Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Showing posts sorted by relevance for query testimoni Energizing soy protein. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query testimoni Energizing soy protein. Sort by date Show all posts

Friday, 19 June 2015

Testimoni Set Puasa Shaklee

17:31 0 Comments


Assalamualaikum

Salam sejahtera semua..salam Jumaat dan salam ramadhan hari kedua;) 

ena terpanggil untuk share koleksi testimoni mereka yang telah merasai shaklee effect atau keberkesanan dari cadangan set shaklee puasa ni.

untuk pengetahuan semua, dalam cadangan ini, terdapat 3 product (ada yang pangil set ni, 3 product ni sebagai  Mighty 3 GEM):

  • PERFORMANCE DRINK
  • ENERGIZING SOY PROTEIN
  • MEAL SHAKES

3 item dalam Set Shaklee Puasa.
 KLIK SINI untuk membaca pengalaman ena berpuasa penuh ketika hamil dan menyusukan anak bersama set power ini.



ok jom kita lihat testimoni dari mereka yang pon mencuba set ini.



*************************

TESTIMONI 1
Anak-anak berpuasa




Assalamualaikum.. Malam ni nak share 1 testimoni sendiri mengenai Performance Drinks.. Alhamdulillah.. Sejak seminggu lebih mengambil PD sebagai minuman wajib keluarga sewaktu berbuka & sahur, anak saya langsung takde ngadu lapar atau dahaga sepanjang berpuasa..

Saya sebagai ibu agak risau juga kerana ini adalah tahun pertama anak bersekolah pagi (agama) & ptg (kebangsaan).. Dgn keadaan cuaca sekarang yg mmg panas.. Budak2 terutamanya yg mula2 akan rasa lesu & letih..

Tp, dengan Performance Drink Shaklee.. Alhamdulillah, tiada lagi rasa lesu @ letih dlm diri anak saya.. Malah die teramat sukakan rasa oren PD Shaklee... TQ shaklee.. Mmg produk terbaikk!!!



***************************
TESTIMONI 2
Ibu Menyusu Berpuasa Bertenaga Melakukan kerja Rumah





PERFORMANCE DRINK..
saya suka performance drink.. membantu saya kekal bertenaga sampai mlm... sekarang saya tengah marathon ganti puasa..performance drink sangat membantu.

walaupun puasa, fully breastfeeding, balik kerja saya tetap kuat untuk masak berbuka, sidai baju, kemas rumah, mandikan anak, siapkan assignment, steril botol susu...memang bertenaga...kawan2 siapa yg cepat penat tu bole try. best sangat..rase oren.. rugi tak cube. nak2 dah nak masuk ramadhan ni.....

**********************
TESTIMONI 3
Lama Dah Tak Berpuasa Sunat





Puan Zakiah mengakui setelah lama tak puasa, biasa bila petang dah 'lembik lutut' ( letih). Tapi kali ini beliau siap boleh naik turun tangga aras 3, bertenaga sekali.

Rahsianya, beliau bersahur dengan Meal Shakes, Performance Drink, Energizing Soy Protein (ESP), Kurma dan madu. 


**********************
TESTIMONI 4
Puasa tanpa Rasa Haus







Puan Jamie tengah ganti puasa dengan Meal Shakes, Performance Drink, Energizing Soy Protein (ESP), Cinch Shake Mix dan 7 biji kurma.

Kesan yang dirasai beliau pada hari keempat sangat AWESOME jika dibandingkan dengan tahun lepas. Beliau sangat berpuas hati dan rasa kurang haus  serta bertenaga je  bekerja di ofis.

**********************

TESTIMONI 5
Perahan Susu Ibu Ketika Berpuasa Banyak!




Puan Fahidayu breastfeed / menyusukan anak sepenuhnya. Masa ni permintaan susu sangat tinggi kerana anak masih kecil iaitu berumur 1 tahun 

Semasa sahur beliau mengambil Meal Shakes, Performance Drink, Energizing Soy Protein (ESP), Kurma dan susu.


Kesannya, rasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari walaupun beliau bekerja di luar iaitu menjaga bazar di masjid india dan kawasan bukit bintang!


Alhamdulillah , asbab set shaklee puasa ni, perahan stok susu untuk anaknya juga maintain 10-12oz LEBIH sehari.


**********************

TESTIMONI 6

Ibu Menyusu Berpuasa Bertenaga hingga jam 7 petang!
(Pengakuan dari suaminya;)



Pengakuan dari Firdaus Azizi berkenaan puasa isterinya , kisah tahun lepas di mana isterinya yang sedang menyusukan anak kedua hanya bertahan puasa sehingga jam 4 petang je. Pernah sekali beliau balik kerja dan mendapati isteri terbaring atas lantai di depan pintu!

9 hari tinggal puasa sebab tak larat sangat. So tahun ni kene lah ganti 9 hari tu.

Tahun ni isteri beliau mengamalkan shaklee iaitu bersahur dengan Meal Shakes, Performance Drink, Energizing Soy Protein (ESP) dan Kurma.hari pertama ganti puasa terkejut kerana jam 7 isteri beliau MASIH BERTENAGA walaupun terpaksa melayan anak2 bermain di ketika panas terik!

Beliau  berterima kasih pada shaklee kerana alhmdulillah asbab shaklee, isterinya bertenaga dari sahur hingga berbuka.



**********************

TESTIMONI 7

Ibu Hamil dan Menyusu Berpuasa di Negara yang waktu siangnya lebih panjang!




Puan Balkhis sedang hamil dan menyusukan anak kedua pada masa yang sama. Ramadhan di tempat beliau berpuasa waktu siang lebih panjang iaitu subuh 4 pagi, dan maghrib jam 9.30 malam!

