Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Showing posts with label Set Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Set Berpantang. Show all posts

Friday, 4 December 2015

''Bila Tengok Wife Makan Vitamin C Hari-hari Tengok Makin Cantik Je.."

09:55 0 Comments

KREDIT PIC : PAPAGLAMZ




Testimoni PAPAGLAMZ ..


"bila tengok wife makan vitamin C hari-hari tengok makin cantik je.."


Kalini Testimoni dari kaca mata seorang lelaki yang wifenya makan vit shaklee.uoll mana2 yg dlm ni seorang wife.. amalkanlah vitamin shaklee ni... hhihiih.JOOM BACA
----------------------------------



"kali ni Papaglamz nak sharing testimoni Shaklee. Ni testi wife sendiri la. Senang. Depan mata kita nampak. Nak tipu pun buat ape kan? Bukan dapat manfaat. Lagi berdosa ade la kn kn kn kn.. Hehehe..



Papaglamz start kenal Shaklee ni dari kawan. Masa tu wife nak bersalin anak kami yang sulung. Nak tunjuk keROMANTISAN diri la kononnye cari kan Shaklee.



Sebab ramai org cakap terbaek, terelok kau memang da bomb Shaklee ni. So, dapat la Papaglamz beli FULL set berpantang. Full set okay. Nampak tak Papaglamz sayang wife ketat-ketat. Hahaha.




Full set tu ade la ENERGIZING SOY PROTEIN, Vitamin C, B-complex, Vita-lea, Zinc, dan Alfalfa. Lepas je bersalin wife Papaglamz pun makan la kesemua Vitamin yang Papaglamz belikan tu. Ni Papaglamz nak cerita.



First week lepas consume semua tu, tetibe mak bidan yang mengurut wife Papaglamz tu puji yang rahim wife cepatnye mengecut. Yela die bidan kan die tau la macam mana rahim kecut atau pun tak kan? Siap gurau-gurau manje lagi dengan Papaglamz



 "UNTUNG KO FAIZAL RAHIM CEPAT KECUT". 



Ok kat sini Papaglamz terkesima. Kenapakah aku yang beruntung? (Budget-budget otak ni suci murni kan). Hehehehe. Bila dah abes pantang baru Papaglamz faham. 



Ni tips, kalau nak bagi wife tu sihat sepenuhnya anda ayah-ayah sila la berpantang juga selama 100 hari. Faham bagus, tak faham dah. Hahahaha Ok habis bab ni.



Ni pasal penyusuan. Alhamdulillah anak Papaglamz dah berumur 8 bulan masih lagi menysu ibu die. Rezeki die tuhan nak bagi kan. Walaupun wife Papaglamz tu kurus. Boleh bayangkan beratnya cuma 38, dah la tak duduk sama ngan Papaglamz.



 Bila tak duduk sama ni macam-macam la emosi ibu ni. Dengan tak lalu nak makanye la, makan yang tak tetap. Ditambah ngan kerja lagi. Haa kat sini peranan suami tu penting. Bagi support yang terbaik. Papaglamz suruh teruskan makan Shaklee. Dan Alhamdulillah. Die dapat menempuh hidup bersama anak walau jauh di sisi Papaglamz.



Ni lagi Papaglamz nak cerita. Pasal anak pulak. Yela, bila baby minum susu ibu ni, ape yang ibu tu makan for sure la kan baby akan makan sekali. 


Haaa ni nak habaq mai. Selama umur 8 bulan ni Alhamdulillah sehat. Demam sekali je masa tu umur 7 bulan sebab ibu die makan seafood banyak sangat then alah merah-merah sampai demam. Nasib baik time tu tengah cuti sekolah, wife bercuti duduk dengan Papaglamz.


 Mungkin vitamin yang wife Papaglamz makan tu Imtiyaz pun dapat jugak tu yang sistem pertahanan badan die pun kuat.



Haaa ni last, bila tgk wife makan vitamin C hari-hari tengok makin cantik je Papaglamz tengok.



So, Papaglamz pun curi-curi makan jugakz. Sekarang ni Papaglamz makan Vitamin C, Alfalfa dan ESP. Alhamdulillah. Hidung tak la gatal-gatal. Dah jarang. "Performance" dengan wife pun subhanallah Allah sahaja yang tahu. Hehehe.



Jadi, kami sekeluarga masih lagi mengamalkan pengambilan vitamin dari Shaklee ni. Di tambah pula Papaglamz sekarang ni jadi SID, tiap2 bulan la usha-usha vitamin ape yang nak di beli. Sebab murah beb..!!! 


Hahaha. Ok itu sahaja.


HIDUP SIHAT IBADAH CEMERLANG


-sekian-
------------------------------------------------------------


tu sharing testimoni dari kaca mata seorang lelaki yang wifenya makan vit shaklee. haaaaaa mahaii tu.. uoll mana2 yg dlm ni seorang wife.. amalkanlah vitamin shaklee ni... hhihiih.. tq papaglamz for sharing



alhamdulillah

seronok kan bila suami sendiri dapat lihat dan rasa perubahan POSITIF pada kesihatan  isterinya

anda mahu isteri anda cuba set berpantang shaklee?

insyaALLAH ena boleh bantu yang terbaik

Your Health & Beauty Consultant,
-ENA-
013 357 3153


Monday, 2 November 2015

Tips dan Cara Pemakaian Bengkung Yang Betul Semasa Berpantang

10:06 3 Comments
Assalamualaikum

Sekarang ena hari ke 25 berpantang, alhamdulillah. Ena rasa dah semakin pulih dan sihat. 


