Follow Us @sihatcantik_byena

@aeinnamusa

Showing posts sorted by relevance for query tips. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query tips. Sort by date Show all posts

Saturday, 8 August 2015

7 Tips Mudah Bersalin

11:01 0 Comments


Assalamualaikum

Apa khabar semua..apa khabar mommies yang sedang berbadan dua;)


hari ni ena nak kongsi TIPS MUDAH BERSALIN.


ramai yang impikan bersalin dengan mudah kan..tapi ketahuilah bahawa sakit bersalin tu NIKMAT sebenarnya iaitu


apabila kita akan bersyukur dengan menangis kegembiraaan apabila melihat wajah anak syurga yang baru dilahirkan....apabila seolah2 Allah sambungkan balik nyawa kita setelah hampir terputus nyawa meneran untuk melahirkan...apabila Allah menunjukkan kebesaranNYA dengan terlahirnya seorang insan yang comel ...apabila melihat wajah2 kegembiraaan suami, ibu ayah serta seluruh keluarga/..dan pelbagai nikmat yang tidak terhitung susulan dari kelahiran baru ini.


Bersalin semuanya SAKIT dan ada cabaran tersendiri. sama ada normal atau pembedahan.


di sini ena nk kongsi 7 tips yang boleh kita ikhtiar sebagai persediaan untuk bersalin. ikhtiar dan kemudian BERSERAH (TAWAKKAL) pada Allah sepenuhnya.


TIPS #1

Kerapkan Berjalan



TIPS #2

Minta suami buatkan air BACAAN :


-Surah Al Fatihah
-3 Qul
-Ayat Kursi
kemudian titikan 3 titis minyak masak dan NIATKAN supaya Allah permudahkan urusan bersalin


-selawat kemudian minum





TIPS #3

Kerapkan berzikir dengan zikir:



TIPS #4

Kerapkan mandi dan Basuh rambut



TIPS #5

Baring Mengiring


TIPS #6

Banyakkan sujud terutama ketika solat (jika masih mampu)


TIPS #7


Mohon maaf dari suami dan semua orang



*************

Semoga bermanfaat buat mommies semua;)

Sunday, 22 May 2016

3 Tips Putihkan Muka Secara Alami

15:12 0 Comments
3 Tips Putihkan Wajah Secara Alami | Assalamualaikum. 3 tips ni mudah sangat, jom kita sama2 buat dengan konsisten. tak perlu risau kerana bahan yang digunakan semua nya semulajadi je tau tiada bahan kimia yang merbahaya pun;)

Tips #1

Bahan bahan: 

1 batang Timun, Bedak sejuk, 1/2 Limau nipis


Campurkan Timun yang di parut, bedak sejuk dan perahan lima nipis. Sapu pada wajah sebagai masker. Setelah kering, boleh la dicuci dengan air bersih. InsyaALLAH jika rajin dan konsisten buat tiap tiap malam, kulit wajah jadi putih dan bebas jerawat juga ;)


Tips #2

Bahan bahan:

Daun lidah buaya


Sapu rata gel dari daun lidah buaya pada wajah 2 kali sehari. Setelah kering, cuci bersih dengan air suam dan lap dengan kain yang bersih



Tips #3

Bahan bahan:

Lobak, Telur kuning dan Limau nipis

Parut lobak dan campurkan dengan kuning telur dan limau nipis. Sapu pada wajah sebagai masker unutk 30 minit. Setelah masker kering, cuci dengan air bersih. Hasilnya wajah lebih putih dan berseri, rajin2 buat selalu tau!


Kredit: Petua Nenek


Selain tips luaran, Ena nak cadangkan supaya mengamalkan tips tips untuk cantik dari dalam juga iaitu dengan pengambilan vitamin yang terbukti selamat, berkesan dan semulajadi. Sel2 badan yang sihat dan cukup nutrisi menyerlahkan lagi kecantikkan kulit kita dan wajah yang berseri seri. Lagipon tidak lama lagi, kita akan menyambut Hari Lebaran, Hari raya Aidilfitri





CADANGAN SET GLOWING RAYA



(A). Bajet


🌽Vita C

1 tablet mengandungi 500mg Vitamin C (bersamaan nutrisi 7 biji oren) yang dilepaskan jam demi jam ("Sustained Release"). Penting dalam membantu pembentukan kolagen, melindungi kulit daripada sinaran UV matahari yang memudaratkan, membantu menyembuhkan kulit yang rosak, mengurangkan kedutan.




(B). Popular



🌽Vita C

1 tablet mengandungi 500mg Vitamin C (bersamaan nutrisi 7 biji oren) yang dilepaskan jam demi jam ("Sustained Release"). Penting dalam membantu pembentukan kolagen, melindungi kulit daripada sinaran UV matahari yang memudaratkan, membantu menyembuhkan kulit yang rosak, mengurangkan kedutan.

🌾 Energizing Soy Protein (ESP)

Sumber protein soya yang tidak diubah genetiknya. 20 jenis asid amino dalam ESP perlu untuk bina sel dan tisu baru pada kulit yang rosak, membuatkan kulit menjadi sekata dan tidak kusam.



(B). Optimum ✅



🌽Vita C

1 tablet mengandungi 500mg Vitamin C (bersamaan nutrisi 7 biji oren) yang dilepaskan jam demi jam ("Sustained Release"). Penting dalam membantu pembentukan kolagen, melindungi kulit daripada sinaran UV matahari yang memudaratkan, membantu menyembuhkan kulit yang rosak, mengurangkan kedutan.

🌾 Energizing Soy Protein (ESP)

Sumber protein soya yang tidak diubah genetiknya. 20 jenis asid amino dalam ESP perlu untuk bina sel dan tisu baru pada kulit yang rosak, membuatkan kulit menjadi sekata dan tidak kusam.


💅🏻Vita E

Vitamin E berfungsi untuk menghalang radikal bebas daripada badan, yang memainkan peranan besar dalam proses penuaan. Jika kita boleh melawan radikal bebas, maka kita boleh mengurangkan kedutan dan menjadikan kulit kelihatan muda.





