Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Wednesday, 19 August 2015

Tips Jadi Kaya dalam 3 Hari

10:30 0 Comments


KITA TAK AKAN PERNAH LARI DARI MEMBUAT KESILAPAN,
TETAPI KITA JUGA JANGAN LARI UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN.


Assalamualaikum..sangat menusuk kalbu kan kata2 Kak Fel , Founder Fellina product tu..ena memang adore sgt dengan dia..dari cara bisnes hinggalah cara berpakaian.


Semoga ena pon ada rezeki juga utk follow setiak jejak beliau;)

Ok..ena nak kongsi tips yang Kak Fel share di fb milik beliau iaitu:


TIPS JADI KAYA DALAM 3 HARI!



Jom amati dan baca setiap tulisan Kak Fel,



KAMI CABAR Anda!
TIPS Jadi kaya dalam masa 3hari :



Kakfel nak share ilmu pagi ini agar boleh menyedut banyak kebaikan dan aura positive.



Awak ada masalah kewangan? Keluarga?kawan2? Hidup tak tenteram, tak tenang. Nak cari jalan keluar?



Ok kakfel nak buat pertandingan mudah. Siapa buat tips ni dan selepas 3 hari dah dapat kesan inbox kakfel utk tuntut hadiah. Ada satu grand prize bagi siapa yg paling best story dia!



Share dengan kawan2 tips ni agar mereka juga boleh jadi kaya dalam masa 3 hari.(teknik menjemput rezeki adalah dengan berkongsi peluang dan rezeki)



Lakukan ini TODAY!



1)Bangun pagi ni , usap muka cakap thanks Allah. Usap seluruh badan dan bernafas dalam2 ucap thanks Allah lepas tu senyum sensorang.



2)Cukup waktu, mulakan dengan solat dhuha, buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi. (4rakaat)



3)Harini ni tanam dalam diri takmau sembang ngan kawan opis pasal org lain, takmau baca atau tulis yg bukan2. Nak zikir dan sebut nama Allah ja. Sebut ulang2( boleh jadi sebak tau)



3)Pergi lunch japgi ada makanan lebih bungkus bagi kucing jalanan.



4)Solat zuhur,asar,maghrib,isya di awal waktu, habis solat terus berdoa. Bersembang mintak kat Allah agar nak kaya dunia akhirat. Minta sungguh2. Lepastu cakap thanks berkali kali kat Allah sebab bagi kita tumpang di dunia.



5)harini tekad , kalau sapa ja minta sedekah beri, walau rm0.50sen



6)telepon mak and abah, bersembang dan tanya khabar walau 5minit.



7)Bangun pukul 3.30pagi. Buat tahajud 2 rakaat kemudian ambik masa termenung fikir salah diri , kenapa ujian datang kat aku, mungki aku pernah buat salah. Buang ego dan kaji sedalamnya.. Apa salah silap kita. Kalau tak jumpa, mohon Allah tunjukan.



Ulang selama 3 hari berturut turut.
InshaAllah di hari ke 3 akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya!

Siapa berani sahut cabaran ni?


*****


Kak Fel cabar kita jom

Jom kita cabar diri kita pula.


Dah ramai yang berjaya cabar diri dan jemput rezeki mereka masing2. Boleh singga ke page Kak Fel di SINI.

Thursday, 6 August 2015

Kaya Menurut Perspektif Islam

11:59 10 Comments




Assalamualaikum

ena dapat perkongsian ni di group bisnes ena...sangat bermanfaat untuk disebarkan terutama mereka yang skeptikal menjadi kaya. Ada segelintir sahabat ena yang takut untuk JADI KAYA kerana drama tV menggambarkan orag kaya penuh dengan sikap ujub, sombong dan sebagainya.


Hakikatnya, Allah sangat2 menuntut hambaNYA berusaha sehingga jadi kaya dan gunakan kekayaan di jalan agama Allah. Salurkan ke jalan yang betul, insyaALLAh harta kita bertambah berkat ,


ok jom kita amati kata2 Ustaz Nouman


 Perkongsian Ustaz Nouman Ali Khan. 4 Ogos 2015 (Bayyinah Quran Intensive Day-3).

( Rakan saya yang hadir berkongsi melalui catatan ini ) :)

=============


Doa Nabi Sulaiman 'alaihissalam.

قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لَّا يَنبَغِي لِأَحَدٍ مِّن بَعْدِي إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Katanya: " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ". (Sad : 35)



1. Doa ini antara doa yang telah mengubah cara fikir dan perspektif saya tentang hidup. Saya yakin ramai juga mengalami hal yang sama.



2. Sudah beberapa kali datang orang kepada saya mengadu, "saya bekerja sebagai jurutera, saya rasa nak berhenti dan nak belajar agama, bukankah belajar/menjadi jurutera adalah duniawi, saya ingin cari akhirat". 


"Saya akauntan, saya habiskan masa 9 jam bekerja dan hanya 1 jam baca al-Quran. Saya nak berhenti dan baca Quran/belajar agama untuk cari akhirat"



3. Ini adalah cara fikir yang tidak tepat. Agama tidak menyuruh kita semua HANYA belajar agama dan tinggalkan ilmu-ilmu dan kerja-kerja lain. Ini dibuktikan di dalam Al-Quran sendiri bagaimana bilamana Allah SWT menyuruh kita melihat alam, keluar bermusafir, melihat bagaimana burung terbang melebarkan sayap dsb.


