Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Showing posts with label Positif Pagi. Show all posts
Showing posts with label Positif Pagi. Show all posts

Saturday, 1 September 2018

Kata Kata Positif Setiap Pagi Untuk Transformasi Diri

09:34 3 Comments
Kata Kata Positif Setiap Pagi Untuk Transformasi Diri | Assalamualaikum. Salam sejahtera. Apa Khabar harini?


Eh, Macam pelik pula bunyi tajuk dalam Bahasa Melayu ye. hehe


Apa apa pun, ena nak ajak kita semua untuk dengarkan video Kata Kata Positif Setiap Pagi Untuk Transformasi Diri  yang ena ambil dari youtube. Ena baru hari pertama dengar video 'positive affirmation' ni  harini, fuhh memang rasa lain macam aura dia.

Berkobar2 bak hang hihi


Bukan aura apa lah. Sebenarnya bila kita perdengarkan kata kata yang baik dan positif pada diri sendiri, satu kuasa (energy) yang positive sedang ter 'install' dalam minda dan diri kita. Sebab tu kita akan dapat rasa semangat luar biasa untuk mulakan hari. So sangat sangat bagus di amalkan se awal pagi yang mungkin ye






Haaa amacam?  dah dengar kan?

Boleh kongsikan ta k apa feeling uol lepas dengar;)


Tuesday, 1 September 2015

Positif Pagi #7 : Semangat Untuk Keluar dari 'Comfort Zone'

09:07 0 Comments


Assalamualaikum


Alhamdulillah...bersemangat sangat pagi ni..Harini 1 Sept..hari pertama setiap bulan merupakan hari di mana kami yang berniaga akan recharge balik energy setelah berhempas pulas 'menutup akaun' malam tadi.



'The big secret in life is no big secret
whatever your goal you can get if u willing to work hard
and step out of your comfort zone'





jom siapkan to do list pagi ni dan selemat bekerja semua!

Thursday, 27 August 2015

Positif Pagi #6: Bagaimana Nak Capai Kejayaan dengan Cepat

08:28 0 Comments


Bila kita mahukan sesuatu KEJAYAAN itu

 sepertimana kita perlukan OKSIGEN untuk BERNAFAS,

maka KEJAYAAN tersebut akan CEPAT DI CAPAI



***


Assalamualaikum 

selamat pagi yang super positif!


jom berusaha keluar dari COMFORT ZONE kita..jika bukan kita yang PAKSA DIRI untuk buat sesuatu yang LUAR BIASA untuk mendapatkan outcome yang TIDAK BIASA KITA DAPAT, siapa lagi yang boleh suruh kita kan.


we are responsible to our life!


gambateh!

Friday, 21 August 2015

Positif Pagi #5 : Apabila Terlalu Banyak Perkara Nak Dibuat!

09:11 0 Comments



Assalamualaikum


selamat pagi jumaat yang Super positif ;)


apabila banyak sangat perkara nak buat, sudahnya, satu pon tak buat!


siapa pernah camni angkat tangan sket ..


ena pernah juga camni, so pagi ni nak bagi tips positif untuk urus masa kita sebaiknya supaya LEBIH BANYAK perkara yang produktif dapat dilakukan.




TO DO LIST!



dah semestinya dengan menyenaraikan TO DO LIST dari pagi lagi. bergantung pada seseorang dan gaya mereka bekerja...maksudnya ena, surirumah tidak sama to do list nya dengan mereka yang bekerja di pejabat..faktor-faktor seperti waktu makan, bermain dan tidur anak perlu di ambil kira dalam list .



1) UTAMAKAN PERKARA YANG LEBIH PENTING



pernah dengar atau baca buku  EAT THAT FROG?- saranan penulis uapya menyiapkan kerja2/ projek yang lebih PENTING terlebih dahulu. 


sebagai contoh, bagi orang yang berniaga, planning untuk  membuat marketing adalah lebih penting daripada menyusun pasu di laman rumah.. tidaklah bermakna ena suruh sepahkan pasu2 bunga di laman, tapi allocate masa berkualiti untuk plan marketing dan urus bisnes terlebih dahulu... sebelah petang, waktu terluang, boleh la susun pasu bunga tu;) 



2) MASUKKAN AMALAN2 KEROHANIAN KE DALAM LIST


Amalan kerohanian ini TERBUKTI BERKESAN untuk memudahkan kita menjemput rezeki. Bukankah menjemput itu lebih mudah daripada mencari?



antara contoh amalan ialah 


-solat di awal waktu
-solat sunat dhuha 4 rakaat
-membaca al Quran serta terjemahan
-bersedekah pada yang memerlukan (utamakan keluarga terdekat dan sanak saudara dulu ye)
-berzikir dan selawat
-dan sebagainya



***

ok lah, cukuplah 2 tips dulu untuk positif pagi ni;)


selamat beramal;)


till then.


