Tuesday, 10 August 2021

9 Tanda Meninggal Husnul Khotimah Mati Syahid

Tanda Orang Meninggal Dalam Keadaan Baik | Aeinna Musa. Bismillahi masyaAllah.

 إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها 

Terfikir-fikir ena, apa kebaikkan Almarhumah sehinggakan 1 malaysia mendoakan beliau. Ena bukanlah peminat artis ,bukanlah jenis follow rapat update artis-artis di Malaysia. Malah, ena lah orang terakhir yang tahu apa2 gosip artis ataupon sampai ke sudah tak tahu.


Namun, Siti Sarah ni berbeza. Ternanti-nanti update. Sehinggalah pagi-pagi tadi, dapat perkhabaran perginya seorang isteri ke negeri abadi dalam redha suaminya , baru lepas bersalin, disebab kan wabak dalam keadaan banyak kebaikkan yang Almarhumah buat di akhir hidup nya .


Siti Sarah raissuddin meninggal dunia

Itulah Siti Sarah. 


Ena sendiri secara peribadi, ena tak tahu kenapa, orang pertama yang ena doa selepas doa untuk ma abah , sebelum subuh pada hari kejadian adalah Siti Sarah kemudian barulah disusuli doa-doa lain. Sungguh pelik dengan diri sendiri. MasyaAllah tabaarokallah Maha Hebat Allah ketikamana Allah nak angkat darjat seseorang, anytime saje- Kun Faa Ya Kun.


Bayangkan jutaan manusia mendoakan AlMarhumah. Subhanallah, Kematian yang menghidupkan . Menghidupkan jiwa-jiwa supaya insaf . Sahabat semua, Banyak yang kita belajar dari kisah hidup dan pengakhiran Al marhumah Siti Sarah kan. Tidak penting bagaimana kita BERMULA, Yang lebih penting bagaimana PENGAKHIRAN kita .  Mati tazkirah paling hebat. Orang yang paling BIJAK adalah mereka yang ingat mati dan buat persediaan.


Rahsia hidup Siti Sarah Raissuddin dan Shuib Sepahtu bahagia dan rezeki melimpah ruah :

 




9 tanda orang meninggal dalam keadaan baik ataupon mati syahid


Melafazkan kalimah syahadah sebelum meninggal dunia 

Sabda Rasulullah: Maksudnya: Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’ nescaya dia akan memasuki syurga. - [HR Abu Daud 3316]. 

Meninggal dunia dalam keadaan lemas tenggelam, jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah SWT 

Sabda Rasulullah: Orang yang mati syahid itu ada lima iaitu orang yang meninggal kerana penyakit taun, sakit perut, tenggelam, orang yang jatuh daripada bangunan atau tebing dan syahid di jalan Allah. - [HR al-Bukhari 652]. 

Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak 

Sabda Rasulullah: Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian kerana sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid. - [HR Ibn Kathir 5869]. 

Seseorang diberikan taufiq dan hidayah serta beramal soleh sebelum dia meninggal dunia 

Sabda Rasulullah: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat (RA) bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?” Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya. - [HR al-Tirmidzi 2142]. 

Meninggal pada hari atau malam Jumaat 

Sabda Rasulullah: Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur. - [HR Al-Tirmidzi 1074]. 

Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut 

Sabda Rasulullah: Sesiapa yang mati akibat daripada penyakit berkaitan perut, maka dia mati dalam keadaan syahid. - [HR Muslim 1915]. 1. Melafazkan kalimah syahadah sebelum meninggal dunia - Sabda Rasulullah: Maksudnya: Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’ nescaya dia akan memasuki syurga. - [HR Abu Daud 3316]. 

Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya 

Sabda Rasulullah: Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya. - [HR al-Tirmidzi 982].

Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh 

Sabda Rasulullah: Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk Syurga.” - [HR Ahmad 23372]. 






