Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Showing posts with label #Cabaran20hari Puasa/Raya 2015. Show all posts
Showing posts with label #Cabaran20hari Puasa/Raya 2015. Show all posts

Friday, 10 July 2015

##Cabaran20hari | Memori Raya 90an atau Zaman Kanak-kanak

13:59 0 Comments
Assalamualaikum

Seronok nak mengimbau kenangan raay masa kecik2 dlu. ena kanak2 zaman 90 an;)


Duit Raya Syiling


 

Kumpul duit raya yang kesemuanya syiling! berat tau 'handbag' raya i..hehe 

balik rumah pakat kira ramai2 dengan cosin kat tengah2 rumah tok. ish, memori betullah!

masa ni tak berkire pon, kalau dapat 20 sen pon dah rasa nk melompat tinggi.seronok!

Jalan Ramai2 Beraya sekeliling Kampung


 
gambar hiasan 

Dulu takde kes culik/rompak. So ktorang memang selamba badak je berjalan ramai2 g beraya satu kampung. 


Biasanya hari raya ke dua atau ketiga lah..misi collect duit raya ni..makan nya idok,haha



Dua kenangan ni la yang paling ena tak lupa. Sebabnya, sekarang dah takde lagi. tiada lagi kanak2 yang ramai2 jalan raya dari rumah ke rumah. Faktor keselamatan yang tidak benarkan kanak2 zaman sekarang buat camtu.. kanak2 ekarang prefer tegnok gadjet masing2 je di hari raya kan.. dan duit raya pula, kang budak2 dah pandai demanddiberi rm5 pon kata sikit..alahai..dulu ena dapat 10sen, 20 sen je tau!


KLIK SINI untuk baca lagi Cabaran 20 hari puasa/raya ENA

Thursday, 9 July 2015

#Cabaran20hari | Kuih Raya Paling Best

13:17 0 Comments
Assalamualaikum semua

harini nak berbicara mengenai kuih raya paling best


secara jujur ena peminat kuih2 raya. 


tapi,

minat makan je tau, tak minat BUAT SENDIRI. kah3

yang paling best, ena suka yang crunchy2..erm.contohnya kuih raya yang cornflake based..atau yang dibakar dengan sempurna gituu..hee.


#1 Cornflakes honey


Ni kuih yang menjadi pilihan hati yang pertama skali- cornflakes honey


#2 tart Nenas


 
Tart nenas suka gak,..tp dengan syarat mesti rangup! 


# Popia Simpul


 
 Yg ni memang habis sebelum raya lagi..haha

 

#4 popia gulung


 


#5 popia nestum


 


#6 Kek lapis 



Bergambar kenangan bersama adik angkat ena di Bintulu. Beliau ni terer buat kek lapis tau..kadang2 sampai berbelas kek dia buat untuk raya je..bukan utk jual tau.


 

Kenangan beraya di Bintulu, Sarawak. dapat makan kek lapis home made yang super sedap!


ish.rasa x sabar plak nk raya sebab nak makan kuih raya

 tapi  kan tapi sedih la..

Ramadhan dah tinggal beberapa hari je lagi akan tinggalkan kita..sob sob sob.



Wednesday, 8 July 2015

#Cabaran20hari | Bajet Raya

15:30 0 Comments



  Berbelanja dengan berhemah, beringat juga lepas raay pon nak pakai duit juga




Assalamualaikum semua
Apa khabar


Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah setiap masa


harini, Cabaran20hari Puasa/Raya kita berbicara mengenai BAJET RAYA.


Topik yang sangat best dan tak lapuk dek zaman orang kata..hehe..biasanya musim perayaan mcm ni penjawat awam dan swasta akan menerima BONUS PERAYAAN , Namun, perlu diingatkan juga supaya berjimat cermat. maklumlah kos kehidupan makin meningkat terutama di kawasan bandar.

 
Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam.



Suami ena bekerja di sektor GLC di mana pembaran gaji mengikut tarikh yang kerajaan tetapkan. Cuba lihat pembayran gaji dari JULAI-OGOS. Tempohnya lebih kurang 47 hari tau! Lama kan..so harusssss sangat berjimat cermat.



