Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Showing posts with label Tips Blogging. Show all posts
Showing posts with label Tips Blogging. Show all posts

Thursday, 5 October 2017

Tutorial: Cara Nak Elak Orang Copy Post/ Entry Kita

10:25 0 Comments


Tutorial: Cara Nak Elak Orang Copy Post/ Entry Kita



Cara Nak Elak Orang Copy Post/ Entry Kita





 Tutorial: Cara Nak Elak Orang Copy Post/ Entry Kita | Assalamualaikum sini kekna share tutorial untuk kita Elak Orang Copy Post/ Entry Kita. Senang sangat:


Klik LAYOUT di dashboard blogger > klik ADD A GADGET > klik HTML/JAVASCRIPT gadget > pastu copy je CODE di bawah dan paste di 'CONTENT' > jangan lupa klik SAVE!





script src='demo-to-prevent-copy-paste-on-blogger_files/googleapis.js'></script> <script type='text/javascript'> if (typeof document.onselectstart!="undefined" ) { document.onselectstart=new Function ("return false" ); } else { document.onmousedown=new Function ("return false" ); document.onmouseup=new Function ("return true" ); } </script>


Tadaa, siap!

uol yang dah cuba, cer komen sikit menjadi tak?





Saturday, 5 September 2015

64 Tips Blogger Hebat

08:13 7 Comments



Assalamualaikum,


ena nk kongsi 64 Tips Menjadi Seorang Blogger Hebat, ni ena ambil dari satu blog ni semasa blogwalking tadi.


jom kita lihat apa tipsnya:

  • Jika belum ada blog, daftar dulu PERCUMA dengan blogger. 5 Minit jer pasti siap.

  • Gunakan blogger sebagai platform. Nak guna Wordpress pun boleh, tapi kalau masih baru baik guna blogger jer... mudah dan mesra alam..

  • Beli nama domain (beli siap-siap baru blog korang nampak profesional)

  • Mana nak beli domain? Boleh beli dengan NETKL - Service diorang TERBAIK setakat ni lah... (kalau tak pandai boleh mintak tolong blogge-blogger otai...bayar RM10 jer.. diorang boleh bantu)..ena ada kongsi satu link beli DOMAIN MURAH, klik SINI ye.

  • Kalau korang tak nak beli domain pun tak dak masalah... ok jer... tapi URL korang ada "dot.blogspot"

  • Belajar selok belok blogspot (Search di Google - "tips Blogspot" bersepah panduan macam mana nak guna blogspot ni. Ena suka RUJUK SINI dan SINI  untuk tips blogging;)

  • Sebagai permulaan, post entry sekerap yang mungkin. Kalau bole setiap hari sehari.

  • Mulakan blog anda sekurang-kurangnya 8 - 10 entry.

  • Jangan tulis diari pendek. Tetapi tulis artikel macam mana karangan sekolah rendah dulu-dulu. (mesti korang masih ingat - ada pendahuluan > isi kandungan > penutup)

  • Buat satu page yang bernas dan ringkas tentang diri korang. (supaya pembaca kenal penulis yang hidup, bukannya robot) "About me"

  • Buat satu lagi page untuk pembaca hubungi "contact page" (sekurang-kurangnya email dan no fon)

  • Sebaiknya senaraikan entry post yang korang nak tulis. (Tajuk-tajuk supaya mudah korang mengarang)

  • Tulis untuk pembaca mudah membaca, bukan artikel yang syok sendiri dengan bahasa kiasan yang korang sendiri pening untuk tafsir kan.

  • "Content is not King" tetapi memberi faham itu paling penting.

  • Jangan meniru atau "copy and paste" blog orang lain.

  • Sertai mana-mana blog network atau forum. Dalam facebook banyak fanpage yang mempunyai ramai blogger-blogger berkumpul. Contohnya DENAIHATI NETWORK.