Asbab mengambil set puasa shaklee, Alhamdulillah beliau dapat PUASA PENUH, kurang dehydrated dan masih boleh teruskan penyusuan.


**********************

TESTIMONI 8

 Tiada lagi Penat Ketika Berpuasa




Happy Customer. Katanya dah 3 hari puasanya flat je, nak terawikh pon tak larat tetapi sejak amalkan  Performance Drink semasa sahur, dah tak rasa penat, boleh masak untuk berbuka dan boleh solat terawikh sampai HABIS.

**********************

TESTIMONI 9

 Hamil 7 bulan Berpuasa dengan Bertenaga



Conversation dan suggestion untuk ibu hamil yang ingin berpuasa dengan penuh tenaga sepanjang bulan puasa ----->  dah tentu Mighty 3 Gem menjadi pilihan:

Meal Shakes, Performance Drink, dan Energizing Soy Protein (ESP)


**********************

TESTIMONI 10

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni...





Rakaman video eksklusif  pengakuan ibu ber anak 4 . Anak keempat beliau hamil dengan mengambil set hamil shaklee, puasa pon cergas!

**end of testimoni**


Macam mana?

mereka dah pon mencuba dan TERBUKTI mereka BERTENAGA sekali ketika menjalani ibadah puasa. 



anda pon mahu mencuba?



YA ENA, SAYA NAK CUBA SET SHAKLEE PUASA NI SEKARANG JUGA!






Your Beauty & Health Consultant:


+6 013 357 3153

Tuesday, 8 September 2015

Rahsia Wajah Cantik Berseri, Licin Bersinar!

22:58 0 Comments






Assalamualaikum


Teruja sangat ena nak share satu testimoni Energizing Soy Protein yang terbaaru dan super best dari Puan Nurulhidayatul ni.


Cuba lihat perbezaan wajah beliau di atas....memang kagum dengan transformasi beliau kan.. Very awesome shaklee effect! 


ok jom kita ikuti apa pengakuan beliau!


*****


Saya start try shaklee selepas 2 tahun buat research. Sebab dulu saya anti shaklee. hehe
macam2 google nak cari supplement untuk kulit muka yang agak teruk. July 2015 saya start beli shaklee.



Saya google dan baca testimoni2 set kulit bermasalah. Akhirnya saya beli Energizing Soy Protein (ESP) +ALFALFA+ SUSTAIN RELEASED VITA C+B COMPLEX.


4 ni saya cuba 6 bulan secara konsisten. Air 5liter sehari. Kebetulan masa tu memag berat badan saya hampir 98kg!

6 bulan konsisten,alhamdulillah mamang puas hati.


jerawat makin kecut.
parut2 lama makin pudar.

yg paling bonus 》》 kurus & period yang sangat2 tak teratur,menjadi teratur.


Bayangkan pernah lebih 5bulan tak datang period.
kalau datang pun hasil makan ubat dr klinik. last2 saya cuba makan supplement.


Alhamdulillah dah 2tahun saya ambil energizing soy protein.


Masa berpantang keguguran bulan lepas, saya amalkan energizing soy protein sebagai sarapan.


alhamdulillah.


cergas macam orang tak berpantang .



****** 

Jika anda juga turut teruja macam ena, dan teringin nak cuba energizing soy protein,


Hubungi ena secepat mungkin dan GRAB PROMOSI HEBAT bulan ni. 


013 357 3153

Saturday, 21 May 2016

Cadangan Suplimen Untuk Berpuasa Dengan Bertenaga

16:15 0 Comments




Cadangan Suplimen Untuk Berpuasa Dengan Bertenaga | Assalamualaikum. Tak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan al Mubarak, fokus kita adalah untuk menunaikan ibadah puasa denga sempurna tanpa mengabaikan kerja seharan kita. Jadi, ena ingin perkenalkan beberapa cadangan set berpuasa Shaklee yang ena sendiri amalkan dan menikmati qualiti puasa yang bertambah baik, dari segi tenaga. Sebabnya walaupun hamil dan meyusukan bayi di sampiang membuat kerja2 rumah dan bisnes, ena mampu berpuasa penuh sebulan di bulan rmadhan. Bukan apa, tak kira lah kita sebagai ibu, bapa, seorang pekerja mahupon pelajar, jika dapat puasa penuh di bulan Ramadhan insyaALLAH dapat 'collect' pahala semaksimum yang mungkin ( dengan izin Allah). Nak tak macam tu ;) mesti lah nak kan. Terutama ibu ibu yang menyusukan dan hamil, kadang2 tak sempat pon nak ganti puasa.


Apa kata mereka yang dah menggunakan set berpuasa Shaklee?








Ok, bawah ni senarai set cadangan suplimen yang boleh di ambil sepanjang berpuasa. Selamat mencuba ye ^_^

(A). Bajet


🌾 Energizing Soy Protein (ESP)

Sumber protein soya yang tidak diubah genetiknya, membekalkan tenaga dan mengekalkan rasa kenyang lebih lama kerana mempunyai Indeks Glisemik rendah. Berperisa vanilla.



(B). Popular



🚴🏻Performance Drink

Minuman isotonik tidak bergas, terbukti secara klinikal menghidrat lebih baik daripada air. Mempunyai lebih elektrolit berbanding minuman isotonik terkemuka. Membuatkan anda tidak mudah dahaga. Berperisa oren.

🌾Energizing Soy Protein (ESP)

Sumber protein soya yang tidak diubah genetiknya, membekalkan tenaga dan mengekalkan rasa kenyang lebih lama kerana mempunyai Indeks Glisemik rendah. Berperisa vanilla.



(C). Optimum✅



🍦Meal Shakes

Sumber multivitamin terbaik. Apabila berpuasa, badan kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi. Sementara detoksifikasi itu berlaku, Meal Shakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi. Berperisa French Vanilla.