Mujur BONUS SHAKLEE ena akan masuk setiap pertengahan bulan. Setakat harini, shaklee tak pernah GAGAL bayar bonus kepada kami setiap 15hb. Ini lah kelebihan berniaga walaupun surirumah, menddik anak dan megurus rumah tangga, ena juga MENJANA INCOME sampingan untuk support ekonomi keluarga kecil kami ni. Dapat la menampung sedikit sebanyak perbelanjaan balik kampung..




BALIK KAMPUNG


Minyak dan tol semakin tahun semakin bertambah plak  kadarnya.

tapi, 

kami WAJIB BALIK KAMPUNG walau apa yg terjadi..hehe..insyaALLAH ada rezeki nak balik kampung jika niat kita nk menziarah dan gembirakan hati orang tua.




 BAJU RAYA


Bagi kami sekeluarga, perbelanjaan raya ala kadar sahaja. Ena kene juga lah beli baju baru sebab baju kurung semua dah tak muat tang perut. Ikutkan kan hati nak je recycle baju2 tahun lepas tapi kang jadi macam nangka berbalut lak..haha



DUIT RAYA


Apa yang penting ialah SEDEKAH kepada kedua ibu bapa kami. dan niat kami tahun ni, DUIT RAYA untuk ma abah kedua2 belah ena dan suami, kami nak bagi time bulan pose bukan pagi syawal.


sebab,

kami nakkan keberkatan dan pahala yang BERGANDA untuk sedekah yang dilakukan pada bulan ramadhan..insyaALLAH.. 


Ada juga kami peruntukkan sedikit duit raya untuk gembirakan hati kanak2 (aak buah dan sepupu yang masih kecil)..yg dah kawen n dah keje tak dapat la duit raya dari kami ye..hehe

insyaALLAH jumpe di next cabaran ya

till then






KLIK SINI untuk baca lagi Cabaran 20 hari puasa/raya ENA














Tuesday, 7 July 2015

#Cabaran20hari | Lagu Raya Pilihan

15:56 0 Comments


Assalamualaikum


Cabaran#20hari puasa/Raya untuk hari ke 11 berkenaan Lagu Raya  Pilihan

suka lagu raya lama2




Lagu raya dolu2 menjadi pilihan hati ena


Lagu raya yang didendangkan oleh artis2 lama lebih merdu dan menusuk di jiwa..ada roh orang kata..hehe.. berbanding lagu2 moden , macam takde perasaan nk raya je bila dengar.hee, ampunn


Dendang Perantau (Tan Sri P Ramlee)
Selamat Hari Raya (Puan Sri Saloma)
Suasana Hari Raya (Anuar Zain dan Ellina)
Selamat Hari Raya (Datuk Ahmad Jais)
Seloka Hari Raya (Hail Amir dan Uji Rashid)
Cahaya di Aidilfitri (Black Dog Bone)
Suasana Hari Raya (Datuk Sharifah Aini)
Menjelang Hari Raya (Datuk DJ Dave)
Bersabarlah Sayang (Sanisah Huri)
Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Datuk Sudirman Haji Arshad)


Lagu raya best dari 3 artis pilihan



 

3 artis ni je yang paling boleh terima lagu2 raya moden 
eh, lagu sudirman ni pon kire lagu moden ke..haha 



Untuk lagu raya yang moden sikit, ena suka lagu raya yang dinyanyikan oleh sudirman, siti nurhaliza dan aisyah...pon sama juga, lagu2 mereka ni ada JIWA orang kata..tang mana jiwa nya tu pon ena x pasti. tapi mmg syok dengar lagu depa ni.


Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu – Aishah
Dari Jauh Ku Pohon Maaf – Sudirman
Airmata Syawal – Dato’ Siti Nurhaliza


uols plak, suka lagu apa?

share la;)

KLIK SINI untuk baca lagi Cabaran 20 hari puasa/raya ENA 

Tuesday, 30 June 2015

#Cabaran20hari | Menu Wajib Bulan Puasa

16:32 0 Comments
Assalamualaikum..

