Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Sunday, 15 September 2019

Tips Sihat Ketika Balik Kampung !

Tips Sihat Ketika Balik Kampung | Alhamdulillah sampai kampung Ma Abah di Kelate- menyantuni adik beradik  Ma Abah belah Bangi dan sepupu -sepupu serta saudara  mara kami. Nenek & atuk dah lama kembali ke rahmatullah , kekna sendiri tak sempat jumpa.  Allahummaghfirlahum.






Satu soalan yang Kaklong Humaira dan Kak Ngah Safiyya duk tanya selang sejam semalam, “ Mama Papa, bila nak sampai”. Drama Triple Ecah, 2-3 kali jugaklah sebelum sampai ke destinasi hehe


Akhirnya lepas 11jam perjalanan, pukul 12 malam, sampai juga kami di kampung.






2 isu yang biasa orang dewasa dan kanak-kanak alami bila travel/ balik kampung.


1- Sembelit

2- Demam/ selesema


Cara nak atasi isu ini :


1- Minum air secukupnnya . Cara nak tahu kuantiti air yang cukup dengan badan kita ( berat badan terkini bahagi 25). 


2- Jangan skip ambil sayur  setiap kali makan dan kuantiti sayur mesti separuh pinggan! 


Pagi tadi kekna makan nasi dagang. Sayur nya seketul timun sebesar ibu jari je. Alahai memang tak cukup  dan tak seimbang kan lah diet. Sedap tu memang sedap lah😋. So kekna amek #multivitamin untuk topup nutrisi yang ‘lompong’ dalam sel badan.






3- Ambil buah buahan. Beli buah buahan yang tak perlu potong guna pisau kalau travel dan stay di hotel. Contoh limau, epal, jambu, pisang, berries, avocado dan manggis. Kalau stay di homestay boleh lah beli tembikai. 


As for me, selain buah buahan kekna akan ambil #Vitamin C juga. Anak-anak ambil Chewable Vita C.







4- Pakaikan topi pada anak-anak atau payung. Jangan terdedah pada matahari (direct sunlight) terlalu lama ketika berada di luar. Ni untuk elak badan kita mudah dehydrated ( hilang air) seterusnya terjadi sembelit atau demam.


Ok lah, Ma suruh bersiap ni -nak pergi ziarah umah Ayoh Ziz, abang kepada Ma.  Doble  Ecah seronok tak sabar nak jumpa Tok Ayah.



Aeinna Musa

Teruja setiap kali balik kampung💝

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.