nya doa nabi yunus
2-banyakkan taubat (istighfar)
3-banyakkan selawat
4-sambung silaturrahim ,ziarah dan kenal balik sanak saudara yg lama x jumpa
5-ramaikan zuriat termasuk anak tiri,anak angkat ,cari anak2 tahfiz dan taja mereka belajar-supaya lebih ramai doakan kita
6-banyakkan sedekah
7-usaha usir dunia dari hati (biar rasa quran tu lebih nikmat dr baca wassap)


Boleh #share untuk sebarkan kebaikan👍





Your Certified Shaklee Product Consultant:
Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap:
http://KedaiVitaminBangiKajangPutrajaya.wasap.my atau http://Kekna.wasap.my
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia




Wednesday, 13 September 2017

Thursday, 7 September 2017

Combo ASB GENIUS dan Tip Pelaburan Hartanah 2017

15:47 0 Comments
Combo ASB GENIUS dan Tip Pelaburan Hartanah 2017 |   PERHATIAN!!!
ILMU NI BERNILAI RM30 JE TAPI BERPELUANG MILIKI SEBUAH MOTORSIKAL YAHAMA EGO AVANTIZ 125 SECARA PERCUMA 😱

(LAST DAY!)

Sungguh ku jeles tahap langit ke 7
Sebabnya dah beli ebook ni tahun lepas dengan rm60

Ulang suara, RM60 tau , 2kali ganda tuu😅

Dh la dapat beberapa keping ebook je masa tu dan nanhado cabutan bertuah GRAND MERDEKA superb best macam sekarang

Ingat nak beli lagi skali tp rupanya once dah beli sampai bila2 kita akan dapat UPDATE FREE dan kekna dapat excess kesemua promo kali ni

Yep yep hoorayy..best best besttt!!

Cumaaaa,
Tak dapet lerr join cabutan bertuah ni sobs sobs

So ni peluang utk uol tau

Dah pandai buat duit banyak2 dari bisnes online kan, haa ini dia ILMU WAJIB uol& team uol mesti ada

Kalau nak tahu cara nak dapat MOTOR FREE, baca sampai habes naa..

Share & tag kawan2 lain jugak

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Cabutan Grand Merdeka 2.0
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖








Untuk mereka yang melanggan Set Combo Ebook kewangan & hartanah atau buku Pendekar Keyboard bermula
(1 Julai 2017 - 7 Sept 2017)

1. Sebuah Motorsikal Yamaha Ego Avantiz 125 untuk Satu pelanggan bertuah.

Cabutan akan dibuat secara live pada 15 September 2017.
.
.
Cabutan Grand Genius 1.0 , 2.0 , 3.0 berlalu sudah dan mereka yang bertuah telah memilikinya . Kini tiba masanya untuk :-
.
.
Cabutan Grand Genius 4.0
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Untuk mereka yang melanggan Set Combo Ebook kewangan & hartanah atau buku Pendekar Keyboard bermula
(1 Julai 2017 - 31 Disember 2017)

1. Sebuah Motorsikal Yamaha NVX 155 untuk 1 pelanggan bertuah

Cabutan Grand 4.0 akan diadakan secara live pada 15 Januari 2018.

(Semua Hadiah adalah sumbangan dari Jentayu Services Sdn Bhd & Key Empires Consultancy)

________________________________________
Berikut adalah detail bagi harga produk yang diterbitkan dalam set combo ini . Penulis-penulis Ebook ini juga bukan nama-nama asing dalam industri hartanah & di media sosial
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
1.Ebook 'ASBGenius 2 -LATEST VERSION- (RM35)
Khairul Ezuwan
✒️mendedahkan pelbagai teknik-teknik yang digunakan dalam ASB Financing mengikut kesesuaian setiap individu mengikut potensi mereka sendiri untuk mendapatkan profit yang maksima.

2.9 'Video Digital ASBGenius' (berdurasi 1 jam 20 minit) (RM99)
Khairul Ezuwan
✒️9 Video tutorial ASBGenius yang menggalakkan kefahaman yang lebih jelas dalam pelbagai teknik yang digunakan melalui ASB Financing .

