Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, 2 September 2018

Apa Nak Buat Selepas Subuh?

18:07 4 Comments

Antara pengisian selepas subuh selain mengaji dan berzikir pada Allah adalah berada dalam MAJLIS ILMU .

Ada antara kita tidak direzekikan masa untuk ke masjid waktu subuh dan join majlis2 ilmu selepas tu.

Termasuk kekna🙈 Allahuakbar.

So apa yang kita boleh buat, kita bukak je youtube ada banyakkkkk sangat tazkirah dan majlis ilmu ONLINE yang kita boleh sertai.

Tinggal nak taip ja keyword or tajuk yang kita minat nak dalami /belajar😊

Betapa power nya majlis ilmu ni, Allah utuskan setiap orang ,Malaikat sebanyaknya 70ribu untuk mendoakan nya sepanjang berada dlaam majlis ilmu.

Sebab tu bila kita join mana2 kelas ilmu ( tak kire lah ilmu dunia atau akhirat -yang penting ilmu yang baik), amek peluang untuk submit doa dengan spesifik.

Ada banyak pilihan ustaz ustazah yang kita boleh dengar/tengok di youtube.

Personally, kekna suka dengar tazkirah Ustaz dari indonesia😁

Antara nya :

Sheikh Ali Jaber
Ustaz Hanan Attaki
Ustaz Yusuf Mansur
Ustaz Muzammil Hasballah ( untuk video mengaji al Quran shj-takde ceramah or tazkirah)
Ustaz Adi Hidayat

Mereka ni lah yang kekna ulang2 dengar selalu, termasuk waktu exercise, buat kemas rumah , masak, sidai baju etc😁

InsyaAllah .

semoga bermanfaat untuk semua;)


**gambar Syeikh Ali Jaber , Imam Masjid Madinah dukung anak sulong kami Aeisya Humaira di Restoren Arab di Bangi. Beliau al Hafiz sejak kecil dan sekarang purata sebulan khatam al Quran sebanyak 10 kali, masyaAllah!. Boleh google kalau nak tahu lagi biodata beliau atau ustaz2 yang lain 😊
Tengok lah kaklong ecah masa ni. mulat kan . hehe



Friday, 6 October 2017

Sejauh Mana Tawakkal Kita Pada Allah?

08:17 0 Comments
Sejauh Mana Tawakkal Kita Pada Allah?


Tawakkal sepenuh hati pada Allah. Doa Tawakkal





Assalamualaikum penghuni syurga!


(Syurga memang sgt2 mahal tak kan pernah mampu terbayar dengan amalan soleh kita yg seciput ni even kita beramal 100 ribu tahun pon tapi perlu YAKIN YAKIN YAKIN atas rahmat Allah insyaAllah pasti Allah kasihani kita dan masukkan ke syurgaNYA)
😊


Itu lah konsep YAKIN


'Yakin' tak boleh nak nampak tapi boleh di rasa oleh tuan badan


Kadang2 kita pelik kenapa seseorang tu kita tengok dia biasa2 je kerjaya nya , isteri pon kerja biasa malah ada pasangan BAHAGIA tu kita tengok molek je belaka aturan hidup dia walaupun hanya suami yang bekerja


Haa kenapa ye?


Bila di selidik ,tahu lah kita TAWAKKAL sang suami pada Allah sangat tinggi
Se tinggi 'tawakkal' nya seekor burung


Umar bin Khattab radiyallahu’anhu berkata, beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


“Andaikan kalian tawakal kepada Allah dengan sebenarnya, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kalian seperti memberi rezeki kepada burung. Mereka pergi pagi hari dengan perut kosong dan pulang pada petang harinya dengan perut kenyang.” (Shahih Tirmidzi, hasan shohih)


Sang suami nya YAKIN rezeki Allah pasti akan beri pada keluarga nya dengan CUKUP selagi dia BERUSAHA BERUSAHA dan BERUSAHA


Itu pointnye!

Rasa CUKUP👍

Dan terus menerus USAHA tanpa gagal!


(Bukan tawakkal kalau hanya berserah & bermalasan ye ☺️☺️)

2 hari lepas kekna ter tengok satu video , sharing dr Zul Yahya pelakon tu. Katanya dulu waktu gaji 20K sebulan tak cukup
Tapi sekarang gaki 3-4K ja sebulan, cukup.
MasyaAllah!


Beza kan rezeki BERKAT dan x berkat ni.
Jadi,


Nikmat rasa CUKUP ni datang nya bersama TAWAKKAL (pada Allah) selepas berusaha yg TERBAIK

Jom refleksi & serap kan konsep tawakkal ni dalam diri, keluarga kita serta team bisnes kita
Ajar anak2 kecil kita tawakkal pada Allah🤗


Janji Allah,👇


“Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.”
(Ath-Thalaaq, 65:3)


👇
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
(At Thalaq : 2-3)


Kekna,


Hanya Berkongsi
Juga utk Ingatan Diri
😊


Wednesday, 4 October 2017

Doa Tawakkal Pada Allah Setiap Masa

01:00 0 Comments
Doa Tawakkal Pada Allah Setiap Masa

Jom Kita amalkan selalun doa tawakkal kepada Allah ini



Doa Tawakkal Pada Allah Setiap Masa | Assalamualaikum. Tawakkal pada Allah Tuhan kita Yang Satu Yang Maha Esa, Yang Maha Kaya Lagi Berkuasa atas segala sesuatu.


Bertawakal hanya kepada Allah saja. Allah berfirman: “Dan kepunyaan Allah-lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah Dia, dan bertawakallah kepada-Nya. Dan sekali-kali Rabb-mu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan.” (QS. Huud: 123).



