Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Showing posts with label Dapur Kekna. Show all posts
Showing posts with label Dapur Kekna. Show all posts

Monday, 13 May 2019

Resepi Kerabu Ulam Raja Bersantan

15:09 0 Comments



Harini Ramadhan ke 8. Alhamdulillah so far berbuka tak makan nasi langsung kami. Sahur je cari nasi. Tetap cari oi, perut melayu kan hehe. Jadi setiap hari memang pening memikir nak masak apa untuk berbuka. Lauk pauk masak juga tapi kami makan dengan mee/mihun. Lauk ni masak sekali lah kira untuk sahur esok juga 😁

Teringat kat peti ais ada ulam raja banyak, harvest kat aeon Alamanda Putrajaya semalam. Hehe. So harini kita berkerabu yuk!


RESEPI KERABU ULAM RAJA BERSANTAN

Bahan A
1 ikat daun ulam raja [digiris]
1 cawan taugeh [dibuang akar]
1 labu bawang besar [dihiris]
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
3 sudu besar jus limau
1 sudu kecil gula

Bahan B  
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 cili merah
5 tangkai ciliapi
2 sudu besar udang kering
sedikit belacan [jika suka]
garam

Cara Membuat
1. Mesinkan semua bahan B sehingga separuh hancur.
2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
3. Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus limau..
4. Rasakan masin & masam kerabu ini.
5. Hidangkan bersama nasi putih.

Kredit to Cik Puan Mayang Sari.

Saturday, 22 September 2018

Cara Rebus Telur Kuning Separuh Masak

18:47 6 Comments

 

Cara Rebus Telur Kuning Separuh Masak | Assalamualaikum semua.

Kali ni Ena nak berkongsi tips mudah cara rebus telur kuning separuh masak macam dalam gambar.

Telur kuning kalau masak sangat tak lalu nak makan kan hehe . Bila buat separuh masak camni , sedap lah pulak. Masa ni Ena rebus telur untuk makan dengan Nasi Lemak. 

Cara cara:

1- Rebus air sehingga mendidih ( tak perlu tutup periuk )
2- Masukkan telur
3- Set kan masa selama 6 minit (pakai timer ye)
4- Keluarkan telur dan rendam dalam air paip biasa ( ni juga tips / cara untuk kita  mudah kupas rebus tu nanti)
5- Biarkan beberapa minit, agak2  dah sejuk sikit boleh lah kupas dan terus makan di tempat kejadian ( jangan lupa baca bismillah;)
6- selamat mencuba!

Haa itu saje cara nya. Mudah sangat kan nak dapat kan telur rebus separuh masak lagu ni 😊

Share lah dengan kawan2 yang suka makan telur;)


DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.