3.Ebook 'Pencen Mewah Dengan Hartanah' (RM35)
Huzaifah Abdullah Sani
✒️Bagaimana hartanah sebagai Alat untuk mendapatkan pasif income untuk berpencen awal dan selesa. Pelajari langkah dari pengalaman penulis yang berpencen seawal umur 38 tahun Hasil dari membina pelaburan hartanah

4.Ebook 'Panduan Lengkap Strategi Pelaburan Shoplot' (RM35)
Huzaifah Abdullah Sani
✒️pelaburan shop lot adalah pelaburan yang berisiko tinggi, namun dengan langkah yang betul & tepat, boleh bina keuntungan yang berganda. Ikuti pengalaman penulis dalam memiliki shop lot yang berkualiti untuk pelaburan.

5.Ebook 'Tips Rumah Pertama'
(RM35)
Dr Azizul Azli Ahmad
✒️Rumah pertama adalah asset yang terpenting bagi menentukan pelaburan-pelaburan hartanah yang seterusnya. Jangan tersalah langkah. Belajar dari pengalaman luas penulis yang memiliki 16 hartanah dalam tempoh yang singkat.

6. Ebook 'Buta IT Celik Kewangan'
(RM35)
Meor Zaidee @ Abang Ensem
✒️ilmu kewangan adalah ilmu yang sangat penting dalam melalui kehidupan yang sentiasa berubah. 14 hartanah dimiliki berasaskan dari ilmu kewangan di peringkat awal .

7.Ebook 'Aku Tuan Rumah'
(RM35)
Huzaifah Abdullah Sani
✒️belajar menguruskan rumah sewa dengan cara yang efektif dan tersusun,

8.Ebook 'Buat Duit Dengan Rumah Tamu'
(RM35)
Syahnaz Akhtar Mat Ali
✒️Buat Rumah Tamu Salah Satu cabang membina cash flow yang besar dalam pelaburan hartanah . Tapi Jangan buat tanpa ilmu. Belajar dari asas melalui Ebook ini hingga anda mampu jadi pemilik rumah tamu yang berkualiti tinggi .

9.Ebook '99 Tips Hartanah Mudah'
(RM35)
Dr Azizul Azli Ahmad
✒️menghuraikan 99 tips mudah dalam pemilikan Hartanah .

10.Ebook 'Bank Tolong Aku'
(RM25)
Mior Hafis Mior Ahmad (Melastik Bintang)
✒️Rujukan dan panduan dalam membuat pembiayaan Hartanah dengan bank

11.BONUS: format Dokumen (Microsoft word)
i) Tenancy Agreement
ii) Sublet Agreement

*Akan datang , Video ASB Genius 2.0

harga sebenar semua item ini sahaja = RM404.00

----------------------------------------------

Sekarang Anda boleh dapatkan semua 11 item ini dengan harga promosi RM30✔Sahaja untuk combo semua item di atas . Tak percaya ?

[WAJIBBB ] Klik link disini untuk langganan mudah sekarang.

http://jentayu.aztetic.my/buy/preordercombo/7480
http://jentayu.aztetic.my/buy/preordercombo/7480
http://jentayu.aztetic.my/buy/preordercombo/7480

Pembayaran RM30 ✔️ boleh dibuat ke akaun Maybank:

JENTAYU SERVICES: 564397112487

Email address: asbgenius7@gmail.com

Boleh Whatapps bukti bayaran atau sebarang pertanyaan ke:

wasap.my/60177165344 (admin)

wasap.my/60177172868

(Ini adalah EBOOK & VIDEO DIGITAL TAU)




Saturday, 26 August 2017

Tips Mudah Atasi Gastrik

14:56 2 Comments

Tips Mudah Atasi Gastrik | Gastrik Dan Cara Atasinya

Gastrik merupakan masalah lazim dan secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya, apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis). Secara semula jadi, sel perut menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi mencerna makanan. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan. Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda Gastrik
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :
• Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
• Rasa senak, berangin atau pedih
• Rasa tidak selesa
• Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
• Rasa mual (loya) dan muntah
• Hilang selera makan
• Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu :
• Najis menjadi hitam seperti tar
• Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi

Siapa Yang Berisiko?
Gastrik boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih rama lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

• Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
• Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
• Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa.
• Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
• Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.

Rawatan
Terdapat tiga jenis ubat untuk gastrik iaitu:
• Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil tiga kali sehari
• Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
• Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut.

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas tiga atau empat hari iaitu apabila kesakitan
hilang.

Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa dua minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas tiga atau empat hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup
Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah:
• Berhenti merokok dan minuman beralkohol
• Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
• Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
• Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
• Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
• Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
• Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan iniberbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing.

sumber: mingguan wanita


Buat Muslim , ketika diserang gastrik kekna sarankan supaya banyakkan ISTIGHFAR dan  berdoa dengan doa Nabi Ayub :

Doa Nabi Allah, Ayub



GASTRIK TIADA, PUASA.PENUH




Alhamdulillah, mak saya ade gastrik terok...
Perlu makan sekurang2nye 2jam.sekali...

Sampaikan kalo travel g memana, kena standby makanan dalam kete... roti, nasi, benda yang boleh mengenyangkan...

Saya cuba test bagi minum.esp, sebabkan mak xreti minum.soya dan takpenah minum soya, saya suggestkan campur dgn milo...

Alhamdulillah, boleh masuk dgn tekak dia..
Nak sihat kan, kena telan jugak la..😂
Nak dijadikan citer, mak amik esp sebulan seblm puasa..

Selama sebulan puasa, mak dapat puasa penuh...

Sampai sekarang, mak masih consume esp...
Nampak lebih bertenaga sebab mak meniaga..

Kulit lebih sihat...

ESP 👍

-Puan Nabilah Sabri-


Dapatkan Set Gastrik Shaklee anda di SINI (self-shopping) 



HUbungi kami untuk info/order:

Your Certified Shaklee Product Consultant:
Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap : http://KedaiVitaminBangiKajangPutrajaya.wasap.my atau http://Kekna.wasap.my
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia




Friday, 10 June 2016

8 Kaedah Mudah Minum Air Di Bulan Ramadhan

13:29 0 Comments



8 Kaedah Mudah Minum Air Di Bulan Ramadhan | Assalamualaikum, bulan puasa kebanyakkan daripada kita akan dehydrate akibat kekurangan minum air di sebelah malam. Ni ena kongsikan tips dari Kementerian Kesihatan Malaysia, cara nak minum 8 gelas air sehari di bulan ramadhan.



1 Gelas Selepas Bangun Sahur

1 Gelas Selepas Sahur

1 Gelas Selepas Azan Magrib

1 Gelas Selepas Solat Magrib

1 Gelas Selepas Makan

1 Gelas Selepas Solat Isyak

1 Gelas Selepas Solat Terawikh

1 Gelas Sebelum Tidur



DONE!
Cukup 8 gelas sehari



Tips tambahan dari ena, set alarm pada setiap 8 waktu minum air di atas. Sebagai reminder kepada kita. Masing2 brkepit dengan handfon , 24 jam kann.. o rasa Ena, ni tips paling ultimate supaya kita tidak lupa dan kekal terhidrat di bulan puasa.






Mudah sangat kan. jom buat harini gak! set alarm siap2 tau;)



Your Beauty & Health Consultant ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia



Thursday, 2 June 2016

Bloglist Ramadan 1437H Oleh Sifu Blogger Malaysia iaitu Hasrul Hassan

10:04 0 Comments
Blog yang sering ena kunjungi untuk info blogging, Blog sifu Blogger Hasrul Hassan


Bloglist Ramadan 1437H Oleh Sifu Blogger Malaysia iaitu Hasrul Hassan | Assalamualaikum. Blog Hasrul Hassan merupakan seorang pakar dalam SEO untuk blogger blogspot. Kiranya blog beliau ni dah jadi one stop centre untuk blogger blogger baru menimba ilmu berkaitan tips SEO bagi tujuan naikkan traffic blog di carian teratas di 'Google Search'.



Ena pernah menulis entry berkaitan dengan cadangan sifu2 blogger yang boleh kita rujuk untuk bangunkan blog yang mesra SEO di SINI. Salah seorang sifu yang ena cadangkan di situ adalah Hasrul Hassan atau lebih mesra dipanggil HH.



Entry ini ditulis tanda sokongan kepada segmen anjuran HH iaitu beliau mencari 50 blogger untuk diletakkan di bloglist Ramadhan di blog beliau. Sungguh berbesar hati jika sekiranya blog aeinnamusa.com terpilih untuk berada di paparan bloglist Tn HH kerana blog dan kebanyakkan entry tulisan HH berada di carian teratas di Google Search. Dengan itu, lebih besar lah peluang untuk rakyat malaysia khususnya dapat kenal dan singgah ke blog ena yang baru berumur setahun jagung ni. ( menumpang tuah nampakkk..hahaha ampun HH)



Dikesempatan ini, ena nak ucap ribuan terima kasih pada Hasrul Hassan kerana ilmu yang beliau kongsikan di blog beliau banyak membantu ena dalam dunia blogging dan online marketing khususya.



