Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Showing posts with label Meroyan selepas bersalin. Show all posts
Showing posts with label Meroyan selepas bersalin. Show all posts

Sunday, 1 November 2015

Tekanan Dan Emosi Selepas Bersalin Meragut Nyawa Ibu Yang Baru Bersalin 10 hari.

18:31 2 Comments


Keratan Akhbar Metro



Assalamualaikum


Beberapa hari lepas seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita Tragedi seorang ibu lepas bersalin bunuh diri dipercayai akibat mengalami kemurungan yang melampau atau pospartum depression dan juga kecewa menyusukan bayinya yang berumur 10 hari!



Allahuakbar.


Ena terkejut besar dengan berita ini, lebih haru biru lagi, kebanyakkan keyboard warrior di facebook mula menulis sesuatu yang di luar jangkaan ena susulan dari kes ini. Tidak sangka ada yang menyalahkan kempen breasfeeding yang dijalankan secara giat oleh badan-badan NGO, pihak hopital dan orang persorangan di facebook personal masing-masing.





Entry ini tidaklah bertujuan menuding jari mereka yang menyalahkan kempen breastfeeding atau penyusuan bayi dengan susu badan, jadi ena tidak akan letakkan sebarang link kepada orang yang tidak bertangjawab itu walaupun ena kenal dan tahu kewujudan mereka di FB.. ingat, 1 jari kita duk tuding salahkan orang, 4 lagi jari sebenarnya menuding ke arah diri sendiri! Berhati-hati lah dalam berkata-kata atau mengeluarkan pendapat ketika menulis di medai sosial.



Ena juga tidak terlepas dari menulis sesuatu di FB milik ena sendiri, yang mewakili rasa hati ena sendiri berikutan isu ini:


October 27 at 9:24am ·


sedih.
ada yg salahkan kempen breastfeeding ye.
.
pada ena, tiada salahnya ibu2 yang berkongsi ILMU dan happiness mereka dapat menyusukan bayi2 mereka di fb n insta serta di blog2...ibu yg kekurangan susu pula kononnya stress bila terbaca...
.
helloooo..stress tu lah punca susu x keluar!..susu ada, tp x keluar..bukan takde susu..no such thing.
.
UBAH cara kita lihat sesuatu perkara..UBAH cara berfikir..UBAH sangkaan..
mereka yg berkongsi tu jadikanlah sebagai INSPIRASI. bukan asbab utk jadi stress.
.
fikir baik2,
yang datang pada kita pon yg baik2 saje.
.
buat kita yg kekurangan ilmu..pleaseee..
-GALI la di google atau buku2 berkaitan
-join seminar.
.
ena sendiri join seminar penyususan ketika pregnant 8 bulan anak kedua!
.
suami dan ma abah jadi PELIK.
.
anak 1st menyusu sepenuhnya dgn susu ibu hingga 3thn. buat apa nk g kursus2 bagai lagi ( baru smalam suami cakap mereka pelik dgn ena.hehe)
.
bukan dekat tempat kursus ena join tu.dan bukan free lak tu..berbayorr lg.
.
TAPI ENA PUAS..apabila dpt menimba ilmu lagi..banyakkkk yang BARU tahu tau. dan kini ena aktif menyalurkan dan berkongsi ilmu dgn regular customers ena.alhmdulillah.
.
ilmu itu bermanfaat dlm 2 keadaan :
-apabila di amalkan dan
-apabila disebarkan
.
alhmdulillah;)
keep calm & no stress2.
.
ok ena nak SHARE ILMU dari kursus yg ena attend tu FREE je...
wassap la ena laju2..013 357 3153
.
ikhlas,
maktang 22 hari;




Actualy, pospartum depression is REAL..memang ada dan memang berlaku dikalangan ibu2 yang tak dapat tangani emosi sepanjang berpantang / awal kelahiran..



Tips Khas Buat Wanita Yang Tidak Dapat Solat Tapi Nak Mengaji AQ

14:39 0 Comments

Assalamualaikum


Entry ni khusus ena nak kongsikan terutama buat wanita yang berhadas besar (haid/nifas), para bujangan dan suami2/ayah pon boleh juga ambil tahu , esok2 boleh la ajarkan para isteri pula;)


Ena tergerak hati nak kongsikan ilmu ini untuk membantu para ibu yang dalam pantang dan nifas yang panjang. Haid biasanya dalam 1 minggu macam tu kan, lebih kurang la tapi nifas lama, boleh sapai 60 hari. Bayangkan 60 hari tak mengaji Al Quran. Memang rasa kosong je hidup ni kan. 