🚴🏻Performance Drink

Minuman isotonik tidak bergas, terbukti secara klinikal menghidrat lebih baik daripada air. Mempunyai lebih elektrolit berbanding minuman isotonik terkemuka. Membuatkan anda tidak mudah dahaga. Berperisa oren.


🌾 Energizing Soy Protein (ESP)

Sumber protein soya yang tidak diubah genetiknya, membekalkan tenaga dan mengekalkan rasa kenyang lebih lama kerana mempunyai Indeks Glisemik rendah. Berperisa vanilla.

Ena highly recommend set optimum untuk mendapat tenaga yang optimum juga sepanjang berpuasa.

Nak Cuba berpuasa dengan bertenaga bersama Set Puasa Shaklee?



YA ENA, SAYA NAK CUBA SET SHAKLEE PUASA NI SEKARANG JUGA! bagaimana cara nak order?






Your Beauty & Health Consultant:


+6 013 357 3153





Monday, 13 October 2014

Kanser Usus Semakin Pulih dengan Energizing Soy Protein (ESP)

08:53 0 Comments

Bismillah, Assalamualaikum sahabat syurga ena
apa khabar?









Hari ni ena nak share testimoni yang benar2 terkesan di hati ena..sharing dari salah seorang rakan niaga ena di secret group kami iaitu Puan Dian Soffrena.bagaimana ibu beliau semakin pulih dari kanser usus dengan pengambilan Energizing Soy Protein . jom kita ikut apa kata beliau:




sharing dari Puan Soffrena:

sejak tahun lepas, mak saya memang amalkan minum ESP utk bekfes. kalo sebelum sakit dulu, pagi2 mesti pekena nescafe. br segar katanya. tp sejak sakit tahun lepas, saya bagi ESP. katanya kenyang & bertenaga. almaklum, mak sakit kanser usus, lepas operation kena 8 kali kimoterapi

so paham2 jer la kalo kimo tu..side effect teruk. badan lemah, berat badan pon susut, rambut a bit gugur, kulit pon kering, pas tu kena lak bedsore. yelah antibodi dah lemah. mak dok ulang alik hospital selama 8 bulan. pas operation dok spital selama sebulan. pernah masuk ICU. pernah jahitan operation terbukak 2 kali.


lepas dah abih cycle kimo saya mula bagi minum ESP utk bekfes dia. pas abih setin saya nampak kesan pd mak. kulit mak makin moist, berat pon dah kembali ideal (masa sakit turun 20kg), bekas2 bedsore pon hilang. rambut mula tumbuh. kuku dah dah cantik (kalo masa kimo, kuku jadi lebam). kesan jahitan dah mula ok. kurang parut. kira mak dah ok la ni. yg best


saya tgk mak makin berseri & cantik kalo compare masa dia sakit. siapa yg x luluh hati bila tgk mak sakit. ramai sedara mara & kawan2 mak yg x percaya tgk keadaan mak sekarang. saya bg vitamin A & vit C juga.


apa pon saya cuma berusaha & ikhtiar. Allah s.w.t juga yg berkuasa ke atas hambanya. harga or duit bukan soalnya. yg penting mak.












Alhamdulillah teruja sungguh ena baca feedback kesan ESP pada ibu Puan Dian. Benarlah kata beliau, kesihatan dan kegembiraaa ibu yang bermakna manakala duit dan duit bukan soalnya

Bulan October 2014 ini merupaka bulan promosi Energizing Soy Preotein di mana anda berpeluang mendapatkannya dengan harga yang super jimat berbanding harga bukan promo.

Klik  pada gambar untuk mencuba ESP dan pihak kami akan terus hantar ke depan pintu rumah anda;) 


anda juga boleh dapatkan READY STOK Energizing Soy Protein dengan KLIK pada gambar di bawah: 








Your Shaklee Independent Distributor,

ID: 960982
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com
COD area: BB Bangi dan sekitar

Thursday, 10 March 2016

Kulit Cantik, Body Maintain. Perfect Dah Tu !

13:23 0 Comments
Pengalaman dengan Shaklee dan ESP.
==============================

Saya pernah dengar jenama Shaklee sebelum tahun 2000 lagi masa pergi rumah abg sulong di ipoh. Masa tu x tau pun Shaklee tu produk MLM. Yang saya tau tu produknya vitamin. Sampailah ketika saya menyusu anak ke 3 pada tahun 2009, susu saya x memberangsangkan. Tambahan lagi saya perasan badan x berapa sihat. Saya pitam dalam komuter. Beberapa kali nak pitam sedang berjalan pergi dan balik kerja.



Risau takut sakit ke apa saya pergi klinik utk pemeriksaan. Doktor kata ok tak ada masalah tapi saya tau badan saya x ok. Sedang mengepam berjemaah dalam surau, kami sembang2 sampailah ke cerita susu. Kawan saya makan supplemen beli online. Dia pun bagi saya alfalfa 10 bj. Dia bagi website sekali dan saya pun surf. Saya email nak beli alfalfa tapi dia call promote macam2 sampai saya terbeli sehingga RM500. BAYANGKAN asalnya nak beli RM50 jadi RM500. Saya dapat free membership. Produk yang saya ambil masa tu termasuk ESP.



Alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik. Dalam masa 6 bulan consume berat badan saya turun 58 ke 51kg sampai ada org tegur samada saya sakit ke nampak badan susut. Saya rasa sebab badan well nourish so lemak pun x berkumpul. Biasa sangat org cakap lepas beranak ramai2 badan pun naik tapi teori tu X berlaku pada saya. ESP mmg saya x miss. Balik kerja sementara masak tu minum ESP dulu. Lepas siap masak, perut masih kenyang. Sudahnya saya x makan malam. Itu yang susut agaknya. So ESP ni sesuai utk yang nak diet x makan malam.