Ena dah lama jadi friend dan follow FaceBook HH , Siap set 'see first' lagi sebab tak mahu ketinggalan event/segmen/giveaway anjuran beliau.







Thursday, 26 May 2016

11 Tips Tinggal Bersama Ibu Mertua

19:02 2 Comments
Ibu Mertua ena yang tersenyum manis & anak ena Aeisya Safiyya



11 Tips Tinggal Bersama Ibu Mertua | Assalamualaikum entry kali ni ena nak kongsi pengalaman sendiri dan beberapa tips dan panduan tinggal bersama mertua yag ena cedok dari 'sheikh' google. hihi. Semoga tips yang disajikan ni dapat memberi ilham pada pengantin baru yang akan tinggal bersama keluarga mertua / ibu ayah mertua atau pada pengantin pengantin yang memang dah lama tinggal bersama mertua ;)



Tiada salahnya dan tiada seramnya tinggal bersama mertua. Tak dinafikan, ada cabaran tinggal bersama keluarga mertua seperti aurat, 'privacy' dan tak boleh bertindak sesuka hati ikut sedap rasa diri sendiri sahaja. wajib fikirkan untuk kemaslahatan bersama ;) tapi, semua nya berbalik pada diri kita sendiri. Law of Attraction. Apa yang kita fikir, bayangkan malah apa yang kita risaukan juga akan berlaku pada kita insyaALLAH. So, fikir bayangkan yang baik baik sahaja, tak perlu risau benda2 yang tak perlu atau belom berlaku. just be positive as much as you can. ok ok ?


ok ini 11 Tips Tinggal Bersama Ibu Mertua:



#1- Ringankan Tangan Buat kerja remeh yang senang.

Contohnya bangun pagi masak air, Pastu clearkan sinky, basuh pinggan, sambil buat air panas, sambil kumpul baju kotor masuk dalam mesin basuh. Senang je kan? Buat je dulu lama lama jadi ikhlas dan seronok ;)


Ena dari awal lagi dalam mind set ni tak pernah pon fikir seram ke, susah ke, tak best ke duk dengan mertua. tiada negative langsung. Efeknya, memang poitif je la yang ena dapat. Alhamdulillah



#2- Belajar Masak dan memuji Masakan Mertua 

Ibu mertua ena memang superb masakkan nya, biasalah masakkan Kelantan meme sodap ( eh, dah macam loghat nogori lak apesal ena nih..hihi). Tambah plak ena jenis makan tak memilih. Semua ena bedal. haha. Even nasi + kicap pon ena layan. Macam ma ena tak kisah langsung menantu tak pandai masak , yang penting tak malas nak belajar. Ena percaya semua ibu mertua pon macam tu juga. dah tak wujud dah ibu mertua yang cerewet dan garang macam dalam drama tu. no worries k.

pasal masak ni, ya ALLAH sekarang lagi super duper senang nak masak tau. Resepi berlambak kat internet. Kalau tak tahu mana nak rujuk, masuk je blog INI, beribu resepi ada. Ha, ni dah dekat nak bula Ramadhan ni, cepat print resepi best best untuk di masak berbuka puasa nanti. Mesti mak mertua lagi sayang!



#3- Buat kerja tanpa disuruh 


Yang ini memang susah bagi orang yang pemalas. haha. Tapi takpe, boleh ubah. yang tak boleh berubah tu orang mati je;) Kena alert walaupun benda kecik je contoh masak nasi, (dah beriya masak lauk pauk bagai tetiba lupe masak nasi..adei) buat air, gula, garam tinggal sikit tu bagitau lah mak mertua. Nak lagi comey, tolong belikan terus tak payah bagitahu. kalau mak mertua dah siap basuh kain, cecepat la pegi sidaikan kain tu, sentiasa cari ruang untuk involve dalam semua perkara yang mak mertua tu tengah buat. walaupun benda tu kecik dan remeh, tapi kadang2 benda tu besar bagi orang2 tua ni. Kat situ diorang boleh nampak yang kita ni prihatin.


