Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Showing posts with label Sustain Released Vita C. Show all posts
Showing posts with label Sustain Released Vita C. Show all posts

Saturday, 7 October 2017

FREE Vitamin C Plus- Promo October 2017

12:20 0 Comments


FREE Vitamin C Plus- Promo October 2017






Teruja sangat dengan promo ni, mudah sangat syaratnya hanya daftarkan 3 ahli baru di bawah kita yang buat belian 100uv setiap orang dan kita layak dapat FREE vitamin C shaklee yang sangat ohsem tu , harga nya RM97.50 tau!

Haishh, dekat RM 100 tuuu, dah la tahan sampai 6 bulan

ok pengsan sebab best sangat promo ;)

Oktober 2017 je tau!



Jadi Ahli di bawah team kekna iaitu Our Precious Empire dan nikmati peluang peluang promosi serta reward hebat bulanan untuk ahli berdaftar sahaja






Your Certified Shaklee Product Consultant:
Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap:
http://KedaiVitaminBangiKajangPutrajaya.wasap.my atau http://Kekna.wasap.my
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia





Sunday, 22 May 2016

3 Tips Putihkan Muka Secara Alami

15:12 0 Comments
3 Tips Putihkan Wajah Secara Alami | Assalamualaikum. 3 tips ni mudah sangat, jom kita sama2 buat dengan konsisten. tak perlu risau kerana bahan yang digunakan semua nya semulajadi je tau tiada bahan kimia yang merbahaya pun;)

Tips #1

Bahan bahan: 

1 batang Timun, Bedak sejuk, 1/2 Limau nipis


Campurkan Timun yang di parut, bedak sejuk dan perahan lima nipis. Sapu pada wajah sebagai masker. Setelah kering, boleh la dicuci dengan air bersih. InsyaALLAH jika rajin dan konsisten buat tiap tiap malam, kulit wajah jadi putih dan bebas jerawat juga ;)


Tips #2

Bahan bahan:

Daun lidah buaya


Sapu rata gel dari daun lidah buaya pada wajah 2 kali sehari. Setelah kering, cuci bersih dengan air suam dan lap dengan kain yang bersih



Tips #3

Bahan bahan:

Lobak, Telur kuning dan Limau nipis

Parut lobak dan campurkan dengan kuning telur dan limau nipis. Sapu pada wajah sebagai masker unutk 30 minit. Setelah masker kering, cuci dengan air bersih. Hasilnya wajah lebih putih dan berseri, rajin2 buat selalu tau!


Kredit: Petua Nenek


Selain tips luaran, Ena nak cadangkan supaya mengamalkan tips tips untuk cantik dari dalam juga iaitu dengan pengambilan vitamin yang terbukti selamat, berkesan dan semulajadi. Sel2 badan yang sihat dan cukup nutrisi menyerlahkan lagi kecantikkan kulit kita dan wajah yang berseri seri. Lagipon tidak lama lagi, kita akan menyambut Hari Lebaran, Hari raya Aidilfitri





CADANGAN SET GLOWING RAYA



(A). Bajet


🌽Vita C

1 tablet mengandungi 500mg Vitamin C (bersamaan nutrisi 7 biji oren) yang dilepaskan jam demi jam ("Sustained Release"). Penting dalam membantu pembentukan kolagen, melindungi kulit daripada sinaran UV matahari yang memudaratkan, membantu menyembuhkan kulit yang rosak, mengurangkan kedutan.




(B). Popular



🌽Vita C

1 tablet mengandungi 500mg Vitamin C (bersamaan nutrisi 7 biji oren) yang dilepaskan jam demi jam ("Sustained Release"). Penting dalam membantu pembentukan kolagen, melindungi kulit daripada sinaran UV matahari yang memudaratkan, membantu menyembuhkan kulit yang rosak, mengurangkan kedutan.

🌾 Energizing Soy Protein (ESP)

Sumber protein soya yang tidak diubah genetiknya. 20 jenis asid amino dalam ESP perlu untuk bina sel dan tisu baru pada kulit yang rosak, membuatkan kulit menjadi sekata dan tidak kusam.



(B). Optimum ✅



🌽Vita C

1 tablet mengandungi 500mg Vitamin C (bersamaan nutrisi 7 biji oren) yang dilepaskan jam demi jam ("Sustained Release"). Penting dalam membantu pembentukan kolagen, melindungi kulit daripada sinaran UV matahari yang memudaratkan, membantu menyembuhkan kulit yang rosak, mengurangkan kedutan.

🌾 Energizing Soy Protein (ESP)

Sumber protein soya yang tidak diubah genetiknya. 20 jenis asid amino dalam ESP perlu untuk bina sel dan tisu baru pada kulit yang rosak, membuatkan kulit menjadi sekata dan tidak kusam.