Antara tips yang ena amalkan sepajang berpantang adalah berbengkung.


Jenama bengkung yang ena gunakan adalah keluaran amway. Ena dapat FREE dalam set berpantang amway semasa berpantang anak first. Anak kedua ni ena guna Set Berpantang Shaklee sepenuhnya.






Cara Biasa Pemakaian Bengkung Satu Tali (sumber: google)


Cara makcik urut pakaikan bengkung pada ena. Dia lilit dua kali setiap lubang kiri dan kanan;)

Ketat dan Kemas. Best!

psst: Abaikan lelemak  yang menonjol di sana sini, waktu baru seminggu berpantang, lelemak masih bermaharajalela lagi.mih mih mih.

11 TUJUAN MEMAKAI BENGKUNG SEMASA BERPANTANG



  1. Membakar lemak berlebihan, melangsingkan badan dan mendapat berat yang ideal
  2. Mempercepatkan pengecutan rahim
  3. Merampingkan kembali pinggang
  4. Membentuk potongan badan dan punggung.
  5. Menghalang perut masuk angin semasa berpantang.
  6. Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.
  7. Mengurangkan sakit pinggang.
  8. Membantu ibu-ibu agar boleh berdiri dan bergerak dengan selesa kerana bengkung bertindak sebagai "support" pada bahagian perut
  9. Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan ketika berpantang.
  10. Mudah diikat oleh ibu bersalin sendiri, tanpa memerlukan bantuan sesiapa.
  11. Boleh dipakai bila-bila masa (walau bukan masa berpantang), untuk mengempiskan perut dan merampingkan badan.


CARA DAN TIPS PEMAKAIAN BENGKUNG YANG BETUL



* Sapukan minyak/krim bahagian perut, pinggang dan pinggul selepas urutan. Ena sapu krim serbaguna Herbal Blend


* Bengkung diletak mengelilingi kawasan perut

* Berbaring dan ikat dengan kejab bermula dari bahagian atas ke bawah


*Tujuan berbaring supaya lebih mudah untuk ikat lebih ketat memandangkan perut kita meleper ketika dalam keadaan berbaring berbanding berdiri.

*Tujuan ikat dari bawah adalah supaya mudah untuk ibu-ibu nak ke tandas , Memandangkan pemakaian bengkung adalah lama. Cuma longgarkan ikatan di bahagian bawah sahaja. Selepas urusan di toilet, boleh la diikat balik .


* Dinasihatkan memakai bengkung selama 44 hari sehingga 100 hari.


* Bagi yang menjalani pembedahan, bengkung digunakan hanya setelah sembuh dari kesan pembedahan.


Q & A MENGENAI AMALAN BERBENGKUNG



Perlukah saya memakai bengkung? 



* Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna.


Bagaimanakah ciri-ciri bengkung yang baik? 



Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim. Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas. * Ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. 



Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Ia juga akan membatasi pergerakan anda dan akan lebih berhati-hati apabila bergerak.


Berapa lama perlu memakai bengkung ketika dalam pantang? 



Ketika dalam pantang bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ianya mula dipakai dari hari ke-4 sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh pantang. Sebaik-baiknya anda mempunyai 2 helai bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya. Kebersihan amat penting agar tidak timbul masalah lain seperti kegatalan atau kerengsaan pada kulit.



Bolehkan saya memakai bengkung selepas pembedahan?



Anda perlulah mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memakai sebarang bengkung. Terdapat bengkung yang mempunyai ciri-ciri tertentu (seperti bengkung strap-on) yang boleh dipakai selepas pembedahan. Pastikan ciri-ciri ini adalah sesuai untuk anda. Bengkung yang tidak mempunyai ciri-ciri khas hanya boleh dipakai selepas luka sembuh atau atas nasihat doktor anda (selepas 2 minggu atau lebih)



Bagaimana pemakaian bengkung dapat membantu saya? 



Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu yang menyusu anak. Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul. Baik untuk menyokong tulang anda kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang anda. Selain itu, ia juga menyokong dan menguatkan otot-otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.



Adakah bengkung ini hanya untuk wanita bersalin sahaja? 



Tidak. Ia boleh dipakai oleh sesiapa sahaja termasuk lelaki!



Perlukah memakai minyak dengan bengkung? 



Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit seperti Krim Herbal Blend. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.



* Beberapa petikan ini diambil dari buku "Ensiklopedia Perbidanan Melayu-Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan dan Penjagaan Kesihatan" tulisan Datin Sharifah Anisah Barakbah



Semoga bermanfaat!



Your Certified Shaklee Product Consultant:
 Aeinna Musa / Kekna (0177172868)



COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia


P/s:

KLIK SINI
KLIK SINI
KLIK SINI
untuk 111 Tips Kaya Rezeki Melimpah Ruah dan Tips Bebas Hutang!



Tuesday, 29 September 2015

Set Bersalin Untuk Pantang Selepas Keguguran

16:11 0 Comments

Assalamualaikum


Ena kongsikan kisah seorang ibu yang keguguran dan berikhtiar untuk pulihkan badan dengan Set Bersalin Shaklee.


JOm ikuti apa kata beliau:







Puan Yaqeen Ahmad :


BERPANTANG dengan ESP Shaklee


Saya ingin berkongsi tentang amalan berpantang selepas keguguran pada Jun 2014 lepas.


Sebelum ini, saya tidak mengamalkan sebarang suplemen secara khusus selepas bersalin anak pertama mahupun yang kedua. Alhamdulillah, proses berpantang tetap berjalan dengan lancar.