Tawakkal adalah kunci kepada ketenangan jiwa seterusnya meraih kebahagiaan dunia akhirat

Tawakkal ni bermaksud sandaran kita . Pada siapa kita bersandar atau bergantung. Jika sesama manusia maka kita akan menyesal atau rugi tapi kalau pada Allah sahaja pergantungan kita 100%, insyaALLAH kita tidak akan menyesal malah mendapat kerbekatan hidup dunia akhirat

Orang yang bisnes perlu tawakkal, dan tawakkal orang yang bisnes seharusnya lebih tinggi lah sebab mereka tiada majikan atau gaji tetap yang dijanjikan setiap bulan. Strategi dan perancangan yang rapi, usaha serta tawakkal kepada Allah perlu seiring .

Ada satu formula atau sifir kekna nk kongsikan khas buat orang bisnes dalam meraih kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat iaitu


  1. Yakin
  2. Yakin
  3. Yakin
  4. Yakin
  5. Yakin
  6. Yakin
  7. Yakin
  8. Yakin
  9. Yakin
  10. Usaha

Apa yang anda belajar dari sifir/formula ini? yes!. Tawakkal kepada Allah bermakna kita serah segala urusan kita kepada Allah dan YAKIN Allah pasti bantu dan bimbing kita ke arah jalan yang betul dan benar. Sehingga 9 kali Yakin tu bermakna , 90% tawakkal atau yakin dengan Allah dan selebihnya lagi 10% barulah kita 'bersandar' pada usaha


Usaha pon penting juga jangan tak usaha langsung.


Antara yang menunjukkan bahwa tawakkal kepada Allah tidaklah berarti meninggalkan usaha adalah sebuah hadits. 


Seseorang berkata kepada Nabi ShollAllahu ‘alaihi wa sallam, “Aku lepaskan untaku dan (lalu) aku bertawakkal ?” Nabi bersabda, “Ikatlah kemudian bertawakkallah kepada Allah.” (HR. Tirmidzi dan dihasankan Al Albani dalam Shohih Jami’ush Shoghir). 


Dalam riwayat Imam Al-Qudha’i disebutkan bahwa Amr bin Umayah RadhiyAllahu ‘anhu berkata, “Aku bertanya, ‘Wahai Rosululloh!! Apakah aku ikat dahulu unta tungganganku lalu aku berTawakkal kepada Allah, ataukah aku lepaskan begitu saja lalu aku bertawakkal?’, 

Beliau menjawab, ‘Ikatlah untamu lalu bertawakkallah kepada Allah.”

(Musnad Asy-Syihab, Qayyidha wa Tawakkal, no. 633, 1/368)



 Tapi percayalah , usaha kita hanya jadi asbab KECIL pada rezeki yang kita dapat harini.  Selebihnya adalah rahmat dari Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih pada semua hambaNYA  

Jadi, 


Sepertimana seorang yang berniaga bertawakkal pada Allah, kita yang bekerja dengan majikan walaupun jumlah gaji sudah pon dijanjikan pada setiap bulan, Namun mariklah kita bertawakkal dengan sebenar benara tawakkal kepada Allah. Walau kerjaya kita dijamin oleh Kerajaan sekalipon percayalah tiada yang lebih terjamin dari jaminan Allah Taala. 

Jom jemput rezeki dengan KUNCI REZEKI tawakkal. Yang bekerja tetap mana tahu tiba tiba takde inagin takde ribut bos tawarkan kenaikkan pangkat. Urusan sepanjang bekerja sangat mudah sebab keberkatan amalan kita yang tawakkal (bergantung harap hanya pada Allah) itu tadi


Yang bisnes pula mana tahu tiba tiba ada syaraikat gergasi yang nak join venture dengan kita, nak suntik modal berjutaan ringgit? Siapa tahu kan? Allah tu Maha Berkuasa serta KAYA dan mudah  bagi DIA untuk beri rezeki melimpah ruah pada siapa DIA kehendaki.

insyaALLAH semoga sedikit perkongsian kekna ni beri semangat hidup serta motivasi luar biasa dalam setiap pekerjaan kita sehari hari

kongsikan jika bermnafaat ye


jumpa di next entry




Aeinna Musa
0177172868
Direct Wassap : http://Kekna.wasap.my/ atau http://KedaivitaminBKP.wasap.my/
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia






Wednesday, 27 September 2017

Siapa Orang Mukmin Yang Hebat?

00:51 0 Comments
Siapa Orang Mukmin Yang Hebat?



Orang Mukmin Yang Hebat


Siapa Orang Mukmin Yang Hebat?

Orang mukmin yang hebat ialah dia meninggalkan dunia sebelum dia meninggal dunia 

Dia bersedekah sampai kaya bukan dah kaya baru sedekah

Dia berdakwah sampai jadi alim bukan dah alim baru berdakwah

Dia datang masjid sampai ke tua bukan dah tua baru nak ke masjid

Dia beramal sampai ikhlas bukan dah ikhlas baru nak beramal



Semoga bermanfaat buat semua poembaca blog kekna ;)






Your Certified Shaklee Product Consultant:
Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap:
http://KedaiVitaminBangiKajangPutrajaya.wasap.my atau http://Kekna.wasap.my
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia















Friday, 17 June 2016

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

09:03 0 Comments



7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI
*********************************

1. Memperbanyak Membaca – 

La hawla Wala Quwwata Illa billah – 

Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – 


La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin -


Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).


3. Membaca – 

Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim .

 Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)


4. Membaca 


Surat Al-IKHLAS:

Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)


5. Membaca 

Surat Al-WAQIA’AH :

Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak 

SELAWAT KEATAS NABI :

Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan

 BERISTIGHFAR :

Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.


sharing is loving.



Your Beauty & Health Consultant ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia


Thursday, 2 June 2016

7 Cara Menyambut Ramadhan al Mubarak

17:22 0 Comments





7 Cara Menyambut Ramadhan al Mubarak | Assalamualaikum. lagi 1 hari je lagi kita akan menyambut ketibaan bulan yang mulia dan penuh barokah iaitu Ramadhan Kareem. Terasa sayu sangat hati ni. Allahu. jom tengok checklist apa perlu kita buat sebaagi persiapan menyambut ramadhan tahun ini.