Meninggal disebabkan penyakit taun 

Sabda Rasulullah: dari 'Aisyah berkata; "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah tentang masalah taun lalu baginda memberitahu kepada aku bahawa taun adalah sejenis seksaan yang Allah kirimkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah menjadikan hal itu sebagai rahmat bagi kaum muslimin. Tidak ada seorang pun yang menderita jika dia bertahan di tempat tinggalnya dengan sabar mengharapkan pahala dan mengetahui bahawa dia tidak terkena musibah melainkan kerana Allah telah mentakdirkan kepadanya maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang mati syahid". [HR Bukhari 3215] credit

Ramai alim ulamak Ustaz Ustazah mengulas tentang kematian Siti Sarah Raissuddin yang meninggal syahid akhirat


MasyaAllah betapa terkesan nya kisah pengorbanan Siti Sarah Raissuddin kepada seluruh rakyat malaysia malah seluruh dunia juga ( berita luar negara BBC news juga melaporkan tentang ini). Solat jenazah ghaib juga dilakukan di Mekah khas untuk Siti Sarah, MasyaAllah.


Antara asatizah yang mengulas tentang syahid Almarhumah Siti Sarah:


Tuan Guru Sheikh Zainul Asri 

Ustazah Asma' Harun

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Imam Muda Hassan Adli 

Imam Muda Asyraf
 

Jom kita sama-sama amalkan doa ni bermula harini. Masukkan dalam list zikir harian kita semoga Allah kabulkan kita semua untuk mendapat pengakhiran yang baik sebagaimana orang terdahulu yang telah pulang pada Pencipta yakni Allah SWT.


doa untuk mati husnul khotimah doa mati syahida Aeinna musa
Doa Mati Syahid





Aeinna Musa ,

Juga Bakal Jenazah =(


Terima kasih kerana membaca 9 Tanda Orang Meninggal Dalam Keadaan Baik | Aeinna Musa

Continue Reading

Pengalaman Kurus dengan Set Menyusu Shaklee

 

Pengalaman Kurus Selepas Bersalin dengan Set Menyusu Shaklee | Aeinna Musa. Bismillahi MasyaAllah. Entry kali ini Ena kongsikan pengalaman ena sebagai ibu yang telah bersalin sebanyak 3 kali, alhamdulillah berjaya kurus semula akhirnya. Namun tidaklah semudah yang disangkan hehe. Berat badan Ena dari 47 kg pernah naik sehingga 75 kg selepas berkahwin. Sangat tak selesa, cepat mengah dan badan cepat penat. Nak solat dan nak buat ibadah pon tak best bila berat badan berlebihan ni. Siapa mengalami je akan faham.


Ramai ibu selepas bersalin seperti ena juga yang mengalami masalah untuk menurunkan semula berat badan. Entry kali ini ena fokuskan kepada ibu menyusu yang nak kuruskan badan. Ada beberapa punca- punca gemuk di kalangan ibu-ibu selepas melahirkan sama ada secara normal atau ceaser. Berikut adalah punca yang berlaku pada ena sendiri dan ena yakin ia adalah faktor yang biasa yang menjadi punca kepada masalah berat badan di kalangan ibu-ibu selepas bersalin dan menyusu badan.


Punca-punca Gemuk Selepas Bersalin


1-Mitos makan untuk 2 orang

Kesilapan yang ena dah lakukan waktu bersalin yang menyebabkan ena sukar turun berat adalah waktu pregnant, tak jaga makan. Konon nya ena  fikir makan untuk 2 orang. Padahal itu hanya perasaan dan mitos sahaja. Ibu hamil perlu fokus  sahaja pada makan makanan yang seimbang dan berkhasiat.  InsyaAllah baby akan dapat kesan dan khasiat dari diet pemakanan ibu. Jadi jangan jadi macam ena sebab dah tersilpa langkah, waktu hamil tidak control makan.


2- Ambil karbohidrat secara berlebihan

Punca gemuk selepas bersalin juga kerana amalan pemakanan kebanyakkan orang asia sendiri iaitu makan nasi atau mee berlebihan. Ada yang mengambil hidangan berat nasi dan mee sebanyak 3 kali sehari dan setiap hidangan sehingga 2-3 pinggan. Amalan ni memakan diri sendiri terutama jika seseorang itu tidak mempunyai gaya hidup yang active contoh nya tidak bersenam. Karbohidrat yang di pecahkan kepada gula yang lebih ringkas dan akhirnya akan ditukarkan kepada tenaga. Tapi in tak berlaku jika badan tak perlukan tenaga. Akhirnya gula ringkas tadi akan disimpan di dalam badan dan membawa kepada penyakit seperti obesitim diabetes dan sebagainya.