Nak cuba Set Glowing Raya dan Kekal berseri seri di sepanjang hari raya, hubungi ena untuk tempahan atau konsultasi ye

sehingga berjumpa lagi di lain entry


Your Beauty & Health Consultant ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia





Thursday, 26 May 2016

11 Tips Tinggal Bersama Ibu Mertua

19:02 2 Comments
Ibu Mertua ena yang tersenyum manis & anak ena Aeisya Safiyya



11 Tips Tinggal Bersama Ibu Mertua | Assalamualaikum entry kali ni ena nak kongsi pengalaman sendiri dan beberapa tips dan panduan tinggal bersama mertua yag ena cedok dari 'sheikh' google. hihi. Semoga tips yang disajikan ni dapat memberi ilham pada pengantin baru yang akan tinggal bersama keluarga mertua / ibu ayah mertua atau pada pengantin pengantin yang memang dah lama tinggal bersama mertua ;)



Tiada salahnya dan tiada seramnya tinggal bersama mertua. Tak dinafikan, ada cabaran tinggal bersama keluarga mertua seperti aurat, 'privacy' dan tak boleh bertindak sesuka hati ikut sedap rasa diri sendiri sahaja. wajib fikirkan untuk kemaslahatan bersama ;) tapi, semua nya berbalik pada diri kita sendiri. Law of Attraction. Apa yang kita fikir, bayangkan malah apa yang kita risaukan juga akan berlaku pada kita insyaALLAH. So, fikir bayangkan yang baik baik sahaja, tak perlu risau benda2 yang tak perlu atau belom berlaku. just be positive as much as you can. ok ok ?


ok ini 11 Tips Tinggal Bersama Ibu Mertua:



#1- Ringankan Tangan Buat kerja remeh yang senang.

Contohnya bangun pagi masak air, Pastu clearkan sinky, basuh pinggan, sambil buat air panas, sambil kumpul baju kotor masuk dalam mesin basuh. Senang je kan? Buat je dulu lama lama jadi ikhlas dan seronok ;)


Ena dari awal lagi dalam mind set ni tak pernah pon fikir seram ke, susah ke, tak best ke duk dengan mertua. tiada negative langsung. Efeknya, memang poitif je la yang ena dapat. Alhamdulillah



#2- Belajar Masak dan memuji Masakan Mertua 

Ibu mertua ena memang superb masakkan nya, biasalah masakkan Kelantan meme sodap ( eh, dah macam loghat nogori lak apesal ena nih..hihi). Tambah plak ena jenis makan tak memilih. Semua ena bedal. haha. Even nasi + kicap pon ena layan. Macam ma ena tak kisah langsung menantu tak pandai masak , yang penting tak malas nak belajar. Ena percaya semua ibu mertua pon macam tu juga. dah tak wujud dah ibu mertua yang cerewet dan garang macam dalam drama tu. no worries k.

pasal masak ni, ya ALLAH sekarang lagi super duper senang nak masak tau. Resepi berlambak kat internet. Kalau tak tahu mana nak rujuk, masuk je blog INI, beribu resepi ada. Ha, ni dah dekat nak bula Ramadhan ni, cepat print resepi best best untuk di masak berbuka puasa nanti. Mesti mak mertua lagi sayang!



#3- Buat kerja tanpa disuruh 


Yang ini memang susah bagi orang yang pemalas. haha. Tapi takpe, boleh ubah. yang tak boleh berubah tu orang mati je;) Kena alert walaupun benda kecik je contoh masak nasi, (dah beriya masak lauk pauk bagai tetiba lupe masak nasi..adei) buat air, gula, garam tinggal sikit tu bagitau lah mak mertua. Nak lagi comey, tolong belikan terus tak payah bagitahu. kalau mak mertua dah siap basuh kain, cecepat la pegi sidaikan kain tu, sentiasa cari ruang untuk involve dalam semua perkara yang mak mertua tu tengah buat. walaupun benda tu kecik dan remeh, tapi kadang2 benda tu besar bagi orang2 tua ni. Kat situ diorang boleh nampak yang kita ni prihatin.


#4- Buat Kerja Sama sama


Apabila tinggal satu rumah, buat la kerja samasama. selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, ia dapat memberi impak yang positif selepas beraktiviti sama sama ni. Macam ena, dulu waktu sebelum ada anak, setiap minggu ena dan ibu mertua jogging sama sama, ke pasar sama2, masak sama2, kemas rumah sama dan tengok TV sama2. Now dah ada anak, jogging dan tengok tv tu dah tak ada masa dah plus ena sekarang sibuk juga dengan aktiviti bisnes online,Memang takda masa lansung nak baca newspaper apatah  lagi tengok TV, tapi masak dan kemas tu tetap buat walau seibuk mana pon.


So, carilah apa apa aktiviti yang boleh dilakukan besama2 k. dan enjoy k!

#5- Jaga nama baik mertua 


Sama la jugak macam kita jaga nama baik mak kita sendiri. Pakaian dan aurat kena jaga. Tak Kira lah ibu bapa mertua kita ustaz utazah atau bukan, Sekarang dah tak boleh pakai seluar pendek dengan baju nampak ketiak mase sidai kain atau menyapu diberanda rumah. Jangankan mak mertua, mak kita pun tak bagi kan? Tak kiralah kat kampung ke kat bandar. waktu kat arama semua perempuan boleh la nk pakai sleeveless ke apa. kat rumah mertua jangan buat!



#6- Jangan join makcik2 mesyuarat tingkap bergossip. 



Kat bandar ke kat kampung ke, asalkan namanya surirumah dan makcik2, mestilah suka bertandang ke rumah jiran dan bercerita  macam macam. Jangan sesekali join mereka duduk bergossip dan cubalah apa cara sekalipun untuk menjauhi dan tidak terlibat dalam mesyuarat makcik2 tu semua. mujur dan syukur alhamdulillah ma dan mertua ena dua dua pon jenis yang tak suka bergaul dan bergosip kosong dengan jiran2.


#7. Jangan bercerita apa-apa ‘ketidakpuashatian’ anda terhadap mertua atau orang2 dalam rumah mertua anda. 



Jangan sesekali ringan mulut sangat nak bercerita pada jiran, adik beradik suami, ipar duai atau sesapa saja yang boleh membahayakan kedudukan anda selaku menantu yang menumpang di dalam rumah mertua. Jangan percayakan sesiapa walau baik macam mana sekalipun.


Semua tu anda mesti simpan sendiri. dan kalau nak mengadu pada keluarga anda sekalipun, jangan tinggalkan bukti berbentuk sms (takut ade yg jahat tangan pegi bace ape2 yang ade dalam enpon anda tu). dan cakap siang tu pandang2, cakap malam tu dengar2. jangan duk sedap2 mengadu dan mengutuk mertua dalam telefon, rupanya ada yang pasang telinga hahahaha…tapi rasanya anda yang sedang baca coretan di blog ena ni semua baik2 belaka dan bukan jenis kaki mengadu kan;)


#8- Jangan buat muka 



kalau ada yang buat anda marah, tak puas hati atau kecik hati. Dari memek muka kita, orang tua boleh tahu yang kita ni sedang protes secara kurang ajar. Rasanye tak susah nak kawal memek muka kan? Jelingan mata dan cebek mulut senyuman sinis tu kan boleh dikawal:-)

kalau takut kita tak perasan, pesan kat suami suruh tegur kalau kita ada terbuat;)


#9. Jangan berkira harta benda atau tenaga. 



