Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Showing posts with label Tips Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Tips Bisnes. Show all posts

Tuesday, 3 October 2017

Kelas Blog dan SEO Percuma, Ungtunglah !

16:48 0 Comments


Kelas Blog dan SEO Percuma, Ungtunglah  !





Kelas Blog dan SEO Percuma, Ungtunglah  !

Sebenarnya hampir mustahil nak buat kelas yg penuh dgn PRAKTIKAL ni secara online
Memang berpeluh sampai hujung kuku la

Tapi demi tanggungjawab pada team , alhamdulillah berjaya dah buat kelas untuk sesi pertama tadi
Kejap lagi lepas tidokan adik Ecah kita sambung kelas & update blog serta blog hopping lagi 🦅🐝

Yahuuuu

Best sangat rasa bila berkongsi dan membizikan diri dengan aktiviti bisnes ni
Rasa produktif sgt!

Bila mengajar orang kan, terasa macama ada energy BARU menusuk2 masuk
Perasaan pon positif sangat rasa

Walaupun kekna duduk rumah je takdak jumpa sape2 takde colleague tapi biz partners dan customer cukup menghiburkan hatiku .takde masa nk layan perasaan nak murung nak meroyan bagai.

BangKamal pon akui katanya kekna jenis x membebel pon kat rumah macam orang salu cakap isteri/mak2 kan biasa membebel2 kan

Hihi
Sebenarnya tak dan wey nak membebel😆 banyak keroje nak buat . To do list sokmo caryy forward ja nih😜

Tell me bila waktu nk membebel nya😑hehe

 ish, bestnye bisnes dari rumah!

Part time je

team kekna lebih 90% mereka yang bekerja,


uitt, lagi masyuk ada 2 income tuuu



Aeinna Musa
0177172868
Direct Wassap : http://Kekna.wasap.my/ atau http://KedaivitaminBKP.wasap.my/
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Saturday, 23 September 2017

11 Tip Menggunakan Kad Perniagaan Dengan Berkesan & Berimpak Tinggi

11:10 0 Comments

11 Tip  Menggunakan Kad Perniagaan Dengan Berkesan & Berimpak Tinggi








Restock lagi tools bisnes kekna 😊

Eventho bisnes di alam ghaib eh, alam maya, bisnes card sgt penting tau

Kekadang g check up kt klinik kesihatan ke, tengah tunggu Uber ke, tengah tunggu turn nak pos barang customer ke, tengah dalam LRT/KTM ke, kat kenduri kawen sedare mare ke , join seminar /apa kelas2 parenting or bisnes ke

haaa masa tu lah hulur bisnes kad☺️

Profesional gitu kan. Especially bila dorang tanya 'keje apa sekarang?' 'keje katne?'

Apa lagi , ' This is My card' sambil tangan hulurkan biz kad & jangan lupa SENYUM ikhlas sampai langit ke 7 ye😉😉

Berilah bisnes kad dengan penuh rasa TERUJA & BANGGA ,jangan memalu kucing plak neh😅 wat malu kat kucing je😝

Walaupun kita belom ada wisma or ofis gah setinggi KLCC, walaupun kita usahawan yg berniaga dari rumah je😊

Tak kisah full time ka part time no time ka . Eh!

Key point nye teruja dan suka serta enjoy dengan kerja kita , orang berniaga ni semangat positive & excited dgn bisnes sendiri sangat penting tau

Bila kita bercakap dengan orang , kita boleh TRANSFER ENERGY tu kat prospek .

Pernah tak kita dengar orang explain produk dia dengan kita2 skali rasa excited TAK MENYABO NAK BELI😅

Contohnya cj wow shop tu kat tv tu . Fuhh terer dorang ngempen kennsss😍👍 boleh tiru cara dorang mengepochikan diri nya pon adui😁

Ok kekna share TIP camne nk guna/sebar bisnes kad supaya beri IMPAK pada bisnes dan pada prospek yg terima kad kita

1/ Tempah atau print pada kertas yang berkualiti tinggi dan guna kedua2 belah depan dan belakang kad

2/ Ada Logo perniagaan ,nampak profesional

3/ 'Be oustanding' contoh nya letak gambar kita sendiri sebagai owner atau doodle pon comel👍yang penting lain dari lain.

