Tuesday, 10 August 2021

9 Tanda Meninggal Husnul Khotimah Mati Syahid

Tanda Orang Meninggal Dalam Keadaan Baik | Aeinna Musa. Bismillahi masyaAllah.

 إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها 

Terfikir-fikir ena, apa kebaikkan Almarhumah sehinggakan 1 malaysia mendoakan beliau. Ena bukanlah peminat artis ,bukanlah jenis follow rapat update artis-artis di Malaysia. Malah, ena lah orang terakhir yang tahu apa2 gosip artis ataupon sampai ke sudah tak tahu.


Namun, Siti Sarah ni berbeza. Ternanti-nanti update. Sehinggalah pagi-pagi tadi, dapat perkhabaran perginya seorang isteri ke negeri abadi dalam redha suaminya , baru lepas bersalin, disebab kan wabak dalam keadaan banyak kebaikkan yang Almarhumah buat di akhir hidup nya .


Siti Sarah raissuddin meninggal dunia

Itulah Siti Sarah. 


Ena sendiri secara peribadi, ena tak tahu kenapa, orang pertama yang ena doa selepas doa untuk ma abah , sebelum subuh pada hari kejadian adalah Siti Sarah kemudian barulah disusuli doa-doa lain. Sungguh pelik dengan diri sendiri. MasyaAllah tabaarokallah Maha Hebat Allah ketikamana Allah nak angkat darjat seseorang, anytime saje- Kun Faa Ya Kun.


Bayangkan jutaan manusia mendoakan AlMarhumah. Subhanallah, Kematian yang menghidupkan . Menghidupkan jiwa-jiwa supaya insaf . Sahabat semua, Banyak yang kita belajar dari kisah hidup dan pengakhiran Al marhumah Siti Sarah kan. Tidak penting bagaimana kita BERMULA, Yang lebih penting bagaimana PENGAKHIRAN kita .  Mati tazkirah paling hebat. Orang yang paling BIJAK adalah mereka yang ingat mati dan buat persediaan.


Rahsia hidup Siti Sarah Raissuddin dan Shuib Sepahtu bahagia dan rezeki melimpah ruah :

 




9 tanda orang meninggal dalam keadaan baik ataupon mati syahid


Melafazkan kalimah syahadah sebelum meninggal dunia 

Sabda Rasulullah: Maksudnya: Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’ nescaya dia akan memasuki syurga. - [HR Abu Daud 3316]. 

Meninggal dunia dalam keadaan lemas tenggelam, jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah SWT 

Sabda Rasulullah: Orang yang mati syahid itu ada lima iaitu orang yang meninggal kerana penyakit taun, sakit perut, tenggelam, orang yang jatuh daripada bangunan atau tebing dan syahid di jalan Allah. - [HR al-Bukhari 652]. 

Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak 

Sabda Rasulullah: Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian kerana sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid. - [HR Ibn Kathir 5869]. 

Seseorang diberikan taufiq dan hidayah serta beramal soleh sebelum dia meninggal dunia 

Sabda Rasulullah: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat (RA) bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?” Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya. - [HR al-Tirmidzi 2142]. 

Meninggal pada hari atau malam Jumaat 

Sabda Rasulullah: Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur. - [HR Al-Tirmidzi 1074]. 

Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut 

Sabda Rasulullah: Sesiapa yang mati akibat daripada penyakit berkaitan perut, maka dia mati dalam keadaan syahid. - [HR Muslim 1915]. 1. Melafazkan kalimah syahadah sebelum meninggal dunia - Sabda Rasulullah: Maksudnya: Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’ nescaya dia akan memasuki syurga. - [HR Abu Daud 3316]. 

Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya 

Sabda Rasulullah: Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya. - [HR al-Tirmidzi 982].

Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh 

Sabda Rasulullah: Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk Syurga.” - [HR Ahmad 23372]. 






Meninggal disebabkan penyakit taun 

Sabda Rasulullah: dari 'Aisyah berkata; "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah tentang masalah taun lalu baginda memberitahu kepada aku bahawa taun adalah sejenis seksaan yang Allah kirimkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah menjadikan hal itu sebagai rahmat bagi kaum muslimin. Tidak ada seorang pun yang menderita jika dia bertahan di tempat tinggalnya dengan sabar mengharapkan pahala dan mengetahui bahawa dia tidak terkena musibah melainkan kerana Allah telah mentakdirkan kepadanya maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang mati syahid". [HR Bukhari 3215] credit

Ramai alim ulamak Ustaz Ustazah mengulas tentang kematian Siti Sarah Raissuddin yang meninggal syahid akhirat


MasyaAllah betapa terkesan nya kisah pengorbanan Siti Sarah Raissuddin kepada seluruh rakyat malaysia malah seluruh dunia juga ( berita luar negara BBC news juga melaporkan tentang ini). Solat jenazah ghaib juga dilakukan di Mekah khas untuk Siti Sarah, MasyaAllah.


Antara asatizah yang mengulas tentang syahid Almarhumah Siti Sarah:


Tuan Guru Sheikh Zainul Asri 

Ustazah Asma' Harun

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Imam Muda Hassan Adli 

Imam Muda Asyraf
 

Jom kita sama-sama amalkan doa ni bermula harini. Masukkan dalam list zikir harian kita semoga Allah kabulkan kita semua untuk mendapat pengakhiran yang baik sebagaimana orang terdahulu yang telah pulang pada Pencipta yakni Allah SWT.


doa untuk mati husnul khotimah doa mati syahida Aeinna musa
Doa Mati Syahid





Aeinna Musa ,

Juga Bakal Jenazah =(


Terima kasih kerana membaca 9 Tanda Orang Meninggal Dalam Keadaan Baik | Aeinna Musa

Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!