#4- Buat Kerja Sama sama


Apabila tinggal satu rumah, buat la kerja samasama. selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, ia dapat memberi impak yang positif selepas beraktiviti sama sama ni. Macam ena, dulu waktu sebelum ada anak, setiap minggu ena dan ibu mertua jogging sama sama, ke pasar sama2, masak sama2, kemas rumah sama dan tengok TV sama2. Now dah ada anak, jogging dan tengok tv tu dah tak ada masa dah plus ena sekarang sibuk juga dengan aktiviti bisnes online,Memang takda masa lansung nak baca newspaper apatah  lagi tengok TV, tapi masak dan kemas tu tetap buat walau seibuk mana pon.


So, carilah apa apa aktiviti yang boleh dilakukan besama2 k. dan enjoy k!

#5- Jaga nama baik mertua 


Sama la jugak macam kita jaga nama baik mak kita sendiri. Pakaian dan aurat kena jaga. Tak Kira lah ibu bapa mertua kita ustaz utazah atau bukan, Sekarang dah tak boleh pakai seluar pendek dengan baju nampak ketiak mase sidai kain atau menyapu diberanda rumah. Jangankan mak mertua, mak kita pun tak bagi kan? Tak kiralah kat kampung ke kat bandar. waktu kat arama semua perempuan boleh la nk pakai sleeveless ke apa. kat rumah mertua jangan buat!



#6- Jangan join makcik2 mesyuarat tingkap bergossip. 



Kat bandar ke kat kampung ke, asalkan namanya surirumah dan makcik2, mestilah suka bertandang ke rumah jiran dan bercerita  macam macam. Jangan sesekali join mereka duduk bergossip dan cubalah apa cara sekalipun untuk menjauhi dan tidak terlibat dalam mesyuarat makcik2 tu semua. mujur dan syukur alhamdulillah ma dan mertua ena dua dua pon jenis yang tak suka bergaul dan bergosip kosong dengan jiran2.


#7. Jangan bercerita apa-apa ‘ketidakpuashatian’ anda terhadap mertua atau orang2 dalam rumah mertua anda. 



Jangan sesekali ringan mulut sangat nak bercerita pada jiran, adik beradik suami, ipar duai atau sesapa saja yang boleh membahayakan kedudukan anda selaku menantu yang menumpang di dalam rumah mertua. Jangan percayakan sesiapa walau baik macam mana sekalipun.


Semua tu anda mesti simpan sendiri. dan kalau nak mengadu pada keluarga anda sekalipun, jangan tinggalkan bukti berbentuk sms (takut ade yg jahat tangan pegi bace ape2 yang ade dalam enpon anda tu). dan cakap siang tu pandang2, cakap malam tu dengar2. jangan duk sedap2 mengadu dan mengutuk mertua dalam telefon, rupanya ada yang pasang telinga hahahaha…tapi rasanya anda yang sedang baca coretan di blog ena ni semua baik2 belaka dan bukan jenis kaki mengadu kan;)


#8- Jangan buat muka 



kalau ada yang buat anda marah, tak puas hati atau kecik hati. Dari memek muka kita, orang tua boleh tahu yang kita ni sedang protes secara kurang ajar. Rasanye tak susah nak kawal memek muka kan? Jelingan mata dan cebek mulut senyuman sinis tu kan boleh dikawal:-)

kalau takut kita tak perasan, pesan kat suami suruh tegur kalau kita ada terbuat;)


#9. Jangan berkira harta benda atau tenaga. 



Kadang2 hal2 kecik macam barang mandian atau makanan ringan pun boleh jadi masalah. Apa kes nak fikir banyak buat berat kepala je, niat la sedeqah. kita hidup sama, kongsilah sama2. Kan anda pun menumpang makan beras mak mertua. Bukan suami korang yang sentiasa beli beras kat rumah tu kan? So, hal kecik2 tu tak payah kira sangatla ye. berlebih kurang je, tak jatuh miskin dengan selalu bersedeqah.


10. Belajar dan Hormat Adat Resam Orang


Hak ni memang wajib la bila awak tu berasal dari utara atau selatan tanahair, tibe2 awak kahwin dengan orang pantai timur, dah tentulah banyak yang berbeza. Kata orang, masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang rimau, mengaum la. pandai2 lah bawak diri kat tempat orang tu.

Sama sama asal pantai timur pun berlainan juga adat resam contoh kelantan dan terengganu. nampak macam sama kan tapi sesungguhnya memang tak sama, tengok lah loghat nya pon dah tak sama;)

11- Doa

Sentiasa titipkan doa buat ibu/ayah mertua dalam solat kita. doa lah supaya Allah sentiasa menjaga hati kita dan supaya hubungan silaturrahim dam uhkuwah dengan family mertua berkekalan hingga ke syurga.