4/ Tema color bersesuaian dengan tema syarikat contoh kekna pilih hijau sbb tema color shaklee plus product kami berasaskan sumber semulajadi. Max 3 color kombinasi. Jangan banyak2 sangat combine color tau! Pening ai tengok nanti😝

5/ Sentiasa bawa bisnes card dalam handbag/purse/wallet/letak dalam dashboard kete , beri sikit pada suami/isteri,mak ayah & mertua simpankan. Nanti boleh dorang tolong distribute skali☺️

6/ Sentiasa beri minima 2 copy biz card pada prospek . (Kalau nk masuk dalam parcel yg diposkan pon sama gak ye,minima 2 copy)

Beritahu prospek supaya berikan satu lagi copy pada kawan atau saudara mara yang perlukan servis/product kita

7/ Bertukar Kad dengan usahawan lain (di event atau kelas2 marketing etc)

8/ Hubungi prospek pada keesokkan harinya , cadangan skrip:

“Hi Farah, saya Aeinna . Semalam kita ada jumpa di Event FB Ads Chapter Return di Shah Alam , jika Farah nak cuba suplimen shaklee untuk kesihatan & kecantikkan, saya boleh bagi diskaun 5% bulan ni sahaja, untuk Farah beserta freegift . Nak cuba ?”😃

Walau apa pon jawapan Farah, admit & simpan contact Farah untuk di follow up (keep in touch) berkala 😉

Kalau kekna lah, kekna Terharu kalau uol bagi ayat seperti ini. Nampak kt situ uol tak buang bisnes kad kekna😍, pastu siap dapat diskaun offer tertutup lagi,rasa exclusive sangat tau! 🤗

9/ Kepilkan skali biz card dengan pamplet /flyers product kita dan jangan lupa mention promo serta ada 'urgency' misalnya, PROMO SEPANJANG SEPT 2017 SAHAJA'

10/ Offer sesuatu sekiranya beliau rekemen kita pada seseorang yang perlu kan product/servis kita dan kita berjaya close deal dgn prospek tersebut

11/ Tolong jangan simpan je buat tukun😁 , bisnes kad untuk DIHABISKAN tau😉

#TAG kawan2 yang bisnes dan #SHARE supaya orang lain pon dapat ilmu skali

Follow & see first fb orang ini ------> Aeinna Musa untuk ilmu2 kesihatan , kecantikkan & bisnes 🤗

Baarokallahufiikum



thanx for reading

jumpa di next entry ye



Your Certified Shaklee Product Consultant:
Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap:
http://KedaiVitaminBangiKajangPutrajaya.wasap.my atau http://Kekna.wasap.my
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia






Friday, 22 September 2017

8 Sebab Kenapa Saay Pilih Bisnes Shaklee

09:19 0 Comments

8 SEBAB KENAPA SAYA PILIH BISNES SHAKLEE?


Sepanjang bisnes tak pernah kak ena kongsikan kenapa kak ena pilih shaklee bisnes ni kan. ok jom tengok apa kelebihan bisnes shaklee ni dari pandangan dan PENGALAMAN kak ena sendiri :


1. Syarikat yang sangat kukuh, 60 tahun di dunia dan lebih 25 tahun di Malaysia.


2. Tidak pernah gagal membayar bonus pada wakil jualan nya ( pengedar shaklee berdaftar). Selalu sangat nya ter awal 2 hari. hee


3. Sistem perniagaan yang Adil dan bukan sistem piramid atau head hunting semata2. Awak daftar lambat pon boleh je 'potong' ranking upline awak tau. Siapa BUAT dia DAPAT.


4. 3C yang sungguh mengujakan .

 CASH, CAR, CONVENTION.