  • Tulis artikel "Power" dengan jiwa.roh.hati. (kerana pembaca akan membaca dengan hati juga)

  • Jangan mengkritik orang lain, kerana setiap kita punya kelebihan masing-masing.

  • Baca blog-blog berjaya sebanyak mana mungkin (memudahkan korang dapat idea)

  • Kemudian, pilih blog-blog hebat yang sesuai dengan cara penulisan korang sebagai mentor.

  • Jangan terlampau banyak gadget merapu di blog korang, terutama banner-banner iklan yang menyemakkan mata memandang.

  • Jemput orang lain untuk turut sama menjadi penulis di blog korang. Kalau boleh, bayar la setiap entry post yang diorang tulis. (Bukan senang untuk mengarang artikel)

  • Senaraikan 30 Blog Hebat yang sama niche dengan korang untuk komen, berhubung, dan jadi penulis jemputan.

  • Setiap hari, hantar komen korang ke setiap 30 blog hebat tersebut.

  • Baca blog mereka untuk dapatkan inspirasi. (baca betul-betul, bukannya skip dan terus komen)

  • Setiap artikel yang korang post mestilah sekurang-kurangnnya 300 hingga 350 patah perkataan. (Supaya google menganggap artikel anda berkualiti)

  • Gunaan RSS subscriptions. (bahasa mudahnya, PENTING supaya pembaca mendaftarkan email mereka untuk dapatkan kemaskini dari blog korang) Tak faham search google.

  • Untuk menambah ilmu, beli ebook atau download video youtube "Panduan Menulis Blog?"

  • Gunakan Google keyword tool. (sangat penting supaya artikel yang korang tulis bertepatan dengan kehendak pembaca - mesra SEO) - search google lagi kalau nak cara guna GOOGLE KEYWORD TOOL.

  • Gunakan juga "Google Analytics" (mudah korang nak semak jumla tepat pembaca yang berkunjung ke blog korang)

  • Semak dan baiki artikel korang sebelum "publish to public" (gunakan fungsi draft dalam dashboard blogspot)

  • Gunakan fungsi "Tags" untuk setiap entry post korang. Sekurang-kurangnya 3.

  • Dalami dan pelajari ilmu tentang asas (SEO - Search Engine Optimizer) Juga search dalam google banyak diterangkan.

  • Kalau ada benda percuma boleh lah tawarkan kepada pembaca yang paling banyak komen untuk membina jaringan dan bertinteraksi. (Nak mudah bagi duit kepada tukang komen paling banyak)

  • Set dalam minda, korang ada adalah Blogger Hebat. Kerana blogger hebat lain juga bermula dari bawah.

  • Berkawan dengan ramai blogger dan tanya tips dari mereka.

  • Sertai pertandingan atau segmen-segmen yang dianjurkan oleh blogger lain untuk membina brand blog korang.

  • Promosikan setiap artikel yang telah korang post di laman-laman sosial seperti facebook, tweeter, tumblr dan lain-lain.

  • Ping blog korang di busuk.org dan blogr.my

  • Minta pandangan pembaca tentang design dan kehendak pembaca. (Apa yang mereka mahu)

  • Jadikan menulis blog sebagai kerja sambilan di rumah. Ingat! Bukan sekadar menulis diari harian sahaja. Anggap menulis artikel itu adalah kerja dan hobi serentak.

  • Cuba jadikan pengunjung blog anda sebagai pembaca dengan cara berbicara melalui artikel yang ada tulis.

  • Cara saya tulis artikel mudah. Kalau nak ikut, bergantunglah. (Saya ada maklumat untuk dibuat artikel. Saya tulis pendahuluan, isi dan penutup. Kemudian saya tukar semua sekali dalam bentuk perbualan. Seolah-olah sedang bersembang minum kopi dengan anda semua. Simple kan?)