Thursday, 20 August 2015

Positif Pagi #4 : Ujian Allah Menambah Kekuatan & Nilai Diri Kita.

08:33 0 Comments



Assalamualaikum


Ena terbaca quote/talk di poster di atas 


SENTAP!


Kebanyakkan dari kita sedih, lemah setiap kali diberi UJIAN/CABARAN...ada yang stress sehingga seolah2 putus asa untuk hidup..Allahurobbi, mintak jauh la semua ni dari kita semua.



Pengajaran dari poster yang ena attached di atas ialah TEKANAN itu sebenarnya yang membuat kita LEBIH KUAT/BERTAMBAH NILAI HIDUP/LEBIH CANTIK jika kita pandai mengatasi dan menguruskannya.. 


Semua orang diuji.memang allah turunkam manusia ke Bumi ni untuk di uji keimanannya kan..semua orang mengalami tekanan dalam hidup..tiada siapa yang terlepas ( kecuali lah baby kan..hehe)


So sekarang pilihan kita , untum menjadi batu ARANG atau batu BERLIAN; )


We decide!

******


P/s: kalaupun stress dengan tekanan dan ujian hidup, please handle wisely..bawak berehat dan ambil suplimen B Complex untuk bantu release ketegangan urat saraf dan stabilkan balik emosi kita



Till then.


Tq for reading!

Wednesday, 19 August 2015

Positif Pagi #3

09:55 0 Comments


Assalamualaikum


Selamat pagi semua pengunjung blog ena. Alhamdulillah syukur atas segala nikmat yang dikecapi sehingga kini.



Rezeki ni UNIK kan..bukan sahaja ia tidak boleh dicari ( sebab tak tahu kat mana...camne nk cari kan) tapi ia bergantung kepada RAHMAT dan KASIH SAYANG serta PEMURAH nya Sang Pencipta terhadap hambaNYA.



nampak tak disitu....contoh kalau kita nak sesuatu dari bos...misalnya nk mintak cuti yang lama, pasti kita kerja elok2 2-3 hari sebelum mohon cuti kan . serta pastikan rekod baik je depan mata bos, yela, kita harapkan sesuatu in return..kita harap bos akan LULUSKAN cuti tanpa banyak soal.



itu dengan bos..dengan Pemilik Alam yakni Allah,lagiiiii lah kita perlu LEBIH LAGI BERBUAT BAIK....


buat apa ALLAH suka insyaAllah, ( bersangka baik) , Allah bagi setiap apa yang kita suka!


 syok tak dapat apa yang kita sangka..malah dapat REZEKI YANG TAK DISANGKA2 juga..tapi syaratnya..kene lah buat kebaikkan banyak2...kene jaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia juga,


mudah ke mudah?


so jom kita beramal.


pagi ni kita mula dengan solat dhuha 4 rakaat dulu deh;)


ena doakan anda yang membaca entry ini sentiasa POSITIF, dimurahkan rezeki yang BANYAK serta BERKAT dan sentiasaaaa RASA cukup dengan rezeki yang Allah limpahkan;)

Thursday, 13 August 2015

Positif Pagi #2

07:41 12 Comments


Positive ATTITUDE usually results in a positive OUTCOME!



Jom baiki diri untuk BERFIKIR, BAYANGKAN, MELIHAT, MENDENGAR, MENGANGGAP,BERCAKAP dan BERKONGSI perkara -perkara yang POSITIF sahaja!

Tuesday, 11 August 2015

Positif Pagi #1

10:01 0 Comments
Hakikat situasi hari ini di kalangan Rakyat Malaysia

Hakikat situasi hari ini di kalangan Rakyat Malaysia



'Tidak kira keadaan ekonomi dan politik negara, usaha kita untuk diri dan keluarga perlu diteruskan juga. Sama ada berniaga atau mempunyai kerier, waktu inilah perlu berusaha lebih lagi untuk memperkukuhkan kewangan perniagaan anda kerana tanggungjawab jatuh pada diri sendiri dan bukan pada pihak lain.'


Kata-kata ini ena petik dari Web Irfan Khairi


 Gambatehhhh!!!

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.