Namun ditelan masa, lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak kedua, tahap kesihatan agak surut. Letih mengerjakan kerja rumah dan kerja online. Berita menggembirakan hadir, pada April 2014, saya sah hamil anak ketiga. Usianya 6 minggu ketika itu. Saya menjaga diri seperti biasa, mengambil suplemen untuk set hamil.



Rezeki sehingga minggu ke10, saya keguguran dan menjalani proses cuci rahim. Sakit selepas cuci rahim seperti macam sakit selepas bersalin juga. Cuma pada waktu proses cuci itu, saya dibius dan tidak rasa sakit apa. Sakit rengat tetap ada.



Saya cadang untuk hamil lagi (sebab target bersalin 2015). Jadi harus berusaha untuk lekas sembuh.



Dalam tempoh berpantang, setiap hari saya amalkan bancuhan Energizing Soy Protein bersama air coklat. Selain itu, saya amalkan juga Vitamin C Plus dan minuman Radix HPA. Saya sedia banyakkan makan sayur hijau dan buah-buahan saban hari. Tiada haruan atau gamat atau jamu seperti kebiasaan yang lain. Ia pilihan masing-masing.



Alhamdulillah, perasaan sangat selesa. Badan jadi hangat dan masalah-masalah seperti lepas bersalin, tiada. Sakit rengat memang cepat hilang. Badan pulih dalam seminggu. Bertenaga dan mampu buat kerja-kerja rumah yang ringan.



Apa yang saya niatkan ialah pengambilan protein yang konsisten pada setiap hari dapat memulihkan luka dalam rahim dengan cepat


Alhamdulillah, Ogos 2014, saya hamil bayi keempat. 'Dia' kuat dan sihat sehingga lahirnya. Bonusnya, kulit ibu bertambah baik dan mudah diurus.


Azam kami; mudah-mudahan kami berdua dapat menjayakan misi penyusuan ibu sepenuhnya sehingga Fadiah Uzayra 2 tahun seperti Aqil Farabi. Amiin.


[Gambar: Kami berdua pada hari ke-44]
Sekian.








******


Alhamdulillah...asbab suplimen pilihan beliau ( Set Berpantang Shaklee ), kesihatan beliau cepat kembali pulih dan rahim beliau 'ready' untuk menerima orang baru lagi. Syukur.






******



Syoknya, anda nak cuba Energizing Soy Protein tak?


Sementara PROMO masih berjalan ni, jangan malu segan hubungi ENA tau


till then,

have a nice day !



013 357 3153
013 357 3153
013 357 3153

Saturday, 26 September 2015

Pengakuan Kisah Benar - Set Berpantang Terbaik

23:07 0 Comments

Assalamualaikum


Ena nak share shaklee effect Puan Khadeejah Hasmad setelah menggunakan Set Berpantang Shaklee.


Dalam Video ini beliau mendapati tempoh berpantang anak kedua berbeza sekali dengan anak pertama di mana anak kedua beliau memilih untuk berpantang dengan set berpantang shaklee.



Sedikit ringkasan dari video ena senaraikan di bawah. Tapi lagi best dengar sendiri pengakuan beliau. jangan lupa klik dan hayati video ni tau!







Pengalaman Puan Khadeejah berpantang dengan Set Berpantang Shaklee:



Menurut beliau, pengalaman berpantang anak pertama sangat teruk dan beliau tidak tahan sehingga merasakan serik untuk beranak lagi. Apa yang membuat beliau rasa sangat pilu ketika berpantang anak pertama ialah SEMBELIT yang sangat-sangat TERUK! Teringat pengalaman ena berpantang anak pertama, sembelit teruk juga. 



Penggunaan pilis dan herba-herba ketika ini tidak langsung membantu memulihkan mood beliau malah beliau rasa lebih moody lagi. Jamu pula, dapat makan sehari sahaja dan mendapati jamu tidak serasi dengan diri beliau.



Tempoh berpantang anak kedua, beliau memilih untuk berpantang dengan set berpantang shaklee. Sebaik sahaja bersalin, beliau terus minum ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) dan mengambil ZINC COMPLEX. 



ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) - untuk pulihkan dan memberi tenaga segera setelah penat melalui proses bersalin



ZINC COMPLEX - untuk bantu memulihkan luka akibat bersalin. Luka bersalin cepat sembuh dan nifas berakhir dalam 2 minggu sahaja, berbanding pantang anak pertama dahulunya nifas selama 60 hari!



Menurut Puan Khadeejah lagi, walaupun tak ikut sangat berpantang ( tidak berpanas-panas), beliau bertenaga dan  langsung tidak mengalami sembelit ketika berpantang! Ini pengalaman yang sangat membahagiakan kerana sewaktu berpantang anak pertama, beliau ngeri menghabiskan masa berjam2 dalam toilet akibat sembelit!



VITA LEA - multivitamin yang membekalkan tenaga kepada ibu berpantang


OSTEMATRIX - melembutkan najis dan mengelakkan sembelit


Badan juga terasa ringan dengan pengambilan ALFALFA COMPLEX - yang berfungsi mengeluarkan angin-angin dalam badan beliau dan membantu beliau mendapat kembali BENTUK BADAN IDAMAN iaitu langsing walaupun tidak berbekung ketika pantang!


*****



Seronok dengar pengakuan, pengalaman dan review dari Puan Khadeejah sendiri setelah mengambil Set Berpantang Shaklee.



Buat ena tak sabar nak merasai pengalaman hebat bersama det berpantang shaklee ni;)



Anda juga sedang tercari-cari Set Berpantang Terbaik?


Jom try Set Berpantang Shaklee!