  • Submit blog url anda kepada "Search Engine seperti google, bing, yahoo, dan banyak lagi)

  • Tidak perlu sempurna dalam menulis artikel korang. Tetapi cuba jadikannya unik, bernilai dan membantu ramai orang diluar sana yang mencari maklumat.

  • Berkongsilah apa yang ada anda. apa yang anda tahu. Kerana ilmu yang dikurnia itu adalah untuk diamal dan dikongsikan bersama-sama.

  • Bina jenama anda sendiri.

  • Sebulan sekali backup blog anda. (anda fungsi backup di bahagian dashboard blogspot). Ia sangat penting sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini.

  • Fokus kepada menghasilkan artikel yang berkualiti. Jangan lagi fokus nak buat duit pada peringkat permulaan ini.

  • Lawati blog-blog lain dan letakkan link blog mereka dalam blog anda. Ia dipanggil backlink. Sekiranya anda jujur, insyaAllah mereka juga akan buat seperti anda. Nak mudah, sertai mana-mana segmen yang menawarkan backlink.

  • Jadi diri sendiri, dan seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang anda tulis. Ia etika dalam penulisan blog.

  • Motivasikan diri anda setiap hari untuk menulis blog melalui dalam diri sendiri. Maksudnya anda menulis bukan kerana faktor lain, tetapi disebabkan diri anda sendiri yang ingin menulis. Dalam islam, tulis dari diri yang paling dalam iaitu kerana Allah s.w.t.

  • Jujur dan jangan menipu.

  • Rajin.

  • Tetapkan blog anda dalam satu-satu niche sahaja. Kalau boleh fokus dengan satu tema. Contohnya kalau anda menulis tentang politik, jangan terlalu cerita benda lain. Kalau nak cerita pun kaitkan dengan politik balik.

  • Sentiasa mengikuti perkembangan semasa, apa yang pembaca inginkan.

  • Banyakkan membaca area nich blog anda.

  • Senaraikan siap-siap tajuk artikel yang akan anda tulis untuk satu bulan.

  • Dalam setiap tajuk tersebut, masukkan isi-isi penting yang anda ingin ceritakan.

  • Jadualkan tarikh dan waktu akan anda publish.

  • Buat satu vision board dan tampal di depan meja laptop.

  • Contoh vision board seorang blogger. Tulis jumlah artikel yang anda siapkan dalam tempoh 3 bulan pertama. Berapa jumlah pendapatan yang anda ingin hasilkan dalam tempoh setahun.

  • Banyakkan membaca kerana ia boleh meransang minda untuk menulis selain meningkatkan jumlah perbendaharaan perkataan.

  • Postifkan diri anda, ruangkan masa bersama diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan atau jiran tetangga. Banyakkan berdoa dan bersedekah.


waaahhh banyaknya tips..banyak lagi yang ena tak buat ni.. jom sama2 buat jom!

Semoga berjaya.

credit

Thursday, 20 August 2015

5 Tips Mudah Blogwalking

10:40 29 Comments
 Assalamualaikum

Ena nak kongsi 5 cara mudah blogwalking.


Blogwalking merupakan teknik yang BERKESAN untuk tambah traffic blog, tingkatkan follower mahupun untuk naikkan SEO.




Penting blogwalking ni terutama kepada pemilik -pemilik blogshop supaya blog kita berada di 10 carian utama di enjin2 carian internet seperti google etc.



Ok jom kita lihat apa tips2 nya.



#1- JOIN SEGMEN /GIVE AWAY



Tidak kisah la segmen blogwalking atau yg tidak berkaitan dengan blogwalking..kerana setiap blogger yang join segmen/GA memang digalakkan untuk singgah drop komen di blog2 peserta lain.



Biasa nya penganjur akan buat SENARAI PESERTA segmen/GA...haa..apa lagi, terjah la blog2 peserta dalam senarai ni.



Lagi bagus kalu kita rajin, kita lah jadi PENGANJUR segmen..galakkan blogger2 lain untuk join dengan cara share link entry segmen kita tu ketika blogwalking.