Cash tu bonus bulanan mengikut pencapaian jualan masing2 (RM).

Car juga diberi dlm bentuk RM bukan kereta ye.

Convention ialah trip 5 bintang dalam dan luar negara.


5. HOME BASED bisnes. kekuatan team kak ena adalah bisnes shaklee secara online. insyaAlah segala tips marketing online, coaching, tips close sale, time management dan termasuklah produk knowledge juga dibuat secara online je. Mudah dan pantas serta EFISEN. Sangat2 sesuai untuk ibu ber anak 2 macam kak ena ni la kan�. transpot pon nan hado�


6. Sentiasa Selamat. of course sebab produk nya yang SELAMAT di ambil� Shaklee melaburkan lebih $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk, menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap tahun. fuhhh fuhh tu diaa�


dan yang penting shaklee hanya memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan produk nya


7. Bukti Saintifik & Klinikal. Sorry, shaklee bukan omong2 kosong. 100 laporan saintifik & Kajian Landmark 2007. Bukti klinikal ini boleh didapati dalam 100 laporan saintifik yang telah diterbitkan oleh Shaklee – ini adalah kajian semula setara dalam beberapa majalah utama.

Salah satu daripada ujian ini adalah Kajian Landmark pada tahun 2007, yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suplemen Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suplemen langsung. so, ada rasa tak nak makan suplimen shaklee sekarang gak? rasa nak telan stengah botol teruih kan..ngeh ngeh ngeh


8. Dr. Shaklee adalah pelopor Shaklee Corporation yang mengamalkan prinsip Living in Harmony with Nature®. Shaklee menjadi syarikat diiktiraf Climate Neutral™ yang pertama di dunia pada tahun 2000 kerana berjaya mengimbangi pelepasan karbon dalam setiap aktiviti kami bagi menjana impak sifar bersih terhadap alamsekitar – dan kami melakukannya sebelum ia dipraktikkan secara meluas.


jangan tak tahu , selain suplimen, shaklee pon ada produk pencuci dan shaklee adalah perintis produk pencuci rumah yang TIDAK beracun dan BIOROSOT.









Hubungi kami untuk info/order:


Your Certified Shaklee Product Consultant:
Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap:
http://KedaiVitaminBangiKajangPutrajaya.wasap.my atau http://Kekna.wasap.my
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia


Monday, 18 September 2017

Maestro Leader Meeting Penyuntik Semangat untuk Pecut September!

23:14 1 Comments
Maestro Leader Meeting | Alhamdulillah semalam selesai meeting untuk Bisnes Leader team kami iaitu Maestro


Seronok sangat yang penting mentor dah bakar kami sampai rentung dan remind balik segala ilmu basic 

Baru nampak jalan  lebih luas insyaALLAH lebih mudah nak memecut dan bantu lebih ramai efektif leader dalam OPE, team kekna sendiri

Siapa yang berhajat nak menjana income part time atau full time , meh kekna bantu .

yang penting skali MODAL diri sendiri

daoat rm1000-2000 untung bersih sebulan ok lah kan, sape nk bagi banyak tu 

ok mohler layan gambar gamabr kami ;)



Antara Leader yang hadir


Wakil OPE, Dayah Sprinter yang always semangat dan berdesup sales setiap bulan

ceria dan cantik dorang kan . kekna tumpang bangga!

tengok tu kekna, orang duk diskas, kita amek pekuang selfie hehe

master nad sedang dengar sharing, isu berbangkit dan cabaran dari salah seorang leader, Madam Farah seorang Pensyarah Universiti

Dayah sprinter sharing dan beri pendapat

antara hadiah yang kekna dapat, coklat Langkawi dari Master Nad dan Dayah Sprinter. 