Best entry kali ni nak cerita pasal menu WAJIB kami sempena bulan puasa sempena Cabaran20hari Puasa/Raya

Memang setiap tahun , 3-4 kali kami masak sendiri 3 menu nasi di bawah..masak sendiri tau..tak lalu sangat la beli2 ni..hihi ( koya je).





 Nasi kerabu Ayam Percik


 






 Nasi Lemak Ayam Berempah

 





Nasi Ayam


 

Untuk menu kuih2 yang kami sekeluarga masak sendiri pon ada 3 jenis. yang ni pon ulang2 buat juga sepanjang bulan Ramadhan




Butir Nangka







Sagu santan / 'Sanggupa'


 



Pengat Durian bersama Pulut

  

 

Puding Caramel

 

 

 

 Sardine Roll Goreng

 Dan ini pula menu air kami sekeluarga pada bulan puasa.


Air Tebu


 

 

Air Soya Cincau


 


Ni lah antara menu kegemaran kami ..tapi untuk ena, lepas azan je ena akan minum ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) dulu, dan 3 biji kurma. Lepas solat maghrib baru lah makan nasi dan kuih2 tu semua.



sebabnya, jika terus makan berat ( nasi dan kuih2) nanti ena akan mengalami sengkak/ esak nafas sampai tak boleh tidur.. hehe, begini la nasib ibu hamil sarat kan..btw, syukur alhamdulillah diberi kekuatan untuk berpuasa di bulan Ramadhan.



jumpa di next cabaran20hari!


KLIK SINI untuk baca lagi Cabaran 20 hari puasa/raya ENA

Monday, 29 June 2015

#Cabaran20hari | Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas

15:26 7 Comments


Assalamualaikum


Alhamdulillah..hari ini hari ke 12 kita berpuasa ..bermakna hari ke 12 lah kita dah bersahur kan ( bagi yang belom miss sahur lah,..hehe)


Memang ada orang tak suka sahur, alasannya tak mahu/sayang nak ganggu waktu tidur, malas nk bangkit dari tidur. Berbeza dgn ena, ena suka sebab ena fikir ena mesti bertenaga dan kekal cergas walaupun berpuasa di siang hari.. Selain untuk tenaga, ada keberkatan dalam makan sahur sepertimana hadis di atas.. so jangan kita malas2  bangun sahur tau


Setakat harini syukur masih ada rezeki untuk bangun sahur setiap hari. Ni menu sahur ena setiap hari pada tahun ni. ni kira ringkas lah ni..tak boleh lagi ringkas sebab ena makan untuk 3 orang! haha

nasi putih



  • Nasi putih + lauk pauk - yg ni wajib..since ena sedang hamil dan menyusukan anak, sangat penting untuk ena dapatkan energi dari karbohidrat iaitu nasi yang di makan bersama lauk2.

  • Lauk plak tak kisah langsung, kadang2 hanya ikan bilis goreng atau sambal hitam je..asal ada nasi..hehe

  • ena amek 1 senduk nasi je, tak banyak pon;)

 kurma

  •  Kurma - ni juga merupakan pembekal tenaga yang terkenal lagi dan juga merupakan makanan sunnah. Pon dikatakan sangat2 berkhasiat buat ibu2 menyusu dan ibu hamil, iaitu untuk banyakkan susu dan untuk pertumbuhan janin yang baik dalam kandungan ibu.

  • So ena wajibkan diri  ambil kurma 2-3 biji setiap kali sahur;)

 vitamin Hamil



  •  Vitamin Hamil  -fungsi nya untuk membekalkan nutrisi yang cukup kepada si ibu dan baby dalam kandungan. Dr Zubaidi menekankan kepentingan vitamin prenatal (ibu hamil)



  • Vitamin Pilihan ena ketika hamil kali ini ialah vitamin shaklee yang terdiri daripada:

 -multivitamin ( vita lea), protein ( energizing soy protein), kalsium (ostematrix), minyak ikan ( omega guard), vitamin C dan vitamin B.


