Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Showing posts with label Set Berpantang Terbaik. Show all posts
Showing posts with label Set Berpantang Terbaik. Show all posts

Friday, 4 December 2015

''Bila Tengok Wife Makan Vitamin C Hari-hari Tengok Makin Cantik Je.."

09:55 0 Comments

KREDIT PIC : PAPAGLAMZ




Testimoni PAPAGLAMZ ..


"bila tengok wife makan vitamin C hari-hari tengok makin cantik je.."


Kalini Testimoni dari kaca mata seorang lelaki yang wifenya makan vit shaklee.uoll mana2 yg dlm ni seorang wife.. amalkanlah vitamin shaklee ni... hhihiih.JOOM BACA
----------------------------------



"kali ni Papaglamz nak sharing testimoni Shaklee. Ni testi wife sendiri la. Senang. Depan mata kita nampak. Nak tipu pun buat ape kan? Bukan dapat manfaat. Lagi berdosa ade la kn kn kn kn.. Hehehe..



Papaglamz start kenal Shaklee ni dari kawan. Masa tu wife nak bersalin anak kami yang sulung. Nak tunjuk keROMANTISAN diri la kononnye cari kan Shaklee.



Sebab ramai org cakap terbaek, terelok kau memang da bomb Shaklee ni. So, dapat la Papaglamz beli FULL set berpantang. Full set okay. Nampak tak Papaglamz sayang wife ketat-ketat. Hahaha.




Full set tu ade la ENERGIZING SOY PROTEIN, Vitamin C, B-complex, Vita-lea, Zinc, dan Alfalfa. Lepas je bersalin wife Papaglamz pun makan la kesemua Vitamin yang Papaglamz belikan tu. Ni Papaglamz nak cerita.



First week lepas consume semua tu, tetibe mak bidan yang mengurut wife Papaglamz tu puji yang rahim wife cepatnye mengecut. Yela die bidan kan die tau la macam mana rahim kecut atau pun tak kan? Siap gurau-gurau manje lagi dengan Papaglamz



 "UNTUNG KO FAIZAL RAHIM CEPAT KECUT". 



Ok kat sini Papaglamz terkesima. Kenapakah aku yang beruntung? (Budget-budget otak ni suci murni kan). Hehehehe. Bila dah abes pantang baru Papaglamz faham. 



Ni tips, kalau nak bagi wife tu sihat sepenuhnya anda ayah-ayah sila la berpantang juga selama 100 hari. Faham bagus, tak faham dah. Hahahaha Ok habis bab ni.



Ni pasal penyusuan. Alhamdulillah anak Papaglamz dah berumur 8 bulan masih lagi menysu ibu die. Rezeki die tuhan nak bagi kan. Walaupun wife Papaglamz tu kurus. Boleh bayangkan beratnya cuma 38, dah la tak duduk sama ngan Papaglamz.



 Bila tak duduk sama ni macam-macam la emosi ibu ni. Dengan tak lalu nak makanye la, makan yang tak tetap. Ditambah ngan kerja lagi. Haa kat sini peranan suami tu penting. Bagi support yang terbaik. Papaglamz suruh teruskan makan Shaklee. Dan Alhamdulillah. Die dapat menempuh hidup bersama anak walau jauh di sisi Papaglamz.



Ni lagi Papaglamz nak cerita. Pasal anak pulak. Yela, bila baby minum susu ibu ni, ape yang ibu tu makan for sure la kan baby akan makan sekali. 


Haaa ni nak habaq mai. Selama umur 8 bulan ni Alhamdulillah sehat. Demam sekali je masa tu umur 7 bulan sebab ibu die makan seafood banyak sangat then alah merah-merah sampai demam. Nasib baik time tu tengah cuti sekolah, wife bercuti duduk dengan Papaglamz.


 Mungkin vitamin yang wife Papaglamz makan tu Imtiyaz pun dapat jugak tu yang sistem pertahanan badan die pun kuat.



Haaa ni last, bila tgk wife makan vitamin C hari-hari tengok makin cantik je Papaglamz tengok.



So, Papaglamz pun curi-curi makan jugakz. Sekarang ni Papaglamz makan Vitamin C, Alfalfa dan ESP. Alhamdulillah. Hidung tak la gatal-gatal. Dah jarang. "Performance" dengan wife pun subhanallah Allah sahaja yang tahu. Hehehe.



