Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Showing posts with label Fresh Laundry Concentrate. Show all posts
Showing posts with label Fresh Laundry Concentrate. Show all posts

Wednesday, 26 August 2015

Persediaan Menyambut Baby (Part 3) : Senarai Lengkap Keperluan Ibu dan Bayi Baru Lahir (New Mommy WAJIB Baca!)

15:52 16 Comments




Assalamualaikum


Atas ni gambar anak syurga ena Aeisya Humaira berumur 7 hari. Waktu ni majlis tahniq di rumah tokma dan tokbah humaira di Bandar Baru Bangi Sekyen 8.



saje belek2 gambar lama..mengimbau kenangan katanya..hehehe.




btw, ena sedang blogwalking mencari2 senarai keperluan ibu dan bayi baru lahir. Dah anak kedua pon masih nak cari senarai ye..haha...dah lupo ni nak buek camano..hihi..





ok jom kita tengok satu apa keperluan ibu dan bayi..kepada New Mommy, semoga senarai ini membantu anda membuat persediaan rapi menyambut kelahiran zuriat dari syurga;) tidak lupa juga ibu2 yang melahirkan anak kedua , ketiga dan eterusnya..boleh jadi, dah lupa dah persediaan yang dibuat ketika anak ulong dek kerana jarak yang agak jauh..bertahun2 macam kami ni...jarak aeisya humaira dan adik nya yang bakal lahir ni 3 tahun;)



KEPERLUAN IBU BERSALIN


Tengah ushar bengkung moden ni. ada dealer premium beautiful tak sini, contact la ena, jangan lupa bagi harga jatuh gaung ye.hihi




Set Berpantang
(Ena suggest Set Berpantang Shaklee untuk penyembuhan luka bersalin yang cepat, pulihkan tenaga dan membantu banyakkan susu ibu yang)


Tungku
(seeloknya jenis batu sungai tu..kalau yang ringan2 macma kebanyakkan tungku moden sekarang tak best.


Kain Batik
( perlu banyak..dalam 5 helai ke atas. bet juga pakai kain batik ni sebab jenis cotton kan. nk ke toilet pon senang;)


Stoking Tebal 
( at least 3 pasang)


Minyak Urut
( minyak panas)

Tukang Urut/Confinement Lady
(book siap2 tukang urut. biasa ibu elepsa bersalin normal, hari ke 3 dan ke atas dah boleh berurut..jangan lama2 nanti badan sakit sebab dah masuk angin)


Bengkung 
( insyaALLAH  kali ni nak cuba bengkung moden lak;)sebelum ni pakai yang lilit 2, 8 tahun baru siap pakai.haha)


Maternity Disposable Pad 


Baju Sejuk (sweater)





KEPERLUAN BAYI YANG BARU LAHIR








PAKAIAN


Bedung
(10 helai)

Barut Perut Baby
(beli la 10 helai..sebab baby kadang berak akan kena pada barut perut ni.so kene la tukar skali..pengalaman ena, aeisya dulu poo poo 5-8 kali sehari!

Sapu tangan
(berguna untuk lap mulut baby jika baby termuntah atau selepas menyusu.)

Romper/Jumpsuit
(papa aeisya memang suka baju jenis romper ni..cute katanya kalau baby pakai)


Baju lengan panjang dan Seluar panjang
(3 pasang)

Baju lengan pendek dan Seluar pendek
(3 pasang)

Baju dan seluar yang lubang2
(3 pasang)


Selimut
(2 helai)

Topi
(1-2 sahaja)

Mitten and booties
(3 pasang)

Tuala Kecil
(untuk lap muka/pipi baby selepas menyusu)






**pastikan baju n seluar baby dari jenis kain kapas!
**tak payah beli banyak2 pakaian baby, sebab nanti akan dapat hadiah banyak dari kawan dan saudara mara yang datang ziarah baby;)


DIAPERING



Diapers
( saiz newborn ye, beli satu or dua pack je dulu, jangan banyak2 sebab baby cepat besar...kalau rajin boleh la beli cloth diapers yang washable tu..kalau rajin la.ena kurang rajin sikit..sikit je..hihi)


Wet Tisssues
(yang ni boleh borong banyak2..sebab pengalaman ena, sampai aeisya umur 3 tahun ni pon  masih gunakan wet tissues;)


Tikar Kecil
( yang ni khusus untuk tukar lampin baby..biasa kalau beli totebeg baby tu mmg dah ada changing mat ni kat dalam)


Botol Sembur Air
(ni penting sebab selalu tukar diaper baby kat katil je)


Detergent khas untuk cuci pakaian dan botol2 susu baby
(ingat, kulit baby SENSITIF sangat..detergent biasa mungkin akan menyebabkan ruam2 pada kulit bayi. ena guna set pencuci shaklee sebab ia terbukti selamat untuk bayi)




Shaklee Detergent yang terbukti selamat untuk baby


BABY CARE & GROOMING



Bakul Pakaian
(untuk simpan pakaian baby ,ena suka yang ada penutup, nampak kemas..container tu beli kat tesco je)

Bakul kecil
(untuk letak barangan grooming anda baby care

Besen Mandi

Tungku Baby
(dulu mak mertua ena buat sendiri ni..isi lada hitam je dalam uncang kecil, panaskan dan tuam perut dan badan baby lepas mandi)


Mandian Baby- shower gel/syampoo
(ena guna SebaMEd..sama dengan kakak nya aeiya humaira)

Bedak
(yang ni aeisya tak pakai..tak elok tau untuk paru2 baby..tak payah beli lah.nti dapat juga hadiah dari orang yang datang ziarah..hihi)

Minyak Telon
(ena suka brand amway,wangi!)