Hubungi ena untuk order/info


013 357 3153

013 357 3153

013 357 3153



Monday, 7 September 2015

Promosi 4 Set Produk TERLARIS Sempena YES Program

23:40 0 Comments


Assalamualaikum


YES merupakan program keusahawanan di bawah inisiatif baru syarikat shaklee. YES ialah Young Entreprenur System di mana hanya mereka yang berdaftar sebagai ahli sah shaklee dari april hingga october 2015 sahaja layak menyertai program ini.


Award untuk mereka yang SUKSES dalam program ini ialah 
TROFI dan CASH bernilai rm10 , 000!!




Entry ini ena nak cerita mengenai 4 set/pack produk yang ditawarkan di bawah program YES ini.



Setiap set ini akan mendapat DISKAUN sebanyak 5% !!!

*****

PACK 1 : HEALTHY PRENATAL / SET KEHAMILAN







Apa produk dalam set ini?


Set ini terdiri daripada 6 produk + 2 botol FREE GIFT Vita Lea (Freegift untuk set dan keahlian baru)


Produk tersebut ialah:


Energizing Soy Protein 
Omega Guard
Ostematrix
B Complex
Sustained Release Vita C
Vita lea , 3 BOTOL




Berapakah harga set ini?


Harga asal set ini ialah RM 616.90

Harga set ini selepas PENDAFTARAN AHLI ( RM 80/90) ialah DISKAUN SEBANYAK 5% dari HARGA AHLI!




Berapa penjimatan HARGA jika beli set ini di bawah program YES?

Total PENJIMATAN set ini ialah lebih RM 510 !!
(termasuk FREE 2 BOTOL vita lea)



*****


PACK 2 : HEALTHY POSTNATAL / SET BERPANTANG





Apa produk dalam set ini?


Set ini terdiri daripada 6 produk + 2 botol FREE GIFT Vita Lea (Freegift untuk set dan keahlian baru)


Produk tersebut ialah:


Energizing Soy Protein 
Omega Guard
Ostematrix
Alfalfa Complex
Sustained Release Vita C
Vita lea , 3 BOTOL




Berapakah harga set ini?


Harga asal set ini ialah RM 616.90

Harga set ini selepas PENDAFTARAN AHLI ( RM 80/90) ialah DISKAUN SEBANYAK 5% dari HARGA AHLI!




Berapa penjimatan HARGA jika beli set ini di bawah program YES?

Total PENJIMATAN set ini ialah lebih RM 510 !!
(termasuk FREE 2 BOTOL vita lea)

*****



PACK 3 : YOUNG LIVING / SET AWET MUDA





Apa produk dalam set ini?

2 botol Vivix
1 botol Vita lea (FREE GIFT untuk FREE  membership)


Berapakah harga set ini?

Harga asal set ini ialah RM  1007

Harga set ini selepas MENDAFTAR SEBAGAI AHLI ( FREE MEMBERSHIP) ialah DISKAUN SEBANYAK 5% dari HARGA AHLI!



Berapa penjimatan HARGA jika beli set ini di bawah program YES?

Total PENJIMATAN set ini ialah lebih RM 400 !!!!
(termasuk FREE harga keahlian+ FREE vita lea)

***** 




PACK 4 : HEALTHY FITNESS / SET KURUS




Apa produk dalam set ini?


Set ini terdiri daripada 6 produk + 1 botol FREE GIFT Vita Lea (Freegift keahlian baru)


Produk tersebut ialah:


Cinch Shake perisa Chocolate 
Cinch Shake perisa Vanilla 
Cinch Tea Mix
Herb Lax
Lecithin
Vita lea , 2 BOTOL




Berapakah harga set ini?


Harga asal set ini ialah RM 711

Harga set ini selepas PENDAFTARAN AHLI ( RM 80/90) ialah DISKAUN SEBANYAK 5% dari HARGA AHLI!




Berapa penjimatan HARGA jika beli set ini di bawah program YES?

Total PENJIMATAN set ini ialah lebih RM 260!!
(termasuk FREE 1 BOTOL vita lea)

*****

Dah berpinar2 mata tengok TOTAL PENJIMATAN tu kan..hehe..


Memang untung sangat GRAB SET NI bagi siapa yang sedang hamil, persediaan untuk bersalin, untuk kurus dan mereka yang nak kekal awet muda atau untuk berikhtiar dari penyakit kronik.


Sebarang pertanyaan atau tempahan,






013 357 3153

Monday, 31 August 2015

Reply PM Sampai Kejung Tangan-Penangan Hari Closing Bisnes;)

14:32 0 Comments

TANGAN DAH KEJUNG , BATERY FON DAH KONG KiNG KONG (hihi)
=====================

.
assalamualaikum semua..
.

aktiviti dari smalam, entertain customer dan new customer dan regular yang nak GRAB PROMO BULAN NI...best wooo dapat vitamin FREE...

.

ada yang marah2 sebab tak perasan promo ni sedangkan ena dah war war di grup khas kami..alahai, comey je customerku..hihi

.

ada yang kata ' ish menyesal ni kalau tak daftar ahli bulan ni'..
haaa..cepat2 daftar..wasap je laju2 k 013 357 3153

.

ada yang asalnya ahli biasa, dah mula berjinak2 nak JANA INCOME dari shaklee biz, studen lagi tau!..kerlas kau jahhhh

.

ada sorang tu, ' tak best la beli dari orang lain..dengan kak ena jugak best..hihi malu cheqq

.

yang sorang lagi. kak ena, nak tukar upline boleh ke. macam mana prosedure.. hee, tak boleh syg, ada prosedure tapi rumit sikit;)
.