3- Metabolisme badan makin menurun apabila meningkat umur

Bagi ibu yang melahirkan anak satu atau dua orang anak, badan masih sihat dan cergas. Berbeza dengan ibu yang melahirkan anak yang ke 3, 4 atau 5 di mana proses penukaran makanan kepada tenaga dah semakin lambat ( metabolisme rendah)


4- Ibu menyusu cepat lapar!

Haa, faktor ni tak dapat nak nafikan. Siapa ada pengalaman menyusukan anak atau pon memang sedang menyusukan anak, tahu lah situasi ni. Ini berlaku kerana menurut satu kajian,  ibu yang menyusu badan membaakr 300-500 kalori untuk menghasilkan susu badan sehari. Jika bayi atau anak jenis kerap menyusu, lagi banyak kalori ibu badan ibu terbakar dan ini yang membuatkan ibu menyusu cepat lapar.


5- Kurang air.

Ramai ibu selepas bersalin yang tak berjaya nak kurus sebab tertipu oleh minda sendiri. Ramai yang tak sedar bahawa otak kita tak boleh menafsirkan rasa dahaga tu. Bila kita dahaga, otak menafsirkan bahawa kita lapar. Kalau lapar pon otak tafsir sebagai lapar juga. Jadi macam mana nak tahu kita sebenar nya betul-betul lapar atau cuma dahaga? Cara nya mudah sahaja iaitu setiap kali lapar, minum segelas atau 2 gelas air kosong. Selepas beberapa ketika jika lapar lagi bermakna kita ebtul-betul lapar tapi jika terus takde rssa lapar selepas tu bermakna badan kita kekurang air atau ' dehydrated' je sebenarnya.

Jemput Baca Punca-punca Ibu Gemuk Selepas Bersalin 


Pengalaman mahal menyertai Geng Detox demi  kurus semula selepas bersalin


Cara ibu menyusu nak kuruskan badan adalah dengan mengetahui punca-punca ibu jadi gemuk dan  mencari jalan untuk mengatasinya. Ena nak kongsikan kepada ibu-ibu di luar sana bagaimana akhirnya ena dapat menurunkan sebanyak 9 kg berat badan selepas melahirkan anak walaupun sedang menyusukan anak.


Ceritanya ena menyertai Misi Kempis Geng Detox selepas beberapa siri cubaan untuk detox dan turunkan berat badan sendiri tak menjadi. Memang beza sangat bila kita berada dalam circle yang mempunyai misi dan visi yang sama dengan kita. Semangat untuk menerukan perjuangan sehingga titik akhir tu sentiasa berkobar-kibar dengan galakkan dari Coach Master Dosh dan sokongan peserta-peserta lain. 


Recognition dan Hadiah

Syukur Alhamdulillah, daripada 224 peserta yang join, ena merupakan finisher dan mendapat hadiah saguhati untuk projek misi kempis dari Geng Detox yang di adakan pada Ramadhan 2021 haritu. Di bawah ni adalah appreciation post oleh Coach detox kami di facebook beliau sendiri.


Alhamdulillah, melalui anjuran Geng Detox - Geng Sihat Anda, program Projek Kurus #misikempis Siri 3 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Objektif program kali ini adalah khusus untuk membantu para peserta menurunkan berat badan secara sihat dan selamat melalui 3 konsep utama: 

1) Kawalan makanan 

2) Rutin senaman 

3) Pengambilan nutrisi. 

 

Tahniah kepada 224 orang peserta yang telah menyertai program ini, dan saya juga mengambil kesempatan untuk memberi pengiktirafan khas kepada para Detox Trainer yang membantu saya mengemudi projek ini. 

Tahniah juga kepada 17 orang para pemenang yang berjaya komited sepanjang program dijalankan: 

ibu menyusu kurus selepas bersalin berpantang
Kurus Selepas Bersalin 3 Orang Anak


1. Azura Abdul - The BIGGEST WEIGHT LOSER (turun 7.9 kg) 
2. Nurul Hidayah - The BIGGEST INCH LOSER (mengecil antara 25 inci seluruh badan) 
3. Bazilah - DETOX INFLUENCERS (konsisten sharing menu & detox program di social media) 
4. Aeinna Musa - Saguhati 
5. Atul Hamid - Saguhati 
6. Hanani - Saguhati 
7. Arbaeiyah - Saguhati 
8. Ghazidi - Saguhati 
9. Nasihah - Saguhati 
10. Nur Susi - Saguhati 
11. Awin - Saguhati 
12. Siti - Saguhati 
13. Rashidah - Saguhati 
14. CikSue- Saguhati 
15. Zara - Saguhati 
16. Nasihah - Saguhati 
17. Nusaibah - Saguhati 


