Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Thursday, 28 September 2017

Kisah Inspirasi: Tukang Cat dan Lubang Kecil

17:37 2 Comments


Kisah Inspirasi:  Tukang Cat dan Lubang Kecil


Kisah Inspirasi:  Tukang Cat dan Lubang Kecil

Sedikit kesah yang dikongsi oleh rakan saya.

HANYA KERANA SATU LUBANG KECIL

Seorang lelaki diminta mengecat sebuah perahu, ia pun mengecat perahu tersebut.

Sewaktu mengecat, dia menemui sebuah lubang kecil di lambung perahu, dan menampalnya diam diam. Selesai mengecat, ia terima upahnya dan pergi.

Tak lama berselang, pemilik perahu menemui lagi lelaki tersebut dan memberinya cek yang nilainya sungguh tidak diduga.

Si tukang cat terkejut dan berkata, "Anda sudah membayar upah saya, Tuan".

"Tapi ini bukan upah untuk mengecat. Ini kerana anda sudah menampal satu lubang di lambung perahuku".

"Ah, itu kan cuma hal kecil. Anda tidak perlu memberi saya wang sebanyak ini untuk pekerjaan sekecil itu".

"Mungkin anda tidak mengerti. Saat saya minta anda mengecat kapal itu, saya lupa memberi tahu tentang lubang tersebut. Ketika cat perahu sudah kering, anak-anak saya terus pergi memancing dengan menaiki perahu itu.

Mereka tidak tahu tentang lubang itu, sementara saya tidak berada di rumah sewaktu mereka pergi.
Ketika saya pulang dan menyedari mereka telah membawa perahu itu pergi, saya jadi sangat khuatir kerana saya tahu kalau perahu itu bocor.

"Alangkah leganya saya ketika melihat mereka semua pulang dengan selamat" Lalu saya mendapati bahawa Anda telah menampal lambung kapal yang bocor itu.

"Anda telah menyelamatkan anak-anak saya"

Yang sudah anda lakukan bukan hal kecil, kerana itu telah menyelamatkan nyawa orang lain. Sesungguhnya wang tidak bernilai untuk membayar kebaikanmu itu.

PENGAJARAN KISAH INI…

"Teruslah menolong, meringankan beban orang lain dan perbaikilah setiap "lubang" yang anda temui. Anda tidak akan pernah tahu bila bantuan anda bermanfaat"

Kerana sesungguhnya kita tidak akan pernah tau bila PERBUATAN BAIK kita berbuah, tapi PASTI AKAN BERBUAH.

"Saat kita berusaha menciptakan hal yang bermanfaat bagi orang lain, kita tentu saja menerangi jalan kita sendiri."

Jadilah penerang bagi orang lain. Kalau manusia di dunia saja boleh melihat perbuatan baik, apalagi Allah SWT.

Jom teruskan share dan 'tampung' kehidupan setiap insan sekeliling kita dgn ilmu pelaburan yang betul dan menyelamatkan mereka dari kesusahan di masa depan....





Aeinna Musa
0177172868
Direct Wassap : http://Kekna.wasap.my/ atau http://KedaivitaminBKP.wasap.my/
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia



Tuesday, 26 September 2017

3 Kunci Utama Untuk Anda Berjaya dan Kaya Dunia Akhirat

17:32 0 Comments






3 Kunci Utama Untuk Anda Berjaya dan Kaya Dunia Akhirat

MULAKAN PERNIAGAAN ANDA sendiri.

anytime nak berhenti kerja hakiki ( jika bekerja), kita dah ada bisnes sendiri yg ESTABLISHED!

terutama perempuan, anda pasti impikan suatu hari nanti stay di rumah bermain dengan anak2, urus rumahtangga dan masak untuk keluarga. sambil itu, income juga dapat melalui bisnes dan tak perlu mengadap jam untuk keluar bekerja.

=============
ada benarnya Tn Al Faiz menulis di wall fb nya:

Bayangkan:

Jika Anda ada Diploma/Ijazah/Master/PHD
Campur Keberanian Menjadi Usahawan.

Perghhhh..Pastinya mnghasilkan sebuah Modal Insan Yang Mantop Dan Cemerlang.