********************************************
yang belom ahli, beli 1 item je dah boleh dapat FREE MEMBERSHIP..kalau dulu kene beli sehingga rm800 untuk dapat FREE MEMBERSHIP ni.
********************************************
.

haaaa.. best ke best?

.

**pssstt:

untuk ahli berdaftar SAHAJA, bulan ni ada peluang dapat FREE ZINC COMPLEX (salah satu item dalam set berpantang ni)..apa yang bestnya zinc ni percepatkan PENYEMBUHAN luka dalaman dan luaran selpas bersalin..tak kira normal atau czer;) so tak lalu nk makan ikan haruan pon xpe..amek zinc je.

.

****pssstttt lagi:

untuk yang BELOM DAFTAR, dapatkan set berpantang ni atau mana2 product shaklee, daftar ahli dan anda LAYAK dapat FREE VITA LEA (multivitamin untuk seisi keluarga...




 SET BERPANTANG SHAKLEE ena..tak sabar nk guna;)

Wednesday, 26 August 2015

Persediaan Menyambut Baby (Part 3) : Senarai Lengkap Keperluan Ibu dan Bayi Baru Lahir (New Mommy WAJIB Baca!)

15:52 16 Comments




Assalamualaikum


Atas ni gambar anak syurga ena Aeisya Humaira berumur 7 hari. Waktu ni majlis tahniq di rumah tokma dan tokbah humaira di Bandar Baru Bangi Sekyen 8.



saje belek2 gambar lama..mengimbau kenangan katanya..hehehe.




btw, ena sedang blogwalking mencari2 senarai keperluan ibu dan bayi baru lahir. Dah anak kedua pon masih nak cari senarai ye..haha...dah lupo ni nak buek camano..hihi..





ok jom kita tengok satu apa keperluan ibu dan bayi..kepada New Mommy, semoga senarai ini membantu anda membuat persediaan rapi menyambut kelahiran zuriat dari syurga;) tidak lupa juga ibu2 yang melahirkan anak kedua , ketiga dan eterusnya..boleh jadi, dah lupa dah persediaan yang dibuat ketika anak ulong dek kerana jarak yang agak jauh..bertahun2 macam kami ni...jarak aeisya humaira dan adik nya yang bakal lahir ni 3 tahun;)



KEPERLUAN IBU BERSALIN


Tengah ushar bengkung moden ni. ada dealer premium beautiful tak sini, contact la ena, jangan lupa bagi harga jatuh gaung ye.hihi




Set Berpantang
(Ena suggest Set Berpantang Shaklee untuk penyembuhan luka bersalin yang cepat, pulihkan tenaga dan membantu banyakkan susu ibu yang)


Tungku
(seeloknya jenis batu sungai tu..kalau yang ringan2 macma kebanyakkan tungku moden sekarang tak best.


Kain Batik
( perlu banyak..dalam 5 helai ke atas. bet juga pakai kain batik ni sebab jenis cotton kan. nk ke toilet pon senang;)


Stoking Tebal 
( at least 3 pasang)


Minyak Urut
( minyak panas)

Tukang Urut/Confinement Lady
(book siap2 tukang urut. biasa ibu elepsa bersalin normal, hari ke 3 dan ke atas dah boleh berurut..jangan lama2 nanti badan sakit sebab dah masuk angin)


Bengkung 
( insyaALLAH  kali ni nak cuba bengkung moden lak;)sebelum ni pakai yang lilit 2, 8 tahun baru siap pakai.haha)


Maternity Disposable Pad 


Baju Sejuk (sweater)





KEPERLUAN BAYI YANG BARU LAHIR








PAKAIAN


Bedung
(10 helai)

Barut Perut Baby
(beli la 10 helai..sebab baby kadang berak akan kena pada barut perut ni.so kene la tukar skali..pengalaman ena, aeisya dulu poo poo 5-8 kali sehari!

Sapu tangan
(berguna untuk lap mulut baby jika baby termuntah atau selepas menyusu.)

Romper/Jumpsuit
(papa aeisya memang suka baju jenis romper ni..cute katanya kalau baby pakai)


Baju lengan panjang dan Seluar panjang
(3 pasang)

Baju lengan pendek dan Seluar pendek
(3 pasang)

Baju dan seluar yang lubang2
(3 pasang)


Selimut
(2 helai)

Topi
(1-2 sahaja)

Mitten and booties
(3 pasang)

Tuala Kecil
(untuk lap muka/pipi baby selepas menyusu)






**pastikan baju n seluar baby dari jenis kain kapas!
**tak payah beli banyak2 pakaian baby, sebab nanti akan dapat hadiah banyak dari kawan dan saudara mara yang datang ziarah baby;)


DIAPERING



Diapers
( saiz newborn ye, beli satu or dua pack je dulu, jangan banyak2 sebab baby cepat besar...kalau rajin boleh la beli cloth diapers yang washable tu..kalau rajin la.ena kurang rajin sikit..sikit je..hihi)


Wet Tisssues
(yang ni boleh borong banyak2..sebab pengalaman ena, sampai aeisya umur 3 tahun ni pon  masih gunakan wet tissues;)


Tikar Kecil
( yang ni khusus untuk tukar lampin baby..biasa kalau beli totebeg baby tu mmg dah ada changing mat ni kat dalam)


Botol Sembur Air
(ni penting sebab selalu tukar diaper baby kat katil je)


Detergent khas untuk cuci pakaian dan botol2 susu baby
(ingat, kulit baby SENSITIF sangat..detergent biasa mungkin akan menyebabkan ruam2 pada kulit bayi. ena guna set pencuci shaklee sebab ia terbukti selamat untuk bayi)




