Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Showing posts with label Set Berpantang Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Berpantang Shaklee. Show all posts

Thursday, 13 September 2018

Testimoni Vivix : Luka Bersalin Teruk, Mujur Ada Vivix !

05:39 0 Comments
Testimoni Vivix : Luka Bersalin Teruk, Mujur Ada Vivix ! |







Saya Ainul Mustafa ibu kepada 3 orang puteri yang comel, aktif membesar
.
Saya mula makan vitamin Shaklee sejak 2011 masa menyusukan anak pertama saya. Bekerja sebagai engineer yang kerap ke sana sini outstation buatkan saya cepat penat, stress.bila stress susu pun merundum.
.
Kemudian saya konsistent makan untuk hamil anak ke dua.saya ada masalah kesuburan dan 2013 saya pregnant anak ke 2, 2014 saya lahirkan anak ke 2.
.
Diuji bila sakit luka bersalin yang teruk dalam pantang.adoiii...Alhamdulillah vivix shaklee penyelamat saya
.
Saya ada masalah berat badan yang teruk.pernah berat naik sampai 70kg.
.
Konsistent buat program #detoxshakleee dan saya berjaya turunkan berat 55kg.
.
Niatnya nak turunkan lagi tapi terpregnant lagi..
.
May 2017 lahir anak ke 3 saya.
.
Jangan tanya kenapa saya suka sangat vitamin #shaklee..terlalu banyak shaklee effects
.



TERIMA KASIH PUAN SUDI BERKONGSI DENGAN KAMI




Alhamdulillah kita yang baca pon rasa terharu & turut rasa bahagia.

Jangan putus harap dalam berikhtiar ye.

Jangan give up dengan rahmat & kurniaah Allah.

Vivix tu ASBAB sahaja.

Bukan vivix yg menyembuh tanpa keizinan dari Allah;)

Tapi berdasarkan ujian klinikal dan 'landmark study' vivix mampu MEMBANTU pesakit untuk tambah baik tahap kesihatan


Tolong sebarkan dan beritahu kawan2 sanak saudara yang anda fikir mereka sangat perlukan vivix
Tak baik kita je tahu sorang sorang ;)






KLIK  untuk beli dan cuba sendiri VIVIX atau untuk hadiahkan vivix pada yang tersayang atau terus hubungi kami untuk info:


Untuk info dan order vivix Promosi  , klik wassap kekna ye.


Your Certified Shaklee Product Consultant:
Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap:
COD Bandar Baru Bangi , Kajang serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia



Friday, 8 September 2017

Pengalaman Ngeri Bersalin Czer

16:45 2 Comments


Pengalaman Ngeri Bersalin Czer  |  Ini adalah pengalaman kisah benar yang diceritakan sendiri oleh Puan Nisak Abu Hassan.

Kali pertama bersalin secara czer memang mengerikan. Pedih, ngilu, perit semaunya terpaksa ditelan.

Nampak mudah kerana tak perlu lalui proses meneran. Hanya perlu menunggu ubat bius meresap, perut siap sedia ditoreh 7 lapisan. Allahuakbar, nebess rasa macam nak pengsan.

Tapi, ia satu anugerah terindah buat insan-insan terpilih yang tak boleh bersalin secara normal. Kurang dari 15 minit, suara tangisan bayi berbunyi menghilangkan resah di hati.

Namun, kesan selepas operation sangat menyakitkan dan perlukan penjagaan rapi. 6 jam selepas operation, ibu perlu cuba untuk bangun sendiri. Demi tuntutan menyusukan anak, segala sakit dan beban ditolak tepi. Peritnya jika diingat kembali.

Itu cerita sebelum saya kenal Vivix Shaklee. Kali kedua ceaser, saya dah standby sesiap. Sebab dah niat awal, taknak susahkan suami. Anak sulung yang ditinggalkan lebih perlukan abahnya disisi. Dalam masa yang sama, tiada sesiapa yang boleh menjaga di wad nanti.

Seawal hari kedua, saya mintak suami bawakan Vivix ke wad. Saya perlukan extra energy untuk bergerak. Berbeza dengan rakan-rakan lain dalam 1 bilik. Mereka ada pembantu yang menguruskan si kecil cilik.