1. Banyakkan istighfar dan bertaubat


– Kerana dosa boleh menjadi penghalang kita daripada kebaikan dan kelebihan Ramadhan.


2. Banyakkan berdoa


– Diriwayatkan para Salafusoleh ada yang berdoa 6 bulan sebelum Ramadhan supaya dikurniakan Ramadhan.. kemudian berdoa 5 bulan selepasnya agar diterima amalnya semasa Ramadhan



3. Mohon kekuatan daripada Allah


– “Ya Allah, bantulah kami agar mampu sentiasa mengingatiMu… mensyukuriMu serta mampu beribadat sebaiknya kepadaMu..


4. Bergembira


– Hati mukmin sebenar akan bergembira dengan peluang yang datang bersama Ramadhan.. “Katakan, dengan kunia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira..”

5. Persediaan ilmu

– Ambillah masa untuk mengulang kembali ilmu2 berkenaan Ramadhan & Ibadat Puasa – hukum hakam serta adab-adabnya agar dapat kita maksimumkan ganjaran daripadanya


6. Membiasakan diri dengan amalan sunat

– Perbanyakkan puasa sepanjang Syaaban.. banyak membaca quran lebih daripada biasa.. Biasakan bangun seawalnya.. serta amalan-amalan sunat lain – agar bila tibanya Ramadhan.. bukanlah baru ingin bermula !!

7. Saling mengingatkan dan mengucap tahniah

– Penuhkan wall dan status dengan entri yang mengingatkan tentang kelebihan Ramadhan.. Ucapkan tahniah kepada sesama sahabat atas peluang hebat yang dikurniakan Allah ini.. Begitu juga kepada sesama ahli keluarga – pasangan,anak-anak, ibubapa, adik beradik dan kaum kerabat

Tahniah..!! Ramadhan ini mulia.. namun Tuhan Ramadhan jauh lebih Mulia..!!
Moga Allah menerima amalan kita semua.. Amin ya Rabbal ‘alamin…

Sumber



Your Beauty & Health Consultant ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia



Friday, 13 May 2016

8 Fadhilat Selawat Ke Atas Nabi Muhammad Berdasarkan Hadis Sahih

15:13 0 Comments
Besar kelebihan dan fadhilat selawat ke atas Nabi , kesan dari istiqomah berselawat dapat dirasa di dunia dan akhirat juga.

8 Fadhilat Selawat Ke Atas Nabi Muhammad Berdasarkan Hadis Sahih

Selawat merupakan salah satu amalan yang sangat mulia dan sisebut dalam banyak hadis. Amalan ini juga merupakan tanda kasih dan sayang kita terhadap Rasulullah tercinta. Mengamalkannya setiap hari dan terutama pada  setiap hari jumaat insyaALLAH rezeki kita juga akan bertambah dan dipermudah (dengan izin Allah)



Hadith Sahih. 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Bacalah selawat kepadaku kerana sesungguhnya bacaan selawat kamu semua dapat sampai kepadaku di mana saja kamu berada .” [ Sila rujuk HR Abu Daud, Riyadus Solihin, 1398, Sahih menurut Imam Nawawi ]

Hadith Sahih.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku),melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [Sila rujuk HR Abu Daud dan Ahmad,Riyadus Solihin -1398,Sahih menurut Imam Nawawi ]


Hadith Sahih.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [Sila rujuk Sahih Muslim-0408]

Hadith Sahih.

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [Sila rujuk HR An-Nasaie-1271 ]


Hadith Sahih.


Abdullah ibnu Masud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Seutama-utama manusia dengan aku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” [Sila rujuk HR At-Tirmizi-0483 dan beliau berkata hadith ini adalah hasan Gharib. Riyadus Salihin -1395 ]


Hadith Sahih.

Hussain bin Ali memberitakan daripada ayahnya Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya mereka berdua) bahawa Rasulullah (selawat Allah dan salam keatasnya) telah bersabda :”apakah tidak lebih baik aku khabarkan kepada kamu tentang orang yang dipandang sebagai manusia yang paling bakhil?”maka kami(para sahabat) menjawab : “Baik benar Rasulullah!” Maka Rasulullah (selawat Allah dan salam ke atasnya) meneruskan: “ Orang yang disebut namaku di hadapannya, maka tiada ia berselawat kepadaku, itulah manusia yang paling bakhil.!”
[Sila rujuk HR At-Tirmizi,Misykat Al-Masbih-3/299,no : 311.Riyadus Salihin -1440. Imam At-Tirmizi berkata hadith ini adalah sahih. Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Ibnu Hibban dan Al-Hakim ]


Hadith Sahih.

Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya) berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.”
[Sila rujuk kitab Al-Mu’jam Al-Ausat oleh Imam Ath-Thabrani. Hadith Hasan]

Hadith Sahih.

Abu Hurairah (semoga Allah meredhainya) berkata,Rasulullah (selawat Allah dan salam keatasnya) telah bersabda : “Tiadalah suatu kaum berada di sesuatu majlis di mana mereka tidaklah menyebut nama Allah dan mereka tidak pula berselawat ke atas Nabi mereka.melainkan mereka pasti akan ditimpai padah(penyesalan). Maka jika Allah kehendaki ,Dia akan seksa mereka ; dan jika Dia kehendaki, Dia akan mengampunkan mereka.” [Sila rujuk HR At-Tirmizi-3440 ]
Di dalam satu riwayat yang lain ,hadith ini di akhiri dengan: “……..mereka akan ditimpa penyesalan di hari Kiamat; sekali pun mereka dapat memasuki syurga bagi pahala amalan-amalan lain yang mereka kerjakan.” [Sila rujuk Musnad Imam Ahmad. Disemak semula sebagai Sahih oleh Imam Al-Hakim, Adz-Dzahabi dan Al-Haitami]



Semoga bermanfaat untuk kita semua


Monday, 7 March 2016

BAGAIMANA REZEKI YANG BERKAT?