💅🏻Vita E

Vitamin E berfungsi untuk menghalang radikal bebas daripada badan, yang memainkan peranan besar dalam proses penuaan. Jika kita boleh melawan radikal bebas, maka kita boleh mengurangkan kedutan dan menjadikan kulit kelihatan muda.





Nak cuba Set Glowing Raya dan Kekal berseri seri di sepanjang hari raya, hubungi ena untuk tempahan atau konsultasi ye

sehingga berjumpa lagi di lain entry


Your Beauty & Health Consultant ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia





Sunday, 24 January 2016

Testimoni Vivix : Diabetes Kronik , Bacaan Gula dari 28 ke 5.7!

11:55 0 Comments



Assalamualaikum,


Ni cerita sambungan tau..ingat lagi kisah yang ena kongsikan di SINI. Masa tu paling rendah bacaan gula ibu nya yang mengidap diabetes adalah 6.7.


tapi hari ini.......


Berita gembira di pagi hari
------

Bacaan kencing manis mak saya pagi ni. Alhamdulillah.


Ini adalah antara suplimen yang di amalkan:

Vivix
Omega Guard
Vita C
Ostematrix

Bacaan pernah cecah 28.
11-14 tu biasa.

Mak Hafiz Juniza ❤


Untuk mencuba ikhtiar sembuh dari diabetes, boleh hubungi ena:
013 357 3153



Friday, 4 December 2015

''Bila Tengok Wife Makan Vitamin C Hari-hari Tengok Makin Cantik Je.."

09:55 0 Comments

KREDIT PIC : PAPAGLAMZ




Testimoni PAPAGLAMZ ..


"bila tengok wife makan vitamin C hari-hari tengok makin cantik je.."


Kalini Testimoni dari kaca mata seorang lelaki yang wifenya makan vit shaklee.uoll mana2 yg dlm ni seorang wife.. amalkanlah vitamin shaklee ni... hhihiih.JOOM BACA
----------------------------------



"kali ni Papaglamz nak sharing testimoni Shaklee. Ni testi wife sendiri la. Senang. Depan mata kita nampak. Nak tipu pun buat ape kan? Bukan dapat manfaat. Lagi berdosa ade la kn kn kn kn.. Hehehe..



Papaglamz start kenal Shaklee ni dari kawan. Masa tu wife nak bersalin anak kami yang sulung. Nak tunjuk keROMANTISAN diri la kononnye cari kan Shaklee.



Sebab ramai org cakap terbaek, terelok kau memang da bomb Shaklee ni. So, dapat la Papaglamz beli FULL set berpantang. Full set okay. Nampak tak Papaglamz sayang wife ketat-ketat. Hahaha.




Full set tu ade la ENERGIZING SOY PROTEIN, Vitamin C, B-complex, Vita-lea, Zinc, dan Alfalfa. Lepas je bersalin wife Papaglamz pun makan la kesemua Vitamin yang Papaglamz belikan tu. Ni Papaglamz nak cerita.



First week lepas consume semua tu, tetibe mak bidan yang mengurut wife Papaglamz tu puji yang rahim wife cepatnye mengecut. Yela die bidan kan die tau la macam mana rahim kecut atau pun tak kan? Siap gurau-gurau manje lagi dengan Papaglamz



 "UNTUNG KO FAIZAL RAHIM CEPAT KECUT". 



Ok kat sini Papaglamz terkesima. Kenapakah aku yang beruntung? (Budget-budget otak ni suci murni kan). Hehehehe. Bila dah abes pantang baru Papaglamz faham. 



Ni tips, kalau nak bagi wife tu sihat sepenuhnya anda ayah-ayah sila la berpantang juga selama 100 hari. Faham bagus, tak faham dah. Hahahaha Ok habis bab ni.



Ni pasal penyusuan. Alhamdulillah anak Papaglamz dah berumur 8 bulan masih lagi menysu ibu die. Rezeki die tuhan nak bagi kan. Walaupun wife Papaglamz tu kurus. Boleh bayangkan beratnya cuma 38, dah la tak duduk sama ngan Papaglamz.



 Bila tak duduk sama ni macam-macam la emosi ibu ni. Dengan tak lalu nak makanye la, makan yang tak tetap. Ditambah ngan kerja lagi. Haa kat sini peranan suami tu penting. Bagi support yang terbaik. Papaglamz suruh teruskan makan Shaklee. Dan Alhamdulillah. Die dapat menempuh hidup bersama anak walau jauh di sisi Papaglamz.



Ni lagi Papaglamz nak cerita. Pasal anak pulak. Yela, bila baby minum susu ibu ni, ape yang ibu tu makan for sure la kan baby akan makan sekali. 