Jika anda sebagai ibu yang telah melahirkan atau sedang menyusu badan dan serius nak turunkan berat badan, jemput dengarkan perkongsian ringkas daripada mereka yang berpengalaman di dalam video ini: LIVE jam 3.30 petang 14 Julai 2021(Rabu). Testimoni-testimoni bergambar para peserta juga akan ditayangkan. 

Tonton  Youtube Live

Tonton Facebook Live:  


Cadangan produk Kurus Ibu Selepas Bersalin


Haa, dah tengok sendiri bagaimana ena dan team berjaya menurunkan berat badan walaupun raami antara kami merupakan ibu yang dah banyak kali bersalin tadi dan juga ibu yang sedang menyusukan anak. Sekarang ena nak kongsikan pula cadangan produk atau set kurus khas buat ibu yang menyusu badan.


Berikut adalah 4 jenis pekej yang terdapat dalam Set Kurus Ibu Menyusu


Set Ibu Menyusu nak kuruskan badan Selepas bersalin
Set Kurus Ibu Menyusu Premium


Set Kurus Selepas Bersalin (Premium)

  1. Vivix
  2. ESP
  3. Omega Guard
  4. Alfalfa Complex
  5. Cinch Tea Mix

Harga Ahli RM 769 

  • Percuma Keahlian Shaklee
  • Free postage 
  • Jumlah Penjimatan RM236

Harga Retail RM 960


Set Kurus Shaklee ibu selepas bersalin
Set Kurus Ibu Menyusu Optimum

Set Kurus Selepas Bersalin (Optimum)


  1. ESP
  2. Omega Guard
  3. Alfalfa Complex
  4. Cinch Tea Mix

Harga Ahli RM 389

  • Percuma Keahlian Shaklee
  • Free postage 
  • Jumlah Penjimatan RM141

Harga Retail RM 485

Set Kurus Shaklee ibu selepas bersalin dan menyusu badan
Set Kurus Ibu Menyusu Popular

Set Kurus Selepas Bersalin (Popular)


  1. ESP
  2. Omega Guard
  3. Alfalfa Complex
Harga Ahli RM 389
  • Jumlah Penjimatan RM 70

Harga Retail RM 485





set kurus shaklee bajet untuk iobu menyusu
Set Kurus Ibu Menyusu Basic


Set Kurus Selepas Bersalin (Basic)


Basic A

  1. ESP
  2. Omega Guard
Harga Ahli RM 248
  • Jumlah Penjimatan RM 70

Harga Retail RM 307

 

Basic B

  1. ESP
  2. Alfalfa Complex
Harga Ahli RM 185
  • Jumlah Penjimatan RM 70

Harga Retail RM 228


Basic C

  1. Omega Guard
  2. Alfalfa Complex

Harga Retail RM 213
Harga Ahli RM 165

  • Jumlah Penjimatan RM 70


Jemput Baca Manfaat setiap produk dalam Set Kurus

Jangan lupa hubungi ena untuk ena guide cara makan set kurus shaklee untuk ibu menyusu yang nak turunkan berat badan.

Kenapa anda perlukan Set Kurus Ibu Menyusu Shaklee ini?

  • Set Kurus ini dah terbukti selamat dan berkesan
  • Sesuai untuk ibu menyusu badan selepas bersalin Ceaser atau Czer
  • Sesuai untuk ibu menyusu badan selepas bersalin normal
  • Tidak memudharatkan bayi yang disusukan
  • Tidak mengurangkan qualiti dan quantiti susu badan malah memeriahkan lagi susu badan.
  • Harga berpatutan dan tahan untuk penggunaan lama (1-2 bulan) 
  • Bayi cepat kenyang. 


Berita Baik!


Ena nak berikan discount sehingga 20% kepada anda dan anda berpeluang menikmati cash rebate bulanan sepanjang hayat!