08:05 0 Comments






INDIKATOR REZEKI BERKAT

Saya menonton "Tanyalah Ustaz" pagi ini, berkaitan rezeki yang berkat.

Ustaz mengupas tentang dua "K" yang ada di dalam keberkatan rezeki.
Iaitu :-

1) Kerja mesti HALAL.

2) Kerja sungguh-sungguh.

Kerja mesti HALAL merangkumi

a) Perniagaan yang baik.
b) Kerja dengan tangannya sendiri - jangan meminta pada orang. Kerja dengan kudrat sendiri.

Kerja sungguh-sungguh maksud nya jika masuk kerja

1) Masuk on time. Jika masuk pukul 9pagi, masuk pukul 9pagi. Jika 8pagi, 8 pagi dan seterusnya. Bagi yang bekerja sendiri, masa bekerja lebih FLEKSIBEL.

2) sepanjang bekerja jangan curi harta benda pejabat - walaupun sekecil-kecil pen.

3) sepanjang bekerja jangan curi masa sepanjang 8 jam bekerja - walaupun browse internet kecuali time rehat.

4) jangan guna fotostat kat opis untuk fotostat IC anak, bini, suami, mak ayah dan sebagainya.

5) jangan guna printer untuk print resume -- konon nak cari kerja lain. Jangan g

Apabila ada perkara-perkara ini yang kita lakukan,
Allah akan cabut keberkatan itu slow-slow dan perlahan.

Natijahnya --- duit gaji walaupun banyak, kita akan rasa sikit. Ia bagai lalu sekejap je dalam akaun bank.

Bukan itu sahaja, Allah hadirkan pelbagai musibah di dalam hidup kita.

+ Kereta rosak
+ Anak demam, sakit
+ Barang-barang elektrik kat rumah rosak
+ Rumah kena pecah
+ Kereta hilang
+ Kena samun

Nauzubillah. Sebab itu, Allah kata,

Berkat -- adalah sesuatu perkara itu akan mendorong kita membuat kebaikan dan menghalang kita membuat keburukan.

#tanyalahustaz


KLIK SINI
KLIK SINI
KLIK SINI
untuk mengetahui RAHSIA REZEKI MELIMPAH RUAH DAN TIPS LANGSAI HUTANG.



Sunday, 10 January 2016

9 Tanda Kasih Allah Kepada Umat Muhammad

11:01 1 Comments





R E N U N G A N



(sebahagian dari kasih ALLAH kepada Umat Muhammad)



UMUR kita terlalu singkat :

Hingga ALLAH kurniakan Lailatul Qadar untuk menambah umur amal.



UMUR kita terlalu singkat :

ALLAH pinta berSilatulrahim untuk memanjangkannya.



UMUR kita terlalu singkat :

ALLAH kurnia Puasa Enam Syawal seperti berpuasa setahun.



UMUR kita terlalu singkat :

ALLAH kurnia Surah Al-Ikhlas seperti membaca sepertiga Al-Quran.



UMUR kita terlalu singkat :

ALLAH kurnia solat di Masjidil Haram seperti solat 100 ribu lebih di masjid lain.



UMUR kita terlalu singkat :

ALLAH kurnia solat berJemaah 27x lebih dari solat sendirian.



UMUR kita terlalu singkat :

ALLAH kurnia Solat Sunat di rumah 25x lebih dari solat di mata orang.



HIDUP ini terlalu singkat :

ALLAH kurnia Satu Huruf Bacaan Al-Quran dengan 10 pahala.



HIDUP ini terlalu singkat :

ALLAH kurniakan sesiapa yg berAmal Soleh / Bersedekah, meninggalkan ilmu bermanafaat dan tinggalkan anak yg soleh, pahala mengalir ke alam kuburnya.

HIDUP INI TERLALU SINGKAT.. JANGAN SIA-SIAKAN !!!

Friday, 13 November 2015

Sahihkah Apa Yang Kita Sebarkan?

12:05 0 Comments
Dapatkan kepastian sebelum sebarkan

Assalamualaikum.

Alhmdulillah  syukur hari ini masih diberi kesempatan untuk menikmati hari yang super positif.

Apa yang ena nak kongsi dalam entry kali ini adalah berhati hati menyebarkan berita.

Di facebook misalnya terlalu banyak fitnah tersebar...ada fitnah, ada umpatan, ada yg buka aib sendiri, ada yg bukak aib suami dan keluarga..Allahuakbar...tu semua ada bahagian saham akhiratm tak takut ke??

Walaupun kita rasa sesuatu berita tu seolah2  betul...seolah2 je..pada fikiran kita yang terbatas ni..macam logik je..macam betul je..

No no no k
A BIG NO!

Dapatkan kepastian dari orang yang sebarkan atau dari ilmuwan yang kita kenal.

Alhmdulillah, ena berkesempatan menghubungi salah seorang anak murid Tn Guru  Harun Din untuk bertanya kesahihan doa ketika sakit seperti di screenshot di atas.

Ingat ye,

Bertanya sebelum sebarkan.

Semoga bermanfaat!


Saturday, 7 November 2015

4 Konsep Perniagaan Paling Berkesan

10:17 0 Comments




Suka ena nak berkongsi dari kaca mata eorang usahawan sama ada online atau offline. Orang bisnes ni, kergantungan kepada Allah adalah 200%. Apa pon strategi perniagaan gaya barat yang kita laksanakan, kita WAJIB hadikan Allah dalam setipa perilaku kita.