 Itu semua memerlukan kita keluar, melihat, mengkaji dsb, bukan hanya duduk membaca Al-Quran.




3. Doa Nabi Sulaiman ini sangat penting kita fahami bila kita berbicara tentang topik ini. Apa doa Nabi Sulaiman? Selepas memohon ampun kepada Allah SWT (yang mana kita semua perlu lazimi), beliau memohon apa? 



Beliau meminta kekuasaan/kerajaan yang tidak akan diberikan kepada orang lain selepasnya. Bukankah permintaan itu permintaan duniawi? Mengapa beliau meminta kuasa/kerajaan?


Berdoalah untuk manjadi orang Kaya Yang Beriman dan Bertaqwa



4. Beliau memohon kerajaan yang hebat kerana denganya beliau akan dapat beramal, melakukan kebaikkan, mengumpul pahala, membina legasi dan mendapatkan Syurga. 


Nabi Sulaiman tahu pentadbiran (governance) adalah kekuatan beliau, maka beliau memohon kepada Allah SWT kekuatan dan kurniaan dalam bidang yang beliau kuasai. 



Bayangkan kepakaran Nabi Sulaiman mentadbir bukan hanya terbatas kepada mentadbir manusia, tetapi mentadbir jin syaitan, haiwan, alam dsb.



5. Perlu kita fahami satu hal, siapa Nabi Sulaiman yang ada kemahiran sebegini hebat? Beliau adalah anak kepada Nabi Daud AS. Dalam Al-Quran hanya 2 orang Nabi yang Allah isytihar mereka sebagai Khalifah. Nabi Adam dan Nabi Daud 'alaihimussalam. Nabi Daud adalah seorang pemerintah yang hebat pada zamannya. 



Kemudian Nabi Sulaiman mewarisi kehebatan ini, maka Nabi Sulaiman tahu kelebihan yang beliau miliki, maka beliau mahu kelebihan & kekuatan tersebut digunakan untuk beramal soleh, untuk membina & meninggalkan legasi yang hebat dan terbaik.



6. Maka apa kelebihan yang kita ada? Semua kita ada kelebihan-kelebihan dan kekuatan-kekuatan tertentu. Hendaklah kita gunakan kekuatan tersebut untuk beramal soleh dan membina legasi. 



Berzikir, baca Al-Quran, beristighfar dsb kita hanya mampu buat untuk beberapa tahun selagi hayat dikandung badan, namun meninggalkan legasi baik diatas muka bumi akan banyak menyumbang kepada akhirat kita walaupun selepas kita mati.




7. Fokuskan kemahiran dan kekuatan yang kita ada untuk digunakan buat menggandakan amal soleh. Bina dan tinggalkan legasi yang hebat & terbaik!



8. Baca ayat seterusnya bagaimana Allah mustajabkan doa Nabi Sulaiman.



فَسَخَّرْنَا لَهُ الرِّيحَ تَجْرِي بِأَمْرِهِ رُخَاءً حَيْثُ أَصَابَ

Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendaK ditujunya; (Sad : 36)

وَالشَّيَاطِينَ كُلَّ بَنَّاءٍ وَغَوَّاصٍ

Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing). (Sad : 37)



Selamat beramal!

============

Sunday, 2 August 2015

6 Penyakit 6 Penawar

01:52 0 Comments

Assalamualaikum


Setiap masalah/ penyakit dalam dunia ni ada penawarnya.


Ena nk kongsikan 6 jenis penyakit-penyakit yang sangat common pada diri kita beserta CARA PENYELESAIANNYA:



#1




Penyakit: Tekanan
Penawar:  Amalkan zikir LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH

#2






Penyakit: Tidak Bahagia
Penawar: Solat Awal Waktu

#3






Penyakit:  Rezeki Sempit
Penawar: Memberi Sedekah


#4





Penyakit: Sakit
Penawar:  Berpuasa

#5





Penyakit: Hati Sempit
Penawar: Membaca Al Quran

#6





Penyakit: Emosi Terganggu
Penawar: Ambil Wudhuk dan Banyakkan Beristighfar

Alhamdulillah..

Agama kita sungguh indah, sungguh cantik..semua dah tersusun dah..setiap masalah PASTI ada cara mengatasinya.


semoga bermafaat

selamat beramal;) 


Thursday, 30 July 2015

Tips Pengurusan Masa- Supaya Sentiasa Rasa Terurus dan Cukup Sepanjang Hari

09:55 0 Comments


Assalamualaikum



Sebelum ini ena perah kongsikan Tips Panjnagkan Masa, kali ini ena nk berkongsi pula tips pengurusan masa.



Tips ni berguna bagi mereka yang sangat2 sibuk..sering mengadu TAK CUKUP MASA untuk melakukan segala tugas2 yang telah di listkan.



Bukan sahaja pegawai pejabat malah mereka yang bekerja sendiri ataupun surirumah juga boleh amala tips ini,


Baiklah, tips nya adalah SOLAT DHUHA.





Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”


Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)


MasyaALLAH banyaknya kelebihan solat sunnat dhuha ni.


Fadhilat Solat Dhuha


Selain ia sunnah dan mendapat pahala mengamalkan sunnah dan pahala bersedekah kepada siapa yang mengamalkan nya, menurut sabda Nabi Muhammad lagi, SEGALA KEPERLUAN HARIAN KITA AKAN DI CUKUPKAN dengan hanya solat 4 rakaat dhuha,


Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)


Nah, ini la RAHSIA BESARNYA.... kita duk kata tak cukup masa bagai . Rasulullah dah tunjukkan FORMULA bukan saje boleh cukupkan masa kita dalam sehari malah segala KEPERLUAN lain turut akan dicukupkan oleh Allah..




Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”





Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)



so nak buat tak solat dhuha ni?


jom konsisten buat!


mula dengan sikit2 dulu..mula dengan 2 rakaat dahulu.

buat hari2 selama 44 hari..insyaALLAH akan jadi habit yg susah nk tinggal;)

selamat beramal



Tuesday, 28 July 2015

Pesan Imam Hasan Al Bashri

11:50 2 Comments
Assalamualaikum


Pagi ni ena nak share kata2 nasihat oleh Imam Hasan Al Bashri .


Nasihat ni dapat di group family belah suami, yang diforward  oleh FIL ( father in law) ena



******

KATA IMAM HASAN AL-BASHRI رحمه الله :

" SESUNGGUHNYA , yang dinamakan dunia itu hanyalah mimpi , dan akhirat itulah sebenarnya waktu terjaga .

DAN mati itu , pengantara akan kedua-duanya dan kita pula berada dalam mimpi-mimpi kosong .

Sesiapa yang sentiasa membuat perhitungan dirinya pastinya dia beruntung dan , sesiapa yang leka tentu sekali dia akan rugi .

Sesiapa yang merenung kesan akibat balasan dia akan terselamat dan seterusnya sesiapa yang taat akan hawa nafsunya pastinya dia tersesat .

Sesiapa yang tergelincir cepatlah kembali dan , apabila menyesal segera angkat tinggalkan dan apabila terasa jahil maka bertanyalah dan apabila anda dikuasai perasaan marah , pantas menahannya .

SEDARILAH ! ,

Sebaik-baik amalan , perkara yang tidak disukai nafsu ".

******


Semoga bermanfaat

Jom sebarkan kebaikan!


Tuesday, 7 July 2015

10 Malam Terakhir Ramadhan - Peluang 'Bertemu' Malam Lailatul Qadar

15:28 0 Comments


Pencarian Malam Lailatul Qadar bermula !



Assalamualaikum...alhmdulillah dah masuk puasa ke 20 dah kita kan..kejap je masa..rasa sayu je bila teringat lagi 10 hari ramadhan akan tinggalkan kita.



Apa yang istimewa 10 malam terakhir Ramadhan ialah di dalam nya terdapat MALAM LAILATUL QADAR.



Hadith Nabi menyebut:-

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان

Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Menurut Ustaz Zaharudin, malam Al-Qadr memberi kita peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah. JOm berusaha!





Jom sama2 berdoa agar diberikan rezeki untuk 'bertemu' malam yang terbaik dari 1000 bulan

Amalan 10 malam terakhir Ramadhan

 

  • Solat Tahajud
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat sunat hajat
  • Solat Witir
  • Berdoa
  • Mengaji Al quran
  • Berzikir

 

Amalan wanita yang sedang haid/nifas  di 10 malam terakhir Ramadhan

 

  • Membaca terjemahan Al quran
  • Berzikir
  • Mendengar bacaan ayat suci al quran sama ada dari suami, adik beradik atau dari kaset
  • Berdoa 

 Jom kita sama pasang 'fullgear' untuk kejar dan beramal sebanyak mungkin. berniat lah untuk mendapatkan KEREDHAAN Allah semata2..

insyaAllah kita semua sentiasa di bawah lindungan yang Esa.



semoga bermanfaat,


Saturday, 27 June 2015

2 Tips Mudah Khatam Al Quran di Bulan Ramadhan

03:06 0 Comments



"Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka ia (orang yang menunjukkannya) akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya." [HR Muslim, 3509]


Assalamualaikum,


Ena mulakan entry kali ni dengan hadis yang menyuruh kita berbuat baik dan menyebarkan kebaikkan seluasnya. Boleh jadi ia adalah asbab untuk kta terlepas dari seksaan api neraka. insyaALLAH.




Sedih sangat sekarang Al Quran kebanyakkan dijadikan hiasan2 je dalam rumah. Ada yang jadikan hantaran perkahwinan tapi lepas kawen, sekali pon tak di baca! Allahu.




Al Quran untuk di baca ( both bahasa Arab dan tafsir nya sekali) dan di amalkan ajaran/panduan nya di dalam kehidupan seharian kita.