Kadang2 hal2 kecik macam barang mandian atau makanan ringan pun boleh jadi masalah. Apa kes nak fikir banyak buat berat kepala je, niat la sedeqah. kita hidup sama, kongsilah sama2. Kan anda pun menumpang makan beras mak mertua. Bukan suami korang yang sentiasa beli beras kat rumah tu kan? So, hal kecik2 tu tak payah kira sangatla ye. berlebih kurang je, tak jatuh miskin dengan selalu bersedeqah.


10. Belajar dan Hormat Adat Resam Orang


Hak ni memang wajib la bila awak tu berasal dari utara atau selatan tanahair, tibe2 awak kahwin dengan orang pantai timur, dah tentulah banyak yang berbeza. Kata orang, masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang rimau, mengaum la. pandai2 lah bawak diri kat tempat orang tu.

Sama sama asal pantai timur pun berlainan juga adat resam contoh kelantan dan terengganu. nampak macam sama kan tapi sesungguhnya memang tak sama, tengok lah loghat nya pon dah tak sama;)

11- Doa

Sentiasa titipkan doa buat ibu/ayah mertua dalam solat kita. doa lah supaya Allah sentiasa menjaga hati kita dan supaya hubungan silaturrahim dam uhkuwah dengan family mertua berkekalan hingga ke syurga.



Tips tambahan:



Tips #1 : kalo nampak mak mentua tengah sibuk kat dapo, bawak2 la offer diri nak tolong. tolong godak kuah dalam periuk pon bolehlah dari takde. tunjuk yang kita ni prihatin. jangan pura2 menyibukkan diri bermain dengan anak anda yg dah pandai wat hal sendiri. mak mertua tak berkenan!hihi, yang ni memang berlaku tau. tak percaya takpe la, apa boleh buat kan;)



Tips #2 : kalau buat kerja apa apa kat umah mertua, terutama bab masakan, amalkan petua yg mertua anda bagi. contoh kalo dia basuh sayur selai2, korang basuh la gaya tu jugak. cuci ayam ngan tepung ke, udang belah belakang buang taik ke apa ke.. jangan skip! buat je walaupon korang malas.. nanti mertua sayang kat korang…


Tips #3 : Baca: Formula Tarik Rezeki Melimpah Ruah

Tips #4 : Beri hadiah berupa wang ringgit, barang kesukaan ataupun suplimen kesihatan terutama jika kita tahu ibu or bapa mertua ada sakit tertentu seperti diabetes, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, sakit lutut dan sebagaianya.

Artikel disunting dari sini: kredit.



sharing is loving ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Wednesday, 19 August 2015

Tips Jadi Kaya dalam 3 Hari

10:30 0 Comments


KITA TAK AKAN PERNAH LARI DARI MEMBUAT KESILAPAN,
TETAPI KITA JUGA JANGAN LARI UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN.


Assalamualaikum..sangat menusuk kalbu kan kata2 Kak Fel , Founder Fellina product tu..ena memang adore sgt dengan dia..dari cara bisnes hinggalah cara berpakaian.


Semoga ena pon ada rezeki juga utk follow setiak jejak beliau;)

Ok..ena nak kongsi tips yang Kak Fel share di fb milik beliau iaitu:


TIPS JADI KAYA DALAM 3 HARI!



Jom amati dan baca setiap tulisan Kak Fel,



KAMI CABAR Anda!
TIPS Jadi kaya dalam masa 3hari :



Kakfel nak share ilmu pagi ini agar boleh menyedut banyak kebaikan dan aura positive.



Awak ada masalah kewangan? Keluarga?kawan2? Hidup tak tenteram, tak tenang. Nak cari jalan keluar?



Ok kakfel nak buat pertandingan mudah. Siapa buat tips ni dan selepas 3 hari dah dapat kesan inbox kakfel utk tuntut hadiah. Ada satu grand prize bagi siapa yg paling best story dia!



Share dengan kawan2 tips ni agar mereka juga boleh jadi kaya dalam masa 3 hari.(teknik menjemput rezeki adalah dengan berkongsi peluang dan rezeki)



Lakukan ini TODAY!



1)Bangun pagi ni , usap muka cakap thanks Allah. Usap seluruh badan dan bernafas dalam2 ucap thanks Allah lepas tu senyum sensorang.



2)Cukup waktu, mulakan dengan solat dhuha, buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi. (4rakaat)



3)Harini ni tanam dalam diri takmau sembang ngan kawan opis pasal org lain, takmau baca atau tulis yg bukan2. Nak zikir dan sebut nama Allah ja. Sebut ulang2( boleh jadi sebak tau)



3)Pergi lunch japgi ada makanan lebih bungkus bagi kucing jalanan.



4)Solat zuhur,asar,maghrib,isya di awal waktu, habis solat terus berdoa. Bersembang mintak kat Allah agar nak kaya dunia akhirat. Minta sungguh2. Lepastu cakap thanks berkali kali kat Allah sebab bagi kita tumpang di dunia.



5)harini tekad , kalau sapa ja minta sedekah beri, walau rm0.50sen



6)telepon mak and abah, bersembang dan tanya khabar walau 5minit.



7)Bangun pukul 3.30pagi. Buat tahajud 2 rakaat kemudian ambik masa termenung fikir salah diri , kenapa ujian datang kat aku, mungki aku pernah buat salah. Buang ego dan kaji sedalamnya.. Apa salah silap kita. Kalau tak jumpa, mohon Allah tunjukan.



Ulang selama 3 hari berturut turut.
InshaAllah di hari ke 3 akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya!

Siapa berani sahut cabaran ni?


*****


Kak Fel cabar kita jom

Jom kita cabar diri kita pula.


Dah ramai yang berjaya cabar diri dan jemput rezeki mereka masing2. Boleh singga ke page Kak Fel di SINI.

Tuesday, 4 August 2015

5 Amalan Ibu Mengandung untuk Elak Anak Jaundice

18:38 8 Comments


Assalamualaikum


Ena nak kongikan 5 tips amalan ibu mengandung untuk elak baby lahir nanti mengalami penyakit Jaundice atau orang kita panggil  baby kuning;)


TIPS #1




Makan 3 sudu madu asli tanpa air atau 5 sudu air madu asli 



TIPS #2


Minum 2 cawan susu kambing segar sehari.



TIPS #3



Minum 500 ml pati delima setiap hari


TIPS #4

Sarapan dengan buah Kurma


TIPS #5



Minum air kelapa muda pure setiap hari ketika hampir bersalin






***

semoga bermanfaat;)

jom kita amalkan, sebarkan pada isteri, rakan taulan dan saudara mara yang sedang hamil;)


till then :





Thursday, 30 July 2015

Tips Pengurusan Masa- Supaya Sentiasa Rasa Terurus dan Cukup Sepanjang Hari

09:55 0 Comments


Assalamualaikum



Sebelum ini ena perah kongsikan Tips Panjnagkan Masa, kali ini ena nk berkongsi pula tips pengurusan masa.