Jadi, ena kongsikan poster KONSEP PERNIAGAAN PALING BERKESAN ni:

  1. Strategi Utama : solat di awal waktu
  2. Marketing Plan : Solat dhuha setiap hari
  3. Investment : Sedeqah
  4. Bisnes Plan: Jaga dan penting aurat




dan yang terakhir..jangan lupa untuk kita entiasa BERTAWAKKAL (serahkan urusan kita 200% kepada Allah) dan BERDOA!



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ
Dari Abu Hurairah r.a katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: 


"Saat seseorang hamba paling dekat dgn Tuhannya adalah ketika sujud, oleh kerana itu perbanyakkanlah berdoa ketika sujud."


( H.R Muslim, hadis No. 1428 - Riyadus Solihin jilid 2.)



semoga bermanfaat
selamat beramal

dan

goodluck semua usahawan dunia dan akhirat!

Wednesday, 4 November 2015

Website Ini Berikan Anda Ayat Al Quran berdasarkan Emosi Anda!

08:38 0 Comments

Assalamualaikum.

Masa fbwalking tadi, ena ternampak post Maria Hj Abas.

Di mana beliau berkongsi satu website yang memberikan ayat Al Quran yang berkaitan dengan emosi kita.

Ena dah cuba, ena pilih emosi 'determined' dan satu ayat akan keluar..wahhh terasa seperti ada orang sedang bagi motivasi pagi pada kita

Menarik bukan?

Cubalah!

Sunday, 1 November 2015

Tips Khas Buat Wanita Yang Tidak Dapat Solat Tapi Nak Mengaji AQ

14:39 0 Comments

Assalamualaikum


Entry ni khusus ena nak kongsikan terutama buat wanita yang berhadas besar (haid/nifas), para bujangan dan suami2/ayah pon boleh juga ambil tahu , esok2 boleh la ajarkan para isteri pula;)


Ena tergerak hati nak kongsikan ilmu ini untuk membantu para ibu yang dalam pantang dan nifas yang panjang. Haid biasanya dalam 1 minggu macam tu kan, lebih kurang la tapi nifas lama, boleh sapai 60 hari. Bayangkan 60 hari tak mengaji Al Quran. Memang rasa kosong je hidup ni kan. 


Tu yang macam-macam kes sekarang ni. Terbaru, kes ibu yang baru bersalin 10 hari maut selepas terjun dari apartment beliau akibat mengalami kemurungan. Benda-benda macam ni kita nak elak daripada berlaku. Hati yang keras dan kotor mudah digoda dengan bisikan syaitan. Nak mengaji tak boleh pula kan..solat lagi tak boleh.


Lagi pilu setiap kali Jumaat, kawan2 facebook duk update and remind kita supaya baca surah Al Kahfi. Apa perasaan wanita yang sedang haid/nifas? 



"Tidak menyentuhnya (al-quran) kecuali orang-orang yang suci "


Ayat ini membawa perintah larangan keras kerana turut disokong oleh hadis Nabi yang bermaksud: 


“ Jangan menyentuh al-Al-Quran melainkan oleh orang-orang yang suci bersih”



Ulama-ulama Mazhab Syafi’e menetapkan bahawa orang yang berhadas haram memikul atau membawa al-Quran dan menyentuh kertas atau kulit al-Quran yang bersambung dengannya . Begitu juga, jika ditulis ayat-ayat al-Quran di atas kertas atau papan hitam untuk tujuan pembelajaran Al-Quran walaupun dengan menggunakan kain atau pelapik/pengalas, tetap diharamkan tanpa kecuali kerana menjaga kehormatan Al-Quran.
 (sumber)





Al Quran terjemahan (digital)


Tips yang ena nak kongsikan kepada wanita yang sedang haid/nifas yg nak mengaji adalah MEMBACA TAFSIR AL QURAN sama ada mushaf terjemahan fizikal atau digital ( seperti gambar di atas) .



Ulama-ulama Mazhab Syafi’e juga membolehkan umat Islam membawa, memegang dan membaca kitab al-Al-Quran bertafsir yang mana kandungan tafsirnya lebih banyak daripada ayat-ayat al-Al-Quran. Sekiranya kandungan tafsir dan kandungan ayat al-Quran adalah bersamaan dari sudut kuantitinya maka hukumnya adalah makruh dan sekiranya ayat al-Quran lebih banyak daripada tafsirannya, maka hukumnya menjadi haram kembali.






Mudah sangat sekarang kan, boleh download aplikasi terjemahan AQ yang kita suka. Ena suka aplikasi Terjemahan Bahasa Melayu yang ada penanda. Maksudnya kita boleh tanda ayat last yang kita baca dan boleh sambung baca semula bila free.


Jom ena share aplikasi AQ digital yang ena guna. (rujuk gambar kat bawah ni ye)



Ena suka apps ni (dalam kotak merah) Ni untuk Android ye, kalau iphone ena tak tahu applicable ke tak.

semoga bermanfaat,

have a nice day ahead!

Friday, 2 October 2015

Solat Dhuha 12 Rakaat?

08:30 0 Comments



Assalamualaikum.



Ilmu yang bermanfaat yang ena rasa patot untuk disebarkan. Semoga ia bermanfaat kepada kita semua.



Nak kongsi satu amalan menjemput rezeki iaitu mengamalkan solat sunat Dhuha.



Al-Jumu`ah:11 : - 

Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:" Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.



Perkongsian dari kawan positif :

***

Ini mungkin membantu anda untuk buat Duha 12 rakaat.


#1. Kelebihan




Pengalaman saya 12 rakaat Duha memang super power. Memang dapat feel rezeki datang mengejar kita. Takkan dapat rasa kalau tak buat!


Confident dalam buat apa perkara. Dapat ilmu baru dengan pantas dan inshaAllah dapat partner yang tepat.


.