Tu yang macam-macam kes sekarang ni. Terbaru, kes ibu yang baru bersalin 10 hari maut selepas terjun dari apartment beliau akibat mengalami kemurungan. Benda-benda macam ni kita nak elak daripada berlaku. Hati yang keras dan kotor mudah digoda dengan bisikan syaitan. Nak mengaji tak boleh pula kan..solat lagi tak boleh.


Lagi pilu setiap kali Jumaat, kawan2 facebook duk update and remind kita supaya baca surah Al Kahfi. Apa perasaan wanita yang sedang haid/nifas? 



"Tidak menyentuhnya (al-quran) kecuali orang-orang yang suci "


Ayat ini membawa perintah larangan keras kerana turut disokong oleh hadis Nabi yang bermaksud: 


“ Jangan menyentuh al-Al-Quran melainkan oleh orang-orang yang suci bersih”



Ulama-ulama Mazhab Syafi’e menetapkan bahawa orang yang berhadas haram memikul atau membawa al-Quran dan menyentuh kertas atau kulit al-Quran yang bersambung dengannya . Begitu juga, jika ditulis ayat-ayat al-Quran di atas kertas atau papan hitam untuk tujuan pembelajaran Al-Quran walaupun dengan menggunakan kain atau pelapik/pengalas, tetap diharamkan tanpa kecuali kerana menjaga kehormatan Al-Quran.
 (sumber)





Al Quran terjemahan (digital)


Tips yang ena nak kongsikan kepada wanita yang sedang haid/nifas yg nak mengaji adalah MEMBACA TAFSIR AL QURAN sama ada mushaf terjemahan fizikal atau digital ( seperti gambar di atas) .



Ulama-ulama Mazhab Syafi’e juga membolehkan umat Islam membawa, memegang dan membaca kitab al-Al-Quran bertafsir yang mana kandungan tafsirnya lebih banyak daripada ayat-ayat al-Al-Quran. Sekiranya kandungan tafsir dan kandungan ayat al-Quran adalah bersamaan dari sudut kuantitinya maka hukumnya adalah makruh dan sekiranya ayat al-Quran lebih banyak daripada tafsirannya, maka hukumnya menjadi haram kembali.






Mudah sangat sekarang kan, boleh download aplikasi terjemahan AQ yang kita suka. Ena suka aplikasi Terjemahan Bahasa Melayu yang ada penanda. Maksudnya kita boleh tanda ayat last yang kita baca dan boleh sambung baca semula bila free.


Jom ena share aplikasi AQ digital yang ena guna. (rujuk gambar kat bawah ni ye)



Ena suka apps ni (dalam kotak merah) Ni untuk Android ye, kalau iphone ena tak tahu applicable ke tak.

semoga bermanfaat,

have a nice day ahead!

Wednesday, 9 September 2015

Korang Tahu Tak #2 : Petua Mudah Elak Meroyan

12:51 0 Comments





Assalamualaikum


Korang tahu tak...


Perasaan Ibu selepas bersalin kene jaga betul2 tau. Emosi si ibu biasa kurang stabil dan mudah terkena meroyan selepas melahirkan, meroyan selepas bersalin, meroyan selepas pantang mahupun meroyan selepas keguguran.


4 keadaan ini membuatkan si ibu akan mengalami :


menangis tanpa sebab
mudah tersentuh
sensitif
rasa tidak sabar
rasa tak cukup rehat
kebimbangan yang melampau
lemah
lesu
tidak cukup tidur
insomnia (sukar tidur)
sedih



PETUA MUDAH ELAK MEROYAN



ada 2 petua ena nak kongsikan ni...sangat2 mujarab. Ena tak pernah kene meroyan ni alhmdulillah tapi selalu juga la emosi teiba-tiba. terutama time datang bulan


#1 Amalkan B complex

Vitamin B Complex  terutama B12 menggalakkan pembentukan antidepressant properties secara semulajadi seterusnya memberi kesan ketenagan kepada pengguna nya;





#2 Amalkan Ostematrix

Ostematrix  merupakan sumber kalsium dan magnesium yang mempunyai kadar penyerapan yang efektif ke dalam tubuh kita .




nak cuba?


ena boleh dihubungi di :

013 357 3153

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.