Tips ni berguna bagi mereka yang sangat2 sibuk..sering mengadu TAK CUKUP MASA untuk melakukan segala tugas2 yang telah di listkan.



Bukan sahaja pegawai pejabat malah mereka yang bekerja sendiri ataupun surirumah juga boleh amala tips ini,


Baiklah, tips nya adalah SOLAT DHUHA.





Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”


Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)


MasyaALLAH banyaknya kelebihan solat sunnat dhuha ni.


Fadhilat Solat Dhuha


Selain ia sunnah dan mendapat pahala mengamalkan sunnah dan pahala bersedekah kepada siapa yang mengamalkan nya, menurut sabda Nabi Muhammad lagi, SEGALA KEPERLUAN HARIAN KITA AKAN DI CUKUPKAN dengan hanya solat 4 rakaat dhuha,


Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)


Nah, ini la RAHSIA BESARNYA.... kita duk kata tak cukup masa bagai . Rasulullah dah tunjukkan FORMULA bukan saje boleh cukupkan masa kita dalam sehari malah segala KEPERLUAN lain turut akan dicukupkan oleh Allah..




Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”





Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)



so nak buat tak solat dhuha ni?


jom konsisten buat!


mula dengan sikit2 dulu..mula dengan 2 rakaat dahulu.

buat hari2 selama 44 hari..insyaALLAH akan jadi habit yg susah nk tinggal;)

selamat beramal



Saturday, 5 September 2015

64 Tips Blogger Hebat

08:13 7 Comments



Assalamualaikum,


ena nk kongsi 64 Tips Menjadi Seorang Blogger Hebat, ni ena ambil dari satu blog ni semasa blogwalking tadi.


jom kita lihat apa tipsnya:

  • Jika belum ada blog, daftar dulu PERCUMA dengan blogger. 5 Minit jer pasti siap.

  • Gunakan blogger sebagai platform. Nak guna Wordpress pun boleh, tapi kalau masih baru baik guna blogger jer... mudah dan mesra alam..

  • Beli nama domain (beli siap-siap baru blog korang nampak profesional)

  • Mana nak beli domain? Boleh beli dengan NETKL - Service diorang TERBAIK setakat ni lah... (kalau tak pandai boleh mintak tolong blogge-blogger otai...bayar RM10 jer.. diorang boleh bantu)..ena ada kongsi satu link beli DOMAIN MURAH, klik SINI ye.

  • Kalau korang tak nak beli domain pun tak dak masalah... ok jer... tapi URL korang ada "dot.blogspot"

  • Belajar selok belok blogspot (Search di Google - "tips Blogspot" bersepah panduan macam mana nak guna blogspot ni. Ena suka RUJUK SINI dan SINI  untuk tips blogging;)

  • Sebagai permulaan, post entry sekerap yang mungkin. Kalau bole setiap hari sehari.

  • Mulakan blog anda sekurang-kurangnya 8 - 10 entry.

  • Jangan tulis diari pendek. Tetapi tulis artikel macam mana karangan sekolah rendah dulu-dulu. (mesti korang masih ingat - ada pendahuluan > isi kandungan > penutup)

  • Buat satu page yang bernas dan ringkas tentang diri korang. (supaya pembaca kenal penulis yang hidup, bukannya robot) "About me"

  • Buat satu lagi page untuk pembaca hubungi "contact page" (sekurang-kurangnya email dan no fon)

  • Sebaiknya senaraikan entry post yang korang nak tulis. (Tajuk-tajuk supaya mudah korang mengarang)

  • Tulis untuk pembaca mudah membaca, bukan artikel yang syok sendiri dengan bahasa kiasan yang korang sendiri pening untuk tafsir kan.

  • "Content is not King" tetapi memberi faham itu paling penting.

  • Jangan meniru atau "copy and paste" blog orang lain.

  • Sertai mana-mana blog network atau forum. Dalam facebook banyak fanpage yang mempunyai ramai blogger-blogger berkumpul. Contohnya DENAIHATI NETWORK.

  • Tulis artikel "Power" dengan jiwa.roh.hati. (kerana pembaca akan membaca dengan hati juga)

  • Jangan mengkritik orang lain, kerana setiap kita punya kelebihan masing-masing.

  • Baca blog-blog berjaya sebanyak mana mungkin (memudahkan korang dapat idea)

  • Kemudian, pilih blog-blog hebat yang sesuai dengan cara penulisan korang sebagai mentor.

  • Jangan terlampau banyak gadget merapu di blog korang, terutama banner-banner iklan yang menyemakkan mata memandang.

  • Jemput orang lain untuk turut sama menjadi penulis di blog korang. Kalau boleh, bayar la setiap entry post yang diorang tulis. (Bukan senang untuk mengarang artikel)

  • Senaraikan 30 Blog Hebat yang sama niche dengan korang untuk komen, berhubung, dan jadi penulis jemputan.

  • Setiap hari, hantar komen korang ke setiap 30 blog hebat tersebut.

  • Baca blog mereka untuk dapatkan inspirasi. (baca betul-betul, bukannya skip dan terus komen)

  • Setiap artikel yang korang post mestilah sekurang-kurangnnya 300 hingga 350 patah perkataan. (Supaya google menganggap artikel anda berkualiti)

  • Gunaan RSS subscriptions. (bahasa mudahnya, PENTING supaya pembaca mendaftarkan email mereka untuk dapatkan kemaskini dari blog korang) Tak faham search google.

  • Untuk menambah ilmu, beli ebook atau download video youtube "Panduan Menulis Blog?"

  • Gunakan Google keyword tool. (sangat penting supaya artikel yang korang tulis bertepatan dengan kehendak pembaca - mesra SEO) - search google lagi kalau nak cara guna GOOGLE KEYWORD TOOL.

  • Gunakan juga "Google Analytics" (mudah korang nak semak jumla tepat pembaca yang berkunjung ke blog korang)

  • Semak dan baiki artikel korang sebelum "publish to public" (gunakan fungsi draft dalam dashboard blogspot)

  • Gunakan fungsi "Tags" untuk setiap entry post korang. Sekurang-kurangnya 3.

  • Dalami dan pelajari ilmu tentang asas (SEO - Search Engine Optimizer) Juga search dalam google banyak diterangkan.

  • Kalau ada benda percuma boleh lah tawarkan kepada pembaca yang paling banyak komen untuk membina jaringan dan bertinteraksi. (Nak mudah bagi duit kepada tukang komen paling banyak)

  • Set dalam minda, korang ada adalah Blogger Hebat. Kerana blogger hebat lain juga bermula dari bawah.

  • Berkawan dengan ramai blogger dan tanya tips dari mereka.