#2 Cara saya buat



- Seawal pagi kira-kira 100 minit selepas masuknya waktu subuh atau 15 minit selepas syuruk atau saat anda lihat matahari pagi sedang menyala masuk ke celah-celah ruang rumah.



Biasa ambil masa dalam 15 minit. Tak lama mana pun. Kalau kita boleh layan wasap sampai 1,2 jam takkan 15 minit untuk tarik rezeki kita tak bole buat. Kan? (Nak buat 2 rakaat tak masalah tapi feel dia tak sama langsung dengan 12 rakaat + awal pagi)



12 rakaat sama macam buat solat tarawih. setiap 2 rakaat 1 salam. Bermakna ada 6 salam.



- Rakaat pertama surah Ad Duha dan rakaat kedua surah Al Asr 


Rakaat ketiga sampai rakaat ke 12 baca surah Al Fiil menurun sampai ke An Nas. Saya buat begini supaya saya tidak lupa bilangan rakaat yang saya buat (saya juga insan yg lalai dalam solat)




Sujud akhir (rakaat ke 12) saya baca Al Wahab 40x (rujukan daripada kitab Hisni Hasin) fadhilatnya Allah akan beri rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka.



Habis solat saya istighfar 3x dan baca Al Basit 10x kemudian sapukan pada wajah (juga rujukan kitab Hisni Hasin) dan disambung dengan doa solat Duha.



#3 Doa saya



InshaAllah ini perkongsian saya. Mudah-mudah anda yang membaca dapat amal dan sampaikan. Saya akan doakan anda dalam Duha saya menjadi orang yang penuh keberkatan, kekayaan dan kebaikan.



Share & sebarkan manfaat.

-Kredit-Inchek Zarepp

***


Al-Jumu`ah:10 : - 

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Monday, 7 September 2015

Petua Tenangkan Hati, Hilangkan Sedih dan Stress;)

19:17 0 Comments
Tiada daya upaya melainkan dengan izin Mu Ya Allah Yang Maha Tinggi Lagi Agung


Assalamualaikum


Harini berlaku beberapa perkara yang mengguris hati makyong ni;)..terguris sampai 'banjir' skali, bukan terguris yang biasa2 tu....hihi... maklumlah dah dekat nak due ni jadi emo terlebih lebih pulak...



Apa-apa pon, emosi kita ni kadang kadang tak boleh nak expect. Happy, sedih, marah, teruja, geram, dengki dan macam macam lagi.



Emosi yang kurang baik sebenarnya kita boleh control tau. Supaya ia tidak memakan diri atau mengundang masalah yang lebih buruk lagi.



Macam mana ena kawal emosi sedih ena harini adalah dengan membaca zikir LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH..banyak3 kali. Ena tak kira pon berapa. Main sebut je ikut suka hati. Yang ena tahu ena nak kembali kepada emosi asal, emosi happy dan bahagia.



Sambil zikir tu ena praktikkan ilmu yang ena dapat dari buku B.A.D ( bertanya Allah Dulu). Dalam erti kata mudah, ena 'berdialog' dengan Allah. Bukan monolog tapi berdialog. Kalau nak tahu macam mana cara nk berdialog ni.haaaa kene la beli buku ni..ena beli dari fb Arbee Ali. Ena tak jual, kalau nak beli, boleh hubungi Arbee Ali tu ye.



Alhamdulillah...kejap je tak sampai 10 minit..memang terasa HATI LEBIH TENANG..alhmdulillah.



so ena sarankan supaya sahabat ena semua, jika sedih/marah/dengki/tersangka buruk pada orang lain, cepat2 ZIKRULLAH (ingat Allah) tau.



atau,


peniaga2 online/offline yang sedih sale merudum ke, ada orang 'curi' customer ke..apa2 saje lah yang buatkan anda marah/sedih. senyum je k..senyum lebar2 sambil berzikir. Zikrullah merupakan terapi dalaman yang paling molek dan mujarab sekali untuk ubati penyakit hati;)


Bukan apa, emosi kurang baik ni, syaitan mudah sangat kuasai HATI kita.. so cepat2 'lari' dari perhatian dan godaan syaitan yang lebih buruk  lagi..istighfar dan zikir pada Allah banyak2 deh.




semoga bermanfaat


till then



Friday, 4 September 2015

Antara Tuhan duit (Dunia) & Tuhan Allah.

08:47 4 Comments


Assalamualaikum

Kredit to sahabat ena : Saffuwan dhuha , yang berkongsi tazkirah ni dengan ena. Alhamdulillah sahabat yang baik adalah sahabat yang mengingatkan kita kepada HAL YANG BENAR. Manakala sahabat yang sebaliknya, seringkali sinis dan skeptikal ( bersangka kurang baik) terhadap kawannya .


Yang mana satu kita?


Tepuk dada tanya lah iman.


Jom kita amati tulisan kiriman dari sahabat ena ini:

*****



Antara Tuhan duit (Dunia) & Tuhan Allah.


Allah hanya SATU (AHAD); selain Allah tak ada tuhan yg lain. Demikian juga dalam ubudiah (sembahan) hanya pada tuhan yang ESA. Dalam hati manusia TAK boleh ada DUA sembahan; maksudnya kalau ada tuhan Allah "tuhan dunia" kena keluar (pada hakikatnya "dunia" bukan tuhan kerana selain Allah semuanya makhluk).



"TUHAN" ialah sesuatu yg disembah manusia boleh jadi berhala, dunia, $$$$$, ££££ dsbnya. Yg manusia itu sembah pastilah yg di percayainya atau yg diyakininya. Cthnya bila diajak kpd mencari duit maka bersemangat gila malahan berkobar2 hingga sanggup berkorban kerja yg lain demi duit....malam pun tak pe....tengah mlm pun tak pe. Itulah yg dikatakan "keinginan" & kepercayaannya kerana terbit rasa cinta dan kasih kpd mendapatkan duit.




"Sape yg tak nak duit bang, tak usah bohonglah".........