Bergambar gaya sama dengan topi Maestro yang sangat cantik ni, cewah kekna kemain dia ootd sangat kau! haha





Jumpa lagi di next entry


Kekna Yang Happy dan Enjoy buat Bisnes dari rumah,

Your Certified Shaklee Product Consultant:
Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap:
http://KedaiVitaminBangiKajangPutrajaya.wasap.my atau http://Kekna.wasap.my
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Thursday, 27 August 2015

Mudahnya Bisnes Dari Rumah

16:52 2 Comments
Antara order harini, terima kasih wakil ena yang bersusah payah membantu ena dari awal penglibatan ena dalam shaklee bisnes ni.

Assalamualaikum


alhamdulillah hari yang sungguh bahagia..


mungkin sebab hari gaji, so order masuk pon bertalu2. hehe


alhmdulillah berjodoh dengan bisnes yang MUDAH ni, hanya beroperasi dari rumah..maa yang fleksibel dan yang penting , anak depan mata.


now anak tengah tidur tu..memang ena akui jika ank tak tidur memang kurang mudah la nk buat kerja2 di SOHO (small office home office) ni..tapi semua tu bergantung pada NEKAD dan KESUNGGUHAN kita


mana ada kerja mudah kat dunia ni. melainkan awak anak sultan atau perdana menteri..hihi..





ini lah barang nya yang dalam plastik atas tu;)..semua orang punya tu termasuk BEG MEMBERKIT TU (..kecuali meal shakes dan ostematrix tu stok untuk aeisya dan ena sendiri. 


makyong tak boleh hidup bila kehabisan stok ostematrix..hihi


MEMBERKIT BAG tu kepunyaan salah seorang student di IPTA di Selangor. Beliau merupakan regular customer ena, tapi kali ini beliau decide nak DAFTAR AHLI sebab ada offer FREE VITA LEA (multivitamin) yang berharga rm94, tahan 4 bulan tu!


untung kannnnn studen tu ;)






Anda edang tercari2 bisnes yang sesuai untuk dibuat secara PART TIME/FULL TIME di kala ekonomi gawat sekarang?


jawapannya ada di SINI. 


hubungi ENA sekarang juga


FAST ACTION
FAST RESULT!


013 357 3153

Wednesday, 6 May 2015

10 Tips Menjadi Usahawan Berjaya

08:58 0 Comments


Assalamualaikum WTB || Selawat dan salam pada Nabi Muhammad SAW

semoga pengunjung blog ena da family anda semua di bawah lindungan keberkatan Allah sentiasa.

Di bawah ini ialah 10 TIPS USAHAWAN yang Tn Bukhari kongsikan dalam Kelas Clorox Bisnesnya

Ena kongsikan di sini kerana ena rasa ia sangat2 bermanfaat. 

Kata beliau lagi, sebenarnya masalah kita bukan pada masalah luaran dan teknikal seperti cara buat ayat iklan, cara buat iklan Facebook, cara close sales dan sebagainya.

Semua teknik itu boleh dipelajari.

TAPI...

Semua teknik itu tidak akan berguna kalau 'dalaman' diri kita tak diperbaiki.

Secara tidak sedar kita dah SABOTAJ kejayaan kita atau DOWNGRED potensi diri sendiri.



Tapi... lebih kepada masalah diri sendiri.



1. Secara fitrahnya, kita takut dengan matlamat besar atau perkara baru yang kita tak pernah buat kerana kita mahu selamat.



Matlamat atau idea besar mencabar keselesaan dan 'kelangsungan' hidup.



2. Risiko sentiasa ada. SEDAR akan kewujudan risiko.


Berdamai dan terima kewujudan risiko.

Selagi kita tak boleh terima kewujudan risiko, secara tak sedar, kita cuba lari daripadanya.

Dan... secara tak sedar, kita lari dari kejayaan!



3. Motivasi turun naik. Takkan kita nak mengalah kerana itu.


Pagi makan pun, tengah hari dah lapar. Takkan kita nak kata "malas la nak makan, makan pun nanti lapar balik!"



4. Cara pilih tok guru mana nak ikut, ilmu mana nak belajar, kelas mana nak pergi: nilaikan ilmunya.


Jangan terpedaya dengan:
- hype
- janji manis
- testimoni
- status selebriti
- masuk surat khabar atau TV

Kita pergi kerana ilmu. Nilaikan ilmunya.