Haaa ni nak habaq mai. Selama umur 8 bulan ni Alhamdulillah sehat. Demam sekali je masa tu umur 7 bulan sebab ibu die makan seafood banyak sangat then alah merah-merah sampai demam. Nasib baik time tu tengah cuti sekolah, wife bercuti duduk dengan Papaglamz.


 Mungkin vitamin yang wife Papaglamz makan tu Imtiyaz pun dapat jugak tu yang sistem pertahanan badan die pun kuat.



Haaa ni last, bila tgk wife makan vitamin C hari-hari tengok makin cantik je Papaglamz tengok.



So, Papaglamz pun curi-curi makan jugakz. Sekarang ni Papaglamz makan Vitamin C, Alfalfa dan ESP. Alhamdulillah. Hidung tak la gatal-gatal. Dah jarang. "Performance" dengan wife pun subhanallah Allah sahaja yang tahu. Hehehe.



Jadi, kami sekeluarga masih lagi mengamalkan pengambilan vitamin dari Shaklee ni. Di tambah pula Papaglamz sekarang ni jadi SID, tiap2 bulan la usha-usha vitamin ape yang nak di beli. Sebab murah beb..!!! 


Hahaha. Ok itu sahaja.


HIDUP SIHAT IBADAH CEMERLANG


-sekian-
------------------------------------------------------------


tu sharing testimoni dari kaca mata seorang lelaki yang wifenya makan vit shaklee. haaaaaa mahaii tu.. uoll mana2 yg dlm ni seorang wife.. amalkanlah vitamin shaklee ni... hhihiih.. tq papaglamz for sharing



alhamdulillah

seronok kan bila suami sendiri dapat lihat dan rasa perubahan POSITIF pada kesihatan  isterinya

anda mahu isteri anda cuba set berpantang shaklee?

insyaALLAH ena boleh bantu yang terbaik

Your Health & Beauty Consultant,
-ENA-
013 357 3153


Saturday, 14 November 2015

Milk Booster Terhebat Di Dunia?

15:09 0 Comments

Assalamualaikum


Biasa kita dengar dan memang semua orang tahu, collagen sinonim dengan kecantikkan kulit kan

TAPI,

Tahukah anda collagen juga merupakan salah satu milk booster atau penggalak susu ibu.


Bukan ena suka-suka je clain tau, ini berdasarkan testimoni dari seorang pengguna. Jom kita ikuti apa kata beliau


Shaklee Collagen Powder sebagai milk booster



Banyak-banyak milk booster dalam dunia penyusuan saya, Shaklee Collagen Powder terbukti hebat. 


Kebanyakkan yang dijual secara online ifa dah cuba. Jalan buntu ditemui. Tapi dengan Shaklee Collagen Powder, seawal 5 hari dah nampak kesan.


Kalau yang dalam pantang of course lagi cepat kesannya. Saya cuba semasa baby dah 5 bulan.


-Puan Mazlifah-


Selain sebagai milk booster, gabungan Vita C dan Vita E serta Collagen Powder memberi effect yang superb kepada kecantikkan wajah dari dalam dan luar.

Alhamdulillah

ena kira, ini berita gembira buat ibu-ibu yang mencari solusi untuk ikhtiar menambah susu badan buat anak-anak tercinta.


nak cuba Shaklee Collagen Powder hari ini?

insyaALLAH ena bantu dan bimbing anda,

ENA
013 357 3153



Tuesday, 10 November 2015

Ambil Vitamin C untuk Imunisasi, Tiba-tiba Rabun dan Silau Pon Hilang !

09:47 3 Comments




Sebelum ni Ainur dah setahun pakai cermin mata sebab rabun + silau. Masa register Member Shaklee, bonus bulan 1st Ainur consume Vitamin C + Omega Guard (sumbangan my friends) terus hilang rabun dan silau Ainur.


#ShakleeEffect sangat sebab Ainur consume Vitamin C sebab nak tingkatkan imunisasi Ainur sebab Ainur mudah diserang demam yang berpanjangan sehingga melarat ke 2 minggu.


 Dan setiap kali demam tu lah Ainur kena ambil darah. Sebulan sekali Ainur akan demam. Fuhhh! Memang low betul imunisasi. Sabar jee lah



So untuk Omega Guard tu kebetulan my friends bagi. Alhamdulillah. Bila Ainur google, wahhhhhh! Banyak ni kelebihannya. Antara yang paling best adalah berat badan turun bertingkek2


Heeee.
Terasa sangat peha semakin kecil, dan selulit pun berkurangan dan of course semakin cergas selepas pengambilan 2 supplement ni.