Claim diskaun!




pengedar shaklee putrajaya bangi dan kajang vitamin aeinna musa Shaklee harga ahli


Nak Set Kurus Ibu Menyusu!


Terima kasih kerana membaca Pengalaman Kurus Selepas Bersalin dengan Set Menyusu Shaklee  | Aeinna Musa. Baarokallahufiikum.






Continue Reading

Wednesday, 4 August 2021

Set Kurus Selepas Bersalin Ceaser/Czer atau Normal | Aeinna Musa


Set Kurus Selepas Bersalin Ceaser/Czer atau Normal | Aeinna Musa. Bismillahi MasyaAllah. Assalamualaikum . Pada entry kali ni ena kongsikan pada ibu-ibu semua Set Kurus Shaklee khas buat ibu-ibu selepas bersalin atau melahirkan samada ada secara ceaser/czer atau pon normal. Belom terlambat ena nak ucapkan tahniah pada kalian yang telah dikurniakan zuriat permata dunia akhirat waris kita yang soleh solehah kesemuanya insyaAllah. Syukur selalu.


Kami sediakan 5 jenis set kurus khas buat ibu-ibu yang baru atau sudah lama melahirkan anak. Kesemua set kurus ni di buat berdasarkan bajet dan kalau tanya ena set mana yang paling berkesan tentulah set premium, diikuti set optimum kemudian set popular dan terakhir set basic (paling bajet). 

Setiap produk dalam set memainkan peranan yang tertentu untuk memastikan 

Manfaat Set kurus untuk ibu-ibu baru lepas bersalin:

Jom kita lihat bagaimana setiap produk kami membantu ibu-ibu selepas bersalin kurus semula.


Vivix

Vivix adalah minuman dari campuran botani semula jadi yang mengandungi sumber polifenol yang paling tinggi di dunia. Sifat antioksidan vivix telah dibuktikn dalam kajian makmal, dapat mengaktifkan pertahanan sel badan dan melindungi daripada kerosakan sel. 

Kajian menunjukkan bahawa makanan yang tinggi polifenol membantu menurunkan berat badan. Pada tahun 2011, keputusan daripada satu kajian mendapati polifenol bertindakbalas dengan enzim di dalam usus untuk menyokong proses mennurunkan berat badan terutama nya apabila digabungkan bersama diet  rendah probiotik.

Selalunya obesiti atau kegemukkan dikaitkan dengan lemak berlebihan dalam badan. Kalau nak tahu, kandungan polifenol dalam diet juga membantu meningkatkan lipid metabolisma seterusnya menggalakkan penurunan berat badan yang sihat dan ideal. 



Vivix Shaklee Aeinna Musa Pengedar Shaklee Putrajaya
Vivix Shaklee

Manfaat Vivix


  • Membantu meningkatkan tenaga dalam badan
  • Membantu mengawal gula dalam darah
  • Membantu melindungi sel badan
  • Membantu mengawal berat badan
  • Menyokong kesihatan minda
  • Meningkatkan sistem imun badan
  • Menyokong kesihatan jantung
  • Menyokong kesihatan sendi
  • Melambatkan proses penuaan




Kajian terkini pada tahun 2017 menunjukkan bahawa diet kaya polifenol dalam jangka masa yang panjang menyumbang kepada penurunan berat badan, serta sekaligus dapat memberikan perlindungan dari beberapa penyakit kronik. Jom kita amalkan diet polifenol untuk turunkan berat badan yang ideal dan sihat, dapat bonus badan sihat dan terhindar dari penyakit kronik. 

Vivix ni produk paling premium dalam shaklee kerana ia mampu bertindak dari peringkat DNA sel. DNA sel ni kira macam otak kepada sel, yang memberi arahan dan mengawal aktiviti sel. Jadi buat mereka yang sedang diet untuk kurus dengan sihat, sila lah consider vivix sebagai produk utama untuk membantu anda mencapai berat badan impian!



ESP


Badan tak dapat membakar atau menukarkan lemak kepada tenaga dengan berkesan tanpa karbohidrat atau protein. Mereka yang mengamalkan diet rendah protein berisiko kehilangan jisim otot akibatnya, badan kurus menggelebeh dan tidak cantik serta tidak  bertenaga!


