Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Showing posts with label Kecantikkan. Show all posts
Showing posts with label Kecantikkan. Show all posts

Tuesday, 11 August 2015

10 Idea Masker Bahan Semulajadi

10:54 8 Comments


Assalammualaikum wanita cantik semua!


ena nak kongsikan rahsia kecantikkan semulajadi dengan masker. 10 idea masker muka yang boleh kita amalkan untuk mendapat kulit yang SIHAT dan BERSERI.



Masker tak elok buat hari2 tau,cukuplah 2-3 kali seminggu..Actually nak buat hari2 pon bukan sempat pon kan,.,hehehe


ok jom layan 10 RESEPI masker kat bawah ni,,



***************************************


1. Lemon-Honey Face Scrub



Menanggalkan kulit mati, mengekalkan kelembapan dan mencerahkan kulit


Bahan-bahan:-


2 sudu besar madu
1 sudu jus lemon
1 sudu minyak zaitun
1 ½ sudu gula

Cara penyediaan:-


Campurkan semua bahan tersebut di dalam bekas, sapukan pada muka dan bilas dengan air suam




***************************************


2. Salt, Lemon, and Sugar Scrub

Untuk pengelupasan dan mencerahkan kulit


Bahan-bahan:-

2 sudu garam
½ biji jus lemon
Gula (tambah sehingga campuran solid tetapi tidak kering)


Cara penyediaan:-

Campurkan semua bahan di dalam bekas dan urut secara perlahan-lahan pada kulit.. Biarkan 2-3 minit, kemudian bilas dengan air



***************************************



3. Avocado and Oatmeal Scrub for Oily Skin

Memberi kelembapan, melembutkan dan mengekalkan kulit yang sihat


Bahan-bahan:-

2 sudu kecil oatmeal halus
1 sudu kecil avocado
1 sudu kecil madu

Cara penyediaan:-

Campur semua bahan di dalam bekas menjadi satu paste yang pekat.. Urutkan pada kulit muka dalam gerakan membulat, kemudian bilas dengan air suam


***************************************



4. Baking Soda Blackhead Scrub

Untuk menanggalkan bintik hitam


Bahan-bahan:-


1 sudu gula pasir
1 sudu baking soda
2 sudu air

Cara penyediaan:-

Campur semua bahan di dalam bekas, urutkan bahan tersebut pada kulit yang lembab dan bilas dengan air suam


***************************************



5. Banana and Sugar Face Scrub

Untuk pengelupasan dan menyuburkan kulit


Bahan-bahan:

1 biji pisang
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan gula perang

Cara penyediaan:


Lenyekkan pisang di dalam bekas, tambah bahan-bahan yang lain sehingga menjadi satu paste. Urutkan pada muka dan biarkan 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air suam


***************************************



6. Egg Yolk. Honey. And Olive Oil Mask

Kombinasi untuk kulit kering

Bahan-bahan:


1 Biji Telur
1 Sudu Besar Madu
1 Sudu Minyak Zaitun


Cara Penyediaan:


Blend semua bahan-bahan dalam bekas.Kemudian urut secara lembut pada muka selama 15 minit dan bilas dengan air suam.


***************************************




7. CUCUMBER AND YOGURT FACE MASK

Sesuai untuk revive your skin

Bahan-bahan:

1/2 timun
1 Sudu besar yogurt

Cara Penyediaan:


Blend semua bahan menggunakan blender...Kemudian urutkan secara lembut pada muka selama 15minit dan bilas dengan air sejuk.

***************************************



8 ORANGE JUICE AND HONEY MASK


For Healthy Glow

Bahan-bahan:


3 Sudu Besar jus oren ( no pulp )
1/2 cawan madu

Cara Penyediaan:

Blend semua bahan-bahan dalam bekas.Kemudian urut secara lembut pada muka selama 15 minit dan bilas dengan air suam.

***************************************



9. PAPAYA AND HONEY MASK

Masalah Jerawat atau sunburn

Bahan-bahan:

1/2 betik masak
2 sudu besar madu

Cara Penyediaan:

Blend semua bahan-bahan dalam bekas.Kemudian urut secara lembut pada muka selama 15 minit dan bilas dengan air suam.


***************************************



10. VITAMIN C MASK

Masker Anti Penuaan

Bahan-bahan:

1/2 kiwi segar di kupas dan di lecek
2 sudu besar madu
2 titis minyak pati oren

Cara Penyediaan:

Blend semua bahan-bahan dalam bekas.Kemudian urut secara lembut pada muka selama 15 minit dan bilas dengan air suam.

***************************************

Ok Selamat Mencuba


sharng is caring


your Health & beauty Consultant:


Your Certified Shaklee Product Consultant:
 Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap : http://KedaiVitaminBangiKajangPutrajaya.wasap.my atau http://Kekna.wasap.my
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia



P/s:

KLIK SINI
KLIK SINI
KLIK SINI
untuk 111 Tips Kaya Rezeki Melimpah Ruah dan Tips Bebas Hutang!



Monday, 1 September 2014

11 Bahan Semulajadi Putihkan Muka

08:30 0 Comments
 Petua Memutihkan Muka Yang Berkesan 



Assalamualaikum, Bismillah.