Alhamdulillah. Bnyak perubahan yang berlaku masa tu. Lagi-lagi bila dapat tanggalkan cermin mata selepas consume selama 1 bulan. Weeee! Kemain happy lagi. So Ainur just pakai spect only one year sahaja

-Puan Ainur-

****


Kesimpulannya, Puan Ainur hanya pakai spek selama 1 tahu sahaja iaitu selepas pengambilan Vitamin C dan Omega Guard shaklee. Antara effect lain yang dialami Puan Ainur ialah:


  • rabun dan silau hilang
  • imuniti meningkat
  • berat badan turun
  • peha semakin mengecil
  • selulit berkurangan
  • semakin cergas



Seronoknya, baca perkongsian Puan Ainur ni, kita turut teruja skali kan. Apa taknya, leceh tau pakai spek. Nak pakai contact lense lagi lah leceh.hihi


so, anda nak cuba 2 suplimen hebat ni?

jangan malu segan, hubungi health consultant anda hari ini juga, tambahan pula, bulan ni ada PROMOSI VITA C tau

Ena,
013 357 3153

Monday, 9 November 2015

Rahsia Hilangkan Jerawat Teruk Sejak 10 Tahun Lepas. Bonus -Wajah Makin Glowing!

11:28 0 Comments
Testimoni jerawat semakin pudar dan hilang oleh Puan Nadiah Othman.


Assalamualaikum


Perempuan memang sensitif dengan jerawat di muka. Percaya tak kalau ena kata, jerawat pada wajah mengurangkan keyakinan diri? hanya yang merasa je tahu hakikat ini;)


Jadi tidak hairan lah wanita-wanita yang mengalami masalah jerawat di luar sana sanggup berhabis ratusan malah ribuan ringgit untuk kelihatan cantik,cerah dan yang penting, bebas jerawat!


Suka ena nak share dengan uols, satu testimoni hebat dari Puan Nadiah, bagaimana beliau hilangkan masalah jerawat yang beliau alami sejak 10 tahun lepas. Lama kan 10 tahun tu.


****

Puan Nadiah Othman:

Sejak di bangku sekolah lagi nad ada masalah jerawat. makin lama makin teruk. dah guna macam-macam produk kecantikan ,


dan pergi banyak pusat-pusat kecantikan, kesannya "indah khabar dari rupa". Lepas tu, senior uitm nad , kenalkan vitamin shaklee utk kulit berjerawat.


Nad start dengan vitamin E, b complex & vitamin C. Kemudian lepas sebulan tambah esp.


Alhamdulillah kesan perubahan boleh nampak dari seawal 1-2 bulan. Untuk jerawat kecut sepenuhnya & jadi macam atas, ambil masa dalam 6-12 bulan.


(masalah jerawat dekat 10 tahun, takkan expect nak baik dlm masa 10 hari je kan?)


Untuk kesan yang lebih glowing. Nad amalkan juga #shakleecollagenpowder (lepas jerawat surut). Walaupun lambat, nad sabar teruskan jugak


konsisten dengan vitamin shaklee, sebab nad yakin produk shaklee semula jadi & selamat, bebas daripada bahan kimia.

****



Alhamdulillah, Puan Nadiah memilih untuk cantik dengan suplimen semulajadi yang terbukti berkesan dan selamat. Secara ringkasnya, beliau mengambil:


1. Vitamin E
2. B Complex
3. Vitamin C
4. Collagen Powder



anda nak cuba?

boleh,

ready stok di Bandar Baru Bangi. 

hubungi ena untuk sebarang pertanyaan atau tempahan,


ENA,
0133573153

konsultasi terbaik cara pengambilan suplimen yang betul dan berkesan dari ena khusus buat anda!

Wednesday, 30 September 2015

Doktor Nasihatkan Saya Buang Rahim...tapi, mujurlah...

11:41 0 Comments




Testimoni Fawiza -

 "Saya pernah dinasihatkan doktor untuk buang rahim kalau keadaan berterusan..."

January 20, 2015 at 9:04am

Saya mula berkenalan dengan vitamin-vitamin Shaklee ni pada Feb 2013 (diam xdiam dah2 tahun) jadi pengguna Shaklee


Kenapa Shaklee pilihan saya?


1. Period saya tak pernah teratur (PCOS & Endometrial Hyperplasia).
2. Imunisasi badan saya lemah@kurang (asyik keluar masuk spital aja, Boss pun menyampah)
3. Saya malas makan buah-buahan.


Kalau anda semua pernah baca post saya kat Facebook sure anda tahu kan yang saya pernah under pre cancer treatment since 2010. First time saya buat D&C (late 2009) kat Pusat Rawatan Islam Az Zahra, doktor cakap 60% daripada sampel dinding rahim saya adalah bunga2 kanser yang aktif.