Jadi, kami sekeluarga masih lagi mengamalkan pengambilan vitamin dari Shaklee ni. Di tambah pula Papaglamz sekarang ni jadi SID, tiap2 bulan la usha-usha vitamin ape yang nak di beli. Sebab murah beb..!!! 


Hahaha. Ok itu sahaja.


HIDUP SIHAT IBADAH CEMERLANG


-sekian-
------------------------------------------------------------


tu sharing testimoni dari kaca mata seorang lelaki yang wifenya makan vit shaklee. haaaaaa mahaii tu.. uoll mana2 yg dlm ni seorang wife.. amalkanlah vitamin shaklee ni... hhihiih.. tq papaglamz for sharing



alhamdulillah

seronok kan bila suami sendiri dapat lihat dan rasa perubahan POSITIF pada kesihatan  isterinya

anda mahu isteri anda cuba set berpantang shaklee?

insyaALLAH ena boleh bantu yang terbaik

Your Health & Beauty Consultant,
-ENA-
013 357 3153


Monday, 2 November 2015

Tips dan Cara Pemakaian Bengkung Yang Betul Semasa Berpantang

10:06 3 Comments
Assalamualaikum

Sekarang ena hari ke 25 berpantang, alhamdulillah. Ena rasa dah semakin pulih dan sihat. 


Antara tips yang ena amalkan sepajang berpantang adalah berbengkung.


Jenama bengkung yang ena gunakan adalah keluaran amway. Ena dapat FREE dalam set berpantang amway semasa berpantang anak first. Anak kedua ni ena guna Set Berpantang Shaklee sepenuhnya.






Cara Biasa Pemakaian Bengkung Satu Tali (sumber: google)


Cara makcik urut pakaikan bengkung pada ena. Dia lilit dua kali setiap lubang kiri dan kanan;)

Ketat dan Kemas. Best!

psst: Abaikan lelemak  yang menonjol di sana sini, waktu baru seminggu berpantang, lelemak masih bermaharajalela lagi.mih mih mih.

11 TUJUAN MEMAKAI BENGKUNG SEMASA BERPANTANG



  1. Membakar lemak berlebihan, melangsingkan badan dan mendapat berat yang ideal
  2. Mempercepatkan pengecutan rahim
  3. Merampingkan kembali pinggang
  4. Membentuk potongan badan dan punggung.
  5. Menghalang perut masuk angin semasa berpantang.
  6. Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.
  7. Mengurangkan sakit pinggang.
  8. Membantu ibu-ibu agar boleh berdiri dan bergerak dengan selesa kerana bengkung bertindak sebagai "support" pada bahagian perut
  9. Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan ketika berpantang.
  10. Mudah diikat oleh ibu bersalin sendiri, tanpa memerlukan bantuan sesiapa.
  11. Boleh dipakai bila-bila masa (walau bukan masa berpantang), untuk mengempiskan perut dan merampingkan badan.


CARA DAN TIPS PEMAKAIAN BENGKUNG YANG BETUL



* Sapukan minyak/krim bahagian perut, pinggang dan pinggul selepas urutan. Ena sapu krim serbaguna Herbal Blend


* Bengkung diletak mengelilingi kawasan perut

* Berbaring dan ikat dengan kejab bermula dari bahagian atas ke bawah


*Tujuan berbaring supaya lebih mudah untuk ikat lebih ketat memandangkan perut kita meleper ketika dalam keadaan berbaring berbanding berdiri.

*Tujuan ikat dari bawah adalah supaya mudah untuk ibu-ibu nak ke tandas , Memandangkan pemakaian bengkung adalah lama. Cuma longgarkan ikatan di bahagian bawah sahaja. Selepas urusan di toilet, boleh la diikat balik .


* Dinasihatkan memakai bengkung selama 44 hari sehingga 100 hari.


* Bagi yang menjalani pembedahan, bengkung digunakan hanya setelah sembuh dari kesan pembedahan.


Q & A MENGENAI AMALAN BERBENGKUNG



Perlukah saya memakai bengkung? 



* Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna.


Bagaimanakah ciri-ciri bengkung yang baik? 



Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim. Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas. * Ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. 



Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Ia juga akan membatasi pergerakan anda dan akan lebih berhati-hati apabila bergerak.


Berapa lama perlu memakai bengkung ketika dalam pantang? 



Ketika dalam pantang bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ianya mula dipakai dari hari ke-4 sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh pantang. Sebaik-baiknya anda mempunyai 2 helai bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya. Kebersihan amat penting agar tidak timbul masalah lain seperti kegatalan atau kerengsaan pada kulit.



Bolehkan saya memakai bengkung selepas pembedahan?



Anda perlulah mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memakai sebarang bengkung. Terdapat bengkung yang mempunyai ciri-ciri tertentu (seperti bengkung strap-on) yang boleh dipakai selepas pembedahan. Pastikan ciri-ciri ini adalah sesuai untuk anda. Bengkung yang tidak mempunyai ciri-ciri khas hanya boleh dipakai selepas luka sembuh atau atas nasihat doktor anda (selepas 2 minggu atau lebih)



Bagaimana pemakaian bengkung dapat membantu saya? 



Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu yang menyusu anak. Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul. Baik untuk menyokong tulang anda kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang anda. Selain itu, ia juga menyokong dan menguatkan otot-otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.



Adakah bengkung ini hanya untuk wanita bersalin sahaja? 



Tidak. Ia boleh dipakai oleh sesiapa sahaja termasuk lelaki!



Perlukah memakai minyak dengan bengkung? 



Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit seperti Krim Herbal Blend. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.



* Beberapa petikan ini diambil dari buku "Ensiklopedia Perbidanan Melayu-Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan dan Penjagaan Kesihatan" tulisan Datin Sharifah Anisah Barakbah



Semoga bermanfaat!



Your Certified Shaklee Product Consultant:
 Aeinna Musa / Kekna (0177172868)



COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia


P/s:

KLIK SINI
KLIK SINI
KLIK SINI
untuk 111 Tips Kaya Rezeki Melimpah Ruah dan Tips Bebas Hutang!



Tuesday, 29 September 2015

Set Bersalin Untuk Pantang Selepas Keguguran

16:11 0 Comments

Assalamualaikum


Ena kongsikan kisah seorang ibu yang keguguran dan berikhtiar untuk pulihkan badan dengan Set Bersalin Shaklee.


JOm ikuti apa kata beliau:







Puan Yaqeen Ahmad :


BERPANTANG dengan ESP Shaklee


Saya ingin berkongsi tentang amalan berpantang selepas keguguran pada Jun 2014 lepas.


Sebelum ini, saya tidak mengamalkan sebarang suplemen secara khusus selepas bersalin anak pertama mahupun yang kedua. Alhamdulillah, proses berpantang tetap berjalan dengan lancar.


Namun ditelan masa, lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak kedua, tahap kesihatan agak surut. Letih mengerjakan kerja rumah dan kerja online. Berita menggembirakan hadir, pada April 2014, saya sah hamil anak ketiga. Usianya 6 minggu ketika itu. Saya menjaga diri seperti biasa, mengambil suplemen untuk set hamil.



Rezeki sehingga minggu ke10, saya keguguran dan menjalani proses cuci rahim. Sakit selepas cuci rahim seperti macam sakit selepas bersalin juga. Cuma pada waktu proses cuci itu, saya dibius dan tidak rasa sakit apa. Sakit rengat tetap ada.



Saya cadang untuk hamil lagi (sebab target bersalin 2015). Jadi harus berusaha untuk lekas sembuh.



Dalam tempoh berpantang, setiap hari saya amalkan bancuhan Energizing Soy Protein bersama air coklat. Selain itu, saya amalkan juga Vitamin C Plus dan minuman Radix HPA. Saya sedia banyakkan makan sayur hijau dan buah-buahan saban hari. Tiada haruan atau gamat atau jamu seperti kebiasaan yang lain. Ia pilihan masing-masing.



Alhamdulillah, perasaan sangat selesa. Badan jadi hangat dan masalah-masalah seperti lepas bersalin, tiada. Sakit rengat memang cepat hilang. Badan pulih dalam seminggu. Bertenaga dan mampu buat kerja-kerja rumah yang ringan.