Suplimen Kekal Bertenaga di Bulan Puasa

  • Minuman energi yang sihat dan penuh nutrisi khusus untuk bulan puasa ( protein (Energizing Soy Protein), fiber, multivitamin dan multimineral(meal shakes) dan minuman kekal terhidrat sepanjang hari (performance drink) ini ena ambil setiap pagi selepas sahur.


Begitulah menu sahur ena pada setiap hari. ena pastikan ena ambil ke empat-empat menu/nutrisi di atas. Tiada lah lain melainkan untuk lebih bertenaga dan kuat untuk menjalani ibadah puasa di samping keadaan diri yang sememangnya diberikan rukhsoh untuk tidak berpuasa. 



Rukhsoh ( kemudahan) itu kan pilihan, jika tidak memudaratkan, boleh untuk berpuasa seperti biasa. Yang penting kesihatan ibu, anak yg menyusu serta anak dalam kandungan di utamakan dlu sebab tu ena ber ikhtiar untuk kekal sihat dengan makanan tambahan juga.


Ternyata, 


Setelah 12 hari berpuasa, ena tak pernah lagi rasa kering tekak walaupun mengalami batuk2 berkahak sejak hari ke tiga berpuasa. Bibir pon tak kering. ALHAMDULILLAH..


KLIK SINI untuk baca lagi Cabaran 20 hari puasa/raya ENA


jumpe esok untuk topik cabaran  seterusnya
till then,


Sunday, 28 June 2015

#Cabaran20hari | Pengalaman Sahur

21:00 0 Comments

 

hihi, lucu kan gambar ni. Punye lah susah nk bangun sahur..liat je kan..maklumlah bangun dinihari untuk makan , of cos la tak lalu kan



Assalamualaikum

Bismillah, 


Kali ena ni nak cerita pengalaman bersahur yang tak dapat ena lupakan. Nak flash back dari kecik kang lama sangat..dah boleh terbit buku pulak nti..hihi.. nk stori pengalaman yang ena tak dapat lupa je;)


Pengalaman bersahur sebagai studen 

 

Waktu studen la paling sayu sekali bila tiba bulan Ramadhan..  masa berbuka ok lagi la kan, ada bazar dan kantin/cafe kat kolej di universiti.. tapi masa sahur tu memang pilu sungguh.


so apa pengalaman sahur masa studen ni? walaupun tak dibenarkan masak, tapi kami bawak jugak rice cooker untuk masak..haha... menu kebanyakkan sahur waktu ni ialah roti gardenia dan maggi! ironi nya, kami berselere je;)haha



 


sungguh tidak menyihatkan!


nak buek camano waktu ni takde kesedaran kesihatan lagi. shaklee pon tak kenal lagi waktu ni..so belasah je asal sedap di mulut n kenyang di perut! kah3.


Pengalaman tahun pertama bersahur sebagai isteri




Up sikit gambar 4 tahun lepas, tampak muda remaja je we alls kan..hihi..waktu ni aeisya belom ada lagi..belom wujud lagi;)



Gambar pon tak cantik je, maklumlah masa ni mana ada smart fon/android, kalau tak silap amek guna fon nokia je ni..hoho


Tahun pertama sebagai isteri, kami tinggal di Bintulu, Sarawak, di estet kelapa sawit milik Sime Darby. Suami ena kerja sebagai assistant Manager estet kat situ. Dalam ladang sebesar2 alam tu hanya ada 6 biji rumah je!


Cabaran dan pengalaman yang masih segar dlm ingatan ena  ialah nk bangun masak pagi2 seorang diri. Kadang2 naik seram sejuk tau, yela, dikelilingi ladang kelapa sawit yang tebal. Macam2 bermain di fikiran ni ( yag x elok la)...terasa ada ular la..bayangan2 putih la..haishhh.


pernah tu masak laju2 giler n cepat2 kejut suami makan..ena cakap dah nak abes waktu..sebenarnya ena takut..haha


Dah pulak, masak untuk 2 orang je. nak keluar beli/sahur kat kedai mana ada kedai makan restoren kat situ, paling dekat pon 1 jam perjalanan dengan kereta! so boleh bayangkan how isolated are we on that time..hihi.