Time tu baru umur 30 tahun…mmg I nangis sepanjang perjalanan balik ofis..boss suruh jumpa client pun I taknak..sebab mata I dah bengkak-bengkak..nangis punya pasal…hehhehe. Nak bagitau suami pun takut…macam2 I fikirkan. Last-last  I bagtau jugak after 3 days…



Then doctor refer I ke HUKM Specialist…so bermula la new episode dalam hidup saya. 1st doctor bagi I makan pil untuk kimoterapi, setahun jugak I telan ubat tu..ada perubahan tapi I tak tahan..rambut gugur,suka marah-marah..yang sedihnya tiada nafsu langsung nak bersama suami.


 Dan suami selalu jadi mangsa tempat saya lepas kan geram. Sampai dia cakap dekat doctor, tiada ubat lain ka yang boleh ganti…hehehe. Bagi I semua tak kena time tu..doktor cakap I ni ‘ZOMBIE HIDUP’…hahahha… banyak sangat ambik ubat!


Sepanjang treatment di HUKM since 2010 sampai Dec 2013, saya buat D&C 4kali..bayangkan..ada 1 tahun tu saya buat D&C sampai 2 kali. Penat..letih…semua ada. Tapi untuk sihat I tabahkan jua…kesian kan suami dan keluarga mertua sebab tiada cucu lagi…time tu I hanya motivate my self dengan 1 perkataan ni aja…ALLAH SAYANG AKU..SEBAB TU DIA UJI AKU..


Itu yang menyebabkan saya terus berjuang walaupun doctor kata peluang terlampau tipis buat saya. Saya pernah dinasihatkan doctor untuk ambil anak angkat dan remove kan rahim kalau keadaan berterusan..lagi la I sedih...



Namun saya tak bergantung pada ubat-ubat hospital saja..saya mula membaca blog-blog dan cara-cara nak rawat penyakit saya ni. Then, Allah lorongkan hati saya untuk mencuba vitamin Shaklee ni…


sebab apa? 


Sebab yang paling utama..ianya SEMULAJADI…bebas daripada bahan kimia. Saya juga mintak 2nd opinion dan mula buat treatment bersama Dr Hamid Arsat pada March 2014. Selain daripada tu saya TETAP mengamalkan vitamin Shaklee (B-Complex, GLA,Omegaguard, Vitamin C & Vitalea) ..memang saya tak tinggal sebab takut kena remove rahim punya pasal…hehehehe.



Syukur tak pernah sekali saya pengsan sepanjang period lelama ni..yang paling lama 4bulan …hahahaha..alhamdulillah saya anggap itu nikmat Allah berikan pada saya walaupun Dia uji saya dengan dugaan yang saya rasa mana-mana isteri pun akan rasa very down sebab u tak mampu nak menunaikan tanggungjawab u sebagai seorg isteri.




Tapi Allah Maha Mengasihi, Dia anugerahkan suami yang tak pernah mengeluh dengan penyakit saya..tak tak pernah mengeluh walaupun semua kerja rumah dia yang buat….hubby yang terima saya seadanya & hubby selalu cakap setiap penyakit Allah turunkan pasti ada penawarnya…cuma kita belum jumpa (ehh…sedih plak)hahahhaha.



Namun, Allah uji sekali lagi. Jan 2015 saya pengsan sebab period yang terlampau banyak…tak pernah-pernah dalam tempoh 20 tahun (sejak umur 15) saya pengsan walaupun darah period banyak dan berketul2 keluar. Bukan sekali 3 kali saya pengsan..sampai terpaksa ambulan jemput la ke hospital..hihihi. Sepanjang 8 hari saya di hospital, saya buat X-ray, abdomen CT Scan dan D&C sebab doctor nk tengok kalau-kalau simptom lama berulang kembali dan menganggu organ-organ lain.


Alhamdulillahpada 14 Jan 2015 saya mendapat perkhabaran yang tak pernah saya dan suami jangkakan….endometrium@uterus saya diklassifikasikan sebagai ‘endometriumpolyps with hormone changes’. Dalam ertikata lain negative for malignancy or hyperplasia…just masalah hormon aja…syukur sangat2.


Dengan izin Allah dan rahmatnya …saya semakin sihat dan sembuh..tambahan pulak sekarang saya ambik Vivix sebagai tonik ajaib saya…memang ajaib.


Semoga tahun ini menjanjikan permulaan yang baik dan penutup yang penuh bahagia dengan rahmat Allah buat saya dan suami. Insya Allah…amin…


-Fawiza -


******


MasyaALLAH, Subhanallah

begitulah kita manusia, sentiasa letakkan Allah ebagai tempat bergantung
dan berikhtiar sedaya mampu untuk pulih dari apa juga penyakit yang Allah turunkan sebagai ujian

Alhamdulillah..



 jangan malu segan hubungi ENA untuk sebarang info/order tau


till then,

have a nice day !



013 357 3153
013 357 3153
013 357 3153



Tuesday, 8 September 2015

Rahsia Wajah Cantik Berseri, Licin Bersinar!