Kesan Vivix sangatlahh best. Rakan-rakan sebilik mula tegur kecergasan saya. Begitu juga saudara-mara yang datang melawat bersama. Disaat mereka terbaring kelesuan, saya pantas ke bilik air tanpa bantuan sesiapa. Memang betul-betul menguji hati yang duka lara. Allah, nikmatnyaa tak terkata. Pujian dari Doktor dan nurse melengkap rasa.

10 hari berlalu, luka ceaser perlu di "check up" kembali di hospital. Allangkah bahagianya, bilamana saya konfiden berjalan tanpa menggunakan kerusi roda. Berbeza sekali masa berpantang kali pertama.

Lagi terkejut, bila berjumpa rakan sebilik di wad hari tu. Ketiga-tiga mereka ditolak atas kerusi roda. Saya siap boleh senyum manis bersira bila disapa.

Alhamdulillah, nurse cakap luka ceaser bercantum elok. Paling bestnya, bila terlalu cergas hinggakan lupa diri tengah berpantang. Tak boleh nak duduk diam, kemas rumah menyapu seperti biasa tanpa rasa sakit pinggang. Terus rasa nak lompat bintang. Sampaikan mak dah mula membebel panjang.

Berganda-ganda seronoknya, susu ibu juga banyak dan melimpah ruah ditambah dengan set berpantang shaklee yang lain. Penuh 1 freezer stok EBM sepanjang cuti bersalin. Bonus pula bila ambil Vivix ni, perasan kulit muka tak kusam macam dolu-dolu, berseri-seri bak pengantin.

Haish, memang rasa berbaloi walaupun memikirkan harganya yang sedikit mahal. Apa lahh sangat jika saya dapat uruskan bermacam-macam hal. Allah, berbunga-bunga keceriaan bilamana dapat melayan suami dan anak-anak tanpa rasa bebal.

Bukankah itu nikmat yang tak boleh lagi disangkal?


Thanx  Puan Nisak sudi berkongsi



KLIK SINI untuk beli dan cuba sendiri VIVIX





atau



Hubungi kami untuk info/order:

Your Certified Shaklee Product Consultant:
Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap:
http://KedaiVitaminBangiKajangPutrajaya.wasap.my atau http://Kekna.wasap.my
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia









Friday, 4 December 2015

''Bila Tengok Wife Makan Vitamin C Hari-hari Tengok Makin Cantik Je.."

09:55 0 Comments

KREDIT PIC : PAPAGLAMZ




Testimoni PAPAGLAMZ ..


"bila tengok wife makan vitamin C hari-hari tengok makin cantik je.."


Kalini Testimoni dari kaca mata seorang lelaki yang wifenya makan vit shaklee.uoll mana2 yg dlm ni seorang wife.. amalkanlah vitamin shaklee ni... hhihiih.JOOM BACA
----------------------------------



"kali ni Papaglamz nak sharing testimoni Shaklee. Ni testi wife sendiri la. Senang. Depan mata kita nampak. Nak tipu pun buat ape kan? Bukan dapat manfaat. Lagi berdosa ade la kn kn kn kn.. Hehehe..



Papaglamz start kenal Shaklee ni dari kawan. Masa tu wife nak bersalin anak kami yang sulung. Nak tunjuk keROMANTISAN diri la kononnye cari kan Shaklee.



Sebab ramai org cakap terbaek, terelok kau memang da bomb Shaklee ni. So, dapat la Papaglamz beli FULL set berpantang. Full set okay. Nampak tak Papaglamz sayang wife ketat-ketat. Hahaha.




Full set tu ade la ENERGIZING SOY PROTEIN, Vitamin C, B-complex, Vita-lea, Zinc, dan Alfalfa. Lepas je bersalin wife Papaglamz pun makan la kesemua Vitamin yang Papaglamz belikan tu. Ni Papaglamz nak cerita.



First week lepas consume semua tu, tetibe mak bidan yang mengurut wife Papaglamz tu puji yang rahim wife cepatnye mengecut. Yela die bidan kan die tau la macam mana rahim kecut atau pun tak kan? Siap gurau-gurau manje lagi dengan Papaglamz



 "UNTUNG KO FAIZAL RAHIM CEPAT KECUT". 