  • Sertai pertandingan atau segmen-segmen yang dianjurkan oleh blogger lain untuk membina brand blog korang.

  • Promosikan setiap artikel yang telah korang post di laman-laman sosial seperti facebook, tweeter, tumblr dan lain-lain.

  • Ping blog korang di busuk.org dan blogr.my

  • Minta pandangan pembaca tentang design dan kehendak pembaca. (Apa yang mereka mahu)

  • Jadikan menulis blog sebagai kerja sambilan di rumah. Ingat! Bukan sekadar menulis diari harian sahaja. Anggap menulis artikel itu adalah kerja dan hobi serentak.

  • Cuba jadikan pengunjung blog anda sebagai pembaca dengan cara berbicara melalui artikel yang ada tulis.

  • Cara saya tulis artikel mudah. Kalau nak ikut, bergantunglah. (Saya ada maklumat untuk dibuat artikel. Saya tulis pendahuluan, isi dan penutup. Kemudian saya tukar semua sekali dalam bentuk perbualan. Seolah-olah sedang bersembang minum kopi dengan anda semua. Simple kan?)

  • Submit blog url anda kepada "Search Engine seperti google, bing, yahoo, dan banyak lagi)

  • Tidak perlu sempurna dalam menulis artikel korang. Tetapi cuba jadikannya unik, bernilai dan membantu ramai orang diluar sana yang mencari maklumat.

  • Berkongsilah apa yang ada anda. apa yang anda tahu. Kerana ilmu yang dikurnia itu adalah untuk diamal dan dikongsikan bersama-sama.

  • Bina jenama anda sendiri.

  • Sebulan sekali backup blog anda. (anda fungsi backup di bahagian dashboard blogspot). Ia sangat penting sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini.

  • Fokus kepada menghasilkan artikel yang berkualiti. Jangan lagi fokus nak buat duit pada peringkat permulaan ini.

  • Lawati blog-blog lain dan letakkan link blog mereka dalam blog anda. Ia dipanggil backlink. Sekiranya anda jujur, insyaAllah mereka juga akan buat seperti anda. Nak mudah, sertai mana-mana segmen yang menawarkan backlink.

  • Jadi diri sendiri, dan seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang anda tulis. Ia etika dalam penulisan blog.

  • Motivasikan diri anda setiap hari untuk menulis blog melalui dalam diri sendiri. Maksudnya anda menulis bukan kerana faktor lain, tetapi disebabkan diri anda sendiri yang ingin menulis. Dalam islam, tulis dari diri yang paling dalam iaitu kerana Allah s.w.t.

  • Jujur dan jangan menipu.

  • Rajin.

  • Tetapkan blog anda dalam satu-satu niche sahaja. Kalau boleh fokus dengan satu tema. Contohnya kalau anda menulis tentang politik, jangan terlalu cerita benda lain. Kalau nak cerita pun kaitkan dengan politik balik.

  • Sentiasa mengikuti perkembangan semasa, apa yang pembaca inginkan.

  • Banyakkan membaca area nich blog anda.

  • Senaraikan siap-siap tajuk artikel yang akan anda tulis untuk satu bulan.

  • Dalam setiap tajuk tersebut, masukkan isi-isi penting yang anda ingin ceritakan.

  • Jadualkan tarikh dan waktu akan anda publish.

  • Buat satu vision board dan tampal di depan meja laptop.

  • Contoh vision board seorang blogger. Tulis jumlah artikel yang anda siapkan dalam tempoh 3 bulan pertama. Berapa jumlah pendapatan yang anda ingin hasilkan dalam tempoh setahun.

  • Banyakkan membaca kerana ia boleh meransang minda untuk menulis selain meningkatkan jumlah perbendaharaan perkataan.

  • Postifkan diri anda, ruangkan masa bersama diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan atau jiran tetangga. Banyakkan berdoa dan bersedekah.


waaahhh banyaknya tips..banyak lagi yang ena tak buat ni.. jom sama2 buat jom!

Semoga berjaya.

credit

Thursday, 20 September 2018

Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai

01:30 14 Comments


Nasihat on pregnancy - Ena nak share 3 nasihat atau tips untuk ibu2 yangsedang hamil, ni bedasarkan pengalanan Ena dah 2 kali melalui proses kehamilan dan sekarang sedang pregnant anak ke 3;)

1- NUTRISI:

 Nutrisi sangat penting , jangan skeptikal pada suplimen sebab doktor Klinik Kesihatan sendiri yang akan cadangakn suplimen yang diperlukan contohnya folic asid, multvitamin, iron tablet, kalsium tablet dan minyak ikan untuk menyokong pertumbuhan bayi dalam kandungan. Cari set hamil dari brand suplimen yang selamat.

Ibu2 jangan culas tau makan suplimen everyday sebab apa yang kita makan (real food) dah tak terjamin kandungan nutrisi  tu kita dapat sepenuhnya, ada yang hilang masa proses memasak  dan sebagainya. Tu belom masuk lagi fast food, instant food dan processed food yang kita makan, semua tu menggangu penyerapan nutrisi dalam badan ibu untuk dibekalkan pada baby dalam kandungan.


2- STRETCH MARK

Ok, ni tips nak bagi kat ibu2 yang sedang hamil. Ena dah buat dan memang menjadi, alhamdulillah takde kesan stretch mark lepas bersalin 2 kali. 

Tipsnya mudah, setiap kali lepas mandi, sapu pelembap pada perut dan peha serta bahagian yang biasanya stretch mark ni terjadi, especially bial dah masuk 3rd trimester. Bila dah masuk 3rd trim, sila buat sehai 2 kali. Uol tahu sendiri kan kat mana;) Tips ni juga untuk elakkan perut ibu jadi gatal bila makin membesar. 


3. MINDA YANG POSITIF

Ni tips yang Ena rasa paling pnting skali. Sebab dalaman kita menentukan luaran. Apa yang kita fikir tu kita akan tarik ia betul2 berlaku pada diri kita. 

So, ibu2 mesti positif dalam segala hal sama ada belaku sebarang isu/ujian ketika sepanjang hamil ni atau persediaan nak menghadapi saat bersalin. Ye, proses bersalin bukan mudah tapi percayalah kalau kita boleh kawal minda dan bersedia dari segi mental (bukan je fizikal ye) , proses kehamilan dan bersalin akan jadi satu kenangan terindah dalam hidup kita.



******
Tu saje lah 3 tips yang boleh Ena share. Ena belom lagi banyak pengalaman pon, bau je pregnant 3 kali. insyaALLAH mana yang baik boleh lah jadikan panduan dan amalan bersama ye. Semoga dipermudahkan urusan ibu2 sedang hamil anak soleh/solehah;)

Baaarokallahufiikum.