Shaklee Detergent yang terbukti selamat untuk baby


BABY CARE & GROOMING



Bakul Pakaian
(untuk simpan pakaian baby ,ena suka yang ada penutup, nampak kemas..container tu beli kat tesco je)

Bakul kecil
(untuk letak barangan grooming anda baby care

Besen Mandi

Tungku Baby
(dulu mak mertua ena buat sendiri ni..isi lada hitam je dalam uncang kecil, panaskan dan tuam perut dan badan baby lepas mandi)


Mandian Baby- shower gel/syampoo
(ena guna SebaMEd..sama dengan kakak nya aeiya humaira)

Bedak
(yang ni aeisya tak pakai..tak elok tau untuk paru2 baby..tak payah beli lah.nti dapat juga hadiah dari orang yang datang ziarah..hihi)

Minyak Telon
(ena suka brand amway,wangi!)

Sikat Rambut
(aeisya tak guna sangat sebab dari kecil rambut nya kurang.,hehe)

Krim Pelembap
 (in case ada ruam2-ena guna Herbal Blend Shaklee)

Gunting Kecil

Pemotong Kuku

Methylated Spirit - Alcohol 70% 
(biasa dibekalkan oleh pihak hospital-untuk cuci tali pusat baby yang belom tanggal..kalau tak cukup boleh beli di farmasi atau kedai barangan baby)

Cotton Ball
(untuk apply alcohol ketika cuci tali pusat..tapi kalau dapat alcohol yang jenis sekali dengan kapas tu, tak perlu beli cotton ball ni)

Cotton Bud
 (untuk cuci telinga atau hidung baby)

Termometer
(untuk monitor suhu in case baby/mommy demam)

Nasal Aspirator
(guna ketika baby selsema atau hidung tersumbat)



NURSERING/KEPERLUAN TIDUR BABY



Tilam
(beli dari jenis kain kapas ye, sebab baby cepat panas/berpeluh)


Kelambu
(yang ni kami memang beli sebab kat kampug banyak nyamuk..tapi nyamuk kampung tak  bahaya macam nyamuk bandar;)


Ubat Nyamuk 
(jenis cecair tu, memang berkesan sangat..dan mudah di bawa ke mana2 juga)

Baby Cot

Comforter

BARANG KEPERLUAN BREASTFEEDING


insyaALLAH, niat untuk full breastfeed akan diteruskan juga untuk adik aeisya humaira ni. kakak nya dah masuk 3 tahun masih lagi BF..hihi.rezeki anak..alhmdulillah.



Botol Susu

Puting

Berus Pembersih Botol

Sterilising Tablet
(ena guna jenama Pureen)

Cecair Pencuci Botol
(ena guna  Jenama Shaklee-Dish Wash Concentrate)

Breast Pump Set
(ena guna spectra 3...dulu la...mesinnya pon dah rosak..insyaALLAH nak grab yang baru untuk adik aeisya humaira)

Cooler Bag Set : Storage Bottle & Ice Gel
(sangat2 penting bagi ibu yang bekerja ofis hour..ibu bekerja dari rumah macam ena, tak perlu kot )

Warmer 

Tempat menyimpan botol susu yang dah bancuh

Bottle Sterilizer

Storage Bottle

Nursing Cover

Nursing Bra

Nursing Pad Washable : Jenama Fiffy

Nursing Pad Disposal : Jenama Bebe

Thermos

Nipple Cream


*****

okie, lengkap sangat senarai ni.

apa pon, ia bergantung kepada keperluan masing2..


tulis balik barangan yang benar2 anda perlukan sahaja


kalau boleh berjimat, berjimat lah selagi boleh...macam ena alhmdulillah, untuk anak kedua ni tak banyak dah nk kene beli..ada la tambahan sikit2.


mommie yang dah sarat tu jangan lupa siapakan 'HOPITAL BAG' tau


Baca :Senarai Keperluan Barang Dalam 'Hospital Bag' Sebelum Bersalin


Your Certified Shaklee Product Consultant:
 Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap : http://KedaiVitaminBangiKajangPutrajaya.wasap.my atau http://Kekna.wasap.my
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia



P/s:

KLIK SINI
KLIK SINI
KLIK SINI
untuk 111 Tips Kaya Rezeki Melimpah Ruah dan Tips Bebas Hutang!



Friday, 21 August 2015

Persediaan Menyambut Baby (Part 2) :Senarai Keperluan Barang Dalam 'Hospital Bag' Sebelum Bersalin

14:42 9 Comments



Assalamualaikum



Kali ni ena nak berkongsi keperluan dan persediaan yang harus dilakukan oleh ibu bersalin. Alhamdulillah, ini kali kedua ena membuat persediaan untuk melahirkan baby ( anak kedua), jadi molek kiranya ena berkongsi pengalaman terutama dengan ibu2 baru ( ibu yang menanti kelahiran anak sulong).