Ok kat sini Papaglamz terkesima. Kenapakah aku yang beruntung? (Budget-budget otak ni suci murni kan). Hehehehe. Bila dah abes pantang baru Papaglamz faham. 



Ni tips, kalau nak bagi wife tu sihat sepenuhnya anda ayah-ayah sila la berpantang juga selama 100 hari. Faham bagus, tak faham dah. Hahahaha Ok habis bab ni.



Ni pasal penyusuan. Alhamdulillah anak Papaglamz dah berumur 8 bulan masih lagi menysu ibu die. Rezeki die tuhan nak bagi kan. Walaupun wife Papaglamz tu kurus. Boleh bayangkan beratnya cuma 38, dah la tak duduk sama ngan Papaglamz.



 Bila tak duduk sama ni macam-macam la emosi ibu ni. Dengan tak lalu nak makanye la, makan yang tak tetap. Ditambah ngan kerja lagi. Haa kat sini peranan suami tu penting. Bagi support yang terbaik. Papaglamz suruh teruskan makan Shaklee. Dan Alhamdulillah. Die dapat menempuh hidup bersama anak walau jauh di sisi Papaglamz.



Ni lagi Papaglamz nak cerita. Pasal anak pulak. Yela, bila baby minum susu ibu ni, ape yang ibu tu makan for sure la kan baby akan makan sekali. 


Haaa ni nak habaq mai. Selama umur 8 bulan ni Alhamdulillah sehat. Demam sekali je masa tu umur 7 bulan sebab ibu die makan seafood banyak sangat then alah merah-merah sampai demam. Nasib baik time tu tengah cuti sekolah, wife bercuti duduk dengan Papaglamz.


 Mungkin vitamin yang wife Papaglamz makan tu Imtiyaz pun dapat jugak tu yang sistem pertahanan badan die pun kuat.



Haaa ni last, bila tgk wife makan vitamin C hari-hari tengok makin cantik je Papaglamz tengok.



So, Papaglamz pun curi-curi makan jugakz. Sekarang ni Papaglamz makan Vitamin C, Alfalfa dan ESP. Alhamdulillah. Hidung tak la gatal-gatal. Dah jarang. "Performance" dengan wife pun subhanallah Allah sahaja yang tahu. Hehehe.



Jadi, kami sekeluarga masih lagi mengamalkan pengambilan vitamin dari Shaklee ni. Di tambah pula Papaglamz sekarang ni jadi SID, tiap2 bulan la usha-usha vitamin ape yang nak di beli. Sebab murah beb..!!! 


Hahaha. Ok itu sahaja.


HIDUP SIHAT IBADAH CEMERLANG


-sekian-
------------------------------------------------------------


tu sharing testimoni dari kaca mata seorang lelaki yang wifenya makan vit shaklee. haaaaaa mahaii tu.. uoll mana2 yg dlm ni seorang wife.. amalkanlah vitamin shaklee ni... hhihiih.. tq papaglamz for sharing



alhamdulillah

seronok kan bila suami sendiri dapat lihat dan rasa perubahan POSITIF pada kesihatan  isterinya

anda mahu isteri anda cuba set berpantang shaklee?

insyaALLAH ena boleh bantu yang terbaik

Your Health & Beauty Consultant,
-ENA-
013 357 3153


Saturday, 14 November 2015

Milk Booster Terhebat Di Dunia?

15:09 0 Comments

Assalamualaikum


Biasa kita dengar dan memang semua orang tahu, collagen sinonim dengan kecantikkan kulit kan

TAPI,

Tahukah anda collagen juga merupakan salah satu milk booster atau penggalak susu ibu.


Bukan ena suka-suka je clain tau, ini berdasarkan testimoni dari seorang pengguna. Jom kita ikuti apa kata beliau


Shaklee Collagen Powder sebagai milk booster



Banyak-banyak milk booster dalam dunia penyusuan saya, Shaklee Collagen Powder terbukti hebat. 