Protein mengaktifkan isyarat (signal) dalam tubuh  yang mengurangkan selera makan dan mengurangkan keinginan makan berlebihan seterunya membuatkan kita rasa kenyang lebih lama . Seacara saintifik, ini berlaku kerana penurunan ghrelin hormon kelaparan dan kenaikan peptida, GLP-1, cholecystokinin dan YY - hormon kenyang. MasyaAllah taabarokallah.


Lebih-lebih lagi pengambilan protein semasa sarapan dapat membantu anda mengurangkan lemak perut. Protein dari sumber makanan didapati berkadar tidak langsung dengan lemak perut. Ini bermakna semakin banyak makanan berprotein yang anda makan, semakin rendah lemak perut anda. Kajian mendapati bahawa makan protein untuk sarapan dapat membantu menurunkan berat badan, terutama pada mereka berat badan yang berlebihan atau obesiti.


ESP atau Energizing Soy Protein adalah protein terbaik berasaskan tumbuhan iaitu soya.



ESP ENERGIZING SOY PROTEIN Shaklee Aeinna Musa Pengedar Shaklee Putrajaya
ESP Shaklee


Manfaat Energizing Soy Protein ESP Shaklee


  • Memberi tenaga berterusan
  • Membantu menurunkan berat badan berlebihan
  • Memberikan rasa kenyang lebih lama
  • Menguatkan otot rahim dan mengelakkan keguguran
  • Membantu mengatasi gastrik angin
  • Meningkatkan penghasilan susu untuk ibu menyusu
  • Menguatkan pertumbuhan bayi dalam rahim
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Menghaluskan dan mencerahkan kulit 
  • Mencantikkan rambut dan kuku

Alfalfa

Daun Alfalfa sangat berkhasiat dan mempunyai banyak vitamin, mineral, klorofil dan enzim yang diperlukan untuk pencernaan. Alfalfa juga menggalakkan penghasilan susu badan jadi ibu-ibu selepas bersalin jangan risau untuk amalkan alfalfa untuk tujuan menurunkan berat badan. 

Nilai nutriennya yang tinggi menjadikan alfalfa berguna dalam meningkatkan kesihatan tubuh selepas pembedahan atau sakit. Alfalfa juga sangat membantu kesihatan usus di mana mereka yang mengamalkan alfalfa sangat lawas dan tidak mengalami masalah sembelit. Ini membantu proses penurunan berat badan. 

Alfalfa juga bersifat alkali di mana sangat penting untuk meneutralkan badan kita yang sentiasa berasid. Selain itu, Alfalfa membantu membersih dan membuang segala toksin (detok) dalam hati  dan badan. Jika badan ibu-ibu jenis berangin, alfalfa membantu menghilangkan perut kembung dan gas berlebihan dalam badan. Bagus sangat kan!



Alfalfa Complex Shaklee Aeinna Musa Pengedar Shaklee Putrajaya
Alfalfa complex Shaklee

Manfaat Alfalfa Complex Shaklee


  1. Membantu mengurangkan berat badan
  2. Membantu membuang angin dalam badan
  3. Mengawal gula dalam darah
  4. Membantu mengurangkan masalah bau badan
  5. Membantu menurunkan kadar kolesterol yang tingii
  6. Menggalakkan penghasilan susu badan bagi ibu menyusu
  7. Mengurangkan simptom menopause
  8. Membantu pengecutan rahim
  9. Membantu mengurangkan gatal-gatal pada kulit
  10. Membantu masalah keputihan dan kegatalan pada faraj

Cinch Tea Mix

Gabungan teh hijau, putih dan merah yang eksklusif, serta taurin, secara semula jadi meningkatkan tenaga anda dan meningkatkan metabolisme badan ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan.  Selalu nya ramai  ibu-ibu mengalami perubahan dari segi metabolisme yang makin rendah selepas bersalin mengakibatkan berat badan sukar turun.

Jadi, ena sangat rekemen anda untuk consider ambil Cinch Tea Mix sebagai produk yang membantu anda membakar kalori badan dengan cepat dan berkesan.