Untuk kelahiran kedua ni, ena dah pon mula membuat persiapan dengan membasuh baju2 aeisya sewaktu aeisya lahir dulu. 









ok , persediaan ni terbahagi kepada 3 kategori iaitu persediaan untuk:


-ibu
-bayi
-bapa




#1- PERSEDIAAN IBU


  • Buku pink ( buku laporan sepanjang check up di klinik kesihatan)
  • Kad Pengenalan
  • 1 helai tuala mandi
  • 2 helai kain batik
  • Selipar toilet
  • Peralatan Keperluan mandi- berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, syampu, pencuci muka dan lain-lain
  • Peralatan Penjagaan diri- bedak, lipbalm/lipstik, sikat rambut, getah rambut
  • Peralatan makan minum seperti mug dan sudu.
  • 1 helai tudung instant ( tudung awning lebih baik, jangan bawak shawl susah nk pakai;) shawl instant takpe..hehe)
  • 1 pasang baju untuk pulang dari hospital- lebih baik bawa jubah menyusu je. senang nak pakai. Jika hopital kerajaan, pakai baju yang disediakan
  • 2 pasang baju lengan panjang (tshirt atau blouse) beserta skirt  jika plan bersalin di hospital swasta
  • 1 sweater jika tak tahan sejuk
  • 2 pasang stokin tebal
  • Tafsir Al Quran- untuk di baca semasa warded sebelum bersalin ( in case warded lebih awal)
  • Telekung solat dan sejadah kecil- in case warded lebih awal
  • 2 plastik sederhana besar untuk letak baju kotor dan uri selepas bersalin
  • Minyak selusuh ( cth: minyak kelapa dara)
  • kertas Doa untuk di baca bagi memudahkan bersalin dan segala urusan
  • Kurma
  • Air Zam Zam
  • Air mineral
  • Bengkung moden - tak perlu bawa yang berlilit-lilit tu, susah nk pakai kat hospital. Untuk di pakai SEBELUM makan
  • 1 pack tuala maternity 
  • Bra Menyusu
  • Disposable Nursing Pad ( untuk lapik bra in case susu terlalu banyak terutama anak kedua ke atas)
  • Seluar dalam pakai buang
  • charger handphone
  • tisu
  • Set Bersalin Shaklee- ini set berpantang pilihan ena kerana boleh digunakan sebaik sahaja selepas bersalin. Masukkan dalam pillbox je.



#2- PERSEDIAAN UNTUK BAYI







  • 5 Newborn diaper
  • 3 baju baby seeloknya butang di hadapan- mudah nak dipakaikan
  • 3 seluar panjang
  • romper/jumsuit- ni baju feveret papa aeisya ni..hehe..mudah sebab baju dah sekali dengan seluar
  • Tuala Mandi
  • Wet tissue
  • Selimut baby
  • Kain bedung 
  • Barut perut
  • 2 pasang Sarung Tangan (mitten)
  • 2 pasang Sarung kaki (botties)
  • Minyak telon
  • Bantal
  • Topi bayi
  • Car seat- untuk letak baby dalam kereta ketika pulang dari hospital
  • Toileteries - sabun mandi, bedak, losyen dan syampoo ( ena pakai jenama SebaMed- lembut dan sesuai untuk kulit bayi baru lahir)

Keperluan bayi untuk di bawa ke labour room ( letak siap2 dalam beg kecil dan masukkan dalam 'hospital bag' yang lebih besar tu)


  • 1 pasang mitten
  • 1 pasang botties
  • 1 kain bedung
  • 1 selimut
  • 1 pasang baju butang di depan dan seluar
  • 1 keping diaper






#3- PERSEDIAAN BAPA






  • GL dari company tempat bekerja yang membiayai kos isteri bersalin di hospital
  • Duit yang mencukupi untuk bayar bil hospital (jika tidak ada GL) atau kad kredit (jika ada)
  • Gadget seperti tab/ipad sebagai peneman jika boleh bermalam di wad isteri
  • Toileteris- kalau nak hare dengan isteri pon boleh;)
  • tuala
  • baju dan seluar (jika bermalam)
  • Majalah atau apa2 bahan bacaan
  • Bantal kecil
  • Sweater/ baju sejuk
  • Al Quran (tafsir)
  • Camera
  • Kain pelekat dan sejadah kecil untuk solat




***

Macam banyak pula ye..actualy bergantung kepada keperluan masing2. contoh kalau baby dan ibu takde masalah, ibu tak perlu warded lebih awal dan selepas beralin pon sama,jika semua ok, baby dah berak dan kencing,dalam 24jam boleh terus discaj keluar.



semoga bermanfaat buat ibu2!



Your Certified Shaklee Product Consultant:
 Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap : http://KedaiVitaminBangiKajangPutrajaya.wasap.my atau http://Kekna.wasap.my
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia



P/s:

KLIK SINI
KLIK SINI
KLIK SINI
untuk 111 Tips Kaya Rezeki Melimpah Ruah dan Tips Bebas Hutang!


Tuesday, 18 August 2015

Dulu Tak Suka, Sekarang Dah Jatuh Cinta!

23:20 0 Comments


Sedang ena fb walking siang tadi, ternampak komen dari seorang sahabat online ena;



Menurut nya: Dulu tak suka vita lea sebab pil besar besar dan tak nampak kesan. Tapi sejak asyik nak tumbang je lepas pantang, telan 2 biji sehari terus elok. Sejak tu vita lea menjadi cinta hatinya!


Waahhh teruja kan..ni membuatkan ena TAK SABAR nak berpantang dengan set berpantang shaklee ;)

Sunday, 10 May 2015

Bagaimana Cara Saya Kuruskan Badan- Yeayyy Saya Sudah Kurus!!!

13:51 0 Comments





Assalamualaikum,

bismillah,

ena nak share satu tetsimoni seorang ibu yang menyusukan baby nya. Beliau memilih set menyusu super power dari shaklee brand untuk memberikan susu yang terbaik buat zuriat syurganya ( pekat, banyak, kenyang lebih lama dan berkhasiat).


jom ikuti apa kata beliau!


SET 3 IN 1 :

***KURUS, MENYUSU, CANTIK**


Hari ni saya nak share serba sedikit pengalaman saya bersama Shaklee..


