Follow Us @aeinnamusa

follow my instagram

Total Pageviews

Wednesday, 6 November 2019

3 Tips Untuk Pastikan Anak Happy Sebelum Pergi Sekolah

09:13 0 Comments
3 Tips Untuk Pastikan Anak Happy Sebelum Pergi Sekolah | Morning korangggg

Mood bahagia dan terlebih kasih sayang harini😂hehe  Alhamdulillah 

Tadi dalam kereta on the way ke school Alhamdulillah mood kaklong happy. Terlebih oxytocin barangkali😄

Ini yang kekna buat:

1- Sebelum kejut anak tidur,  minta dengan Allah supaya bagi anak rasa seronok bangun pagi. 

Liat juga dia nak bangun mula-mula, tapi lepas tu boleh mandi tak nangis dan pakai baju sendiri. 

2- Dalam kereta pasang youtube bacaan asma ul husna dan sebut sama-sama  dengan Kaklong. Serius ceria sangat kami dua-dua tadi. 

Part ni best amat. Power kesan asma ul husna ni. Korang boleh google je kalau nak tahu,salah satu nye melembutkan hati. InsyaAllah nAk buat hari-hari mulai harini💪

3- Sampai sekolah, jemput anak keluar dari kereta (buka kan pintu dari luar) , cium tangan dia cium pipi cium dahi ( cium 5 tempat di muka) . Anak pon buat yang sama kat kita. Lepas tu hugs 5 minit sambil doakan (pastikan anak dengar doa tu) dan puji attitude (bukan puji fizikal dia tapi attitude). Puji je dulu walaupun dia belom buat lagi (yang baik).

Antara doa kekna tadi : Ya Allah jagakan anak solehahku ini, aku serahkan anakku di bawah jagaan Mu setiap masa.

Lepas tu kan Kaklong kata: ‘Mama, Allah kan ada selalu dengan kita semua,mama jangan risau’ ( sambil dia senyum buat hati kekna keluar bunga-bunga sakura😁





Aeinna Musa
Sentiasa Belajar Nak Jadi Ibu Terbaik di Mata Anak-Anak.

Saturday, 19 October 2019

Kulit Makin Sihat dan Cantik dengan Susu Tanpa Collagen - Glowee Oat Shalicious

02:07 0 Comments



Kulit Makin Sihat dan Cantik dengan Susu Tanpa Collagen - Glowee Oat Shalicious | Assalamualaikum. Entry kali ini Ena akan review satu produk berasaskan oat tanpa kolagen keluaran Shalicious Empire Sdn Bhd.


Tentang Produk


Glowee Oat adalah suplimen susu berperisa vanilla yang dihasilkn dari 4 bahan semulajadi yang utama dan berkhasiat tinggi khasiat iaitu Ekstrak Madu, Zaitun, Delima dan Oat. 

Packaging Susu Glowee Oat  ni sangat mudah di bawa ke mana-mana kerana ia dalam bentuk sachet. Sangat sesuai dijadikan sarapan mahupun minum petang serta mudah untuk dibawa ketika travel atau ke tempa kerja. Setiap kotak mengandungi 20sachet  x 20gram sachet susu oat. 


Glowee Oat ni sesuai untuk semua peringkat umur tak kira lelaki atau perempuan. 


Kandungan utama Susu Glowee Oat

Kandungan bahan semulajadi dalam Glowee Oat






 

Fungsi Produk

Glowee Oat ini sangat tinggi protein dan protein merupakan keperluan asas sel badan manusia. Ia sangat penting dalam penghasilan tenaga dalam badan, membaiki sel, mencantikkan kulit (menggalakkan pembentukkan kolagen secara semulajadi) dan banyak lagi. Berikut adalah kelebihan produk susu oat keluaran Shalicious Empire:


• Kenyang lebih lama
• Memelihara kesihatan jantung
• Menghaluskan kulit yang kasar
• Membantu mengurangkan berat badan
• Membantu menstabilkan kadar gula darah di dalam tubuh
• Membantu merawat masalah jerawat, jeragat dan kulit kusam
• Kaya dengan Kalsium, Protein, Magnesium, Zat Besi dan Vitamin E
• Membantu mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan
• Memberikan anda tenaga dan khasiat yang badan perlukan
• Melembap, mencerah, melicin dan menganjalkan kulit
• Merawat masalah kulit & gastrik
• Meningkatkan antibodi badan
• Tiada kandungan Kolagen


Feedback Pelanggan 

Add caption





Shalicious Empire Founder









Nama dan Alamat HQ , Syarikat Pengeluar Glowee Oat


Shalicious Empire Sdn Bhd

HQ Wisma Shalicious,
Lot 2124, Kg Dalam Kota,
16250 Wakaf Bharu, Kelantan.

COD Area


Kota Bharu, Kelantan.


Cara Pembelian




SELEPAS PAYMENT BOLEH SERTAKAN SLIP/RESIT AND BAGI DETAILS
NAMA:
ALAMAT:
ITEMS ORDER:
NUMBER’S PHONE:


Follow di Media Social




  • Facebook

https://www.facebook.com/ShaliciousEmpire/


  •  Instagram

https://instagram.com/shalicioushq?igshid=tlkurbgbppkn



  • Website


www.shalicious.com.my



  • No Telefon (klik untuk wassap)

+60 11-5666 4642





THANK YOU




Sunday, 22 September 2019

Teringin Nak Terbang Bersama Singapore Airlines !