Saya hamil lagi anak ke 4 pada 2011. Kali ni memang anak Shaklee. ESP sangat membantu saya untuk kekal bertenaga. Bayangkan masa bulan puasa waktu sahur saya boleh telan ESP shake dengan kurma saja. Kenyang sampai waktu berbuka. Saya dah x minum susu An*um sejak ambil ESP. pengalaman saya anak sulong minum An*um dan En**mama sampai 7 tin, hampir setiap malam kaki saya cramp. Berbeza dengan ambil Shaklee. Kalau tak ambil ostematrix, sebelum tidur minum segelas ESP boleh elak cramp kaki jugak. Kawan saya pulak minum susu An*um tu dpt GDM. Ada gula tersembunyi dalam tu x boleh nak minum banyak rupanya.



Dalam pantang pun saya enjoy sebab cepat sihat. Dek kerana pantang sendiri jadi kenalah cepat2 sihat. Banyak minum ESP kalau waktu2 x sempat makan. Memang mengenyangkan. Berat badan pun cepat susut. Luka cepat sembuh. Kulit x kusam. Yang penting rasa sihat sangat. Anak ke 5 dan ke 6 pun masih berpantang dengan Shaklee jer. Puas hati dah.







Kalau nak maintain kulit gebu, ambil ESP 2-3 sudu utk 3 kali sehari. Protein penting utk penghasilan sel kulit baru. Sebulan perlukan 2 tin lebih kurang. Memang sesuai sangat laa amik promo buy 6 free 1 ni sebab tahan untuk 3 bulan jer. Kulit cantik, body maintain. Perfect dah tu.  ğŸ˜ŠğŸ˜Š



-Puan Fauziah Chilun-
Pelanggan Shaklee,
Peminat Energizing Soy Protein


Alhamdulillah seronok pula baca testimoni salah seorang customer kami. Suplimen Energizing Soy Protein ni jadi asbab je kepada kesihatan yang baik pada Pn Fauziah. Yang penting kita ikhtiar dan serah pada Allah yang memberi rezeki pada kita semua


Jika anda nak cuba Energizing Soy Protein atau mana mana suplimen shaklee, boleh hubungi Ena untuk konsultasi atau tempahan.


KLIK SINI untuk promosi terbaru khas untuk anda !


Your Health & Beauty Consultant
ENA MUSA
+6 013 357 3153






Wednesday, 30 September 2015

Rela Ikat Perut Untuk Beli Vivix, Doktor Pon Tak Percaya!

10:56 0 Comments



Testimoni Min :

 "..Saya kumpulkan semangat mengikat perut untuk beli dan mencuba Vivix...Doktor seperti tidak percaya kerana..."

January 19, 2015 at 9:00pm


Saya nak bagi testimoni shaklee.
======================


Cepatnya masa berlalu.


Tahun 2015 ni kira dah masuk 3 tahun lebih saya dah tak kerja sejak hujung tahun 2011 lagi.
Pada awalnya saya cuma ambil cuti tanpa gaji kerana kesihatan saya yang agak teruk masa tu. Tapi disebabkan keadaan saya belum stabil saya terpaksa berhenti kerja juga.


Saya telah disahkan oleh doktor pakar orthopedik, mengalami masalah tulang belakang PID (Prolapse Intervetebral Disc) a.k.a Slipped Disc kronik, di mana pada masa itu tapak kaki kiri saya mulai kurang deria rasa.


Saya hanya rasa macam ada sesuatu yang melekat di tapak kaki tetapi sebenarnya tiada apa2. Saya tak dapat rasa apa2 sewaktu kaki memijak clutch kereta.


Pinggang saya sudah semakin sangat sakit. Saya perlu bertahan. Saya teruskan juga pergi ke ofis.


Fikiran saya masa tu hanyalah pergi jumpa doktor yang berhampiran ofis tempat saya kerja, minta surat untuk refer ke doktor pakar orthopedik dan minta cuti tanpa gaji dari bos selama sebulan. Tak kira bos bagi atau tidak saya mesti cuti. Kalau tak bagi juga saya berhenti kerja.


Ya.. itu dah kira 4 tahun yang lepas.


Selama 2 tahun saya berjuang menahan sakit. Saya tak boleh jalan. Tak boleh baring. Tak boleh duduk lama2. Semua serba tak kene. Masa tu saya masih bujang. Mak, abah dan adik2 banyak membantu.



Ketika saya sedang berjuang menahan sakit, saya lebih banyak duduk di tikar sejadah. Lepas subuh terus dhuha. Tenang sangat masa tu. Walaupun setiap pergerakan saya sangat sukar dan sakit namun setiap kali berbual2 dengan Pemilik Sekalian Alam ini hati sentiasa tenang dan lapang. Seolah hilang segala kesakitan dan kesusahan.


Setelah lama saya sendirian, asbab sakit yang saya alami, Allah temukan jodoh saya dengan seorang lelaki yang sangat budiman. Itulah suami saya.


Ya.. betul janji Allah. Setiap kesulitan itu diiringi dengan kemudahan. Saya sakit, terlantar, Allah temukan jodoh yang bertahun2 saya cari dan tunggu. Alhamdulillah.. syukur ya Allah...
Asbab sakit dan jodoh pula..saya ditemukan dengan Shaklee. Ya Shaklee..



Satu jenama yang sudah lama juga saya cari sebab saya tahu jenama ini mempunyai produk yang baik. Mak banyak kali cerita tentang Shaklee. Mak kata mak pernah beli minyak ikan Shaklee untuk adik istimewa. Masa tu mungkin sekitar tahun 2007. Saya pun tak pasti. Saya masih bersekolah masa tu.