Kebanyakkan yang dijual secara online ifa dah cuba. Jalan buntu ditemui. Tapi dengan Shaklee Collagen Powder, seawal 5 hari dah nampak kesan.


Kalau yang dalam pantang of course lagi cepat kesannya. Saya cuba semasa baby dah 5 bulan.


-Puan Mazlifah-


Selain sebagai milk booster, gabungan Vita C dan Vita E serta Collagen Powder memberi effect yang superb kepada kecantikkan wajah dari dalam dan luar.

Alhamdulillah

ena kira, ini berita gembira buat ibu-ibu yang mencari solusi untuk ikhtiar menambah susu badan buat anak-anak tercinta.


nak cuba Shaklee Collagen Powder hari ini?

insyaALLAH ena bantu dan bimbing anda,

ENA
013 357 3153



Monday, 2 November 2015

Tips dan Cara Pemakaian Bengkung Yang Betul Semasa Berpantang

10:06 3 Comments
Assalamualaikum

Sekarang ena hari ke 25 berpantang, alhamdulillah. Ena rasa dah semakin pulih dan sihat. 


Antara tips yang ena amalkan sepajang berpantang adalah berbengkung.


Jenama bengkung yang ena gunakan adalah keluaran amway. Ena dapat FREE dalam set berpantang amway semasa berpantang anak first. Anak kedua ni ena guna Set Berpantang Shaklee sepenuhnya.






Cara Biasa Pemakaian Bengkung Satu Tali (sumber: google)


Cara makcik urut pakaikan bengkung pada ena. Dia lilit dua kali setiap lubang kiri dan kanan;)

Ketat dan Kemas. Best!

psst: Abaikan lelemak  yang menonjol di sana sini, waktu baru seminggu berpantang, lelemak masih bermaharajalela lagi.mih mih mih.

11 TUJUAN MEMAKAI BENGKUNG SEMASA BERPANTANG



  1. Membakar lemak berlebihan, melangsingkan badan dan mendapat berat yang ideal
  2. Mempercepatkan pengecutan rahim
  3. Merampingkan kembali pinggang
  4. Membentuk potongan badan dan punggung.
  5. Menghalang perut masuk angin semasa berpantang.
  6. Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.
  7. Mengurangkan sakit pinggang.
  8. Membantu ibu-ibu agar boleh berdiri dan bergerak dengan selesa kerana bengkung bertindak sebagai "support" pada bahagian perut
  9. Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan ketika berpantang.
  10. Mudah diikat oleh ibu bersalin sendiri, tanpa memerlukan bantuan sesiapa.
  11. Boleh dipakai bila-bila masa (walau bukan masa berpantang), untuk mengempiskan perut dan merampingkan badan.


CARA DAN TIPS PEMAKAIAN BENGKUNG YANG BETUL



* Sapukan minyak/krim bahagian perut, pinggang dan pinggul selepas urutan. Ena sapu krim serbaguna Herbal Blend


* Bengkung diletak mengelilingi kawasan perut

* Berbaring dan ikat dengan kejab bermula dari bahagian atas ke bawah


*Tujuan berbaring supaya lebih mudah untuk ikat lebih ketat memandangkan perut kita meleper ketika dalam keadaan berbaring berbanding berdiri.

*Tujuan ikat dari bawah adalah supaya mudah untuk ibu-ibu nak ke tandas , Memandangkan pemakaian bengkung adalah lama. Cuma longgarkan ikatan di bahagian bawah sahaja. Selepas urusan di toilet, boleh la diikat balik .


* Dinasihatkan memakai bengkung selama 44 hari sehingga 100 hari.


* Bagi yang menjalani pembedahan, bengkung digunakan hanya setelah sembuh dari kesan pembedahan.


Q & A MENGENAI AMALAN BERBENGKUNG



Perlukah saya memakai bengkung? 



* Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna.


Bagaimanakah ciri-ciri bengkung yang baik? 



Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim. Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas. * Ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. 



Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Ia juga akan membatasi pergerakan anda dan akan lebih berhati-hati apabila bergerak.


Berapa lama perlu memakai bengkung ketika dalam pantang? 