Tetapi bila diajak ke arah beribadat di masjid di kuliah2 ilmu akhirat terus hilang semangat, rasa lemah tubuh, longlai. ...lalu muncullah seribu satu alasan karut marut utk elak daripada hadir majlis2 ilmu atau kuliah2 ilmu. Itu belum lagi diajak utk duduk beriktikaf di dlm mesjid.......menggelupor nak lari...demikian sedikit cth....



Maka "percaya" atau "yaqin" kpd apa2 shj yg disembah melahirkan rasa CINTA/KASIH, langsung dipraktikkannya. Kalau cintanya pada duit atau harta itu tinggi pastilah akan diikuti dgn usahanya yg sungguh2; demikian juga org yg beriman kpd Allah, cinta mereka juga tinggi yakni terus berusaha mencari, mengenal dan mendekatkan diri kpd Allah yg dicintainya itu melalui sebanyak munkin amal soleh agar menjadi bekalan di akhirat.



 Ahli dunia yg cinta dunia dan harta pun sama juga berkejaran ke sana sini mencari keuntungan mengumpulkan harta sebanyak mungkin utk ke mana........?



Demikianlah kisah cinta kpd yg dicintainya. Manusia sanggup berbuat apa shj asalkan puas hatinya yg sebenarnya hatinya itu tidak pernah puas puas.



Carilah dunia utk akhirat. Rezeki yg boleh menolong manusia di dunia dan diakhirat ialah rezeqi yg bersifat HALALAN THOYYIBA; kerana rezeqi yg SYUBHAT & HARAM akan menjauhkan manusia dari keinginannya utk kembali kpd Tuhan-Nya.



Jadi jangan sembah "rezeqi" duit kerana dia bukan tuhan sbb itu ada ADAB2 dlm mencari rezeqi. Nak dpt rezeqi yg Allah redho kena cari dgn Iman dan taqwa bukan dgn ketamakan NAFSU yg bergelegak spt air mendidih.




Harta atau pendapatan yg "syubhat" & "haram" tak dpt di pegang lama2 kerana ia sebahagian drpd "kepanasan" api (neraka)....kerana ia akan terbakar dan turut membakar (memusnahkan) org yg memegang / menyimpannya.




Biznes yg syubhat dan haram tak pernah bertahan lama jika ia dijalankan oleh org2 Islam unless bagi org2 kapir kerana jika ia muslim biz itu pasti binasa (kerana mencampur adukkan halal & haram);



...."kerana jikalaulah DUNIA itu bernilai sebesar sayap nyamuk pastilah Allah akan berikan kpd org Islam" (al-hadis); tapi kerana tak ada nilai lalu Allah beri kpd org kapir agar mereka sentiasa tertipu dgn dunia itu.




Banyak sudah cth2 yg berlaku samaada melibatkan duit rasuah, riba, saham, sistem perniagaan yg tidak comply syariah dsbnya. Jgn habiskan masa bernilai membuat kerja yg kabur dan tidak berfaedah.....seronok hanya sekejap saja sekadar memuaskan nafsi2 semata2.




Maka ISTIKHARAHLAH dahulu sebelum memulakan apa2 pekerjaan atau biz supaya Allah beri petunjuk Halal, Syubhat atau Haram agar wang yg diperolehi itu menjadi bekalan (vehicle) syurga bukan ke neraka.




Apakah Allah tidak berikan kpd org islam kekayaan dan kesenangan? Tidak begitu......tetapi setiap perniagaan org Islam harus mengikuti sistem perniagaan berasaskan SYARIAH dan pasti mereka berjaya...tapi harus punya ilmu syariah biznes bukan main terjah sahaja!


Berusahalah menuju kejayaan perniagaan di dunia ini.



Manusia bila sihat sukar ingat Allah hanya apabila sakit, tua, ditimpa bala baru mereka ingat Allah.



Jadi jangan tunggu saat2 itu utk beribadah dan berubudiah kpd Allah. Mulailah langkah2 terbaik dgn membawa Iman Islam dan Ihsan dalam kehidupan mu kerana itulah penyelamat. Jgn bersangka buruk dlm hati mu. Ingatlah Allah bersifat Rahman lagi Rahim. Kenapa tidak kembali kpdNya!



TAZKIRAH
USTAZ AHMAD TAJUDDIN
FOUNDER OF IMP


*****

Semoga bermanfaat buat pengunjung blog ena.


Salam Jumaat,

Selamat bekerja dan beribadah..

(Banyakkan selawat ke atas Nabi SAW hari ni jom)

Thursday, 3 September 2015

10 Amalan-amalan Zikir dan Fadhilatnya yang Hebat!

18:53 0 Comments





Assalamualaikum

Apa khabar semua..tengah istirehat ke tu?

Ena nak kongsi ilmu yang ena dapat dari FB : Ali Russia


Insyallah - Amalkan dan Kongsikan


Syeikh Bhai Haji Abdul Wahab menganjurkan kepada mereka yang membuat Usaha Agama dan umat agar...

YANG PERTAMA:

LAA ILAAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNII KUNTU MINAZ ZOLIMIN

Dibaca 300x sehari atau
Dibaca 1000x sehari

Fadhilah:
Dimudahkan untuk cari tasykilan, dimudahkan untuk gerakkan umat dalam dakwah dan Allah akan selesaikan masalah infiradi dan ijtima’i


YANG KEDUA:

HASBUNALLAHI
WA NI’MAL WAKIL

313x sehari

Fadhilah :
Allah akan robah asbab musibah jadi rahmat dan asbab kebinasaan jadi kemuliaan

YANG KETIGA:

SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI SUBHANALLAHIL ‘ADZIM ASTAGHFIRULLAH

Dibaca 100x
di antara waktu azan dan iqamat salat subuh

Fadhilah:
Dunia akan datang kepada pembacanya dalam keadaan menunduk.