Ada perubahan yang memberangsangkan. Sebab tu saya cari semula jenama Shaklee. Kami sangkakan produk Shaklee ni dah tak ada lagi. Bila tahu ada lagi rasa gembira sangat.


Saya mula makan vitamin Shaklee semasa dalam pantang. Sebab nak tambah pengeluaran susu badan. Saya ambik Energizing Soy Protein (ESP) dan Alfalfa.


Baca: Testimoni Energizing Soy Protein (ESP)


Tetapi masa tu rasa macam tak menjadi. Namun saya teruskan juga. Lama kelamaan saya rasa susu saya semakin pekat. Walaupun tak banyak seperti orang lain tetapi anak saya tetap dapat menyusu. Dan semakin lama pengeluaran susu bertambah. Alhamdulillah. Syukur sangat.


Masa dalam pantang saya rasa sangat tak sihat. Mungkin kesan sakit tulang belakang saya. Manakala jari dan pergelangan tangan kiri saya pula kebas dan sangat sakit hingga tak boleh disentuh. Saya berasa sangat sukar untuk mengangkat dan menguruskan anak saya pada masa itu. Tiap kali nak mengangkat anak untuk disusukan saya akan mengalirkan air mata menahan kesakitan.


Dalam masa yang sama bila ada rezeki lebih saya akan beli lagi vitamin Shaklee. Sedikit demi sedikit saya tambah.


SR Vitamin C,
Vitalea,
B Complex,
Vitamin E,
GLA,
Zinc Complex,
Peppermint-Ginger,
Herb Lax,
Omegaguard,
Lecithin,
Garlic
Vivix

Maaf terlalu banyak pula


Bukan saya seorang yang makan. Ahli keluarga saya ikut makan juga. Sehinggalah pada suatu masa saya kumpulkan semangat mengikat perut untuk beli dan mencuba Vivix. Upline saya, saya biasa panggil beliau Kak Shareena cadangkan saya mencuba Vivix untuk masalah PID ini.


Baca : Testimoni Vivix


Alhamdulillah. Dapat juga beli masa promosi Vivix sebelum ni. Satu botol je mampu nak beli. Memang agak mahal. Tapi demi kesihatan dan anak saya, saya perlu ketepikan harga tu. Kesihatan lebih penting.


Seminggu selepas makan Vivix dan Omega (vitamin2 lain ada makan juga tapi saya utamakan Vivix dan Omega dulu), sakit dipergelangan tangan kiri mulai berkurang.


Baca: Omega Guard , Minyak Ikan Terbaik Di Dunia


Lama kelamaan selepas habis satu botol Vivix dalam tempoh sebulan saya tak perasan yang sebenarnya jari dan pergelangan tangan kiri saya telah pulih.


 Dan pada 15hb Januari 2015 doktor orthopedik telah sahkan jari dan pergelangan tangan kiri saya telah pulih sepenuhnya. 


Doktor seperti tidak percaya kerana saya tidak makan sebarang ubat tahan sakit ataupun membuat fisioterapi. Subhanallah. Alhamdulillah.


Kini sakit belakang, pinggang masih ada tetapi keadaan kesihatan saya sudah jauh beza dari dahulu.


Saya sudah boleh berjalan, sudah boleh buat kerja rumah lebih sedikit, lebih sihat dan cergas berbanding dahulu, kulit wajah saya lebih sihat dari sebelum ni.


Dulu kusam dan berjerawat. Masalah keputihan dah tiada. Masalah dalaman wanita dapat di atasi. Daya ingatan saya semakin baik.



Pendek kata Syukur Alhamdulillah kerana banyak masalah kesihatan saya menunjukkan perubahan yang ketara secara keseluruhannya.


Begitulah.. Satu langkah yang kecil dapat membantu ke arah satu perubahan yang besar. Bantu diri untuk bantu orang lain. InsyaAllah kita mampu mengubahnya.

credits.


****

Alhamdulillah,

Ena yang baca testimoni ni pon rasa tersentuh sangat. Badan kita ni nak pakai lama kan. So tak ada salah nya kita LABURkan sedikit wang untuk kesihatan badan sendiri dan keluarga. SIHAT ITU MAHAL!

******



 jangan malu segan hubungi ENA untuk sebarang info/order tau


till then,

have a nice day !



013 357 3153
013 357 3153
013 357 3153



Thursday, 3 September 2015

4 Rahsia Mommies Bertenaga Sepanjang Hari!

19:33 0 Comments


Assalamualaikum 


Teruja sangat nak share Testimoni dari sahabat-sahabat ni . Yela, mommies sekarang kan selalu sangat 'kehabisan tenaga' ..sama je sama ada suri rumah atau pon mommies yang bekerjaya. betul ke betul?



Keletihan Melampau di kalangan ibu-ibu


Ena faham sangatla mommies memang cepat letih. terutama kalau hamil, tapi tak hamil pon sama juga kan..memang masa rehat sangat2 terhad untuk mommies.  tidur siang? kirim salam je...tengok TV? tak sempat nak terlintas di fikiran nk on tv pon..heheh


Ena bekerja dari rumah sambil menjaga dan mendidik anak solehah ena yang nak masuk dua dah ni, memang terasa dah masa makin mencemburui ena;)


Mujur ada Energizing Soy Protein. Kalau ter 'missed' minum waktu sarapan lain sungguh rasanya sepanjang hari. ni antara feveret drink ena , alhamdulillah dapat puasa penuh tahun ni walaupun hamil 3rd trimester!


Baca: Pengalaman ena Hamil Bertenaga dan Berpuasa penuh di Bulan Ramadhan


tak percaya?