TakPercaya sudah,contoh Cuba tgk kalau org tu basic engineer,Biasanya cara dia meniaga pn lain,slalunya mnghasilkan kerja yg powerRangers.

Cuma kebanyakkan org berpelajaran tinggi ni diorang Ada 3 masaalah:

1) Belajar Tinggi dan percaya Akan dpt kerja yg bagus,walaupun dia sdg kerja TakBAGUS

2) Belajar Tinggi Dan Percaya Rezkinya hanya dengan makan gaji.

3) Belajar Tinggi dan PERCAYA kelayakkan dia hanya Kerja makan Gaji BUKAN meniaga.

Sebab tu Quran pun sebut,

"Nak Berjaya didunia mesti dgn Ilmu,
Nak Berjaya diAkhirat pun mesti dgn Ilmu"
Maka berbahagialah org yg berilmu..

(JANGAN HAD KAN KEMAMPUAN ANDA)
Bermimpilah biar sampai ke Bintang,
Kalau TakSampai pun kurang2 Boleh sentuh langit.

==================

Dari kaca mata ena pula ( walaupon ena tak pakai spek :-p ..hihi) , fresh graduate ingin sekali mencuba untuk mulakan perniagaan sendiri tapi KURANG YAKIN DIRI .

ena dulu pon begitu dulu kala ( dah macam tua sangat je ena..hihi)

lebih parah apabila KURANG YAKIN REZEKI DARI ALLAH. lebih yakin pada kerajaan/swasta yang memberi rezeki . Allah...semoga kita tidak tergolong .

BISNES ITU MUDAH YA AMAT.

betulkan perspeksi
betulkan mindset
betulkan niat

Hadirkan ALLAH dalam setiap perbuatan dan keputusan kita, insyaALLAH ada barokah.

#selfRemindJugaNi.


Monday, 25 September 2017

Pekakkan Telinga, Teruskan Usaha dengan Gigih dan Konsisten!

17:14 0 Comments

Pekakkan Telinga, Teruskan Usaha dengan Gigih dan Konsisten!





Pekakkan Telinga, Teruskan Usaha dengan Gigih dan Konsisten!

Motivasi Pagi oleh Ust. Badlishah
IKIM.FM (13/8/2014)

Ada satu kisah. Seorang penjual ikan buat papan tanda utk kedainya "Di Sini Jual Ikan Segar"

Datang seorang pelanggan kata, "tak payah la letak perkataan 'di sini' tu...memang la kedai kau kat sini. Bukan kat sana". Lalu si penjual ikan itu pun betulkan semula papan tandanya.

Lalu datang seorang lagi pelanggan. Dia komen "memang la ikan yg dijual segar. Mana ada orang nak jual ikan busuk. Xpayah letak la perkataan segar tu. Orang tau jugak". Lalu lagi sekali si penjual ikan membetulkan papan tandanya. Tinggallah perkataan "jual ikan" sahaja

Seorang lagi pelanggan datang dan komen "memang la kau jual ikan. Buat apa la nak bgtau orang benda yg memang org dah tahu"

Akhirnya diturunkan papan tanda tersebut dan tidak lagi diletak apa2 tanda. Kesan daripada itu, orang tak tahu apa yang dijual oleh si peniaga tersebut.

----# ---------

pengajarannya mudah sahaja, susah nak tutup mulut orang.memang kita tidak akan pernah dapat berbuat demikian

.the best way, BIARKAN MEREKA YANG SUKA KOMPLEN APA YANG KITA BUAT..

TERUSKAN SAHAJA JIHAD ANDA HIDUPKAN SUNNAH DAN TINGKATKAN EKONOMI UMMAH

surround yourself with only positive and happy people

80% sahabat fb ena berniaga di alam maya..jadi kebanyakkan post2 ena akn berkisar perihal perniagaan. semoga beroleh manfaat.

selamat berniaga

anda beriman, kaya berjaya dan bahagia dunia akhirat

via Hafiz Hidayah


Wednesday, 8 June 2016

32 Rahsia Bahagia dan Berjaya Dalam Kehidupan- Perkongsian Dari Seorang Doktor Perubatan

10:51 0 Comments
Dr Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan



32 Rahsia Bahagia dan Berjaya Dalam Kehidupan - Perkongsian Dari Seorang Doktor Perubatan | Assalamualaikum, Dr Hamit Arshad bekongsi di laman Facebook nya mengenai rahsia untuk berjaya dalam kehidupan. jom kita amati dan sama2 amalkan. insyaALLAH


1. Tidur awal.

Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. 