Monday, 2 November 2015

Tips dan Cara Pemakaian Bengkung Yang Betul Semasa Berpantang

10:06 3 Comments
Assalamualaikum

Sekarang ena hari ke 25 berpantang, alhamdulillah. Ena rasa dah semakin pulih dan sihat. 


Antara tips yang ena amalkan sepajang berpantang adalah berbengkung.


Jenama bengkung yang ena gunakan adalah keluaran amway. Ena dapat FREE dalam set berpantang amway semasa berpantang anak first. Anak kedua ni ena guna Set Berpantang Shaklee sepenuhnya.






Cara Biasa Pemakaian Bengkung Satu Tali (sumber: google)


Cara makcik urut pakaikan bengkung pada ena. Dia lilit dua kali setiap lubang kiri dan kanan;)

Ketat dan Kemas. Best!

psst: Abaikan lelemak  yang menonjol di sana sini, waktu baru seminggu berpantang, lelemak masih bermaharajalela lagi.mih mih mih.

11 TUJUAN MEMAKAI BENGKUNG SEMASA BERPANTANG



  1. Membakar lemak berlebihan, melangsingkan badan dan mendapat berat yang ideal
  2. Mempercepatkan pengecutan rahim
  3. Merampingkan kembali pinggang
  4. Membentuk potongan badan dan punggung.
  5. Menghalang perut masuk angin semasa berpantang.
  6. Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.
  7. Mengurangkan sakit pinggang.
  8. Membantu ibu-ibu agar boleh berdiri dan bergerak dengan selesa kerana bengkung bertindak sebagai "support" pada bahagian perut
  9. Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan ketika berpantang.
  10. Mudah diikat oleh ibu bersalin sendiri, tanpa memerlukan bantuan sesiapa.
  11. Boleh dipakai bila-bila masa (walau bukan masa berpantang), untuk mengempiskan perut dan merampingkan badan.


CARA DAN TIPS PEMAKAIAN BENGKUNG YANG BETUL



* Sapukan minyak/krim bahagian perut, pinggang dan pinggul selepas urutan. Ena sapu krim serbaguna Herbal Blend


* Bengkung diletak mengelilingi kawasan perut

* Berbaring dan ikat dengan kejab bermula dari bahagian atas ke bawah


*Tujuan berbaring supaya lebih mudah untuk ikat lebih ketat memandangkan perut kita meleper ketika dalam keadaan berbaring berbanding berdiri.

*Tujuan ikat dari bawah adalah supaya mudah untuk ibu-ibu nak ke tandas , Memandangkan pemakaian bengkung adalah lama. Cuma longgarkan ikatan di bahagian bawah sahaja. Selepas urusan di toilet, boleh la diikat balik .


* Dinasihatkan memakai bengkung selama 44 hari sehingga 100 hari.


* Bagi yang menjalani pembedahan, bengkung digunakan hanya setelah sembuh dari kesan pembedahan.


Q & A MENGENAI AMALAN BERBENGKUNG



Perlukah saya memakai bengkung? 



* Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna.


Bagaimanakah ciri-ciri bengkung yang baik? 



Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim. Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas. * Ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. 



Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Ia juga akan membatasi pergerakan anda dan akan lebih berhati-hati apabila bergerak.


Berapa lama perlu memakai bengkung ketika dalam pantang? 



Ketika dalam pantang bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ianya mula dipakai dari hari ke-4 sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh pantang. Sebaik-baiknya anda mempunyai 2 helai bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya. Kebersihan amat penting agar tidak timbul masalah lain seperti kegatalan atau kerengsaan pada kulit.



Bolehkan saya memakai bengkung selepas pembedahan?



Anda perlulah mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memakai sebarang bengkung. Terdapat bengkung yang mempunyai ciri-ciri tertentu (seperti bengkung strap-on) yang boleh dipakai selepas pembedahan. Pastikan ciri-ciri ini adalah sesuai untuk anda. Bengkung yang tidak mempunyai ciri-ciri khas hanya boleh dipakai selepas luka sembuh atau atas nasihat doktor anda (selepas 2 minggu atau lebih)



Bagaimana pemakaian bengkung dapat membantu saya? 



Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu yang menyusu anak. Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul. Baik untuk menyokong tulang anda kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang anda. Selain itu, ia juga menyokong dan menguatkan otot-otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.



Adakah bengkung ini hanya untuk wanita bersalin sahaja? 



Tidak. Ia boleh dipakai oleh sesiapa sahaja termasuk lelaki!



Perlukah memakai minyak dengan bengkung? 



Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit seperti Krim Herbal Blend. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.



* Beberapa petikan ini diambil dari buku "Ensiklopedia Perbidanan Melayu-Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan dan Penjagaan Kesihatan" tulisan Datin Sharifah Anisah Barakbah



Semoga bermanfaat!



Your Certified Shaklee Product Consultant:
 Aeinna Musa / Kekna (0177172868)



COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia


P/s:

KLIK SINI
KLIK SINI
KLIK SINI
untuk 111 Tips Kaya Rezeki Melimpah Ruah dan Tips Bebas Hutang!



Monday, 23 May 2016

7 Tips Menjaga Wajah Dan Kecantikan Kulit Untuk Wanita dari Perspektif Islam dan Al Quran

14:03 0 Comments
Setiap Wanita mengidamkan kulit wajah yang sihat, cerah dan cantik




7 Tips Menjaga Wajah Dan Kecantikan Kulit Untuk Wanita dari Perspektif Islam dan Al Quran | Assalamualaikum . Dalam wanita wanita kini terlalu obses dengan produk kecantikkan yang boleh memutih dala masa 3 jam, 3 hari dan sebagainya, perlu diingatkan sebagai Muslim dan Muslimah, berbaliklah pada 'wasiat' yang ditinggalkan Nabi kita iaitu Al Quran dan Sunnah. Misalnya dalam Kalam Allah yang mulia, Al Quran terdapat banyak sangat rahsia dan tips untuk kekal cantik bukan saje luaran malah dalaman.  Cantik dari dalam itu lah cantik yang sebenar ke arah menjadi perhiasan dunia yang paling cantik iatu wanita solehah.


Bagi wanita yang sudah berkahwin, wajib kita untuk menjaga keihatan , kebersihan dan kecantikkan diri buat tatapan suami kita


Islam sangat menitikberatkan tentang kebersihan dan kekemasan diri .

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.



Memang tidak dinafikan ada sesetengah wanita yang tidak mengambil berat bab kecantikan kulit, kerana baginya asal wajah bersih dari jerawat tiada jeragat yang teruk, itu sudah mencukupi.

Sampaikan wajah nampak kusam dan tidak bermaya sekalipun tidak diendahkan. Allahu.

Selagi belum ada teguran dari suami atau teman terdekat, bagi mereka penampilan mereka sudah mencukupi.