Contoh segmen yang ena join selepas raya baru2 ni, yang mana telah meningkatkan follower blog ena 



#2 - KLIK LINK BLOGGER DI BAHAGIAN KOMEN ENTRY



Singgah balas di blog blogger2 yang tinggalkan komen di blog kita.



Atau, semasa membaca entry di blog lain, lihat juga di bahagian komen dan klik link2 blogger yang dah tinggalkan komem fi entry yang sama.





Contoh komen2 yang ditinggalkan salah satu  entry blog ena


#3- PASANG WIDGET CHATBOX


Dari chatbox ni sama ada di blog kita atau blog orang lain, lihat juga blogger yang dah tinggalkan komen..boleh klik pada nama mereka dan singgah pula di blog2 mereka dan tinggalkan komen.



Untuk chat box di blog sendiri, JANGAN SOMBONG untuk singgah balas ke blog mereka balik...




Contoh chatbox di blog ena.ena akan buat singah balas di blog mereka balik



#4- KLIK PADA BLOGLIST


Cari bloglist  dan singgah di blog2 yang telah dilistkan oleh blogger.


Biasa ena akan singgah ke bloglist ena ni setiap 1-2 hari...dan ketika berada di blog mereka, ena akan cari bloglist mereka pula untuk ena singgah komen sambil meluaskan network; )





Contoh bloglist di blog ena....ena suka setkan supaya blog yang latest update akan berada di atas..so mudah untuk ena singgah blogwalking ke blog2 aktif.



# SENARAI BLOG DI READING LIST


Ada yang tak tahu mana nak cari senarai ni?

Klik je Dashboard/design  》 My Blogs


Nanti anda akan nampak senarai mcm kat bawah ni.


Ini ialah blog2 yang kita follow..so kita boleh tengok update mereka dari sini walaupum tak masukkan ke bloglist.


So apa lagi, klik la singgah;)

Jangan singgah je,WAJIB DROP KOMEN tau
.barulah google akan noticed kita;)




Contoh update dari blog2 yang ena follow



*****

Okie, itu saje tips blogwalking yang ena salu buat..alhmdulillah , selama 2 bulan lebih ni, peningkatan follower adalah lebih 100%..page view pon sama, meningkat berganda2..dari 2k kepada lebih 15k ..alhmdulillah.


Apa2 pon, berbalik pada diri kita..


Kene rajin dan KOMITED dalam menguruskan dan menghidupakan blog.


Kata guru blog ena, entry mesti 10 sehari...blogwalking 1000 sehari...im on my way.belom capai target lagi tapi ena percaya, blog2 femes skang dulu pon melalui fasa permulaan seperti ena juga

Gambateh!


Till then


Tq for reading..jemputla share jika anda rasa bermanfaat!



Your Certified Shaklee Product Consultant:
 Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap : http://KedaiVitaminBangiKajangPutrajaya.wasap.my atau http://Kekna.wasap.my
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia





Thursday, 30 July 2015

Tips Blogging- Apa Perlu Dibuat Sebelum Mula Berblog

11:19 3 Comments




Assalamualaikum..tips blogging ni ena 'ceduk' dari blog Guru Blog, Hasrul Hasan.


Susulan dari Cabaran 90 hari aktif kan blog yang ena lancarkan di group rahsia ena, mulai harini ena akan sama2 guide mereka dengan tips2 blogging untuk memudahkan mereka untuk membina blog yang kompetetif dan informatif.