Bila sudah penat kerja mudah kita tidur. Kalau sukar tidur cuba baca quran tentu mudah tidur.
Jangan lupa baca fatiha, ayat qursi, 3 qul, zikir, istighfar an selawat sebelum lena. Juga jadi amalan baik ambil wuduk sebelum tidur.
Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari.
Selepas solat zuhur ambil 'power nap' antara 10 - 15 minit. Ia beri tenaga untuk terus kerja hingga petang.

2. Bangun awal.

Saya bangun jam 5 pagi. 

Loceng jam dan radio alarm akan berbunyi setiap pagi. Sering saya terkejut dulu sebelum bunyi loceng dan radio kerana loceng alarm dalam minda saya sudah tergerak.
Baca doa bangun tidur 'Alhamdulillahi lazi ahyayna ba'da amatana wa alaihinusyur' disamping zikir istighfar dan selawat sebelum ketandas. Saya kejutkan isteri.
Saya solat tahajud 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Tahlil arwah2 ibu bapa dan saudara2. Zikir panjang sebelum menuju masjid untuk solat subuh berjemaah.
Sempornakan solat lima waktu dan rukun islam yang lain

3. Sarapan saperti raja.

Amalkan makan sarapan pagi yang sempurna dan mengenyangkan untuk membekalkan tenaga dan kekuatan bila berkerja.

Saya makan buah2 dulu buasanya 3 butir keroma dan seterusnya 2 biji telor rebus setengah masak dicampur kicap manis dimakan dengan 2 keping roti multigrain toasted disapu cheese. Minum nescafe susu satu mug.
Kalau menginap dihotel yang menyediakan sarapan saya pastikan makan sebanyak yang bolih dan saya kurangkan makan tengah hari dan malam.

4. Supplemen vitamins dan lain2.

Selepas sarapan saya makanan supplemen2 vitamin2 dan antioxidants. 

Saya kongsi makan obimin, calcium dan fish oil dengan isteri; sudah berpuloh tahun saya amalkan. Saya makan lain2 saperti resveraterol dan Q10 yang baik untuk kesihatan jantung dan pil NuFocus untuk tenaga dan anti stress. Vitamin C 500mg dan jika saya dalam perjalanan atau kurang sihat saya makan vitamin C 1 - 2 biji sehari.
Walau pun saya banyak makan buah2 dan sayur2 saya perlu supplemen2 tersebut.

4. Pilih kerja yang diminati dan memberi keriangan.

Saya berkerja sebagai doktor kerana inilah kerjaya yang saya minati dan gembira melakukannya. 

Bila rasa boring dan stress ditempat kerja seseorang perlu fikirkan cari yang lain.
Kerja saya sebagai pakar bidan memang teruk dan berat tanggung jawabnya. Latihan yang saya lalui memang sangat getir dan mencabar.
Tapi sebab saya minat dan gembira melakukannya kerja ini akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki yang tinggi dan lumayan.
Disamping itu kerja saya jadikan ibadah untuk bekalan saya diakhirat kelak.

5. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.

Tidak kira apa jenis exercise asalkan ia menggerak tubuh dan kuatkan otot2 dan sendi; 

Berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, main golf, berenang atau lain2 saperti basuh kereta atau nencuci rumah.
Saya pileh berkebun (gardening) disekitar kawasan rumah untuk tanam kangkung, pucuk paku, kacang bendir, daun turi dan kesum, halia, bunga kantan; pokok pisang, kelapa, tebu dan buah markisa. Ini sebagai hobby sahaja tapi berkebun (mencangkul, cabut rumput rumpai dan tebas dahan pokok) bolih mengeluarkan peluh disamping berbagai hasil untuk dimakan.