Sikat Rambut
(aeisya tak guna sangat sebab dari kecil rambut nya kurang.,hehe)

Krim Pelembap
 (in case ada ruam2-ena guna Herbal Blend Shaklee)

Gunting Kecil

Pemotong Kuku

Methylated Spirit - Alcohol 70% 
(biasa dibekalkan oleh pihak hospital-untuk cuci tali pusat baby yang belom tanggal..kalau tak cukup boleh beli di farmasi atau kedai barangan baby)

Cotton Ball
(untuk apply alcohol ketika cuci tali pusat..tapi kalau dapat alcohol yang jenis sekali dengan kapas tu, tak perlu beli cotton ball ni)

Cotton Bud
 (untuk cuci telinga atau hidung baby)

Termometer
(untuk monitor suhu in case baby/mommy demam)

Nasal Aspirator
(guna ketika baby selsema atau hidung tersumbat)



NURSERING/KEPERLUAN TIDUR BABY



Tilam
(beli dari jenis kain kapas ye, sebab baby cepat panas/berpeluh)


Kelambu
(yang ni kami memang beli sebab kat kampug banyak nyamuk..tapi nyamuk kampung tak  bahaya macam nyamuk bandar;)


Ubat Nyamuk 
(jenis cecair tu, memang berkesan sangat..dan mudah di bawa ke mana2 juga)

Baby Cot

Comforter

BARANG KEPERLUAN BREASTFEEDING


insyaALLAH, niat untuk full breastfeed akan diteruskan juga untuk adik aeisya humaira ni. kakak nya dah masuk 3 tahun masih lagi BF..hihi.rezeki anak..alhmdulillah.



Botol Susu

Puting

Berus Pembersih Botol

Sterilising Tablet
(ena guna jenama Pureen)

Cecair Pencuci Botol
(ena guna  Jenama Shaklee-Dish Wash Concentrate)

Breast Pump Set
(ena guna spectra 3...dulu la...mesinnya pon dah rosak..insyaALLAH nak grab yang baru untuk adik aeisya humaira)

Cooler Bag Set : Storage Bottle & Ice Gel
(sangat2 penting bagi ibu yang bekerja ofis hour..ibu bekerja dari rumah macam ena, tak perlu kot )

Warmer 

Tempat menyimpan botol susu yang dah bancuh

Bottle Sterilizer

Storage Bottle

Nursing Cover

Nursing Bra

Nursing Pad Washable : Jenama Fiffy

Nursing Pad Disposal : Jenama Bebe

Thermos

Nipple Cream


*****

okie, lengkap sangat senarai ni.

apa pon, ia bergantung kepada keperluan masing2..


tulis balik barangan yang benar2 anda perlukan sahaja


kalau boleh berjimat, berjimat lah selagi boleh...macam ena alhmdulillah, untuk anak kedua ni tak banyak dah nk kene beli..ada la tambahan sikit2.


mommie yang dah sarat tu jangan lupa siapakan 'HOPITAL BAG' tau


Baca :Senarai Keperluan Barang Dalam 'Hospital Bag' Sebelum Bersalin


Your Certified Shaklee Product Consultant:
 Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap : http://KedaiVitaminBangiKajangPutrajaya.wasap.my atau http://Kekna.wasap.my
COD Kajang dan Bandar Baru Bangi serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia



P/s:

KLIK SINI
KLIK SINI
KLIK SINI
untuk 111 Tips Kaya Rezeki Melimpah Ruah dan Tips Bebas Hutang!



Tuesday, 25 August 2015

Akhirnya Topi Kesayangan Aeisya Kembali Putih!

13:47 2 Comments




Assalamualaikum

Alkisah balik dari Perak last wiken, kami singgah makan di  area Sg Ramal Foodcourt..tak makan di foodcourt tu tapi makan di satu kedai mamak yg berdekatan sbb teringin nak makan Satey Willy..tapi tak kesampaian juga sebab satey dah abes!.


So kami order roti boom and roti tissu....tah macam mana aeisya sedikit meragam, dilemparnya topi yang PUTIH MELEPAK tu gedebukkkk masuk dalam kuah roti canai.


waaaa..apa lagi,menjerit la mama!


Mama dah hangin dah tapi berjaya kawal perasaan..memang tak marah aeisya langsung...tarik nafas dalam2 dan hembus...buat 2-3 kali..maklumlah ibu preggy ni sokmo emo kan..hihi


Sampai je umah dah penat...terlupa nak terus basuh topi tu... tengok la rupa topi aeisya...pilu tak agak2.berminyak berkuah kari n dal lagi..pekej!