Apa yang saya niatkan ialah pengambilan protein yang konsisten pada setiap hari dapat memulihkan luka dalam rahim dengan cepat


Alhamdulillah, Ogos 2014, saya hamil bayi keempat. 'Dia' kuat dan sihat sehingga lahirnya. Bonusnya, kulit ibu bertambah baik dan mudah diurus.


Azam kami; mudah-mudahan kami berdua dapat menjayakan misi penyusuan ibu sepenuhnya sehingga Fadiah Uzayra 2 tahun seperti Aqil Farabi. Amiin.


[Gambar: Kami berdua pada hari ke-44]
Sekian.








******


Alhamdulillah...asbab suplimen pilihan beliau ( Set Berpantang Shaklee ), kesihatan beliau cepat kembali pulih dan rahim beliau 'ready' untuk menerima orang baru lagi. Syukur.






******



Syoknya, anda nak cuba Energizing Soy Protein tak?


Sementara PROMO masih berjalan ni, jangan malu segan hubungi ENA tau


till then,

have a nice day !



013 357 3153
013 357 3153
013 357 3153

Saturday, 26 September 2015

Pengakuan Kisah Benar - Set Berpantang Terbaik

23:07 0 Comments

Assalamualaikum


Ena nak share shaklee effect Puan Khadeejah Hasmad setelah menggunakan Set Berpantang Shaklee.


Dalam Video ini beliau mendapati tempoh berpantang anak kedua berbeza sekali dengan anak pertama di mana anak kedua beliau memilih untuk berpantang dengan set berpantang shaklee.



Sedikit ringkasan dari video ena senaraikan di bawah. Tapi lagi best dengar sendiri pengakuan beliau. jangan lupa klik dan hayati video ni tau!







Pengalaman Puan Khadeejah berpantang dengan Set Berpantang Shaklee:



Menurut beliau, pengalaman berpantang anak pertama sangat teruk dan beliau tidak tahan sehingga merasakan serik untuk beranak lagi. Apa yang membuat beliau rasa sangat pilu ketika berpantang anak pertama ialah SEMBELIT yang sangat-sangat TERUK! Teringat pengalaman ena berpantang anak pertama, sembelit teruk juga. 



Penggunaan pilis dan herba-herba ketika ini tidak langsung membantu memulihkan mood beliau malah beliau rasa lebih moody lagi. Jamu pula, dapat makan sehari sahaja dan mendapati jamu tidak serasi dengan diri beliau.



Tempoh berpantang anak kedua, beliau memilih untuk berpantang dengan set berpantang shaklee. Sebaik sahaja bersalin, beliau terus minum ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) dan mengambil ZINC COMPLEX. 



ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) - untuk pulihkan dan memberi tenaga segera setelah penat melalui proses bersalin



ZINC COMPLEX - untuk bantu memulihkan luka akibat bersalin. Luka bersalin cepat sembuh dan nifas berakhir dalam 2 minggu sahaja, berbanding pantang anak pertama dahulunya nifas selama 60 hari!



Menurut Puan Khadeejah lagi, walaupun tak ikut sangat berpantang ( tidak berpanas-panas), beliau bertenaga dan  langsung tidak mengalami sembelit ketika berpantang! Ini pengalaman yang sangat membahagiakan kerana sewaktu berpantang anak pertama, beliau ngeri menghabiskan masa berjam2 dalam toilet akibat sembelit!



VITA LEA - multivitamin yang membekalkan tenaga kepada ibu berpantang


OSTEMATRIX - melembutkan najis dan mengelakkan sembelit


Badan juga terasa ringan dengan pengambilan ALFALFA COMPLEX - yang berfungsi mengeluarkan angin-angin dalam badan beliau dan membantu beliau mendapat kembali BENTUK BADAN IDAMAN iaitu langsing walaupun tidak berbekung ketika pantang!


*****



Seronok dengar pengakuan, pengalaman dan review dari Puan Khadeejah sendiri setelah mengambil Set Berpantang Shaklee.



Buat ena tak sabar nak merasai pengalaman hebat bersama det berpantang shaklee ni;)



Anda juga sedang tercari-cari Set Berpantang Terbaik?


Jom try Set Berpantang Shaklee!


Hubungi ena untuk order/info


013 357 3153

013 357 3153

013 357 3153



DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.