5. Cara pilih tok guru mana nak ikut, ilmu mana nak belajar, kelas mana nak pergi: pastikan kena dengan apa yang kita mahu capai.

Jangan kejar ilmu secara buta tuli.

Ya, ilmu itu bagus.

Tapi... ilmu tanpa amal ibarat... (boleh sambung sendiri).

Makan berpada-pada. Jangan sampai kembung atau sakit.

Telan ilmu juga berpada-pada. Jangan sampai lumpuh otak tidak boleh berfikir dan badan tak boleh bertindak.



6. FOKUS: buat satu perkara. Tetapkan apa mahu buat. Tetapkan indikator progres. Buat.




7. FOKUS: pilih satu 'one metric that matters' (OMTM). KLIK DI SINI untuk mengetahui maksud OMTM ni.

Ukur satu metrik ini sahaja. Metrik lain hanyalah sekadar penyumbang kepada metrik OMTM ini.



8. Cara pilih tok guru mana nak ikut, ilmu mana nak belajar, kelas mana nak pergi: pastikan selari dengan OMTM.



Kalau tiada kaitan dengan OMTM, abaikan!



9. Percaya kepada sistem. Pilih satu pelan. Pilih satu OMTM.



Buat!

Percaya kepada perjalanan ini.

Jangan:
- putus asa di tengah jalan
- mabuk dan lalai dengan perkara lain yang menyesatkan



10. TRACK perjalanan dengan indikator progres.


Supaya kita tahu kita di jalan yang betul.

Supaya kita tak patah balik bila dah dekat dengan destinasi hanya kerana kita sendiri tak tahu progres



 ikhlas berkongsi,


Thursday, 23 April 2015

Tips Panjangkan MASA Dalam Sehari

17:49 0 Comments
RAHSIA WAKTU LEBIH PANJANG dalam sehari.



Ini tips ena nk kongsi...sesuai utk mereka yg bekerja dr rumah yg sokmo tak menang tangan atau sesiapa saje yg rasa masanya sehari bukan 24jam tp 4 jam je..hehe.


actualy takdelah waktu dari 24 jam jadi 42jam sehari...tapi perasaan yg kita alami apabila masa seolah2 bergerak pelannn je.



Caranya mudah iaitu SOLAT DI AWAL WAKTU...seawal yg mungkin..menurut buku yg ena baca sebolehnya 10 minit sebelum azan ,kita dah siap2 ambil wudhu' , berpakaian solat dan tunggu masuk waktu di sejadah sambol berzikir / mengaji al quran.



Tapi bg yg tidak berkesempatan memadailah dengan BERGEGAS untuk menunaikam solat sebaik shj azan berkumandang.


Ena dah cuba tau
Dah cuba beberapa hari lately..alhmdulillah memang benar rezeki Allah bagi kita rasa waktu seolah bergerak slow sangat apabila kita tunaikan HAQ ALLAH di awal waktu..contoh harini..zuhor dan Asar ena solat awal waktu iaitu sebaik sahaja selepas azan ...dan selepas azan ena mengaji surah Al-Waqiah. 



Kesyukuran ena harini ialah aeisya kurang merenget dan aeisya tidur lama sangat , dari jam 1 tengah hari hingga jam 6 petang! biasa siang2 aeisya kan dah besar, dia tidur dalam 2-3 je sehari..harini rezeki ena, dia tidur sampai 5 jam! alhmdulillahh..



so, rentetan dari tu ( cewah bukan main macam tulis berita plak..haha) ena mampu update entry blog ( berjaya 3 entry juga lah termasuk entry di MENU- membership and business opportunity! ) dan 'tukar wajah' blog ena ni..banyak juga ena tukar2 di layout dan template blog..siap tukar background lagi..bosan sangat tengok blog dah bersawang lama sangat kan. Untuk pulihkan semangat supaya rajin blogging, ena tukar banyak juga feature dan 'rupa paras' blog ni..hihi





