Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Monday, 13 May 2019

Resepi Kerabu Ulam Raja Bersantan




Harini Ramadhan ke 8. Alhamdulillah so far berbuka tak makan nasi langsung kami. Sahur je cari nasi. Tetap cari oi, perut melayu kan hehe. Jadi setiap hari memang pening memikir nak masak apa untuk berbuka. Lauk pauk masak juga tapi kami makan dengan mee/mihun. Lauk ni masak sekali lah kira untuk sahur esok juga 😁

Teringat kat peti ais ada ulam raja banyak, harvest kat aeon Alamanda Putrajaya semalam. Hehe. So harini kita berkerabu yuk!


RESEPI KERABU ULAM RAJA BERSANTAN

Bahan A
1 ikat daun ulam raja [digiris]
1 cawan taugeh [dibuang akar]
1 labu bawang besar [dihiris]
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
3 sudu besar jus limau
1 sudu kecil gula

Bahan B  
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 cili merah
5 tangkai ciliapi
2 sudu besar udang kering
sedikit belacan [jika suka]
garam

Cara Membuat
1. Mesinkan semua bahan B sehingga separuh hancur.
2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
3. Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus limau..
4. Rasakan masin & masam kerabu ini.
5. Hidangkan bersama nasi putih.

Kredit to Cik Puan Mayang Sari.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.