Sempena bulan Ramadhan ni, jom la kita sama hidupkan balik bacaan Al quran dalam rumah kita setiap hari dan semoga ia menjadi habit (tabiat) yang susah untuk ditinggalkan pada hari2 selepas Ramadhan juga. insyaALLAH



Hari ini nak share dua tips mudah untuk khatam al Quran terutama di bulan mulia ni, bulan Ramadhan sekurang kurang nya 1 kali.


Khatam Secara Individu





Bulan ramadhan = 30 hari

1 kali khatam Al Quran = 30 juzuk

Jadi, 1 hari = 1 Juzuk Al Quran

***

1 hari = 5 kali solat fardhu

30 juzuk al Quran = 20 muka surat

Jadi, 1 kali solat = 4 muka surat sahaja!

( rujuk gambar di atas, 2 muka surat di baca SEBELUM solat, dan 2 lagi SELEPAS solat)


Mudah kan?

;)

Cara ini lebih mendidik disiplin diri kerana ia dilakukan seorang diri. Harus lah konsisten membaca mengikut jadual yang ditetapkan..Jika termisses bacaan, cepat2 ganti pada bacaan seterusnya.


Contoh, sebelum zohor kita tidak berpeluang membaca al quran, jadi himpunkan bacaan sebelum zohor ke dalam bacaan selepas zohor. Jadi, 4 muka surat perlu di baca selepas zohor.


atau,


termissed bacaan waktu zohor, 4 mukasurat dari waktu zohor perlu di baca pada waktu solat asar. Begitulah seterusnya. terus ganti jangan tangguh lama2 ye.


Khatam Secara Berkumpulan (Tadarus)





Rindu sangat waktu sekolah menengah dulu. Setiap kali bulan ramadhan , sekolah ena pasti meriah dengan grup2 tadarus al Quran di musolla ( surau sekolah)



Cara Berkumpulan ini lebih cepat dan seronok sebenarnya. Mengaji ramai2;) Seorang membaca 1 muka surat, yang lain2 dengar dan betulkan bacaan.


Selain mengaji dalam bahasa Arab, boleh la tambah 1 lagi aktiviti yang melibatkan al Quran pada bulan Ramadhan iaitu membaca tafsir Al quran dalam bahasa yang kita fahami.. contoh enlish atau bahasa Melayu.





Wednesday, 24 June 2015

Berakhirnya 7 hari di Bulan Ramadhan

22:34 0 Comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah


Tak puas rasanya, nk ucap ALHMDULILLAH banyak2 kali..


Syukur ke hadrat Yang Maha Kuasa kerana makyong ni dah pon berjaya menjalani ibadah puasa dari hari pertama hingga ke hari ke tujuh iaitu harini. Rasa nak nanges pon ada....sebabnya, dah 3 hari ena diserang batuk berkahak.


Ironinya, ena masih mampu meneruskan puasa dengan bertenaga sehingga waktu berbuka. Pelik. tapi itulah kuasa Allah yang meminjamkan ena tenaga untuk berpuasa dan menyusukan Aeisya Humaira , 2 tahun 9 bulan!


Pada perkiraan ena yang lemah ini, terdetik juga kat hati camne nk teruskan berpuasa, by hari ke 3 dah batuk2... 


Ada sesuatu ena nak kongsikan  di sini. Bagaimana makyong yang hamil 24 minggu berpuasa dan menyusukan dalam keadaan batuk2?


 Aktiviti harian diteruskan seperti biasa, update blog, marketing online, bisnes coaching secara online, bungkus barang untuk dipos, keluar ke pos laju, buat kerja rumah, uruskan anak solehah Aeisya Humaira yang semakin bijak itu, ditambah dengan tadarus al Quran secara online dan masak berbuka. 

Tak terfikir dek akal kan?


Sebenarnya, apa yang membuatkan ena dapat meneruskan jihad ena berpuasa dan melakukan aktiviti sebagai working-at-home-mom adalah kerana keberkatan di Bulan Yang Mulia, Bulan Ramadhan dan rahmat serta keizinan dari Allah jua.




Suplimen sebagai Penyokong Kesihatan Ena




Suka ena nak berkongsi di sini. Alhmdulillah, sepanjang berpuasa ena tidak 'missed' lagi mengambil suplimen kesihatan ibu hamil dan cadangan set berpuasa serta makanan sunnah seperti susu segar, kurma dan madu.


Ena sedar, dalam keadaan begini ena perlukan sokongan nutrisi untuk memastikan tahap kesihatan ena adalah optimum demi orang orang kesayangan ena- suami, aeisya dan baby dalam perut yg makin membesar ni. So ena tak boleh culas atau malas2 nak ambil suplimen. Lagipun, ena nekad untuk berpuasa penuh kerana nak sangat merasai keberkatan dan rahmat nya berpuasa di bulan Ramadhan


Pada sahabat blogger, doakan ena dapat meneruskan jihad berpuasa di bulan Ramadhan ni sehingga hari terakhir bulan ni ye. Terima kasih ;)

Monday, 22 June 2015

Cara Solat Terawih Di Rumah

17:26 0 Comments
Assalamualaikum

alhmdulillah, pejam celik pejam celik, kita dah pon seminggu di bulan Ramadhan yang sungguh mulia.