Cinch Tea Mix Shaklee Aeinna Musa Pengedar Shaklee Putrajaya
Cinch Tea Mix Shaklee 



Manfaat Cinch Tea Mix Shaklee 


  1. Membantu proses penurunan berat badan
  2. Membantu membakar lemak berlebihan
  3. Mengandungi polifenol yang menghalang sel badan rosak daripada radikal bebas
  4. Membantu proses detok
  5. Membantu membakar kalori dengan lebih cepat ketika bersenam
  6. Membantu memberi tenaga dan kecergasan berpanjangan
  7. Membantu meningkatkan metabolisme
  8. Mengandungi antioksidan yang tinggi


Pilihan Pekej dan Set Kurus Berdasarkan Keperluan dan Bajet




Set Kurus Selepas berpantang shaklee putrajaya aeinna musa
Set Kurus Selepas Bersalin Premium


Set Kurus Selepas Bersalin (Premium)

  1. Vivix
  2. ESP
  3. Omega Guard
  4. Alfalfa Complex
  5. Cinch Tea Mix

Harga Ahli RM 769 
  • Percuma Keahlian Shaklee
  • Free postage 
  • Jumlah Penjimatan RM236

Harga Retail RM 960





Set kurus selepas melahirkan shaklee putrajaya aeinna musa
Set Kurus Selepas Bersalin Optimum



Set Kurus Selepas Bersalin (Optimum)


  1. ESP
  2. Omega Guard
  3. Alfalfa Complex
  4. Cinch Tea Mix

Harga Ahli RM 389

  • Percuma Keahlian Shaklee
  • Free postage 
  • Jumlah Penjimatan RM141

Harga Retail RM 485




set kurus selepas bersalin shaklee popular dan murah shaklee putrajaya aeinna musa
Set Kurus Selepas Bersalin Popular

Set Kurus Selepas Bersalin (Popular)


  1. ESP
  2. Omega Guard
  3. Alfalfa Complex
Harga Ahli RM 389
  • Jumlah Penjimatan RM 70

Harga Retail RM 485




Set Kurus Selepas bersalin Shaklee bajet dan murah aeinna musa shaklee putyrajaya
Set Kurus Selepas Bersalin Basic

Set Kurus Selepas Bersalin (Basic)


Basic A

  1. ESP
  2. Omega Guard
Harga Ahli RM 248
  • Jumlah Penjimatan RM 70

Harga Retail RM 307

 

Basic B

  1. ESP
  2. Alfalfa Complex
Harga Ahli RM 185
  • Jumlah Penjimatan RM 70

Harga Retail RM 228


Basic C

  1. Omega Guard
  2. Alfalfa Complex

Harga Retail RM 213
Harga Ahli RM 165

  • Jumlah Penjimatan RM 70


TESTIMONI SET KURUS SELEPAS BERSALIN SHAKLEE



SET KURUS SELEPAS BERSALIN AEINNA MUSA PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA
Aeinna Musa, saya sendiri kurus selepas bersalin dengan Set Kurus Selepas Bersalin Shaklee yang berkesan dan selamat 



Atul Hamid kurus selepas bersalin shaklee. shaklee putrajaya
Atul Hamid Kurus dengan Set Kurus Shaklee yang berkesan untuk golongan ibu



Azura Abdullah PCOS fighter kurus selepas bersalin shaklee. shaklee putrajaya
Azura Abdullah, ahli shaklee di bawah naungan ena sendiri juga kurus dengan Set Kurus Shaklee yang berkesan






Berita Baik!


Ena nak berikan discount sehingga 20% kepada anda dan anda berpeluang menikmati cash rebate bulanan sepanjang hayat!


Claim diskaun!




pengedar shaklee putrajaya bangi dan kajang vitamin aeinna musa Shaklee harga ahli


Nak Set Kurus Selepas Bersalin!


Terima kasih kerana membaca Set Kurus Selepas Bersalin Ceaser/Czer atau Normal | Aeinna Musa. Baarokallahufiikum.



Continue Reading

Wednesday, 28 July 2021

Aktiviti Menarik dan Mudah Bersama Keluarga Semasa PKP | Aeinna Musa

 

aktiviti bersama keluarga semasa pkp | aeinna musa
Semua ibu nakkan yang terbaik buat anak-anak dari segi kesihatan fizikal mahupon mental anak-anak.




Aktiviti Bersama Keluarga Semasa PKP | Aeinna Musa. Bismillahi MasyaALLAH, assalamualaikum semua, harini ena nak kongsikan salah satu aktiviti kami sekeluarga di rumah yang menyeronokkan semasa tempoh lockdown disebabkan covid19.


