Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Showing posts with label Tips Parenting. Show all posts
Showing posts with label Tips Parenting. Show all posts

Wednesday, 6 November 2019

3 Tips Untuk Pastikan Anak Happy Sebelum Pergi Sekolah

09:13 0 Comments
3 Tips Untuk Pastikan Anak Happy Sebelum Pergi Sekolah | Morning korangggg

Mood bahagia dan terlebih kasih sayang harini😂hehe  Alhamdulillah 

Tadi dalam kereta on the way ke school Alhamdulillah mood kaklong happy. Terlebih oxytocin barangkali😄

Ini yang kekna buat:

1- Sebelum kejut anak tidur,  minta dengan Allah supaya bagi anak rasa seronok bangun pagi. 

Liat juga dia nak bangun mula-mula, tapi lepas tu boleh mandi tak nangis dan pakai baju sendiri. 

2- Dalam kereta pasang youtube bacaan asma ul husna dan sebut sama-sama  dengan Kaklong. Serius ceria sangat kami dua-dua tadi. 

Part ni best amat. Power kesan asma ul husna ni. Korang boleh google je kalau nak tahu,salah satu nye melembutkan hati. InsyaAllah nAk buat hari-hari mulai harini💪

3- Sampai sekolah, jemput anak keluar dari kereta (buka kan pintu dari luar) , cium tangan dia cium pipi cium dahi ( cium 5 tempat di muka) . Anak pon buat yang sama kat kita. Lepas tu hugs 5 minit sambil doakan (pastikan anak dengar doa tu) dan puji attitude (bukan puji fizikal dia tapi attitude). Puji je dulu walaupun dia belom buat lagi (yang baik).

Antara doa kekna tadi : Ya Allah jagakan anak solehahku ini, aku serahkan anakku di bawah jagaan Mu setiap masa.

Lepas tu kan Kaklong kata: ‘Mama, Allah kan ada selalu dengan kita semua,mama jangan risau’ ( sambil dia senyum buat hati kekna keluar bunga-bunga sakura😁





Aeinna Musa
Sentiasa Belajar Nak Jadi Ibu Terbaik di Mata Anak-Anak.

Friday, 2 August 2019

Tips Jadi Orang Yang Paling Bahagia

10:02 31 Comments





Tips Jadi Orang Yang Paling Bahagia | Assalamualaikum.

Nak jadi orang yang selalu bahagia dan menarik kejayaan kekayaan dan ketenangan dalam hidup, setiap pagi senaraikan list apa perkara yang kita suka buat, yang kita rasa happy. 

Itu akan buat kita vibrate at higher vibration di mana badan kita sendiri akan jadi tarikan kepada rezeki yang baik dan melimpah serta berkat.

Rezeki tu dah ada dah sekeliling kita, tinggal kita je nak ‘tarik’ datang pada kita dan bersedia untuk terima. Buang blockage.

So harini kita buat exercise. Caranya mudah amat. Ambil 1 kertas dan 1 pen, listkan apa perkara yang buat hati kita rasa happy teruja gembira.

Contoh nya peluk anak sambil cuit hidung dia , peluk mak sambil bisikkan pada mak,I LOVE U MAK, peluk pasangan lama-lama kuat-kuat, suap anak makan makanan feveret dorang, masak nasi ayam kegemaran suami dan anak-anak,  geletek anak sampai dia ketawa mengekek ngekek, siram pokok bunga sambil nyanyi lagu Cindai, bagi kucing makan sambil borak dan usap kepala dia, masak untuk mak mertua , kemas rumah deco-deco bersama eric, susun baju dan shawl ikut color etc

Anything, senaraikan saje. Buat setiap hari- setiap pagi selepas subuh lebih baik. Mulakan saje sekarang.

Kekna yakin, masa duk tulis tu pon kita tersenyum bahagia😊

Kita mula harini sama-sama ye. 

Boleh share di komen apa perkara yang buat korang happy?

Noor Aeinna Binti Musa,
Nak Jadi Ejen Kebahagiaan🤗

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.