YANG KEEMPAT:

Masuk rumah ucapkan

SELAWAT 3x
AL IKHLAS 3x

Fadhilah:
Dimudahkan untuk bayar hutang, asbab ketenteraman diri dan keluarga, dan ekonomi akan dimudahkan.

YANG KELIMA:

Sesudah Solat Jumaat bacalah

AL FATIHAH 7x
AL IKHLAS 7x
AL FALAQ 7x
ANNAS 7x

Fadhilah:
Keburukan kita akan ditutupi oleh Allah, sehingga yang tampak hanya kebaikan saja.

YANG KEENAM:

Baca TA’AWUDZ 10x
setiap pagi dan petang.

(auzubillahi minasyaitonirrajim)

Fadhilah:
Akan dilindungi dari godaan syaitan sepanjang hari itu.

YANG KETUJUH:

Baca AYAT KURSI
setiap selesai salat fardhu.

Fadhilah:
Dimudahkan ketika sakaratul maut, mati tanpa perantara.

YANG KELAPAN:

Baca
S. AL IKHLAS 3x
S. AL FALAQ 3x
S. AN NAAS 3x

Fadhilah:
Dijauhkan dari bencana dan kesusahan.

YANG KESEMBILAN:

Baca SURAH YAASIN
setiap pagi dan petang

Fadhilah:
Dicukupi keperluan dunia dan akhirat, serta ditunaikan seluruh hajatnya.

YANG KESEPULUH:

Baca AL IKHLAS 200x
Setiap hari

Fadhilah :

• Allah tutupi 300 pintu musibah dan

• Allah akan buka 300 pintu rahmat dan

• Rezeki yang penuh kemuliaan dan

• Datangnya tidak disangka-sangka

• Diberi ilmu dan kesabaran langsung dari Allah swt.

• Diampuni dosa-dosanya

• Dapat pahala 200 rakaat salat sunat dan

• Pahala seperti khatamkan Al Quran 66x.

• Dibangunkan 20 istana. 1 Istana ada 70 bidadari dan 80 ribu pelayan dan ratunya adalah isteri kita.

• Ketika mati, kita akan disolatkan oleh 110 ribu malaikat...




Siapa yg berzikir hidup di sisi allah swt manakala yg tidak berzikir mati disisi allah swt

Tasbih amalkan simpan selalu dalam poket atau kenderaan selalu dengan kita insyaallah boleh kita berzikir kerana setiap saat tu sangat2 berharga.

AZAM UNTUK KITA AMALKAN


Niat amal dan sampaikan Insyaallah


alhamdulillah...best sangat fadhilatnya kan...jom rajinkan diri beramal dan sebarkan ilmu.


semoga bermanfaat

Sunday, 30 August 2015

Stress : Nak Mengadu Pada Siapa?

12:23 2 Comments


Assalamualaikum

Ramai mengadu stress.
Ramai mengadu letih
Ramai mengadu tak cukup masa
Ramai mengadu tak cukup wang!
Ramai mengadu banyak hutang
Ramai mengadu anak degil
Ramai mengadu tak ada anak


.
Hakikatnya stiap apa yg berlaku adalah datang dari KITA SENDIRI..kita yg zalim pada diri sendiri.


.
'Dan apa jua yg menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagiam daripada dosa kamu'
(surah asy-syura 42: ayat 30)


.
====
Rezeki pagi ni , dapat ilmu dari bacaan buku yang sgt2 awesome ni....mesti abeskan baca secepat mungkin..dan yg penting TERUS PRAKTIK dan SEBARKAN ilmu yg dapat .
====
.


Bila bercerita kat orang..mengadu kat orang 24 jam..pasti orang rimas kan..try la cerita kat mak 24 jam..try la cerita mengadu kt suami 24 jam..try la 24jam cerita mengadu pada kawan baik.....24 jam ye bukan 22 jam bukan 20 jam;)rasa ena kalau kata kita mengadu 10 jam nonstop pon orang dah panas dh dgn kita kan.. x reti nak stop ke..hihi


.
Sudahnya...orang akan sakit hati dgn kita..lebih teruk kalau jadi berbalahan pula di akhirnya.

.
BERBEZA sekali jika mengadu pada Allah..Allah sentiaaaasa bersedia mendengar setiap luahan hati kita..malah, lepas 'mengadu' HATI KITA PULA JADI TENANG.



Hebat bukan?


.
Jadi, apa saje kesulitan, masalah..ADU KAN pada Yang Maha Kuasa..bukan pada manusia.
ALLAH DAHULU...di awal dan juga di akhir.


.
Pesan ustaz ena di kelas..biasakan yang betul, betulkan yang biasa;)



;)

Thursday, 27 August 2015

Kita Hanya Menumpang Hidup Di Bumi...

23:03 0 Comments

Assalamualaikum semua

Buat apa tu.

Dah baca Al quran harini?

Dah baca TERJEMAHAN AQ?

Peringatan untuk diri ena juga ni, dalam sehari..WAJIBKAN diri untuk baca AQ walau 1 ayat , beserta TERJEMAHAN.


Berpuluh tahun kita ngaji AQ tapi tak faham makna...sebab tu hidup ni asyik kejar dunia..sebab tak faham ISI AQ. Padahal Allah dah kata, kejar akhirat, maka dunia mengejar mu.jika kejar dunia, akhirat jauhhhh meninggalkan mu.


Sama2 kita praktikkan ye..


****

Ena baru je sampai rumah..lepas buat pengeposan barang yang di order customer harini di postlaju  , then laju2 makan and now attend online kelas.



Malam ni topik berkenaan blog..seronok sgt2 kelas santai2 gini..samapi golek2 kat katil je..sambil BF anak syurga ,pon boleh menimba ilmu;)



Yg penting adalah KEMAHUAN DIRI SENDIRI;)




DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.