Tips tambahan:



Tips #1 : kalo nampak mak mentua tengah sibuk kat dapo, bawak2 la offer diri nak tolong. tolong godak kuah dalam periuk pon bolehlah dari takde. tunjuk yang kita ni prihatin. jangan pura2 menyibukkan diri bermain dengan anak anda yg dah pandai wat hal sendiri. mak mertua tak berkenan!hihi, yang ni memang berlaku tau. tak percaya takpe la, apa boleh buat kan;)



Tips #2 : kalau buat kerja apa apa kat umah mertua, terutama bab masakan, amalkan petua yg mertua anda bagi. contoh kalo dia basuh sayur selai2, korang basuh la gaya tu jugak. cuci ayam ngan tepung ke, udang belah belakang buang taik ke apa ke.. jangan skip! buat je walaupon korang malas.. nanti mertua sayang kat korang…


Tips #3 : Baca: Formula Tarik Rezeki Melimpah Ruah

Tips #4 : Beri hadiah berupa wang ringgit, barang kesukaan ataupun suplimen kesihatan terutama jika kita tahu ibu or bapa mertua ada sakit tertentu seperti diabetes, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, sakit lutut dan sebagaianya.

Artikel disunting dari sini: kredit.



sharing is loving ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Kesan Detox 9/18 : Ibu Menyusu Detox Cara Sihat

05:10 0 Comments


Kesan Detox- Ibu menyusukan bayi juga detox juga


Kesan Detox 9/18 : Ibu Menyusu Detox Cara Sihat | Assalamualaikum. Ni testimoni dari ena sendiri. ena berkongsi dengan eluruh ahli group rahsia yang sama sama menyahut cabaran detox. Syok tau kalau buat sesuatu sama sama. Ada support group ni tak de la tersasar dari landasan orang kata. Always ada orang yang akan nasihatkan dan keep bagi semangat setiap masa. ahli group pon hampir cecah 500 orang. ramai kan. tu lagi syok tu. 


Sehingga barisan ini ditulis, ena masih menyusukan kedua dua anak solehah ena iaitu Aeisya Humaira 3 tahun 7 bulan dan Aeisya safiyya 7 bulan. Alhamdulillah, sepajang detox, dipermudahkan untuk ena. anak2 ok sangat , lawas skali. which is good sign. sebab sebelum ena join cabaran detox ni, baby hanya poo poo 3-4 hari sekali. Husband ena memang risau kalau kami tak poo poo. katanya nanti toksin dalam badan makin banyak dan banyak sampai sampai kepala dan penyakit penyakit lain pon menyusul. allahu, mintak jauh la kan.


Pasal ruam tu, ena tak risau pon sebab ada Herbal Cream yang magic tu kan. hihi




Alhamdulillah ;)



Cabaran Detox Shaklee sedang berlangsung dari April-Jun 2016. Jom sertai kami. Konsultasi eksklusif sehingga anda capai berat idaman dan unggul serta menawan!


                                                    Baca : 9 Tips Kurus secara Alami


Yang lebih penting, NIAT asal join cabaran detox ni adalah untuk kekal lebih sihat dalam jangka masa yang panjang. bila sihat insyaALLAh cantik dan cergas serta gojes;)


Your Beauty & Health Consultant ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia


Kesan Detox 8/18 : Badan Rasa Lebih Sihat dan Kurus !

01:22 0 Comments
Badan Rasa Lebih Sihat dan Kurus!


Kesan Detox 8/18 : Badan Rasa Lebih Sihat dan Kurus ! Assalamualaikum. Kesan dari program detox Shaklee kepada Puan Fiza dan Puan Aini:


  • Badan rasa steady(serasi) dengan meal plan yang disediakan 
  • Badan rasa lebih Sihat
  • Badan dah kurus!




Alhamdulillah



Cabaran Detox Shaklee sedang berlangsung dari April-Jun 2016. Jom sertai kami. Konsultasi eksklusif sehingga anda capai berat idaman dan unggul serta menawan!


Yang lebih penting, NIAT asal join cabaran detox ni adalah untuk kekal lebih sihat dalam jangka masa yang panjang. bila sihat insyaALLAh cantik dan cergas serta gojes;)


Your Beauty & Health Consultant ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia


DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.