6. Exercise paru2, mata dan kaki.

Amalkan deep breathing exercise selama 5 minit. 

Bolih dibuat dimana2 : sedang duduk dipejabat, sedang berdiri atau lain2 situasi ; sedut nafas panjang2 dan mendalam melalui hidung untuk mengembangkan paru2 dan hembus keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk meningkatkan kadungan oksijen dalam paru2.
Ia mengurangkan stress dan hilangkan mengantuk.
Untuk exercise mata ; mula2 padang jauh dan kemudian fokus pandangan pada jari yang didepan muka.
Cuba jalan naik turun tangga daripada naik lift. Ini bolih baikki aliran darah dan kekuatan jantung.


7. Amalkan catit dalam buku jernal dan diary.

Jadikan satu budaya dan amalan hidup untuk mencatit semua idea2, ilham, peristiwa2, cita2, rancangan, tindakan kewangan dan lain dalam satu buku kecil yang bolih dibawa kemana2 dalam saku baju atau seluar.

Catitan ini sangat berguna untuk mengimbas semula idea2 dan tindakan demi untuk mencapai cita2.
Sampai sekarang berpuluh2 buku2 nota kecil saya masih saya simpan dan seringkali saya singkap kembali cita2 idea2 dan peristiwa2 lampau. Memang sangat berguna dan bermenfaat. Saya lihat orang2 jepun dan korea sentiasa mencatitkan butir2 pertemuan dan perbincangan.

8. Catitkan cita2, azam dan sasaran dimerata2 tempat.

Bahagikan cita2 dan sasaran kepada pecahan2 kecil dan pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai.

Sasaran kecil mudah dicapai dalam jangka waktu yang pendek dan ini membina serta memperkukuh keyakinan diri untuk capai sasaran lebih besar.
Tuliskan visi dan misi hidup kita bagi jangka panjang dan pendek.
Destinasi kita ada syurga firdous diakhirat dan berkekalan selama2.

9. Amalkan baca dan terus membaca.

Untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sangat penting membaca. 

Kitab utama ialah quran dan baca beberapa muka setiap hari serta fahami makna. Insha Allah dapat barkah dan dipermudah urusan dunia.
Timba ilmu sehingga akhir hayat kita dari mana2 sumber khususnya dalam bidang kerjaya dan hobby kita.


10. Uruskan masa dengan bijak.

Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam sehari dan 5 hari seminggu biasanya mencukupi. 

Bersedia untuk kerja overtime khususnya bila mula berniaga atau berlatih dalam bidang kerjaya masing2.
Pernah saya kerja 72 jam berterusan sebagai doktor pelatih dihospital Melaka.
Ingat tubuh badan kita dan minda ada hak untuk berehat.
Ingat jangan jadi hamba kerja.
Jangan merungut tidak cukup masa untuk menyiapkan sesuatu tugas. Bila bijak mengurus masa masalah kesuntukkan tidak akan timbul.
Jangan membazirkan masa dengan menonton terlalu banyak rancangan talivisyen atau bermain video games.


11. Banyak minum air.

Badan perlu air untuk menghidupkan organ2 penting saperti jantung otak dan buah pinggang. 

Kekurangan air menyebabkan dehydration yang mengganggu fungsi organ.
Orang lelaki perlu 3 liter dan perempuan perlu 2.2 liter sehari. Minum air mineral , air zam2 atau air masak suam.
Minum juz buahan segar - air kelapa muda, air jambu, air limau nipis/kasturi.
Minum air halia atau cuka apel debgan madu.

12. Bertindak, Berusaha dan Berkerja.

Jadi orang yang 'action oriented' yang suka dan gembira buat kerja serta menghasilkan sesuatu. 

Bila suatu cita2 dan sasaran telah dikenal pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate) ; ia menjadi pencuri masa.
Jangan jangan asyik merungut dan mengkritik sahaja.

13. Sangka baik terhadap orang lain.

Jangan sering buruk sangka terhadap orang lain - kawan2 dan jiran kita, pekerja2 sepejabat atau lain.

Fikirkan mereka ada niat baik.
Fikir positif.


