Wednesday, 28 July 2021

Aktiviti Menarik dan Mudah Bersama Keluarga Semasa PKP | Aeinna Musa

 

aktiviti bersama keluarga semasa pkp | aeinna musa
Semua ibu nakkan yang terbaik buat anak-anak dari segi kesihatan fizikal mahupon mental anak-anak.




Aktiviti Bersama Keluarga Semasa PKP | Aeinna Musa. Bismillahi MasyaALLAH, assalamualaikum semua, harini ena nak kongsikan salah satu aktiviti kami sekeluarga di rumah yang menyeronokkan semasa tempoh lockdown disebabkan covid19.


Penting untuk kita sebagai ibu bapa untuk plan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan bersama anak-anak kerana ia melibatkan emosi dan kesihatan mental bukan sahaja anak-anak tapi kedua ibu bapa juga. yela, kalau anak meragam atau tantrum, kita mak-mak ni yang menyinga pula nanti kan hehe.

Aktiviti kali ni, suami ena yang plan untuk buat coklat badam rangup bersama anak-anak di rumah. Bila tahu papa nak buat kuih raya, apa lagi menjerit sambil melompat lah anak-anak semua. Kita yang tengok ni rasa bahagia. Dorang suka sangat main masak-masak. apa lagi masak real pulak tu, lagi lah tak sabar.

ok jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan untuk buat biskut badam coklat rangup krup krap ni.

Bahan-bahan:

4 cawan Almond Nib atau badam cincang
2 cawan Beryl's coin Milk chocolate
Paper cup


Cara memasak:
1- Sangai badam cincang dalam kuali/pan dengan api perlahan sehingga sedikit kekuningan
2- Cairkan coklat dengan teknik double boiled.
3- Masukkan almond atau badam cincang dalam coklat yang mencair dan gaulkan.
4. Sementara adunan masih panas, dengan menggunakan sudu cepat-cepat masukkan coklat badam kedalam papercup yang telah di susun di atas dulang
5. Tabur badam cincang (almond nib) sebagai topping (tak nak buat pon takpe)
5. Sejukkan di dalam peti ais
6- Sedia untuk dinikmati

Selamat mencuba!


Jom layan gambar- gambar semasa kejadian hehe. Anak-anak seronok sangat sampai kami repeat 3 kali buat ni. Kelebihan buat aktiviti bersama-sama anak di rumah semasa pendemik covid19 ni, kita dapat mnegeratkan hubungan kekeluargaan dan paling penting dapat kurangkan stress semasa PKP.




resepi coklat badam rangup viral
Anak-anak ditemani papa nya menuang badam coklat ke dalam papercut. Comot tapi seronok!

coklat badam viral
Almond coklat yang dah siap disejukkan

aktiviti semasa PKP
Pack kan kecil-kecil, kasi pada jiran.


resepi mudah 2 bahan almond crunchy viral
Kaya dengan almond nib. sedap ya amat!

Sebelum Malaysia kene total lockdown May 2021 haritu, sempat lah ena bawa anak jalan-jalan sekitar rumah. Air pancut ni di Alamanda Putrajaya, naik kereta 1 minit tapi kalau jalan kaki dengan anak-anak, 10 minit juga lah dari rumah. Bukan main seronok anak-anak dapat lihat suasana luar rumah. 


aktiviti menarik semasa pkp pendemik covid19
Berjalan di musim PKP kene pakai mask sepanjang masa.

Memang aktiviti dalam rumah menarik untuk anak-anak tapi percayalah jika dapat keluar beraktiviti luar rumah contoh melancong atau staycation, itu lebih baik untuk anak-anak kita. Bagi mereka yang berada sekitar Lembah Klang, boleh lah consider staycation KL, sangat berbaloi, lebih dekat dan jimat masa. Kalau ikutkan tempat yang ena dan family nak sangat pergi sekarang adalah hotel in Langkawi. Anak-anak suka sangat bermalam di hotel. Dulu, kalau dapat tahu boleh ikut papa outstation, tidur pon senyum dorang ni.




Walaupun sekarang kita masih terkurung duduk di rumah dek kerana pandemik covid19, bersabar lah ye. Plan dan buat lah pelbagai aktiviti menarik supaya anak-anak tidak bosan dan ceria selalu. Contoh aktiviti yang kita boleh buat sama-sama seisi keluarga, memasak, buat origami, berkebun di kawasan rumah, sukaneka mudah, hias rumah, kemas, bersihkan rumah serta beribadah solat dan zikir sama-sama. Selain dapat eratkan hubungan kekeluargaan bertambah rapat, dapat pahala dan mengundang rahmat Allah turun mencurah-curah dalam keluarga kita. insyaALLAH, aameen ya Robbal alamin.



Terima kasih kerana sudi membaca Aktiviti Bersama Keluarga Semasa PKP | Aeinna Musa. Moga bermanfaat. Baarokallahufiikum.





Continue Reading