Ena nak share cara solat tarawih bersendirian dirumah. maklumlah ibu2 yang ada ank kecil mengalami kesukaran untuk sama2 solat jemaah di masjid kan.





Bijaksananya Allah swt.. wanita sebenarnya tidak digalakkan untuk bersolat jemaah di surau atau masjid.. orang perempuan lebih afdal solat di rumah dan pahalanya adalah lebih besar..


Selain menghindar diri dari fitnah, wanita yang solat di rumah dapat berehat rehat di dalam melakukan ibadah solat sunat seperti sunat terawih...sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.



Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, meh tengok caranya..



Cara Solat Sunat Terawih Bersendirian Di Rumah


Niatnya :


أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى

“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”



Bilangan rakaat suka hati.. buatlaa yang termampu. Paling ringkas buat 13 rakaat, 10 terawih dan 3 witir.


Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.


Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.


Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.


NOTA:


Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. 


Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah:


“Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)


SOLAT SUNAT WITIR


Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.


Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.


Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat


أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"


Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat


أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"


Zikir Selepas Solat Witir


سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ


Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :


Doa Solat Witir


"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..


Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid/surau. 


Dan tiada alasan bagi yang ada anak kecil. Kita boleh buat lepas anak-anak dah tidur. Mari kita sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak buat solat tarawih, tahun ni kita buat.


Sekian sahaja perkongsian ena kali ini.




Friday, 5 June 2015

Tidur Awal Bangun awal

07:42 0 Comments
Assalamualaikum

Nak share satu artikel yg sgt3 bermanfaat.


Smalam ada ena terbaca perkongsian ni di fb tapi tak sempat nak share.bila cari balik tak jumpa dah..hehe

Alhmdulillah pagi ni ada pakcik share di wassap group family kami mengenai tidur




TIDUR




Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan pendapat nya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba...saya tidur sekitar jam 11-12 malam dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.



Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.



Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam.....seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik!





Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.



Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik).



Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.



Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.


Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi


Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.


Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)

Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.


Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)


Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.


Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari

Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.

Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah.
Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.


Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.


Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya!


Wallahualam.
Jom amalkan. Malam ni jam 9 😴😴😴



till then,

semoga bermanfaat.

ikhlas:


Tuesday, 2 June 2015

Syaaban, antara Kelebihan dan Amalan serta Hadis Palsu

09:18 0 Comments
Syaaban 1436H
============


Assalamualaikum..bismillah

Dalam bulan Syaaban, berlaku beberapa peristiwa iaitu:


  • Dalam bulan Sya’ban (bertepatan hari Selasa pada 15 Sya’ban) Allah SWT memerintahkan perubahan kiblat dari Bait al-Muqaddis ke Ka’bah Baitullah. [rujukan: al-Qurthubi, Muhammad bin Ahmad, al-Jami’ Li Ahkam al-Qur`an, Q.S al-Baqarah : 142, Juz. II (t.tp: tp, tt), hal. 144.



  • Dalam bulan Sya’ban Allah SWT menurunkan ayat perintah bershalawat kepada Rasulullah SAW [rujukan: al-Zarqani, Ahmad bin Muhammad, Syarh al-Zarqani ‘Ala al-Mawahib al-Laduniyah Bi al-Minah al-Muhammadiyyah, Juz. IX, cet. I (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah, 1996 M) hal. 165.], yaitu :


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَاالَّذِينَ آمَنُواصَلُّواعَلَيْهِ وَسَلِّمُواتَسْلِيمًا


“Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-malaikat Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. (QS. al-Ahzab : 56)



  • Bulan Sya’ban adalah bulan dimana Nabi SAW paling banyak melakukan puasa. ‘Aisyah meriwayatkan [rujukan : al-Naisaburi, Muslim bin al-Hujaj, al-Jami’ al-Shahih al-Musamma Shahih Muslim, Juz. III (Beirut: Dar al-Jail dan Dar al-Afaq al-Jadidat, tt) hal. 160 :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم حتى نقول لا يفطر ويفطر حتى نقول لا يصوم وما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل صيام شهر قط إلا رمضان وما رأيته في شهر أكثر منه صياما في شعبا

“Adalah Rasulullah SAW berpuasa sehingga kami mengatakan bahwa beliau tidak berbuka dan beliau berbuka sehingga kami mengatakan bahwa beliau tidak berpuasa. Dan tidak pernah sama sekali saya melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan kecuali Ramadhan dan tidak pernah saya melihat beliau lebih banyak berpuasa dalam sebulan yang lebih banyak daripada bulan Sya`ban”. (HR. Imam Muslim)




  • Bulan Sya’ban juga merupakan bulan diangkatnya amal manusia kepada Allah SWT. Nabi SAW bersabda [rujukan: al-Baihaqi, Abubakar Ahmad bin al-Husain, Sya’b al-Iman, Juz. III, cet. I (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah, 1410 H) hal. 377] :

عن أسامة بن زيد قال : قلت يا رسول الله إني أراك تصوم في شهر ما لا أراك تصوم في شهر، ما تصوم فيه؟ قال: أي شهر؟ قلت : شعبان قال: شعبان بين رجب وشهر رمضان يغفل الناس عنه، ترفع فيه أعمال العباد، فأحب أن لا يرفع عملي إلا وأنا صائم، قلت : أراك تصوم يوم الاثنين والخميس ولا تدعهما قال: إن أعمال العباد ترفع فيهما فأحب أن لا يرفع عملي إلا وأنا صائم