14. Bersyukur kepada Allah dan insan lain.

Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan - 

nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.


15. Cakap lunak dan sedap didengar.

Cakap2 yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan suatu sedakah.

Jauhkan cakap2 negatif yang bolih matikan initiatif orang lain. Cakap2 positif memberi galakkan.

16. Senyum dan ucap salam selalu.

Jangan terlalu serious. 

Senyum dan ketawa bolih kurangkan mental stress.
Beri senyuman dan ucap salam kepada orang lain walau pun tidak dikenali, ia merupakan sedekah. Munkin ini akan membuka pintu perkenalan.

17. Beristighfar ,taubat dan bermaafan.

Mohon ampun kepada Allah setiap masa dengan istighfar berulang2 kali.

Mohon maaf jika kita buat kesilapan terhadap orang lain. Rendahkan diri.
Jangan buang tenaga membenci orang lain.
Sedia memaafkan orang lain - satu pahala besar dari Allah.

18. Terima teguran dan pendapat orang lain.

Jangan cuba menang dalam semua perbinacangan.

Menerima dan menghormati pendapat orang lain bolih menjadikan kita dihormati walau pun munkin kita tidak setuju.
Jangan buang dan sia2kan masa bercakap fasal politik.

19. Jangan bersedih terhadap cacian, umpatan dan gosip.

Lebih baik kita mohon perlindungan Allah daripada cuba memberi penjelasan.


20. Kawal kemarahan.

Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. 

Ucap aauzubillah, istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan bertenang.

21. Bertenang ketika pandu kenderaan dijalan raya.

Jangan bertindak balas kepada provokasi daripada road bully atas kelakuan buruk mereka. 

Jangan bunyikan horn .Sabar dan bertenang ; sentiasa berzikir dan berselawat.

22. Biarkan apa orang fikir tentang diri kita.

Jika orang berfikiran baik tentang kita ucapkan 'alhamdulillah'. 

Tetapi jika mereka fikir buruk , jangan risau atau sedih. Kita tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap kita.


23. Muasabah diri.

Cermin diri; tanya diri apa baiknya dan kelemahannya.

Jangan bandingkan diri dengan orang lain khususnya yang lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok kebawah pada orang2 yang miskin dan daif.
Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja sedangkan ciri2 lain dan dalaman kita tidak ketahui.

24. Kegagalan tangga kepada kejayaan.

Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup. 

Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus asa. Mohon pertolongan Allah.


25. Masa beredar, sekitaran berubah nasib kita juga akan berubah.

Segala2 akan berubah; masalah2 akan selesai, yang buruk jadi baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. 

Sabar dan solat mohon pertolongan Allah; berusaha dan tawakkal.


26. Jadi seorang pemberi dan pemurah.

Jadikan satu amalan dan budaya untuk memberi sedekah,

beri makan , beri hadiah , beri senyuman, beri galakkan dan seterusnya mengikut kemampuan dan keadaan.

27. Jangan harap balasan dari orang yang kita tolong.

Tolong orang dengan wang, barangan atau tenaga kerana Allah. Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak.

Allah akan balas jasa dengan cara lain dan lebih besar ganjarannya.

28. Mengetahui had diri.

Kita hanya manusia. 

Ada had kemampuan. Jangan terlalu ghairah menempuhi risiko.
Sebelum menceburi sesuatu bidang buat analisa, penilaian dan dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita dari segi ilmu, kemahiran, tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.

29. Bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat.

Jadi seorang peramah, mudah bergaul dan sesuaikan diri. 

'Reach out' kita ambil initiatif mulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan ucap salam.
Bila berjabat tangan genggam dengan kuat sambil senyum untuk menandakan kita ikhlas dan mesra.

30. Janji mesti ditepati.

Bila berjanji dengan sesiapa pun untuk sesuatu urusan sama ada hal2 pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan atau lain2 mestilah ditepati.

Jika janji untuk bertemu eloklah kita datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan.

31. Bijak mengurus kewangan.

Buat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan dalam tabungan yang dikunci saperti tabung haji dan ASB.