 Best kan tajuk entry ni.. rasanya semua orang ingin kelihatan putih berseri tanpa jerawat jeragat dan sebagainya. tapi perlu diingat , kalaupun nk putih ke kulit mulus tulus ke, jangan semberono pilih product tau

 Yang paaaling penting adalah yang kita pilih mestilah dari BAHAN SEMULAJADI.

 Kenapa?

 Sebabnya, kita mahu cantik yang kekal dan selamat. maksudnya tidak membahayakan kesihatan diri kita sendiri. kalau kita suka suki je guna product yang berasaskan bahan kimia yang berbahaya itu dah boleh dikira ZALIM pada diri sendiri tau. NO NO NO NO!




Kulit Aeisya memang putih kemerahan sejak lahir. sebab tu kami namakan Aeisya Humaira. Mak ayah nya biasa2 je warna kulit, sedang2 orang kata.hihi.semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.


Mesti dah tak sabar nak tahu apa bahan 'pemutih wajah' tu kan,

 Baiklah, jom kita lihat apa bahan semulajadi yang boleh membantu putihkan muka kita secara selamat



1. BARLI


 Ambil segenggam barli dan goreng tanpa minyak. Kemudian, tumbuk barli yang telah di goreng itu hingga lumat. Bancuh serbuk barli tersebut dengan sedikit perahan air limau nipis dan air masak. Sapukan bancuhan tersebut dengan rata di wajah anda sebelum tidur.

Untuk mendapatkan hasil, amalkannya sekurang-kurangnya seminggu sekali. InsyaAllah anda akan dapat lihat hasilnya nanti.


 2. BERAS PULUT


 Ia berfungsi untuk menanggalkan daki dan sel-sel mati serta menghaluskan kulit. Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus untuk menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut, di samping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan.

 Cara-Caranya:


 1. Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian tumbuk sehingga lumat.

 2. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk

 3. Biarkan lumuran tadi separuh kering dan sental kulit anda perlahan-lahan.

 4. Bilas badan anda dengan air mandian. Amalkannya sekerap yang mungkin.

 5. Untuk hasil yang terbaik amalkan,2 kali seminggu.Kulit tubuh anda dijamin akan cerah.


 3. NENAS


 Ambil bahagian dalam nenas yang keras (palu) lalu gosokkan ke seluruh bahagian badan. Bilasa badan dengan sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang. InsyaAllah kulit anda akan lebih putih, cerah dan berseri.


 4- TIMUN


 Parut isi timun atau hancurkan, campurkan bersama perahan limau. Tempek ke muka dan tunggu sehingga kering. Sesudah itu, bolehlah dibilas dengan air bersih atau air suam. Nak cepat hasilnya, buat setiap malam.


 5. LOBAK MERAH


 Parut sebatang lobak merah dan satukan bersama sebiji kuning telur dan sedikit jus limau nipis sehingga sebati. Tepek pada keseluruhan muka dan leher dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu. ia menjadikan wajah lebih berseri, mulus, menegangkan kulit.


 6. LIMAU NIPIS


Belah limau nipis menjadi 2,gosok pada wajah dan badan…kulit akan menjadi cerah, licin dan harum..


 7. BERAS


 Ambil 1 gengam beras,tumbuk dan tambahkan air. kemudian sapu pada wajah sebelum tidur..ia dpt menghilangkan jerawat batu dan of course putihkan wajah..


 8. BUAH DELIMA


 Buah delima mengandungi kandungan aktif yang merupakan agen pencerah kulit yang berkesan. Ia dapat mengenali bahagian yang berpigmentasi dan menghentikan komunikasi di antara sel bagi menghasilkan melanin.


 9. LABU


Tutup pori-pori pada wajah dengan buah labu yg bertindak membuang sel kulit mati. dgn campurkan puri labu,madu,cuka epal,tepung ubi,1 biji telur.


 10. KOPI


 Serbuk akan menghasilkan minyak anti-oksidan. Ia berfungsi menghaluskan serta mencerahkan kulit anda.kalau nak putih satu badan just lulur kopi tersebut :)

 Caranya;


 1. Tumbuk biji kopi sampai halus.

 2. Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang mengikut kadar yang secukupnya.

3. Kacau kesemua bahan hingga rata.

 4. Kemudian, sapukannya pada muka serta seluruh anggota badan anda.

 5. Sambil menyapu, gosokkan secara lembut campuran tadi pada tubuh anda.

 6. Seterusnya, biarkan ia selama 1 jam. Tujuannya supaya minyak dalam kopi tadi menyerap ke dalam tubuh anda dengan sempurna.

 7. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Lepas tu anda bolehlah mandi seperti biasa.

11- PRODUK SEMULAJADI

Saya listkan di sini product semulajadi berasaskan bahan yang selamat dan halal yang membantu mencerahkan kulit adalah Sustained Release Vita C , Vita E Complex, Collagen Powder, Vivix dan Energizing Soy Protein serta rangkaian set Nutriwhite

Apa2 pon, sebelum putihkan kulit, putihkan HATI dulu terutama umat islam dengan cara solat awal waktu, rutinkan istighfar, zikir, selawat dan mnegaji alQuran

 Sumber: Petua Memutihkan Muka Yang Berkesan - Fuh.My

semoga bermanfaat





Your Shaklee Independent Distributor,

ID: 960982
Call/sms/whatsapp: 013-357 3153
email: aeinnamusa@gmail.com
COD area: BB Bangi dan sekitar


DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.