BEFORE: macam bosan je kan ada gambar2 product tersusun gini..hihi



AFTER: buat sendiri je..jenis kurang kretif tapi ok la kan.nampak sikit matang.ekeke




Perasaan tu tak dapat nak gambar..tapi banyak kerja boleh buat..hati jadi tenang, even anak merenget/ bisnes ada sikit2 cabaran dari customer mahupun rakan niaga, tapi hati rasa cool je ..


tah la...ena tak reti juga nk olah banyak2...baik anda cuba sendiri...hihi.
Selamat beramal.



Semoga kita semua di bawah lindungan yg Esa.
Ya allah jadikan diriku, ibu ayah,suamiku zuriat keturunanku, jiran tetangga dan seluruh saudara seislamku orang yang suka dan rutinkan SOLAT DI AWAL WAKTU. Aameen.

till then,




Thursday, 19 June 2014

Tips Bisnes- Bagaimana Nak Mula?

16:51 2 Comments
As salam ena.saya nak bisnes ..dah lama fikir.tapi tak tahu nak buat bisnes apa. Makin lama fikir makin buntu.takut pon satu hal.kalau tak berjaya macam mana.

 # # # 

 Bismillah.SAW. Waalaikumussalam.

 Terima kasih pada yg bertanya ( tetiba fefeeling Prof Muhaya ..hihi ) 

 Baiklah, kalau tanya ena..mudah je ena cakap, MULA DENGAN APA YANG ADA DI DEPAN MATA.

Anda dulu di sekolah, scorer untuk subjek tertentu contoh matematik.. nahh, BUAT LA TUISYEN CLASS for matematik. 

Anda suka gajet. Tanya apa saje model2 gajet memang anda boleh jawab. Jadi lah dropshipper jual gajet.

Anda KREATIF dan minat buat brooch comey2 dari butang/robbon/kain ...haa, jual la brooch..kat youtube banyak tutorial buat brooch cantek3 

Anda suka kumpul jam G shock dan sebagainya.setiap hari keje nya bukak mudah.my tengok jam berjam2^_^..apa kata anda jual jam G shock je.! 24 jam boleh tgk jam.tak payah bukak mudah.my;)

Anda suka dan memang pandai buat biskut/kek yg sedap..haa... switch on your oven and start your 1st bake for bisnes. Apa lagi ye.. 

Anda pandai format laptop. Ok , buat offer sape yang nk format laptop, hanya rm20, siap saya bagi freegift lagi. 

Anda pandai bina blog yg cantek dan kretif..buat la kelas asas belajar blog. 

Anda pengguna tegar product shaklee, avon, tupperware, amway atau apa sahaja company yg offer membership dan peluang jana income. Ambil peluang untuk berkongsi kebaikkan yang anda dah rasa kemudian kongsikan dengan orang lain.

Anda suka duk rumah je tapi nak ada Income sendiri..buat la bisnes secara online. Yang rm0 modal pon banyakkkk. Sekarang mudah sgt nak buat bisnes, sambil jaga anak, sambil lipat kain, sambil jemur kain, sambil kemas rumah pon boleh tau.ena sambil masak pon ena bisnes jugak.hehe.jangan tiru yg ni k.bahaya

 # # #

 yang penting, BERMULA. Jika anda betul2 nak ceburi bidang bisnes,Cuba je apa2 bisnes DEPAN MATA.

Tak cuba tak tahu. Kene BERANI! 




 YOU ARE WHAT YOU THINK APA YANG ANDA FIKIR, ITU YANG ANDA AKAN "TARIK"

 Risiko ada di mana2. Even masak kat dapur rumah sendiri pon ada risiko gas abes ..hehe.

 HIGH RISK HIGH RETURN LOW RISK EXPECTED LOW RETURN. 

 Goodluck!

Your Shaklee Independent Distributor,

ID: 960982
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com
COD area: BB Bangi dan sekitar


DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.