“Dari Usamah bin Zaid, beliau berkata : Saya berkata : “Ya Rasulullah, saya melihat engkau berpuasa dalam sebulan yang tidak saya lihat engkau berpuasa seperti demikian dalam bulan yang lain”. Rasulullah SAW berkata : “Bulan mana?” Saya berkata : “Bulan Sya`ban”. Rasul SAW menjawab : “Bulan Sya`ban adalah bulan antara Rajab dan Ramadhan yang banyak di manusia lalai darinya. Dalam bulan Sya`ban di angkat amalan manusia, maka aku cintai tidak di angkatkan amalanku kecuali sedangkan aku dalam keadaan berpuasa”. Saya berkata: “Saya melihat engkau berpusa hari Senin dan Kamis dan tidak engkau tinggalkan keduanya”. Rasul SAW menjawab : “Sesungguhnya amalan hamba di angkat dalam kedua hari tersebut, maka aku cintai tidak di angkatkan amalanku kecuali sedangkan aku dalam keadaan berpuasa”. (HR. Imam al-Baihaqi)




*****************************


tadi ena google mengenai fadhilat Syaaban dan malam Nisfu Syaaban pula..bulan yang mulia, seharusnya kita nak cari dan ambil peluang sebaiknya untuk kumpul pahala kan



terkejut juga banyak hadis2 palsu yang mengaitkan fadhilat beramal di bulan Syaaban. Ada baiknya kita tidak mengambil bahagian dengan cara mneyebarkan hadis2 palsu ini rerutama di media sosial seperti blog dan facebook.


pon begitu,jangan la kita menghukum dan bermusuh sesama Muslim. boleh jadi mereka itu ( pengamal/penyebar ) hadis palsu tidak mengetahui keadaan sebenar ( knowledge limitation).



rujukan ena dari blog Dr MAZA , ( lihat di sini untuk mengetahui siapa Dr Maza)



 >>>ini adalah hadis palsu yag paling popular sebab ena selalu je nampak orang share dia media sosial.


  • “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. 


  • Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).



namun,

tidak dinafikan memang ada hadis2 sahih yang disandarkan pada bulan Syaaban iaitu:


 Nabi s.a.w menyebut:



  • “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).






-----------------------------------
Malam tadi, ada majlis solat hajat di surau dalam taman rumah ni, kebetulan pula jatuh pada MALAM NISFU SYAABAN, alhmdulillah.


Solat hajat ini bertujuan kesyukuran kerana abah sembuh dari demam yang panjang iaitu dua minggu lbih  dan memohon hajat pada Allah agar dipermudahkan urusan adik ipar yang akan bersalin pada penghujung Ramadhan tahun ini.


Jom kita hidupkan Malam Nisfu Syaaban dan seluruh malam2 di bulan Syaaban ini untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan ibadah seperti: ✔ solat sunat (terutama Solat Sunat Tasbih), ✔ berdoa, ✔ membaca al-Quran, ✔ berwirid, ✔ beristighfar, ✔ berselawat ke atas Nabi SAW ✔ dan sebagainya.


setiap amalan baik dan ikhlas akan diganjarkan pahala oleh Yang Maha Kaya dan Pemurah ( Allah)




semoga bermanfaat.

ikhlas,

Monday, 11 May 2015

Tips Murah Rezeki

14:56 0 Comments


Assalamualaikum


Ena nak share sesuatu yg ena rasa sgt2 memberi manfaat pada PENGAMALNYA.
Dapat dari grup telegram bisnes tadi..alhmdulillah.


Semoga bermanfaat dan sebar kan kebaikkan seluasnya le serata alam!
************************


Maksud REZEKI
- kasih sayang
- kewangan
- kesihatan
- ibadah
- masa lapang ( ni ena yg tambah)


✅ Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000


✅ Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dgn mak.. Mintak mak redha dgn apa yg kita buat..


✅ Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:

1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak


**pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan dorg camne nk bukak tabung2 nie**


✅ Ramai yg sebok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)


AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT

1⃣ Solat awal waktu
Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!


2⃣ Solat Dhuha


- eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
- Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
- Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bg salam..



✅ Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!

3⃣ Tahajjud
- buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten


- Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan frush kecewa! Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. Merengek merintih pada Allah apa yg kita nak.. Apa yg kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..



- Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar maka ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!


✅ Belajar berlapang dada..

 Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun2 tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sbb ade sorang peserta tu adik dia pinjam 98ribu dah bertahun2 tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yg 10 tahun lepas punya kes..

4⃣ Sedekah

- beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,

Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat mcm ni dgn penuh perasaan)


✅ Buat TABUNG SUBUH
- Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dgn penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..


⛔ Formula YAKIN ⛔
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal
9 kali kena yakin!!


5⃣ Baca Al-Quran


- paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!
- Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..


6⃣ Istighfar setiap hari


- baca zikir 'Ya Wahhab' je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..


7⃣ Jaga Wuduk setiap hari

- latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sbb masih dlm proses latihan.. Bg kelonggaran pada diri.. Jgn berubah secara drastik..