Tanya pada diri anda:

Sejauh mana anda menekankan bab menjaga kecantikan dan mahu kelihatan sihat dan muda?
Adakah kita sudah cukup berhias dihadapan suami kita?

ok jom kita amati dan amalkan 7 tips Menjaga Wajah Dan Kecantikan Kulit Untuk Wanita dari Perspektif Islam dan Al Quran.

#1- Solat Awal Waktu


Jangan tinggalkan solat kerana wuduk itu penting


Paling penting jangan tinggal solat.

Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yang terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita.


#2- Minum Air Suam


Menjaga kecantikan kulit dengan minum air suam sebaik bangun dari tidur.


Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu. Ena selalu juga buat ni, cuma bukan air suam, air kosong suhu bilik je, mulai eosk boleh la sediakan termos kecil kat tepil katil. Bangun oagi je terus minum air suam! nak cantik punya pasal kan. hihi

Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.

Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat.

Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit. insyaALLAH

#3- Urut Wajah


Mengurut wajah dari bawah dengan selawat


Kemudian, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Amalkan setiap hari.

Nota tambahan: Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. 

Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pula. Waktu pakai pencuci muka atau make up remover pon sama ye, urut dari bawah ke atas.

Antara zikir yang boleh diamalkan adalah:

Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

Baca ” Ya Badiyah ” (1x)

Baca ” Ya Nur ” (1x)

Baca ” Ya Hadi ” (1x)

Baca ” Ya Allah ” (3x)


#4- Baca surah Al-Waqiah


Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi.


Dianjurkan baca pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula nak mandi.

Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan kulit (diri) kita & untuk kebahagiaan rumahtangga kita.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


#5- Baca Surah Yusuf Selepas Solat Subuh


Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk. 


Amalkan dengan jujur dan ikhlas.

Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.



#6- Berdoa setiap kali melihat cermin


Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s.


Amalkan setiap pagi. InsyaaAllah kecantikan kulit akan terpelihara.

Doanya begini:

“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”

Doa lain yang boleh diamalkan juga adalah:





#7- Menggunakan produk yang bagus & halal (halalan toyyiban) untuk menjaga kecantikan kulit dan wajah


Salah satu usaha untuk menjaga kecantikan selain daripada berdoa dan mengamalkan petua yang dibincangkan diatas adalah dengan menggunakan produk yang terbukti berkesan secara saintifik. Buat kajian dulu mnegnai sesuatu produk sebelum kita decide untuk mengunakannya. sekarang semua info di hujung jari. Boleh google je info dan beli dari penjual yang boleh dipercayai dan mempunyai rekod yang bagus seperti ena, CEWAH,sempat lagi upsell ..hihih

ok antara bahan makanan atau supplement yang halal dan terbukti memberi kesan yang baik yang boleh ena suggest adalah Set Cantik Shaklee




Your Beauty & Health Consultant ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Monday, 18 September 2017

7 Tips Ringankan Sakaratul Maut

12:47 0 Comments


Sejak berita kematian anak2 syurga akibat tragedi Pusat Tahfiz Terbakar tu,
Hampir setiap hari kekna dengar berita kematian (antara nya anak kawan, family customer, colleague di ofis bangkamal ,jemaah haji etc)


Setiap malam sebelum tidur rasa sangat risau dlm hati ,camne kalau esok pagi kita tak bangun.


Banyak dosa
Banyak sangat


Hari ni ,kekna nak share tazkirah Ustaz Dusuki. Best ustaz ni banyak cerita bab bab kematian


Kata ustaz , orang yang waras akan merasa kematian tu lebih indah dari dunia

Sebab banyak kelebihan yg Allah sediakan di alam barzahk sebenarnya
Tugas kita , BE PREPARED


Dengan ILMU of course

Kita takut sebab tiada ILMU

Follow ustaz Dusuki tau untuk ilmu2 alam akhirat
Dan pagi ni kekna nak share tips ni supaya , kita tak sia siakan hari kita .


7 Tips Ringankan sakaratul maut


7 Tips Ringankan sakaratul maut


1-banyak zikrullah cth nya doa nabi yunus
2-banyakkan taubat (istighfar)
3-banyakkan selawat
4-sambung silaturrahim ,ziarah dan kenal balik sanak saudara yg lama x jumpa
5-ramaikan zuriat termasuk anak tiri,anak angkat ,cari anak2 tahfiz dan taja mereka belajar-supaya lebih ramai doakan kita
6-banyakkan sedekah
7-usaha usir dunia dari hati (biar rasa quran tu lebih nikmat dr baca wassap)


Boleh #share untuk sebarkan kebaikan👍





Your Certified Shaklee Product Consultant:
Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap:
http://KedaiVitaminBangiKajangPutrajaya.wasap.my atau http://Kekna.wasap.my
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia




Monday, 23 May 2016

9 Tips Kurus Secara Semulajadi dan Alami. Anda Pasti Nak Cuba!

17:00 0 Comments

7 Tips Kurus Secara Semulajadi dan Alami | Assalamualaikum. Cara menurunkan berat badan dengan cepat. Salah satu kunci menurunkan berat badan dalam waktu cepat dan alami adalah dengan diet (pemakanan yang seimbang) dan senaman.


Selain senaman dan mengawal pemakanan ada beberapa hal yang berperanan dalam menurunkan berat badan, seperti: metabolisme, karbohidrat, lemak, dan bakteria.


Kajian mendapati mereka yang memiliki bakteria yang baik di dalam usus boleh membakar kalori lebih banyak pada malam hari tanpa senaman yang berjam jam, diet ketat, dan sebagainya.


Studi yang dilakukan oleh University of Lowa di Amerika Serikat tersebut membuktikan apabila bakteria di dalam usus tidak sihat, akan menyebabkan berat badan mudah bertambah.


Untuk menjaga bakteria baik di dalam usus supaya dapat bekerja dengan maksima, berikut adalah beberapa aktiviti yang dianjurkan:


1-Makan Malam Lebih Awal


Makan lebih awal, iaitu sebelum pukul 07.00 malam.

Selain itu, daging juga dipercayai salah satu makanan yang dapat membantu tidur seseorang lebih baik . Namun ingat, makanlah dalam jumlah yang tidak terlalu banyak. Kalau terlebih nanti susah nak tidur pula. Lagipun, waktu malam kita tak buat banyak aktiviti, jika makan banyak nanti akan disimpan sebagai lemak dalam badan kita. Kan bahaya tu.

2-Perbanyakkan Mengambil Protein


Daging adalah sumber protein yang paling mudah diserap oleh tubuh. Kita juga boleh mendapatkan protein dari beberapa makanan lain seperti: beras merah, bayam, kacang kedelai, kacang hijau, kentang, dan brokoli. Ikan tuna dan susu rendah lemak banyak mengandungi protein.