Ok jom lihat apa kata mereka berkenaan energy drink ni;) Mereka dah CUBA sendiri tau, Bukan ena je yang kata ye..


tak sungguh, orang tak kata ;)






*****





Nor Huda Mazan:

 ESP bantu saya ganti puasa SEBULAN
Percaya tak?

Saya bersalin anak pertama beberapa hari sebelum bulan Ramadhan. Jadi memang saya kena ganti puasa sebulan. Saya tah tahu betapa lainnya rasa bila berpuasa sambil breastfeeding. Sebab tu Allah beri keringanan berpuasa bagi ibu yg menyusukan anak dan yg mengandung.


Saya sangat tak larat. Serius. Sahur saya ambil macam-macam tapi end up by tengahari saya dah terbaring atas katil. Sangat-sangat tak larat. Seterusnya tak dapat meneruskan berpuasa. Kalau dapat pun, lepas maghrib memang saya akan ‘pengsan’.


Tergerak hati untuk cuba Energizing Soy Protein. Alhamdulillah hasilnya memang sangat amazing. Saya sangat tak sangka. Saya sangat bertenaga puasa. Bahkan sampai dah waktu petang tu saya masih mampu menyental bilik air smile emoticon. Saya pun rasa teruja.


Alhamdulillah Berjaya qada’ puasa Ramadhan sebulan tu. Semoga ESP dapat membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah seperti saya juga.




*****







Siti Nor Kamilah

Kisah cinta saya dan ESP.

First time cuba ESP, lepas saya balik kerja. Biasanya time tu memang letih sangat2.


 Rasa macam nak tidur je. Tapi mana boleh kan? Sape nak masak, sape nak buat semua kerja rumah kalau bukan saya.


Bila dah ambil ESP tu, rasa hilang letih tu, macam bateri yang baru dicas hehe. Wow bestnya.


Rupanya memang betul ESP boleh bagi tenaga macam yang saya pernah baca sebelum ni. Lepas tu memang saya terus ambil ESP bila rasa letih. Alhamdulillah ia banyak membantu saya.



***** 



Ida Ifaz Berpuasa di Hospital.
=============

8 Julai 2014. Bulan Ramadhan.

Anak pertama saya dimasukkan ke Hospital kerana keracunan makanan. Saya terpaksa tinggalkan 3 lagi anak lelaki termasuk seorang anak umur 10 bulan yang masih menyusu dgn mak mertua (rumah berdekatan hospital).



Sambil menjaga si abang yg muntah-muntah, saya perlu berulang-alik ke rumah mak mertua kerana menyusukan si kecil.



Memang penat dan memerlukan tenaga extra lagi-lagi berpuasa dan menyusu. Exhausted tahap tinggi, longlai setiap kali balik ke rumah.



Alhamdulillah, bersahur dengan ESP dan PD sangat membantu kekalkan tenaga dan susu saya di ketika genting ini. Luv Shaklee!



*****








Hana Hit Mohigil :

IKHLAS....SAYA JATUH CINTA DENGAN ESP SHAKLEE.

Menjadi suri rumah dan ibu berkerjaya sangat mencabar.Apatah lagi diberkati dengan menguruskan "anak syurga" yg perlu dibantu 100%.Berkerja di siang hari yg kadang2 memerlukan kekuatan fizikal dan mental sememangnya sangat mencabar "seorang ibu+seorang wanita".


ofis hour dan kadang2 24jam.Di rumah pula sebagai seorang isteri&ibu pasti tak terlepas dengan tanggungjawab kerja2 rumah dan menguruskan anak2.


Jadi suka saya berkongsi di sini bahawa ESP SUPERB telah berjaya membantu menambah lebih energy kepada saya.Rasa sedap atau tidak yg penting kesan selepas mengambil adalah saya lebih bertenaga dan ceria ditempat kerja mahu pon di rumah.


Bukan itu sahaja malahan masalah mata saya pon telah baik tanpa bergantung pada bekalan ubat hospital atau klinik.



EXTRA BONUS? YA SAYA DAPAT.Buktinya sesibuk mana pon tugasan sebelum ini dengan energy yg ada sekarang saya masih mampu juga untuk berkecimpung dlm bisness shaklee seterusnya menambah duit poket setiap bulan.




*****



Seronok kan dengar kisah mereka.


Anda juga sedang mencari2 ENERGY BOOSTER untuk bantu anda menjalankan tugasan harian dengan baik?


KLIK SINI untuk harga ENERGIZING SOY PROTIEN SUPER JIMAT, MURAH dan BERBALOI WANG ANDA!


jangan segan silu untuk HUBUNGI ENA ye untuk pertanyaan atau tempahan,

nak bisnes pon boleh, pm je laju2


013 357 3153

Tuesday, 29 September 2015

Cara Putihkan Kulit Yang Hitam Akibat Suka Naik Motor

15:27 0 Comments

Assalamualaikum



Terbaca testimoni ni tadi, cute je rasa. Tapi memang betul, mereka yang suka naik motor ( dulu waktu di universiti ena pon ada motor juga, so memang faham sangat;) selalu mengalami warna kulit yang tak sekata antara tangan dan lengan. Tapi dulu tak kenal shaklee lagi, so buat tak tahu je la. Sekarang alhamdulillah dapat warna kulit tangan yang sekata malah lebih putih lagi!




Jom baca testimoni dari Han Tranung ni, seorang yang gemar menunggang motosikal;)







 I love riding!!!

Bila tangan hitam je,pulun minum ESP.....dalam 4-5 hari dah nampak kurang hitam tu,hahahaaa!!!best gila dengan Energizing Soy Protein!!!!



***

Syoknya, anda nak cuba Energizing Soy Protein tak?