Penting untuk kita sebagai ibu bapa untuk plan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan bersama anak-anak kerana ia melibatkan emosi dan kesihatan mental bukan sahaja anak-anak tapi kedua ibu bapa juga. yela, kalau anak meragam atau tantrum, kita mak-mak ni yang menyinga pula nanti kan hehe.

Aktiviti kali ni, suami ena yang plan untuk buat coklat badam rangup bersama anak-anak di rumah. Bila tahu papa nak buat kuih raya, apa lagi menjerit sambil melompat lah anak-anak semua. Kita yang tengok ni rasa bahagia. Dorang suka sangat main masak-masak. apa lagi masak real pulak tu, lagi lah tak sabar.

ok jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan untuk buat biskut badam coklat rangup krup krap ni.

Bahan-bahan:

4 cawan Almond Nib atau badam cincang
2 cawan Beryl's coin Milk chocolate
Paper cup


Cara memasak:
1- Sangai badam cincang dalam kuali/pan dengan api perlahan sehingga sedikit kekuningan
2- Cairkan coklat dengan teknik double boiled.
3- Masukkan almond atau badam cincang dalam coklat yang mencair dan gaulkan.
4. Sementara adunan masih panas, dengan menggunakan sudu cepat-cepat masukkan coklat badam kedalam papercup yang telah di susun di atas dulang
5. Tabur badam cincang (almond nib) sebagai topping (tak nak buat pon takpe)
5. Sejukkan di dalam peti ais
6- Sedia untuk dinikmati

Selamat mencuba!


Jom layan gambar- gambar semasa kejadian hehe. Anak-anak seronok sangat sampai kami repeat 3 kali buat ni. Kelebihan buat aktiviti bersama-sama anak di rumah semasa pendemik covid19 ni, kita dapat mnegeratkan hubungan kekeluargaan dan paling penting dapat kurangkan stress semasa PKP.




resepi coklat badam rangup viral
Anak-anak ditemani papa nya menuang badam coklat ke dalam papercut. Comot tapi seronok!

coklat badam viral
Almond coklat yang dah siap disejukkan

aktiviti semasa PKP
Pack kan kecil-kecil, kasi pada jiran.


resepi mudah 2 bahan almond crunchy viral
Kaya dengan almond nib. sedap ya amat!

Sebelum Malaysia kene total lockdown May 2021 haritu, sempat lah ena bawa anak jalan-jalan sekitar rumah. Air pancut ni di Alamanda Putrajaya, naik kereta 1 minit tapi kalau jalan kaki dengan anak-anak, 10 minit juga lah dari rumah. Bukan main seronok anak-anak dapat lihat suasana luar rumah. 


aktiviti menarik semasa pkp pendemik covid19
Berjalan di musim PKP kene pakai mask sepanjang masa.

Memang aktiviti dalam rumah menarik untuk anak-anak tapi percayalah jika dapat keluar beraktiviti luar rumah contoh melancong atau staycation, itu lebih baik untuk anak-anak kita. Bagi mereka yang berada sekitar Lembah Klang, boleh lah consider staycation KL, sangat berbaloi, lebih dekat dan jimat masa. Kalau ikutkan tempat yang ena dan family nak sangat pergi sekarang adalah hotel in Langkawi. Anak-anak suka sangat bermalam di hotel. Dulu, kalau dapat tahu boleh ikut papa outstation, tidur pon senyum dorang ni.




Walaupun sekarang kita masih terkurung duduk di rumah dek kerana pandemik covid19, bersabar lah ye. Plan dan buat lah pelbagai aktiviti menarik supaya anak-anak tidak bosan dan ceria selalu. Contoh aktiviti yang kita boleh buat sama-sama seisi keluarga, memasak, buat origami, berkebun di kawasan rumah, sukaneka mudah, hias rumah, kemas, bersihkan rumah serta beribadah solat dan zikir sama-sama. Selain dapat eratkan hubungan kekeluargaan bertambah rapat, dapat pahala dan mengundang rahmat Allah turun mencurah-curah dalam keluarga kita. insyaALLAH, aameen ya Robbal alamin.



Terima kasih kerana sudi membaca Aktiviti Bersama Keluarga Semasa PKP | Aeinna Musa. Moga bermanfaat. Baarokallahufiikum.





Continue Reading