✅ Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA! 😉✌


⛔ TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU


Setiap kali lepas solat.. Pejam mata.. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri.. Tarik nafas macam biasa.. Rasakan degup jantung kita.. Pastu bayangkan muka mak.. Mintak maaf pada mak jika ada salah..maafkan mak jika mak ada salah..mintak mak redha kan semua yg kita buat.. Pastu bygkan muka ayah.. Buat benda sama.. Pastu bygkan muka isteri.. Muka suami.. Muka anak2.. Maafkan semua orang..



Buat selama 7 hari! Subhanallah tunggu perubahan luarbiasa dari Allah..😘
Semoga bermanfaat untuk semua..



jom kita amalkan,

jemput share jika bermanfaat!


share because i care,

Thursday, 23 April 2015

Tips Panjangkan MASA Dalam Sehari

17:49 0 Comments
RAHSIA WAKTU LEBIH PANJANG dalam sehari.



Ini tips ena nk kongsi...sesuai utk mereka yg bekerja dr rumah yg sokmo tak menang tangan atau sesiapa saje yg rasa masanya sehari bukan 24jam tp 4 jam je..hehe.


actualy takdelah waktu dari 24 jam jadi 42jam sehari...tapi perasaan yg kita alami apabila masa seolah2 bergerak pelannn je.



Caranya mudah iaitu SOLAT DI AWAL WAKTU...seawal yg mungkin..menurut buku yg ena baca sebolehnya 10 minit sebelum azan ,kita dah siap2 ambil wudhu' , berpakaian solat dan tunggu masuk waktu di sejadah sambol berzikir / mengaji al quran.



Tapi bg yg tidak berkesempatan memadailah dengan BERGEGAS untuk menunaikam solat sebaik shj azan berkumandang.


Ena dah cuba tau
Dah cuba beberapa hari lately..alhmdulillah memang benar rezeki Allah bagi kita rasa waktu seolah bergerak slow sangat apabila kita tunaikan HAQ ALLAH di awal waktu..contoh harini..zuhor dan Asar ena solat awal waktu iaitu sebaik sahaja selepas azan ...dan selepas azan ena mengaji surah Al-Waqiah. 



Kesyukuran ena harini ialah aeisya kurang merenget dan aeisya tidur lama sangat , dari jam 1 tengah hari hingga jam 6 petang! biasa siang2 aeisya kan dah besar, dia tidur dalam 2-3 je sehari..harini rezeki ena, dia tidur sampai 5 jam! alhmdulillahh..



so, rentetan dari tu ( cewah bukan main macam tulis berita plak..haha) ena mampu update entry blog ( berjaya 3 entry juga lah termasuk entry di MENU- membership and business opportunity! ) dan 'tukar wajah' blog ena ni..banyak juga ena tukar2 di layout dan template blog..siap tukar background lagi..bosan sangat tengok blog dah bersawang lama sangat kan. Untuk pulihkan semangat supaya rajin blogging, ena tukar banyak juga feature dan 'rupa paras' blog ni..hihi





BEFORE: macam bosan je kan ada gambar2 product tersusun gini..hihi



AFTER: buat sendiri je..jenis kurang kretif tapi ok la kan.nampak sikit matang.ekeke




Perasaan tu tak dapat nak gambar..tapi banyak kerja boleh buat..hati jadi tenang, even anak merenget/ bisnes ada sikit2 cabaran dari customer mahupun rakan niaga, tapi hati rasa cool je ..


tah la...ena tak reti juga nk olah banyak2...baik anda cuba sendiri...hihi.
Selamat beramal.



Semoga kita semua di bawah lindungan yg Esa.
Ya allah jadikan diriku, ibu ayah,suamiku zuriat keturunanku, jiran tetangga dan seluruh saudara seislamku orang yang suka dan rutinkan SOLAT DI AWAL WAKTU. Aameen.

till then,




Sunday, 19 October 2014

Rahsia La Haula Wala Quwwata Illa Billah

22:28 0 Comments
Bismillah, Assalamualaikum sahabat2 syurga ena
Apa khabar?


La Haula Wala Quwwata Illa Billah - Tanaman Syurga

Entry kali ini ena ingin kongsikan Rahsia di sebalik bacaan  La Haula Wala Quwwata Illa Billah... ena pasti , tidak kira siapa kita, seorang guru, ibu, bapa, pelajar, usahawan, bos di institusi kerajaan atau bos di institusi swasta, kita tidak terlepas dari berdepan dengan perasaan marah, bimbang, takut, tidak tenang dan pelbagai lagi penyakit hati.


Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan”

(Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)


La Haula Wala Quwwata Illa Billah bermaksud tidak ada daya dan kekuatan kecuali kekuatan Allah.

RAHSIA BACAAN La Haula Wala Quwwata Illa Billah 


  • Boleh mengubati penyakit lupa. Syaitan juga memainkan peranan dalam membuatkan manusia lupa. Berzikirlah untuk mengingati Allah, ucaplah kalimah La Haula Wala Quwwata Illa Billah agar Allah melindungi kita daripada gangguan syaitan yang menyebabkan kita lupa.