Sementara PROMO masih berjalan ni, jangan malu segan hubungi ENA tau


till then,

have a nice day !



013 357 3153
013 357 3153
013 357 3153

Thursday, 18 June 2015

Ibu Hamil dan Menyusukan Anak Juga Boleh Puasa Penuh!

14:18 0 Comments

Assalamualaikum 
Bismillah..
masyaALLAH terujanya ena Ramadhan tahun ni.


Rindu sangat dah dengan ramadhan..walaupun terasa baru je ramadhan tahun lepas..hehe


Dah 3 tahun ena berjaya PUASA PENUH , 30 hari sebulan...alhmdulillah, nikmat yang Allah berikan dan kekuatan yang Allah pinjamkan pada ena padahal:


  • Tahun 2012- berpuasa dan hamil 7 bulan

  • Tahun 2013- berpuasa dan menyusukan aeisya 8 bulan

  • Tahun 2014- berpuasa dan menyusukan aeisya 20 bulan ( 1 tahun 8 bulan)

  • dan tahun ini , 2015, ena bakal berpuasa PENUH juga ( insyaALLAH..doa ni.hehe..tolong doakan sama ye..) - berpuasa dan hamil 6 bulan serta menyusukan aeisya 2 tahun 9 bulan!


Ena bersungguh-sungguh nekad nak berpuasa juga walaupun ada rukhsah ( kemudahan yang Allah kurniakan kepada orang tertentu yg dibolehkan berbuka puasa).. Suami dan keluarga tak yah cakap lah, selang sejam tanya ena ok ke..hihi.kalau tak ok, berbuka lah tak apa..alhmdulillah orang2 sekeliling yang sangat2 caring dan loving.hee.


Namun ena tak jadikan rukhsah itu satu alasan untuk ena tinggal puasa di bulan yg Mulia bulan Ramadhan. kerana bagi ena, puasa di bulan Ramadhan adalah SAMA SEKALI TIDAK SAMA dengan qadha' puasa di bulan2 lain..tak sama FEEL NYA.gittew...hee



"Kalau kamu tahu kelebihan Ramadhan nescaya kamu mahu sepanjang tahun adalah Ramadhan.." Maksud Hadith

tapiiiii tidak juga membahayakan diri dengan MEMAKSA DIRI untuk berpuasa padahal tidak mampu. kita kenal diri kita kan. masing2 kenal diri dan tahap kemampuan diri masing2. Allah tak suka orang2 yang zalim atau meletakkan sesuatu bukan di tempatnya..mudah cakap, orang yang suka membinasakan atau merosakkan diri sendiri.


'dan jangan kamu membunuh diri kamu (an -nissa' 4:29)
'dan jangan kamu mencampakkan diri ke dalam kebinasaan (al baqarah 2: 195)


Meh ena kongsikan tips bagaimana ena boleh puasa penuh lagi BERTENAGA semasa hamil dan menyusukan.. ( yela, time hamil dan menyusukan anak, takde datang bulan kan..kalau yang datang bulan tu...ABC- allah bagi cuti..so silalah 'bercuti' dari berpuasa ye;)



Tips Berpuasa Untuk Ibu Hamil dan Menyusukan Anak


Mindset



Ketika Hamil dan menyusukan anak, ena memang TAK PERNAH  PUASA pada bulan2 sebelum Ramadhan iaitu Rejab dan Syaaban. pernah dengar kan, tips utk berpuasa Ramadhan ialah melatih diri berpuasa pada bulan rejab dan syaaban dulu. Maklumlah ena tak tinggal puasa kan, tu yang liat sikit nak puasa tu ( ni tak bagus ni..sila jangan tiru..boleh je nak puasa sunat kannn..)


tapi ena katakan pada diri, insyaALLAH ena KUAT dan boleh berpuasa seperti orang2 lain malah lebih BERTENAGA lagi ketika Ramadhan. Ena tak pernah meragui kekuatan yang Allah kurniakan pada diri ena dan setiap wanita. 

Kata-kata positif ni sedikit sebanyak menyuntik semangat dan KEKUATAN luar biasa dalam diri ena. dan memang benar , APA YANG KITA FIKIR ITU LAH YANG KITA TARIK BERLAKU KEPADA KITA.


Jangan fikir penat atau lapar. bila terasa lapar ..ingat bali mereka yang diuji sepanjang tahun tidak mendapat makanan yang berkhasiat seprti orang2 di Somalia atau negara2 yang sedang berlaku peperangan. 


Banyak istirehat




Bukanlah bermakna selepas subuh, kita tidur je sehingga waktu magrib. Ena masih melakukan kerja2 rumah, masak, basuh baju, uruskan anak malah boleh bisnes lagi MENJANA INCOME dari rumah.


Banyakkan istirehat bermaksud, jangan PAKSA DIRI buat kerja2 yang memenatkan..contohnya bagi surirumah, aktiviti mengemas rumah, mengemop, mencuci toilet dan basuh baju boleh dilakukan pada waktu malam!  pandai2 la susun kerja2 seharian kita ye. Ingat, awak tu hamil/menyusukan anak dan sedang berpuasa;)


Tidur qailullah- tidur lah sekejap 30 minit sebelum zohor. tidur waktu ini dikatakan, 1 minit bersamaan 1 jam!..sunnah tau..dan antara khasiat qailullah ialah mudah untuk bangun bertahajud. cubalah!



Bagi yang bekerja pula, ena sarankan, gunakan waktu 'coffee break' untuk ke surau menunaikan solat dhuha ..insyaALLAH badan akan 'reenergize' semula. pada waktu lunch pula, selepas solat zohor, baring la kejap di surau..tidur sekejap, tak perlu lama..dalam 20 minit pon ok dah.