Jangan percaya skim cepat kaya. Sudah beberapa kali tertipu.
Belanja untuk keperluan penting bukan ikut kemahuan. Hidup cara sederhana dan jangan terlalu mewah dengan membeli barang2 branded.
Waspada bila guna credit card dan perlu selesai bayar sebelum habis tempuh sebulan kerana kadar faedah terlalu tinggi.
Berhutang untuk beli hartanah sahaja kerana ada peningkatan nilai. Jangan berhutang untuk beli barang2 yang susut nilai.
Selesaikan semua hutang sebelum umor 60 tahun.
Waspada jika ada orang yang hendak berhutang dengan kita. Biasanya hutang tidak akan atau sukar dibayar. Ini pengalaman saya sendiri. Beri dia sedikit sebagai hadiah.


32. Dapatkan restu dan doa ibu bapa.

Dalam segala urusan yang akan diceburi selain dari mendapat panduan Allah melalui solat istiharah doa dan restu ibu bapa sangat penting.

Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu bapa selagi mereka masih hidup.

RUMUSAN

Untuk capai kejayaan dan kebahagian hudup.
Perlu kuat iman dan taqwa
Perlu caragaya hidup sihat tanpa stress.
Berilmu dan kemahiran tinggi.
Berdisiplin.
Bijak dalam pengurusan.
Berakhlak mulia.
Kuatkan Silaturrahim.



Your Beauty & Health Consultant ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia



Monday, 7 September 2015

Petua Tenangkan Hati, Hilangkan Sedih dan Stress;)

19:17 0 Comments
Tiada daya upaya melainkan dengan izin Mu Ya Allah Yang Maha Tinggi Lagi Agung


Assalamualaikum


Harini berlaku beberapa perkara yang mengguris hati makyong ni;)..terguris sampai 'banjir' skali, bukan terguris yang biasa2 tu....hihi... maklumlah dah dekat nak due ni jadi emo terlebih lebih pulak...



Apa-apa pon, emosi kita ni kadang kadang tak boleh nak expect. Happy, sedih, marah, teruja, geram, dengki dan macam macam lagi.



Emosi yang kurang baik sebenarnya kita boleh control tau. Supaya ia tidak memakan diri atau mengundang masalah yang lebih buruk lagi.



Macam mana ena kawal emosi sedih ena harini adalah dengan membaca zikir LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH..banyak3 kali. Ena tak kira pon berapa. Main sebut je ikut suka hati. Yang ena tahu ena nak kembali kepada emosi asal, emosi happy dan bahagia.



Sambil zikir tu ena praktikkan ilmu yang ena dapat dari buku B.A.D ( bertanya Allah Dulu). Dalam erti kata mudah, ena 'berdialog' dengan Allah. Bukan monolog tapi berdialog. Kalau nak tahu macam mana cara nk berdialog ni.haaaa kene la beli buku ni..ena beli dari fb Arbee Ali. Ena tak jual, kalau nak beli, boleh hubungi Arbee Ali tu ye.



Alhamdulillah...kejap je tak sampai 10 minit..memang terasa HATI LEBIH TENANG..alhmdulillah.



so ena sarankan supaya sahabat ena semua, jika sedih/marah/dengki/tersangka buruk pada orang lain, cepat2 ZIKRULLAH (ingat Allah) tau.



atau,


peniaga2 online/offline yang sedih sale merudum ke, ada orang 'curi' customer ke..apa2 saje lah yang buatkan anda marah/sedih. senyum je k..senyum lebar2 sambil berzikir. Zikrullah merupakan terapi dalaman yang paling molek dan mujarab sekali untuk ubati penyakit hati;)


Bukan apa, emosi kurang baik ni, syaitan mudah sangat kuasai HATI kita.. so cepat2 'lari' dari perhatian dan godaan syaitan yang lebih buruk  lagi..istighfar dan zikir pada Allah banyak2 deh.




semoga bermanfaat


till then



Wednesday, 19 August 2015

Positif Pagi #3

09:55 0 Comments


Assalamualaikum


Selamat pagi semua pengunjung blog ena. Alhamdulillah syukur atas segala nikmat yang dikecapi sehingga kini.