 PERISTIWA ISRA' MI'RAJ DAN BACAAN La Haula Wala Quwwata Illa Billah 




Semasa peristiwa Israk Mikraj, kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda,
“Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH."

Bahkan Allah jugalah yang memperjalankan Rasulullah s.a.w. pada malam itu. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daripadaNYa.

Isra Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Semasa menjawab azan, pada perkataan hayya alas-solah (marilah mengerjakan sembahyang), maka pada kalimah ini, hendaklah kita mengatakan “la haula wala quwwata illa billah”(tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah). Orang yang mendengar azan pun tidak mampu ke masjid sekiranya tidak ada pertolongan dari Allah. Oleh itu mintalah pertolongan darinya dengan menyebut “la hau la wala quwwata illa billah..

KAITANNYA DENGAN USAHAWAN MODEN

Perasaan takut, bimbang, sedihn adalah normal dalam menharugi cabaran sebagai seorang usahawan sama ada kita bisnes fulltime atau part time.

Dengan memahami makna bacaan yang mulia ini, ena seru sahabat usahawan sekalian untuk rutinkan bacaan "LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". pada setiap hari.

sekurang kurangnya 100 kali sehari. boleh ke boleh?
anda mahu sahut cabaran dan seruan ena?


Tasbih Digital

Sedikit tips dari ena untuk kita sama2 rutinkan dan jadikan bacaan ini sebagai zikir harian kita.


  • Gunakan TASBIH DIGITAL yang boleh disarungkan pada jari. Mudah dan seronok berzikir dengan e-counter ini. Hati2 kerana anda pasti 'addicted' dengan tasbih ni. tak boleh stop berzikir tau..hihi. Bagus kan?


Selamat beramal;)

Assalamualaikum.

Your Shaklee Independent Distributor,

ID: 960982
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com
COD area: BB Bangi dan sekitar


Friday, 17 October 2014

Misteri Sedekah dan Kisah Ena

09:00 0 Comments



Bismillah, Assalamualaikum sahabat2 syurga ena
Apa khabar hari ini.
Salam jumaat yang  mulia dari ena


Hasil dari blogwalking pagi ni, ena terpanggil nak kongsikan satu KISAH BENAR impak dari bersedekah.



Kizi JasmineJun 28, 2014, 10:32:00 PM
Assalamualaikum. ..The power of Sedekah..saya sangat percaya tu...pada dua bulan lepas iaitu bulan Mei 2014. Saya mendapat musibah..sakit secara tiba tiba.sehingga solat mengunakan isyarat mata.bayangkan! Di saat itu..nyawa memang di hujung kerongkong..ketika sihat sikit .saya gagah diri untuk ke Maybank Solaris Mont Kiara.pada tengah hari Ahad tu..Ada pak cik meminta derma untuk sekolah Tahfiz..sewaktu saya berjln memang penuh kepayahan...sakit tenat...selepas saya menghulur derma dan berdoa di dalam hati. Ya Allah..sembuhkan sakit misteri ku ini..dan aku ingin merasai nikmat solat yg normal semula...Subahanllah.sebaik saya bergerak dari pakcik itu dan dia seperti mendoakan saya..secara tiba tiba sakit seluruh sendi..dada dan perit daging di hiris itu hilang..demi Allah..inilah kisah yang pertama berlaku..dan saya sembuh sakit . Alhamdullillah. .duhai rakan semua..bersedekahlah ketika sakit..sedih..kepapaan.dan apa jua keadaan..pasti ada ganjaran kerana Allah









'Berinfaq lah wahai anak Adam, nescaya Aku akan memberi infaq kepadamu' 
( hadis Qudsi riwayat Bukhari)


Nah, sahabat syurga sekalian, bagaimana? mahukah kita praktikkan sedekah SETIAP HARI selepas ini? Di dalam buku Mini Mudahnya Mejemput Rezeki, ada penulis ilhamkan SISTEM SEDEKAH RM1 selama 40 hari berturut2. 

Dan harini ( 17/10/2014) adalah hari pertama ena sahut cabaran ini.


Buku Mini Mudah Menjemput Rezeki

MENAKJUBKAN!

Baru hari pertama latihan ena. Ena sedekah ( transfer melalui cimb online banking) RM 1 ke akaun si  X pada jam 8:24:05 pagi, dan pada 8:25 pagi ( 55 saat lepas tu) ena dapat wassap dari si X minta no akaun ena kerana beliau ingin membeli barang dagangan ena!

ALLAHUAKBAR!

====
ini kisah ena sendiri. bukan orang lain..tujuan ena ceritakan di sini adalah untuk sama2 mengajak anda semua supaya bersedekah bersedekah bersedekah di kala senang, di kala susah, di kala sakit, di kala gembira, di kala sedih. pendek kata, rutin kan ia pada BILA2 MASA SAHAJA.
====


Pada yang ingin bercakap dengan ena atas apa saja urusan, ena boleh dihubungi di no telefon seperti di bawah:

nak share cerita sedekah anda pon boleh .apa saja;)

Your Shaklee Independent Distributor,

ID: 960982
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com
COD area: BB Bangi dan sekitar


DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.