Masa tinggal kat estet ni tempoh ena mengumpul segala mak nenek resepi. Semata2 nak makan sedap di bulan puasa, sebab tak ley beli kan..kalau nak beli pon takde, and kalau ada pon tak sma la dengan makanan di semenanjung malaysia.


Sedihnya lauk2 selalu je tak abes. makan berdua je kan.

sekarang dah meriah, sejak pindah ke semenanjung, bersahur pon meriah je, duduk dengan family ramai2 kan;)alhmdulillah.


till then ,



KLIK SINI untuk baca lagi Cabaran 20 hari puasa/raya ENA

Saturday, 27 June 2015

#Cabaran20hari | Erti Puasa Pada Anda

15:01 0 Comments

Assalamualaikum

Susulan dari menyahut Cabaran#20hari puasa/Raya ena nak kongsikan rasa hati ena atau erti berpuasa di bulan ramadhan pada ena.


 


Sejak dah besar (dah kawen) ni, mula terasa rindu dan sayu je bila tiba bulan ramadhan. Dulu waktu study takde rasa apa2 sangat. Amalan berpuasa, terawikh dan mengaji Al Quran buat sebab islam suruh dan dah terbiasa dari tahu ke tahun, takde usaha pon nak mendalami atau mengkaji mahupun mneghayati amaln2 tersebut.


Allahu.


Bila dah peringkat dewasa ( kire dewasa la sbb dah beranak pinak pon..hehe), mula rasa Ramadhan sungguh bermakna bukan sekadar tahan lapar  dan dahaga je!



 

Tidak boleh makan atau minum di siang hari ketika berpuasa di bulan Ramadhan!


Erti puasa tu sekadar tak makan tak minum atau sekadar menahan perut dari lapar tapi menahan diri daripada terlalu menurut nafsu atau sikap yang tidak baik.



dengan erti kata lain, jangan puasa perut je tapi kene puasa hati,mulut, mata, hidung, telinga, kaki dan juga tangan! jagalah anggota badan kita daripada mendekati perkara yang membatalkan bukan hanya batal puasa tapi batal iman dan akidah ebagai eorang muslim sejati.


Besar maknanya tu kan?


Hijrah Ramadhan 1436H

Puasa tahun ini ena sertai kumpulan mengaji al quran. Macam tadarus juga lah tapi secara online iaitu di wassap. alhmdulillah hari ke 9 kami dah khatam sekali.. teringat tahun2 lepas, tak pernah berjaya abeskan khatam 1 quran. last pernah khatam seorang diri tahun sebelum hamilkan aeisya.


Selain tu, ena sertai grup sokongan membaca tafsir al quran juga.di Telegram. Fungsi grup ni untuk mengingatkan ahli supaya IQRA' iaitu membaca tafsir Al quran dan bukan hanya baca dalam bahasa Arab. sebab bahasa Arab kita tak faham kan.


Sangat penting untuk kita tahu makna Al Quran so that boleh lah kita mengamalkan isi2 yang di ajar dari AQ.


Semoga hijrah ini berkekalan sehingga lah selepas bulan ramadhan juga..aameen.

Diajar Puasa sejak kecil

Sejak kecil lagi ena dan adik beradik dididik supaya berpuasa. Pernah la skali, masa tu sekolah rendah lagi. Kalau tak silap darjah 3 kot. Ena berpakat dengan jiran2 dan adik2 untuk 'ponteng puasa' dengan hanya 'mencuri' makan buah limau kasturi yang dipertik sendiri dari belakang rumah. Kalau ingat balik macam kelakar je..apa lah sangat buah limau kasturi tu bukans edap pon...dan yg penting tak kenyang pon!


waktu ni tak reti lagi erti puasa yang sebenar!


Ma dan abah ena kerja di ladang.turun dari pagi, petang baru balik. tapi tak pernah ea tengok mereka 'ponteng' puasa sebab penat/letih.