22:58 0 Comments






Assalamualaikum


Teruja sangat ena nak share satu testimoni Energizing Soy Protein yang terbaaru dan super best dari Puan Nurulhidayatul ni.


Cuba lihat perbezaan wajah beliau di atas....memang kagum dengan transformasi beliau kan.. Very awesome shaklee effect! 


ok jom kita ikuti apa pengakuan beliau!


*****


Saya start try shaklee selepas 2 tahun buat research. Sebab dulu saya anti shaklee. hehe
macam2 google nak cari supplement untuk kulit muka yang agak teruk. July 2015 saya start beli shaklee.



Saya google dan baca testimoni2 set kulit bermasalah. Akhirnya saya beli Energizing Soy Protein (ESP) +ALFALFA+ SUSTAIN RELEASED VITA C+B COMPLEX.


4 ni saya cuba 6 bulan secara konsisten. Air 5liter sehari. Kebetulan masa tu memag berat badan saya hampir 98kg!

6 bulan konsisten,alhamdulillah mamang puas hati.


jerawat makin kecut.
parut2 lama makin pudar.

yg paling bonus 》》 kurus & period yang sangat2 tak teratur,menjadi teratur.


Bayangkan pernah lebih 5bulan tak datang period.
kalau datang pun hasil makan ubat dr klinik. last2 saya cuba makan supplement.


Alhamdulillah dah 2tahun saya ambil energizing soy protein.


Masa berpantang keguguran bulan lepas, saya amalkan energizing soy protein sebagai sarapan.


alhamdulillah.


cergas macam orang tak berpantang .



****** 

Jika anda juga turut teruja macam ena, dan teringin nak cuba energizing soy protein,


Hubungi ena secepat mungkin dan GRAB PROMOSI HEBAT bulan ni. 


013 357 3153

Wednesday, 26 August 2015

Tolonggg, Mak Yong Terminum Vitagen Yang Dah 16 Hari Expired!!!

23:42 2 Comments


Assalamualaikum


Ini la rupa Vitagen yang dah expired 16 hari, terdiminum ( ade ke ayat ni) oleh makyong ena musa ni...kah3


Cerita nya camni,  


Tengah hari tadi, ma tanya ena, boleh minum lagi vitagen dalam peti ais tu..ma tengok dah lama sangat dah tu'

ena, dengan perasaan over yakinnya, ena jawab..

'owh bolehhhh ma'

lantas tangan laju je tangan capai dan minum...


slurppp...satu nafas je abes sebotol! haha


tetiba..eh, terdetik nk amek balik botol dan cek expired date.


10 OGOS 2015!!!!!


hari dah 26 ogos kottt....aduiii


maka berlari2 anak la makyong 35w ni naik tangga, masuk bilik dan capai serta telan laju2 vita lea, Sustain Released Vita C dan Garlic Complex:




-2 biji VITA LEA ( baca: CARA DAPAT FREE VITA LEA)  - multivitamin yang mengandungi 28 jenis mineral dan vitamin untuk nutrisi dan kesihatan sel pada tahap OPTIMUM bagi memastikan sel2 dapat menjalankan aktivitinya dengan BAIK dan BETUL








-2 biji SR VITA C - sengaja ena ambil 2 biji..supaya dalam sejam se maximum mungkin vita C diserap ke dalam badan (200mg) sebagai PERISAI untuk melawan patogen 



Komponen semulajadi dalam bawang putih iaitu 'alisin' yang berfungsi sebagai ANTIBIOTIK SEMULAJADI kepada badan kita.




Garlic Complex bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari pelbagai penyakit


-1 biji GARLIC COMPLEX! -
ANTIBIOTIK semulajadi.

malam ni telan lagi sebijik garlic complex ni..insyaAllah makyong baik2 saje esok;)



****



dalam hati...insyaALLAH aku kuat, insyaALLAH tak de apa2...


so far, alhmdulillah ok, tengok la esok macam mana pulak..hihi..harap tak de apa2 la..


teringat masa 1st preggy , pernah diserang diarhea sampai 21 kali ke toilet..dah la masa tu sedang travel balik Terengganu...fuhhh..memang kenangan tawar dan pahit sekali..hihi




Friday, 8 May 2015

Rahsia Kesihatan Calon Permatang Pauh (Wan Azizah)

17:18 0 Comments


Sumber gambar dari web www.malaysiakini.com



Assalamualaikum WTB..apa khabar pengunjung blog yg cantik2 dan ensem belaka.



Petang ni ena nak kongsi RAHSIA Wan Azizah, calon Permatang Pauh kekal sihat. Actualy, dah banyak kali ma mertua ena tertanya, kenapa wan azizah tu nampak sihat sangat aktif berkempen dan menjadi calon beberapa kawasan lagi ( Kajang dan Permatang Pauh). memang lebih 3 kali la ma macam persoalkan.. bagi ma, by umur macam wan azizah tu biasa kebanyakkan orang duduk rehat2 je kat rumah main dengan cucu!