Sebelah petang pula, dalam jam 3 petang, pergi la toilet untuk mencuci muka. insyaALLAH anda akan terasa lebih segar. 


Pemilihan Nutrisi dan Pemakanan yang Baik dan Betul



Part ni paling kritikal sekali. Nutrisi yang betul dan berkhasiat memberi IMPAK BESAR kepada performance ibu hamil dan menyusukan anak ketika siang hari di bulan Ramadhan.


Ingat, jangan sesekali skip sahur ye.


“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).

“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


So tak mahu malas2, wajibkan diri bangun dinihari (waktu sahur) untuk mengamalkan dan menghidupkan sunnah sambil menyediakan badan kita dengan nutrisi yang baik dan lengkap untuk kesihatan anak dalam kandungan dan juga anak yang disusukan.


Waktu sahur, ambillah makanan yang memberi tenaga yang berpanjangan sehingga berbuka.



Pakar dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor, menyarankan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah


Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi. 


Makanan yang GI rendah ni sangat amatlah sesuai untuk mereka yang mengidap diabetes atau ibu hamil yang ada history ahli keluarga mengidap diabetes. so better prevent awal2.


Ena kongsikan suplimen penting yang wajib di ambil oleh setiap ibu hamil dan menyusukan anak di bulan Puasa.




Ena memilih suplimen Energizing Soy Protein sebagai sumber tenaga berpanjangan di bulan puasa. 




Siap ada kajian tau. PD terbukti mengekalkan kandungan elektrolit dalam badan di sepanjang hari berpuasa. 


Jangan terliur plak ye.. hehe..rasa oren sebenar, tanpa perisa, perasa dan pewarna tiruan!




Meal shakes merupakan suplimen yang tinggi fiber yang membantu ibu hamil dan menyusukan anak mnegekalkan tenaga di tahap optimum sepanjang berpuasa.



Bukan ena sorang je tau yang hamil dan menyusukan anak tapi KEKAL BERTENAGA ketika berpuasa. jom layan video ni. pengakuan ikhlas dari seorang pengamal suplimen shaklee ketika hamil.. ternyata kehamilan keempat beliau ni BERBEZA  dari 3 orang kakak abangnya.





KLIK SINI untuk lebih testimoni KEKAL BERTENAGA berpuasa di bulan Ramadhan

Hubungi ena untuk konsultasi pengambilan suplimen kekal BERTENAGA di bulan puasa.

till then ;)

Your Health and Beauty Consultant:
013 357 3153
013 357 3153
013 357 3153
013 357 3153
013 357 3153


Monday, 31 August 2015

Herbal Blend Pilihan Ibu-ibu dan Bayi Ruam dan Eczema

13:40 0 Comments


Assalamualaikum

.

HERBAL BLEND: cream multipurpose, adalah antara hot item di kalangan customer ena. kami sekeluarga memang guna ni..aeisya untuk eczema nya.memang banyakkkkkk sangat perubahan. to bah aeisya pon dah tegur aeiya dah kurang menggaru2;)

.

terbaru, anak buah ena yang masih dlm tempoh maknya berpantang..ada ruam2 kecil pada wajah dan lengan ..ruam susu+cuaca panas kat malaysia ni kan..sapuan nipisss je kat tempat ruam si comel anda..alhamdulillah comey lotey dah anak buah ku, dah la memang comey doh..hihi

.

TESTIMONI HERBAL BLEND- BAYI RUAM




Baby ada eczema, lepas sapu Herbal Blend,Eenergizing soy protein dan basic H,  kemerahan pada muka dah hilang.


Since saya masih breastfeeding, saya sendiri ambil Energizing Soy Protein, Vitamin C dan Alfalfa sebagai ikhtiar untuk baby sembuh dari ruam


***



Kulit anak mudah alahan. getah tepi lampin pakai buang pon boleh jadi punca kepada ruam kronik anak saya.

Dah bawa pergi klinik, krim yang doctor bagi tak berkesan.

Saya guna Herbal Blend, 2 hari je eczema kering!

chicken pox anak pon 3 hari je kering lepas guna herbal blend.

***





Sangat berbaloi beli Herbal blend..Eczema teruk, combine dengan Basic H


Krim ni sangat best, saya guna untuk anak saya yang ruam, memang marbeles!


ye, berkesan. Baby saya pakai sekali je pagi. hari ke 3 dah takde ruam. Magic Cream!


 Saya letak kat tumit kaki sebab pecah2. Saya consume Zinc Complex juga..tumit dah tak pecah, i like!

Customer saya guna untuk ruam susu abbynya, 2 hari je dah hilang dah;)


***



KOmbinasi Herbal Blend dan Chewable Vitamin C mengurangkan ruam kemerahan di wajah anak.

***


HErbal Blend, Vitamin E, Basic H dan Chewable Vita C mengurangkan eczema di telinga si comel Zahin.

.
 

ena pula, pakai sapu kat baby bump..maklumlah makyong tak mahu STRETCH MARK bertempek2 kat perut lepas bersalin nanti kannn;) so kita CEGAH awal2.. mak2 pon nak gojes mojes juga tau..tak gituuu?

.

so sape yang hamil tu..by 3rd trimester dah boleh sapu herbal blend kat tempat2 yang biasa 'diserang' stretch mark ni..biasa peha dan perut kan..dan juga lengan;)


.

ok jom lihat apa lagi bestnye herbal blend ni:

 



Melembutkan kulit kasar & tumit pecah

Menghilangkan Parut termasuk campak & chicken pox

Menyelesaikan masalah kulit gatal

Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam

Menghilangkan ruam pada bayi

Sebagai losyen kegunaan harian 



BESTNYE..ena, saya nak lah satu;)


bolehh, hubungi ena untuk penghantaran pantas! 


013 357 3153

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.