Puasa vs hamil dan menyusukan aeisya


Alhamdulillah, Ramadhan 1436H  2015M jatuh pada saat ketika ena hamil 23 minggu. Besar maknanya tu..sepertimana kakaknya Aeisya Humaira, kali ni si adik pon turut berpuasa dari dalam kandungan ena lagi. Aeisya dlu pon lebih kurang macam ni juga umurnya ketika Ramadhan 1443H ( 3 tahun lepas).


Harapan dan doa ena agar ena di pinjamkan kesihatan yang berpanjangan untuk meneruskan puasa sebulan di bulan ramadhan seperti tahun2 lepas.


Yela, aeisya masih lagi menyusu badan sekarang ni, walaupun umur nya dah pon 2 tahun 9 bulan! anak manja mama ni..hehe

 
Berpuasa dan hamil 6.5 bulan sambil menyusukan aeisya 2 tahun 9 bulan! gambar latest ni.baru amek smalam;)




 
Gambar ena sedang mencuba niqab milik sepupu. saje amek aura..hehe.
 Berpuasa dan menyusukan aeisya 2 tahun 7 bulan  ;)
 


 
Berpuasa ketika menyusukan aeisya 1 tahun 8 bulan. tengok lah lengan aeisya tu, 'doyot' sangat kan..hoho




 
Berpuasa ketika menyusukan aeisya yang berumur 8 bulan



Walaupun hamil dan menyusukan, ena tetap nekad dan menjaga mindset sebaiknya supaya ena dapat menikmati ibadah berpuasa di bulan Ramadhan. Selagi mampu, ena akn berpuasa juga..dah nekad dah;) wanita hamil dan menyusukan dapat rukhsah untuk tinggal puasa kan tapi bila fikir2 orang2 yang sepanjang tahun tak dapat makanan yang cukup apatah lagi berkhasiat, terus rasa bersemangat dan kuat untuk teruskan puasa.



Lagipula, ena tahu tahap kesihatan ena dan ena mampu untuk berpuasa di kala hamil 6 bulan setengah ni.dah ada pengalaman dulu waktu pregnant aeisya, alhmdulillah.


Inilah didikan awal ena kepada baby dalam perut ni..supaya dia kenal erti puasa sebenar. Dan supaya dia tergolong dari kalangan manusia yang kuat dan nekad untuk mengamalkan ajaran Allah, Rasul dan  Al Quran;)aameen


KLIK SINI untuk baca lagi Cabaran 20 hari puasa/raya ENA

till then,

#Cabaran20hari Puasa/Raya 2015

09:50 0 Comments
Assalamualaikum

alhmdulillah..

Ena menyahut #Cabaran20hari Puasa/Raya 2015 yang telah di anjurkan oleh rakan blogger. Tujuan untuk mengenal pasti atau menguji ketegaran kita sebagai blogger.


Ena ni baru je nak 'menegarkan' diri sebagai seorang blogger..hihi..so apa salahnya sahut cabaran ni..jadi nak tak nak kenelah hari2 update blog kan!hoho


Cabaran ini akan bermula pada 27 Jun 2015 hinggalah 16 julai 2015.


Ada topik2 harian yang wajib di kupas dlm entry masing2 dengan keyword #Cabaran20hari Puasa/Raya 2015


Rujuk banner di bawah untuk topik2 yang diberikan.



#Cabaran20hari Puasa/Raya 2015 Hari 1-6




  
#Cabaran20hari Puasa/Raya 2015 Hari  7 - 13


 


 
#Cabaran20hari Puasa/Raya 2015  Hari  14-20




Terbuka pada semua blogger dan saguhati akan diberi kepada 10 blogger terawal yang menyertai dan yang berjaya tamatkan cabaran mengikut topik dan tarikh yang diberikan. hadiah nya akan diberitahu kemudian


Apa tunggu lagi?


Jom ramai2 kita join!


Happy blogging to all!



KLIK SINI untuk baca lagi Cabaran 20 hari puasa/raya ENA

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.