Rezeki ni UNIK kan..bukan sahaja ia tidak boleh dicari ( sebab tak tahu kat mana...camne nk cari kan) tapi ia bergantung kepada RAHMAT dan KASIH SAYANG serta PEMURAH nya Sang Pencipta terhadap hambaNYA.



nampak tak disitu....contoh kalau kita nak sesuatu dari bos...misalnya nk mintak cuti yang lama, pasti kita kerja elok2 2-3 hari sebelum mohon cuti kan . serta pastikan rekod baik je depan mata bos, yela, kita harapkan sesuatu in return..kita harap bos akan LULUSKAN cuti tanpa banyak soal.



itu dengan bos..dengan Pemilik Alam yakni Allah,lagiiiii lah kita perlu LEBIH LAGI BERBUAT BAIK....


buat apa ALLAH suka insyaAllah, ( bersangka baik) , Allah bagi setiap apa yang kita suka!


 syok tak dapat apa yang kita sangka..malah dapat REZEKI YANG TAK DISANGKA2 juga..tapi syaratnya..kene lah buat kebaikkan banyak2...kene jaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia juga,


mudah ke mudah?


so jom kita beramal.


pagi ni kita mula dengan solat dhuha 4 rakaat dulu deh;)


ena doakan anda yang membaca entry ini sentiasa POSITIF, dimurahkan rezeki yang BANYAK serta BERKAT dan sentiasaaaa RASA cukup dengan rezeki yang Allah limpahkan;)

Tuesday, 18 August 2015

Untuk Tidur Lebih Lena, Tiada Lagi Cramp Kaki!

23:43 0 Comments


Sejak akhir2 ni makyong memang la ngantuk awal..jam 11.30 dah macam 2 pagi je rasa.hee.


6 biji  super kalsium ostematrix dan 1 biji vitamin C untuk penyerapan kalsium yang optimum ;)


InsyaAllah tidur makyong :

-lebih lena,
- tiada cramp kaki aka simpul biawak, 
-bangun dengan segar bugar esok pagi, 
-bantu bangun awal ,insyaAllah sebelum subuh;)
-bantu detox iaitu sebagai pelawas juga...cuci2 usus di pagi setiap hari memang terasa sihat sgt!


Tips sebelum tidur , selepas mengambil suplimen  shaklee:


-maafkan semua orang
-bersalaman dengan suami dan anak2
-baca surah 3 Qul
-baca Al fatihah
-baca surah al Mulk ( untuk selamat dari seksa kubur..insyaAllah)
-fikir yang baik2 berlaku esok hari
-bayangkan yang baik/positif/ best2 di masa depan..
-bayangkan impian2 tercapai
-baca doa tidur



****
Selamat beristirehat semua,






Thursday, 13 August 2015

Positif Pagi #2

07:41 12 Comments


Positive ATTITUDE usually results in a positive OUTCOME!



Jom baiki diri untuk BERFIKIR, BAYANGKAN, MELIHAT, MENDENGAR, MENGANGGAP,BERCAKAP dan BERKONGSI perkara -perkara yang POSITIF sahaja!

Sunday, 2 August 2015

6 Penyakit 6 Penawar

01:52 0 Comments

Assalamualaikum


Setiap masalah/ penyakit dalam dunia ni ada penawarnya.


Ena nk kongsikan 6 jenis penyakit-penyakit yang sangat common pada diri kita beserta CARA PENYELESAIANNYA:



#1




Penyakit: Tekanan
Penawar:  Amalkan zikir LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH

#2






Penyakit: Tidak Bahagia
Penawar: Solat Awal Waktu

#3






Penyakit:  Rezeki Sempit
Penawar: Memberi Sedekah


#4





Penyakit: Sakit
Penawar:  Berpuasa

#5





Penyakit: Hati Sempit
Penawar: Membaca Al Quran

#6





Penyakit: Emosi Terganggu
Penawar: Ambil Wudhuk dan Banyakkan Beristighfar

Alhamdulillah..

Agama kita sungguh indah, sungguh cantik..semua dah tersusun dah..setiap masalah PASTI ada cara mengatasinya.


semoga bermafaat

selamat beramal;) 


DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.