Ketika dalam pantang bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ianya mula dipakai dari hari ke-4 sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh pantang. Sebaik-baiknya anda mempunyai 2 helai bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya. Kebersihan amat penting agar tidak timbul masalah lain seperti kegatalan atau kerengsaan pada kulit.



Bolehkan saya memakai bengkung selepas pembedahan?



Anda perlulah mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memakai sebarang bengkung. Terdapat bengkung yang mempunyai ciri-ciri tertentu (seperti bengkung strap-on) yang boleh dipakai selepas pembedahan. Pastikan ciri-ciri ini adalah sesuai untuk anda. Bengkung yang tidak mempunyai ciri-ciri khas hanya boleh dipakai selepas luka sembuh atau atas nasihat doktor anda (selepas 2 minggu atau lebih)



Bagaimana pemakaian bengkung dapat membantu saya? 



Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu yang menyusu anak. Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul. Baik untuk menyokong tulang anda kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang anda. Selain itu, ia juga menyokong dan menguatkan otot-otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.



Adakah bengkung ini hanya untuk wanita bersalin sahaja? 



Tidak. Ia boleh dipakai oleh sesiapa sahaja termasuk lelaki!



Perlukah memakai minyak dengan bengkung? 



Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit seperti Krim Herbal Blend. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.



* Beberapa petikan ini diambil dari buku "Ensiklopedia Perbidanan Melayu-Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan dan Penjagaan Kesihatan" tulisan Datin Sharifah Anisah Barakbah



Semoga bermanfaat!



Your Certified Shaklee Product Consultant:
 Aeinna Musa / Kekna (0177172868)



COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia


P/s:

KLIK SINI
KLIK SINI
KLIK SINI
untuk 111 Tips Kaya Rezeki Melimpah Ruah dan Tips Bebas Hutang!



Tuesday, 29 September 2015

Set Bersalin Untuk Pantang Selepas Keguguran

16:11 0 Comments

Assalamualaikum


Ena kongsikan kisah seorang ibu yang keguguran dan berikhtiar untuk pulihkan badan dengan Set Bersalin Shaklee.


JOm ikuti apa kata beliau:







Puan Yaqeen Ahmad :


BERPANTANG dengan ESP Shaklee


Saya ingin berkongsi tentang amalan berpantang selepas keguguran pada Jun 2014 lepas.


Sebelum ini, saya tidak mengamalkan sebarang suplemen secara khusus selepas bersalin anak pertama mahupun yang kedua. Alhamdulillah, proses berpantang tetap berjalan dengan lancar.


Namun ditelan masa, lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak kedua, tahap kesihatan agak surut. Letih mengerjakan kerja rumah dan kerja online. Berita menggembirakan hadir, pada April 2014, saya sah hamil anak ketiga. Usianya 6 minggu ketika itu. Saya menjaga diri seperti biasa, mengambil suplemen untuk set hamil.



Rezeki sehingga minggu ke10, saya keguguran dan menjalani proses cuci rahim. Sakit selepas cuci rahim seperti macam sakit selepas bersalin juga. Cuma pada waktu proses cuci itu, saya dibius dan tidak rasa sakit apa. Sakit rengat tetap ada.



Saya cadang untuk hamil lagi (sebab target bersalin 2015). Jadi harus berusaha untuk lekas sembuh.



Dalam tempoh berpantang, setiap hari saya amalkan bancuhan Energizing Soy Protein bersama air coklat. Selain itu, saya amalkan juga Vitamin C Plus dan minuman Radix HPA. Saya sedia banyakkan makan sayur hijau dan buah-buahan saban hari. Tiada haruan atau gamat atau jamu seperti kebiasaan yang lain. Ia pilihan masing-masing.



Alhamdulillah, perasaan sangat selesa. Badan jadi hangat dan masalah-masalah seperti lepas bersalin, tiada. Sakit rengat memang cepat hilang. Badan pulih dalam seminggu. Bertenaga dan mampu buat kerja-kerja rumah yang ringan.