2 hari lepas tu baru ena mula buat sesuatu pada topi aeisya ni...kotoran dah mula nampak sebati dengan topi tu..dalam hati, sedihnya kalau tak dapat hilangkan segala mak nenek kuah n minyak yg melekat tu..


Topi ni hadiah dari papa aeisya..ada nilai sentimental disitu!



Ena rendam dalam campuran BASIC H CONCENTRATE dan FRESH LAUNDRY ( sabun basuh shaklee) 2 pencuci kegemaran ni memang ada kat rumah ena, antara product dalam Set HEALTHY HOME ..3 hari juga lah rendam



.sebab nak dapat balik color asal yang PUTIH MELEPAK tu..hihi



Tadaaaa..ini lah hasilnya..





Memang kagum jadi putih balik..dah la mama boleh terlupa gi peram 2 hari baru mula nak basuh..haha.



nak cuba Basic H dan Fresh Laundry?



013 357 3153









Wednesday, 19 August 2015

Persediaan Menyambut Baby ( Part 1 ) : Operasi Mencuci Baju Kaklong Aeisya

16:52 0 Comments

Set pencuci pilihan hati ena ( safe for baby)


***

Assalamualaikum.


Alhamdulillah kami teruja sangat nak menyambut kelahiran adik aeisya.


Now dah masuk 34 weeks..masa untuk menyiapkan barang2 untuk di bawa ke hospital waktu emergency nanti. Sebenarnya since minggu ke 28 lagi nurse suruh siapkan tapi entah apa yang ena kalut/bizikan diri pon ena tak tahu la..hehehe



Actualy, disebabkan aeisya lahir pada minggu ke 40 , so ena tak berapa risau sangat , insyaALLAH adiknya pon lahir lebih kurang tu juga;)



Bermula projek mengorek baju2 lama kaklong aeisya dalam almari baju;)



Rupanya banyak sangat baju newborn aeisya...memang tak perlu beli lagi..yela, baby cepat besar kan, pakai je mana yang ada.





2 bakul baju newborn, barut perut baby dan set tilam ready untuk di cuci;)
Ena memilih pencuci dan pelembut pakaian dari shaklee.. kenapa?


jom kita tengok sama2 apa sebab ena tak pilih pencuci biasa yang dijual di pasaraya2;)



Fresh Laundry Concentrate (sabun basuh serbuk)

Formula Semula Jadi untuk Pakaian yang Lebih Bersih (2.49kg)



 Rumusan enzim semula jadi ini bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali tidak memudaratkan bumi.

Tahukah Anda?


Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit - punca lazim berlakunya tindak balas alahan.


Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.


Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas.


Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.


Fresh Laundry Concentrate Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain.

Keunikan Shaklee


Selamat

  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Berkesan

Berkepekatan tinggi



  • Hanya1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
  • Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
  • Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri
  • Mesra Alam

Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan


  • Surfaktan mudah biorosot
  • Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan



Soft Fabric Concentrate (liquid softener)

Melembutkan Pakaian (946ml)


Pekatan pelembut fabrik yang berbau harum ini berkesan mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, berbanding produk lain yang anda sedang gunakan.

Rumusan berkepekatan tinggi ini amat menjimatkan dan membolehkan anda merasai perbezaannya dengan sekali sentuhan.

Berkepekatan tinggi: 32 auns mampu melembutkan 64 cucian


Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal kesan statik secara semula jadi
Botol kecil mudah dibawa, dituang dan disimpan


Keunikan Shaklee


Selamat
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
  • Berkesan

Amat berkesan menanggalkan minyak

  • Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan asal
  • Basic H (hanya gunakan separuhsahaja)
  • Mesra Alam

Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)



  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan





mmmmmmm wangiiiiiii..

waktu jemur ni menusuk nusuk kewangian softener shaklee ke hidung ku..hehe..


dah kering pon, masih wangi lagi tau!




Sesuai untuk mendobi pakaian seisi keluarga, dari baby, mak baby, abah baby, tok baby pon boleh juga tau.. dannn selamat juga untuk mereka yang mengidap asma atau 
 mempunyai kulit allergi kepada pencuci...


best kan!


tak payah nak shopping sabun basuh asing2 lagi..teringat la dulu bersungguh2 beli sabun baby jenama P****** ..masa tu mama rajin membaca..kulit baby kan sensitif, basuh baju baby kene asingkan dari baju mak pak dia dan GUNAKAN PENCUCI YANG SESUAI UNTUK BABY JE...yang tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya .


jangan main2 tau...baby ni kalau tak sesuai kepada sesuatu bende, suaca, suhu, susu formula atau serbuk pencuci, baby akan menunjukkan tanda2 rashes atau ruam yang sesetnagh keadaan sangat teruk.kesian la kat baby tu...so spend sikit la untuk beli serbuk pencuci yang selamat ye uols.


nak cuba SERBUK PENCUCI SHAKLEE juga?



whatsapp ena laju2 k:



013 357 3153

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.