Mengambil protein pada malam hari sebelum tidur dapat membantu meningkatkan metabolisme di dalam tubuh kita. Jadi, tidak ada salahnya untuk makan beberapa jenis kekacang untuk mendapat khasiat protein serta pencernaan yang lancar.

Selain bakteria baik di dalam usus sihat, kita juga perlu mengambil  berat faktor lain untuk mendapat berat badan yang ideal. Antaranya adalah:

3- Banyak minum air putih




Minum air putih setidaknya 8 gelas sehari dapat membantu mengeluarkan racun atau toksin dari dalam tubuh. Minum satu atau dua gelas air putih sebelum makan juga dapat membantu menurunkan nafsu makan sehingga . Dan meminum air koson juga dapat membantu membakar kalori sebanyak 24%-30% selepas 1 jam minum.


Dengan begitu, berat badan tidak akan naik dan justru sebaliknya, akan lebih mudah turun. 

Cubalah menghindari sumber makanan dengan karbohidrat sederhana, dan gantilah dengan makanan yang banyak mengandung karbohidrat kompleks. supaya kenyang lebih lama.

Beberapa makanan yang mengandung karbohidrat kompleks diantaranya adalah: jagung, kentang, apel, beras merah, brokoli, dan berbagai jenis sayur-sayuran.

4- Jangan lupa bersenam


Olahraga seperti senam aerobik, berlari, main sepak bola, berenang, atau bahkan, bermain dengan anak-anak bisa bermanfaat untuk membakar lemak.

Berolahraga setidaknya 5 jam dalam seminggu akan membantu kita menjaga berat badan ideal jika diimbangi dengan diet sehat.

Salah satu jenis olahraga yang paling mudah membakar lemak adalah cardio. Salah satu bentuk dari kardio adalah berlari.

5-Amalkan Gaya Hidup Sihat


Membiasakan diri menjalani gaya hidup sehat merupakan rahsia menurunkan berat badan dengan cepat tanpa capek.Di bawah ini adalah beberapa gaya hidup sehat yang perlu kita amalkan secara istiqomah atau konsisten jika ingin menurunkan berat badan tanpa diet.

6- Tidur lebih awal 

Begadang atau sering terlambat tidur pada malam hari dapat menyebabkan kita sering merasa lapar di malam hari sehingga cenderung untuk mengkonsumsi cemilan atau memakan sesuatu. Ini adalah awal mula mengapa tubuh kita mudah menjadi gemuk.

Agar tidak sering merasa kelaparan di malam hari, ada baiknya kamu tidur lebih awal, misalnya 21.00 atau paling terlambat pukul 22.00. Selain bisa membuatmu bangun lebih awal, tidur lebih awal akan membantumu menjaga agar tubuh tetap sehat dan berat badan tidak bertambah.

Beberapa penelitian menunjukkan bahwa tidur nyenyak bisa membantu kita menekan rasa lapar. Sebaliknya, mereka yang tidur namun sering terbangun di malam hari lebih cenderung mudah stres dan makan berlebihan pada saat sarapan.

Jadi, cobalah membiasakan diri untuk tidur nyenyak dengan mematikan gadget yang sering mengganggu atau dengan menonaktifkan notifikasi, serta menghindari berbagai gangguan lain.

7- Tidak mengambil junk food

Yang dikategorikan sebagai junk food adalah makanan yang tinggi kalori tapi rendah gizi. Beberapa diantaranya adalah makanan bertepung yang kaya karbohidrat namun tidak memiliki vitamin.

8- Tidak terlalu banyak duduk

Kurangnya aktivitas yang kita lakukan, menyebabkan metabolisme menurun dan lemak ditubuh pun tidak terbakar.

Jika kamu terlalu banyak duduk, entah itu menonton TV, duduk di kantor, mulailah membiasakan diri untuk setidaknya bergerak dan berjalan-jalan setiap 1 jam sekali. Entah itu untuk mengambil minuman, untuk melakukan sesuatu, atau untuk sekedar menggerakkan badanmu. Bahkan, dengan berdiri saja, kita bisa membakar lemak ditubuh.

9- Tidak Skip Sarapan

Tidak suka sarapan adalah salah satu penyebab mengapa berat badan naik. Karena pada siang hari biasanya kita akan sangat lapar sehingga makan terlalu banyak. Dampaknya tidak hanya menyebabkan kita mengantuk, namun lemak pun akan bertambah.

Jadi, membiasakan diri mengkonsumsi sarapan sehat di pagi hari akan membantu menurunkan berat badan dan menjaga berat badan tetap ideal


Tips di sunting dari Sini. Kredit.


Selain mengamalkan diet seimbang dan exercise (senaman), sangat peting untuk kita mengambil suplimen untuk menyokong tenaga yang optimum sepanjang proses menurunkan berat badan. 3 set cadangan Slim di Hari Raya tahun ini insyaALLAH dapat membantu anda merealisasikan impian anda untuk bergaya, ceria dan bahagia di hari raya.


CADANGAN SET SLIM RAYA



(A). Bajet



🌾Lecithin

Melarutkan lemak di dalam salur darah.

☘Herblax

Membersihkan usus. Usus yang bersih menjamin penyerapan nutrien dengan baik. Juga membuang toksin di dalam tubuh.



(B). Optimum



🌾Lecithin

Melarutkan lemak di dalam salur darah.

☘Herblax

Membersihkan usus. Usus yang bersih menjamin penyerapan nutrien dengan baik. Juga membuang toksin di dalam tubuh.

🏋🏻Cinch Shake

Protein shake yang membantu anda memelihara otot penting serta membuat anda sentiasa berasa kenyang dan puas semasa mengurangkan berat badan. Mengandungi 24g protein. Kandungan serat yang tinggi, 6 gram dalam setiap sajian. Memberi 35% atau lebih Nilai Harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting. Pilihan perisa Vanilla / Chocolate / Cafe Latte.


(C). Premium✅



🌾Lecithin

Melarutkan lemak di dalam salur darah.

☘Herblax

Membersihkan usus. Usus yang bersih menjamin penyerapan nutrien dengan baik. Juga membuang toksin di dalam tubuh.

🏋🏻Cinch Shake

Protein shake yang membantu anda memelihara otot penting serta membuat anda sentiasa berasa kenyang dan puas semasa mengurangkan berat badan. Mengandungi 24g protein. Kandungan serat yang tinggi, 6 gram dalam setiap sajian. Memberi 35% atau lebih Nilai Harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting. Pilihan perisa Vanilla / Chocolate / Cafe Latte.

🐬Omega Guard

Minyak ikan Omega-3 tulen berkepekatan tinggi yang membantu mengurangkan lemak di sekitar organ penting di dalam tubuh (visceral fat), mempercepatkan pembakaran lemak.


Nak cuba Kurus dengan semulajadi ? hubungi ena untuk tempahan dan konsultasi lanjut ye.

Your Beauty & Health Consultant ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia


DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.