Bukan nk ajak  berpolitik ( malah ena sendiri kurang ambil tahu isu politik negara- tahu artikel ni pon dari seorang kawan yg share.hihi ) tapi ena lebih suka untuk highlight soal PENJAGAAN KESIHATAN..Bayangkan umur beliau 63 tahun....di ulang, 63 TAHUN! bukan 36 tahun tau.. body pon fit je kita dapat lihat kan..



Jom kita tengok apa RAHSIA beliau,








"Pada hari pertama (berkempen) saya demam. Tapi saya makan ubat, supplement, minyak kelapa dara dan minyak ikan yang dalam kapsul serta vitamin C.

"Saya (juga) ada kipas," kata Dr Wan Azizah sambil ketawa kecil.




Owh, minyak ikan kapsul dan Vitamin C rupaya rahsia beliau ni! patotlah tampak LEBIH MUDA dari usia, aktif dan sihat pula tu. Itu feveret suplimen kami sekeluarga juga tu;)



Minyak ikan kapsul yang terbaik dari ladang ialah OMEGA GUARD manakala Vitamin C pula ialah SUSTAIN RELEASED VITA C PLUS . Kenapa ena kata terbaik kerana ena dah KAJI SENDIRI dan merasai keberkesanannya. Klik pada kedua2 link pada nama suplimen untuk mengetahui keunikkan  kedua product berbanding brand lain di pasaran serta apa kata mereka yang dah pon mengamalkannya.




Bagi ena semua orang LAYAK dan BERHAK untuk KEKAL LEBIH SIHAT! caranya kita mesti cegah sebelum datang sebarang penyakit..sebab bila dah datang, nak rawat bukan mudah, libatkan emosi, masa dan wang ringgit yg banyak lagi tu.. so lebih mudah kita CEGAH AWAL2.




As for me, alhmdulillah memang ena dah setahun lebih mengamalkan pengambilan suplimen  yang KONSISTEN dan hasilnya memang mengujakan apabila ena jarang sekali jatuh sakit. alhmdulillah..ena fikir, ena ada tanggungjawab besar nk jaga suami, jaga anak , jaga keluarga, so ena MESTI SIHAT! kalau kita sakit kesian kat depa kan.



stay healthy
stay beauty!


till then ,

Tuesday, 14 October 2014

Anak Sihat dan Bijak dengan Meal Shakes

16:46 0 Comments
Bismillah, Assalamualaikum sahabat syurga ena
Apa khabar?

Didoakan anda yang sedang membaca entry ini dideraskan rezeki yang banyak serta berkat sederas derasnya. aameen.

Cerita kali ni berkisarkan shaklee effect pada anak solehah ena. Ena start consume shaklee ketika umur aeisya kurang 1 tahun. Mula dengan Energizing Soy Protein sahaja masa tu. Tujuannya untuk pulihkan tenaga ena serta banyakkan susu badan. Kesannya susu memang pekat,  banyak dan aeisya kenyang. Ena suspect itu sebab aeisya kurang makan agaknya.




Aeisya berumur 8 bulan. Bambam kan?


Setelah umur Aeisya 1 tahun, ena mula bagi Meal Shakes sebab aeisya payah yang sangat amat nak makan. Bayangkan dari umur 6 bulan hingga setahun, aeisya hanya makan 1 sudu besar puri buah/sayur / bubur nasi. Paling banyak pon 2 kali sehari, selalu 1 sudu je sehari. Waktu aeisya 1 tahun tu, anak makcik ena baru 7 bulan, tapi anak beliau makan setengah mangkuk bubur nasi !


Tak boleh jadi ni. ada juga lah terdetik risau. Tapi lega balik apabila Doctor kata perkembangan dan kesihatan aeisya berada di tahap yang sangat baik. tidaklah terlalu kurus atau tidaklah obes. sedang2 je tapi still bambam dan buatkan semua orang geram nk cupbit pipi dia ke mana saje kami pergi.hihi



Shaklee Effect Light Post Sign



Aeisya bershaklee sejak umurnya 8 bulan (melalui breastfeeding)








Cadangan set kesihatan kanak-kanak lebih 1 tahun

-Meal Shakes
-Chewable Vita-C Plus
-Omega Guard

Since aeisya kurang makan, ena decide untuk membekalkan beliau dengan multivitamin dan multimineral yang mencukupi apabila cukup umurnya 1 tahun. Waktu tu ena dah jatuh cintan dah dengan shaklee, so ena pilih Meal Shakes dan beberapa makanan sunnah untuk menyokong pertumbuhan dan kuatkan antibody aeisya. makanan sunnah yang ena pilih:

-kurma
-kismis
-madu
-cashew nut


Omega Guard dan Chewable Vita-C Plus , ena campur kan dalam makanan aeisya


Sarapan pagi aeisya yang dicampur dengan Omega Guard dan sedikit  Vita C (dijadikan serbuk)

Meal Shakes pula ena selalunya campur dalam minuman aeisya. Biasanya campur dengan madu dan susu kambing perisa asli jenama Wildan


Bersungguh2 aeisya minum air kegemarannya ni;)




Aeisya kurang gemar minum dalam botol susunya ni, dia prefer minum pakai straw je dlm gelas.macam orang besar kan. ikut papa dia la tu.hihi


 tapi jika nak keluar atau sedang travel, terpaksa jugala dia minum dalam botol susu.hihi




Aeisya berumur 1 tahun (masa ni dah consume shaklee secara direct)
.....lihat lah pipi dan peha saya itu.hihi




Aeisya 1 tahun 5 bulan. masih bambam walaupun selera makan kurang dari kanak2 lain tapi dan semakin banyak berbanding sebelum diberi cadangan set kanak2 shaklee.

dulu 1 sudu besar...masa ni dah bertambah 2-3 sdu besar setiap kali makan.ok la kan..alhamdulillah


Aeisya 1 tahun 8 bulan



Aeisya 1 tahun 10 bulan..ada kurus sikit kan..tapi BAMBAM lagi tu..hihi




Aeisya genap 2 tahun yang masih breastfeeding;) Nampak muka lebih matang kan;) alhamdulillah anak mama membesar dengan sihat dan solehah.



Kesan ketara pada Aeisya setelah setahun diberi cadangan supliment shaklee untuk kanak-kanak adalah :


  • TIDAK PERNAH SEMBELIT

  • SELERA MAKAN BERTAMBAH

  • JARANG DIHIDAPI PENYAKIT SEPERTI DEMAM/SELSEMA/BATUK

  • CEPAT PULIH JIKA SAKIT( DALAM MASA 24 JAM SAHAJA

  • BEKAS GIGITAN NYAMUK CEPAT PUDAR DAN HILANG

  • TIADA RUAM PADA 'NAPPY AREA'

======
TIPS JIKA ANAK HAMPIR NAK DEMAM/ DAH DEMAM
======

Apa yang ena buat jika badan/kepala aeisya dah start suam2 kuku:-

  1. Bancuh 2 titik VIVIX dalam 1/3 cawan kanak2 yang mnegandungi air suam. bagi aeisya minum guna straw sebelum tidur malam
  2. Waktu siang, ena bogelkan aeisya, pakai diapers sahaja ( sebab kaki dan tangan aeisya panas . Kata doctor, jika tangan dan kaki anak sejuk, selimutkan)
  3. Since ena still breatsfeed aeisya, sebelum tidur malam, ikhtiar dari ena adalah 
  • 1 sachet Nutriferon, 
  • 1 tablet Sustained release Vita- C dipatah duakan
  • 1 sudu besar Vivix
Alhmadulillah..biasanya, paling lama aeisya demam 24 jam sahaja. tapi selalu juga half day je demam. sebabnya, ena jarang bagi aeisya ubat, so antibody badannya masih aktif dan tahan lama ( tidak diganggu oleh antibotik dan ubatan) . dengan izin Allah jua.




im happy, im a shaklee kids now!






LETS JOIN US TODAY!


Your Shaklee Independent Distributor,

ID: 960982
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com
COD area: BB Bangi dan sekitar

Saturday, 6 September 2014

Rahim Bengkak Selepas Ambil GLA Shaklee. Benarkah?

12:01 0 Comments
Assalamualaikum

Bismillah

Entry kali ini dicreditkan kepada Dr Malinda. siapa Dr Malinda ni? She is a consultant at Future Wellness as well as Dr Malinda Health & Beauty Clinic . Ok sedikit  Education background beliau:
MD(USM), MSc. Anti-Aging, Regenerative Medicine & Medical Aesthetic (UCSI).


Kenapa Rahim Bengkak?


Ilustrasi rahim/uterus yang membengkak

Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.

Ok.

Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)
Kilang telur = Ovari.


Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.


Kedua-dua hormon ini mestilah seimbang bagi megurangkan risiko ketumbuhan fibroid/cyst


- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.




Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.



seorang perempuan obesiti

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik

DNA 

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?


Simptom-simptom fibroid /cyst 


Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptom-simptom fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation?




Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti :



Produk berasaskan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.


2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.




3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan


5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.



Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?




Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :


1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.



2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc


3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?


- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.

-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbanding dari EPO.

-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

Take care of your health.

Wanita - Anda Istimewa



Your Shaklee Independent Distributor,

ID: 960982
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com
COD area: BB Bangi dan sekitar



DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.