Dahulu saya merupakan seorang yang berbadan gempal dan berisi.. Paling berat badan saya pernah mencecah 75kg masa tu.. bermacam jenis ubat dan suplement kurus, namun semuanya gagal.. hinggalah satu hari, saya berjumpa dengan pusat rawatan pelangsingan L***** W*****M*********.. anda pasti tahu pusat apakah ini kan?
Memang diakui, badan saya turun 21kg dari berat asal saya 75kg dalam tempoh 4bulan. ketara perbezaannya, sangat2 berbeza.. Sebelumnya saiz xxl saya dah mula memakai saiz m..



Namun, utk pengetahuan anda, utk hilangkan 21kg itu, bukan sedikit yg terpaksa dilaburkan.. tetapi memakan berpuluh ribu dlm masa hanya 4bulan.. itupun saya dibantu oleh ibu saya.. bukan sedikit jumlahnya.. malahan dlm 4bulan tu, saya mmg xdibenarkan sentuh nasi, sy xdibenarkan makan sembarangan, terlalu ketat jadualnya..


Dan saya kurus hingga lah saya mengandung.. so bila dah sah mengandung, saya terpaksa stop rawatan LWM tu..


Dan start saya mengandung, badan sy mula naik mendadak bermula 54 kg sebelum itu, naik hingga 78kg.. selepas bersalin berat saya hanya turun 74 kg sahaja.. Saya berpantang namun berat tak juga turun walaupun saya menyusukan badan..



Jadi saya pakat, saya nak pergi buat rawatan LWM semula.. namun, mengecewakan kerana sy diberitahu, jika buat rawatan ini, minum suplement beliau, risiko utk susu badan boleh kering.. jadi saya tak dapat teruskan kerana niat saya nak menyusukan anak hingga 2tahun.


Apa yg saya lakukan, saya google, cari maklumat apa suplement yg boleh saya amalkan supaya badan kurus, tak mengganggu susu, selamat untuk ibu dan bayi serta MURAH.. dan saya berjumpa SHAKLEE..


Alhamdulillah masa tu saya hanya mengamalkan ESP dan Alfalfa shj, berat saya turun dalam 5kg.. Maka saya dengan penuh bersemangat, bulan ke dua saya tambahkan ESP, alfafa, lecithin dan omega..


Dalam tempoh 3bulan saya berjaya menurukan berat badan dalam 15kg..Perkara yang paling syok sebab saya mendapat banyak kebaikan hanya dlm 1 set ni.. KURUS, SUSU BADAN BERTAMBAH, KULIT LEBIH BERSERI, KEWANITAAN TERJAGA, yg penting MURAH!!


Alhamdulillah saya teruskan set itu hinggalah anak saya berumur setahun 6bulan..selepas anak saya setahun 6bulan, saya mencuba untuk tambahkan CHINCH DRINK untuk lagi cepat inch loss.. dan ternyata dalam tempoh 2 bulan saya berjaya mencapai berat yg saya ingini.. Dan inilah set yang saya amalkan sehingga skrg anak sy dah berusia 2tahun..


Alhamdulillah perasaan saya sangat gembira, teruja, keyakinan diri pun dah semakin baik, tak delah lagi sampai xnak keluar bilik sebab terlalu rendah diri dan malu... yg penting lebih senang untuk beribadat! Kalau dulu badan berisi, baru solat rakaat ke 3 dah mengah.. naik turun tangga apa lagi, mmg x naik dan xturun la bnyk kali satu hri tu.. sekarang x lagi.. Terima Kasih yaAllah, terima kasih Shaklee.. 


Bukan niat saya nak memburukkan syarikat lain, tapi apa yang sy nak kongsikan ialah memang diakui, keberkesanan di pusat2 rawatan sprti LWM ni sgt bagus dan berkesan, namun ianya memerlukan komitment yg sgt2 tinggi dari segi wang ringgit, masa, sekat keinginan makan yg ketat, yg plg penting ia tidak sesuai utk ibu bersalin yg mahu menyusukan anak..


Jadi, saya nak anda faham, kenapa saya setia memilih Shaklee, ini kerana ianya jauh lebih selamat, lebih banyak kelebihan, lebih mampu dimiliki dan jauh lebih4 murah..


Saya juga faham, saya sendiri pun tak mampu sebenarnya nak melaburkan sehingga berpuluh ribu hanya untuk kurus dan cantik, sebab itu saya sekarang berani sarankan set Shaklee, sebab ianya sangatla jauh lebih murah, lebih berkesan lebih berbaloi dan sangat2 Selamat walaupun untuk ibu menyusukan... Jadi, buatlah pilihan yang tepat.. saya sentiasa ada untuk membantu anda mencapai impian anda!


*********************


Seronok kan baca kisah akak ni. Ena kagum sebab beliau tidak hanya memikirkan diri beliau iaitu NAK KURUS, tapi perjuangkan hak anak2 untuk disusukan sehingga 2 tahun. fighter ni...alhmdulillah, ikut sunnah nabi juga..semoga menjadi asbab untuk melahirkan generasi yang soleh/solehah.


pada anda di luar sana yang berhasrat untuk mendapatkan SET BERPANTANG/ MENYUSU power dan menikmati efek 3 dalam satu ( SUSU BANYAK, KURUS DAN CANTIK), hubungi kami segera.


ena akan bantu memberi konsultasi yang terbaik sehingga anda mendapat apa yang diinginkan iaitu cara untuk kurus serta cantik dan tips menyusukan bayi sehingga 2 tahun. Yang penting PELABURAN anda berbaloi baloi dengan membuat pembelian dari kami!


your trusted health & beauty consultant;


013 357 3153

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.