Apa yang saya niatkan ialah pengambilan protein yang konsisten pada setiap hari dapat memulihkan luka dalam rahim dengan cepat


Alhamdulillah, Ogos 2014, saya hamil bayi keempat. 'Dia' kuat dan sihat sehingga lahirnya. Bonusnya, kulit ibu bertambah baik dan mudah diurus.


Azam kami; mudah-mudahan kami berdua dapat menjayakan misi penyusuan ibu sepenuhnya sehingga Fadiah Uzayra 2 tahun seperti Aqil Farabi. Amiin.


[Gambar: Kami berdua pada hari ke-44]
Sekian.








******


Alhamdulillah...asbab suplimen pilihan beliau ( Set Berpantang Shaklee ), kesihatan beliau cepat kembali pulih dan rahim beliau 'ready' untuk menerima orang baru lagi. Syukur.






******



Syoknya, anda nak cuba Energizing Soy Protein tak?


Sementara PROMO masih berjalan ni, jangan malu segan hubungi ENA tau


till then,

have a nice day !



013 357 3153
013 357 3153
013 357 3153

Saturday, 26 September 2015

Pengakuan Kisah Benar - Set Berpantang Terbaik

23:07 0 Comments

Assalamualaikum


Ena nak share shaklee effect Puan Khadeejah Hasmad setelah menggunakan Set Berpantang Shaklee.


Dalam Video ini beliau mendapati tempoh berpantang anak kedua berbeza sekali dengan anak pertama di mana anak kedua beliau memilih untuk berpantang dengan set berpantang shaklee.



Sedikit ringkasan dari video ena senaraikan di bawah. Tapi lagi best dengar sendiri pengakuan beliau. jangan lupa klik dan hayati video ni tau!







Pengalaman Puan Khadeejah berpantang dengan Set Berpantang Shaklee:



Menurut beliau, pengalaman berpantang anak pertama sangat teruk dan beliau tidak tahan sehingga merasakan serik untuk beranak lagi. Apa yang membuat beliau rasa sangat pilu ketika berpantang anak pertama ialah SEMBELIT yang sangat-sangat TERUK! Teringat pengalaman ena berpantang anak pertama, sembelit teruk juga. 



Penggunaan pilis dan herba-herba ketika ini tidak langsung membantu memulihkan mood beliau malah beliau rasa lebih moody lagi. Jamu pula, dapat makan sehari sahaja dan mendapati jamu tidak serasi dengan diri beliau.



Tempoh berpantang anak kedua, beliau memilih untuk berpantang dengan set berpantang shaklee. Sebaik sahaja bersalin, beliau terus minum ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) dan mengambil ZINC COMPLEX. 



ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) - untuk pulihkan dan memberi tenaga segera setelah penat melalui proses bersalin



ZINC COMPLEX - untuk bantu memulihkan luka akibat bersalin. Luka bersalin cepat sembuh dan nifas berakhir dalam 2 minggu sahaja, berbanding pantang anak pertama dahulunya nifas selama 60 hari!



Menurut Puan Khadeejah lagi, walaupun tak ikut sangat berpantang ( tidak berpanas-panas), beliau bertenaga dan  langsung tidak mengalami sembelit ketika berpantang! Ini pengalaman yang sangat membahagiakan kerana sewaktu berpantang anak pertama, beliau ngeri menghabiskan masa berjam2 dalam toilet akibat sembelit!



VITA LEA - multivitamin yang membekalkan tenaga kepada ibu berpantang


OSTEMATRIX - melembutkan najis dan mengelakkan sembelit


Badan juga terasa ringan dengan pengambilan ALFALFA COMPLEX - yang berfungsi mengeluarkan angin-angin dalam badan beliau dan membantu beliau mendapat kembali BENTUK BADAN IDAMAN iaitu langsing walaupun tidak berbekung ketika pantang!


*****



Seronok dengar pengakuan, pengalaman dan review dari Puan Khadeejah sendiri setelah mengambil Set Berpantang Shaklee.



Buat ena tak sabar nak merasai pengalaman hebat bersama det berpantang shaklee ni;)



Anda juga sedang tercari-cari Set Berpantang Terbaik?


Jom try Set Berpantang Shaklee!


Hubungi ena untuk order/info


013 357 3153

013 357 3153

013 357 3153



DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.