Kebanyakkan mereka yang menyertai cabaran ini berstatus BARU BERMULA dalam dunia blogging. So support dari otai2 yang sudi singgah ke blog ena ni sangat la diperlukan. (later ena akan publish senarai nama blog2 yang menyertai cabaran ini)



'Sebelum anda membuat blog sendiri, anda kena tanya perkara-perkara berikut:

  1. Kenapa saya ingin ada blog sendiri?
  2. Apakah misi serta tujuan untuk saya mempunyai blog sendiri?
  3. Sampai bila saya mahu menulis blog?
  4. Adakah blog satu kerjaya buat saya atau hanya menulis blog untuk masa lapang?
  5. Apa yang ingin saya tulis atau sampaikan menerusi blog saya?
  6. Sejauh mana komitmen saya untuk menulis blog?
  7. Platform mana untuk saya tulis blog sendiri?
  8. Blog untuk bisnes atau personal?'
 -Harul Hassan-

 Baca lanjut di: Perkara penting sebelum buat BLOG SENDIRI


 haa... jawab dulu soalan2 yang 8 di atas.

insyaALLAH matlamat kita berblog akan lebih JELAS dan kita tidak mudah tersasar dari target sebenar;)

semoga bermanfaat!



Wednesday, 22 October 2014

Tips: Kegilaan 'Blogwalking'

03:51 0 Comments
Bismillah, Assalamualaikum sahabat syurga ena
Apa khabar?


Pernah dengar perkataan ini? BLOGWALKING - ena baru je reti berblog ni..baru sangat2.. kalau tengok blog ni ditubuhkan since tahun lepas..tapi masyaAllah tak ada hati langsung nak bukak apatah lagi updates blog. kalau tak percaya boleh la tengok history blog ni..hihi..

tapi,

Sejak akhir2 ini dah menjadi kegilaan plak singgah menyinggah ke blog lain selepas membuat sedikit kajian mengenai kepentingan blogwalking dan tips blogging di beberapa blog antaranya:

  1. Hafizrahim.com
  2. Hasrolhassan.com
  3. Hanifidrus.blogspot.com
Ini semua salah my mentor la Master Nadiah Suhaidi .. Dia yang memulakan segalanya..Dia yang bertanggungjawab mencetuskan 'kegilaan' ini. hihihi...dari blog yang hambar, bertukar jadi ceria dan informatif. Uniknya, ena belajar step by step bina blog sehinggalah cara nak naikkan ranking di carian google hanya melalui medium ONLINE iaitu wassap. 

Di malam yang hening ni, inilah antara blog2 yang telah berjaya di blogwaking kan. maaf bahasa baru agaknya ni.hihi

  1. Blogger terkenal redmummy.com
  2. Rahsia surah Al waqiah dari kakjah.com
  3. Cara pastikan post keluar di Newsfeed oleh firdausazizi.my
  4. Kenapa saya belajar blog dan pinggirkan Fb oleh firdausazizi.my
  5. kisah blogwalking cikgu ieta di blogieta.com
  6. segmen naikkan follower by wawaabbdulhadi.blogspot.com
  7. Otai Copy writer Aqif azizan dan nasihatniaga.com
  8. 'Buat Bisnes Online Tapi Belum Ada Blog Atau Website? Anda Dalam Bahaya!' ditulis oleh firdaus azizi.
  9. Suffian Salahuddin, Safuan Borhan, Raja Kamil
  10. kebakaran di kilang emas http://iskandarx.com/
  11. Doa pengampunan dosa sebelum tidur di blog otai Copy writing aqifazizan.com
  12. tips blogwalking http://diaryofmuhammad.com


Apa yang bestnya blogwalking ialah ILMU yang dicedok dari blog2 yang kita lawati. MasyaAllah benarlah zaman sekarang semua di hujung jadi. Lambakan ilmu2 akademik, resepi memasak, ilmu rumahtangga, ibubapaan, kesihatan, bisnes dan juga agama boleh ditimba hanya dengan menaip di carian2 seperti google. 


SERONOKKKK sangat..selain dapat ilmu, dapat ukhuwah juga!

Your Shaklee Independent Distributor,

ID: 960982
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com
COD area: BB Bangi dan sekitar

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.