12:57 0 Comments

Teringin Nak Terbang Bersama Singapore Airlines | Assalamualaikum. hai semua. Korang pernah tak pergi ke europe? Kalau tak pernah apa kata korang set satu masa, kumpul duit siap-siap then plan pergi ke Europe satu hari nanti. Sebabnya dengan pengalaman korang nanti, kekna gerenti korang akan berpuas hati. Memang ramai cakap kalau nak pergi belah sana duit kena banyak tapi segalanya possible kalau kita pandai menyimpan dan pandai plan dari segi setting bajet serendah yang mungkin.

Yang penting niat dulu, set target dan insyaaAllah korang akan sampai ke sana suatu hari nanti.
Apa yang korang tau pasal Airline kebanggaan negara jiran kita? Singapore Airlines ni antara airlines yang besar untuk seluruh Asia Tenggara. Diorang based dekat Changi International Airport, dan boleh terbang ke lebih kurang 62 destinasi seluruh dunia. Wow kan!

Dalam flight ni ada economy class, premium economy, business, first class dan suites. Ikut korang lah nak naik yang mana-mana sebab based kepada bajet korang jugak kan. Kalau nak yang paling murah pilihlah economy class. Makanan pun ada disediakan kalau flight jauh. Untuk yang lain-lain, lebih selesa dan ada makanan yang special. Tapi kalau economy pun okay sebab takdelah jauh mana dari KLIA ke Singapore kan.


So untuk dapatkan Singapore Airlines promo yang murah korang kena pergi kat web Traveloka. Dekat Traveloka korang boleh buat online booking, korang kena bukak Traveloka web atau apps, search dulu logo Emirates, then isikan detail macam destinasi yang korang nak pergi contohnya London, cari tarikh yang korang plan, preferably bukan musim cuti sekolah atau perayaan. Lepas tu click search flight, dank orang akan nampak list of flights yang ada pada tarikh yang korang pilih tu. Korang pilih yang mana satu korang nak, isi detail passengers, lepas tu buat payment. Ada banyak cara nak buat payment tapi yang senang online banking atau kad kredit. Kalau semuanya okay korang akan dapat e-ticket kat dalam account Traveloka korang atau email. Simpan elok-elok dan jangan hilangkan tau. Sebab e-ticket nilah proof masa korang nak check in kat airport nanti.


Once korang dah dapat cari best flight to London nanti korang boleh google pasal London. So disebabkan itu aku share sikit apa yang korang boleh buat kat sana. Terfikir-fikir aktiviti unik yang menarik untuk dibuat semasa berada di kota London? Apa kata kalau korang sekeluarga pergi menonton filem di atas bumbung bangunan yang berlatar belakangkan view pencakar-pencakar langit di sekitar London? Rooftop Film Club ditubuhkan untuk memberikan pengalaman luar biasa di mana wayang bersatu dengan view dan udara segara di luar. Siapa kata nak tengok wayang mesti duduk dalam tempat tertutup? Bukan itu sahaja, kerusi yang disediakan juga sangat comfy dengan sesetengah tempat lengkap dengan headphone berkualiti tinggi untuk korang mendengar dialog tanpa sebarang gangguan bunyi. Pernah jumpa aktiviti macam ni di Malaysia?


Korang mungkin pernah dengar tentang muzium patung lilin manusia yang realistik ni di mana-mana bandar besar di dunia, tapi kalau korang nak tahu Madame Tussauds London adalah muzium original patung lilin ni. Ianya mula diwujudkan pada tahun 1836 di Baker Street London. Walaupun harga tiketnya bukanlah murah, tapi korang sekeluarga dapat mendekati ramai selebriti dan orang-orang besar di dunia untuk bergambar dengan mereka walaupun sekadar patung. Sangat real! Kat sini terdapat lebih daripada 250 buah nama besar untuk korang ‘temui’ dan bergambar bersama. Antara tarikan menarik yang ada kat sini adalah patung lilin Prince Harry dan Meghan, yang menariknya, korang boleh memilih latar belakang di mana korang ingin ‘menemui’ mereka, sama ada di pantai, semasa wedding dan banyak lagi. Seronok kan kalau dapat pergi bercuti kat London lebih-lebih lagi dapat experience best kat dalam Singapore Airlines. Dah la dapat harga yang murah melalui Traveloka.


Kekna yakin korang takkan menyesal nanti. Apa-apa pun selamat terbang ke London bersama Singapore Airlines!



Dah lama kami tak bercuti satu family. Jom booking tiket di Traveloka!


With love,
-Kekna-


Sunday, 15 September 2019

3 Amalan Pahalanya Sampai Pada Si Mati

18:01 0 Comments



Setiap kali pakai tudung ni teringat dan rindu benar pada adik susuan kekna arwah Enda. Setiap lepas solat teringat kat arwah. Nak tidur malam pon teringat.

Allahummaghfirlaha war hamha.

Siapa yang kenal kami, memang rapat sangat kami ni . Masa kat asrama dulu, Enda datang bilik kekna setiap malam untuk tidur sama-sama. Bayangkan katil single tu kami tidur berdua selama beberapa tahun😂 

Mari sama-sama, kita sedekahkan Al Fatihah untuk arwah.🤲

Kekna kongsikan sini beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh kita yang masih hidup untuk disampaikan pada si mati. Semoga terampun dosa dan bertambah pahala walaupun mereka telah pon meninggal kan dunia.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 

======
#1: "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti: 
======

1- Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. 

2- Mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.

3- Mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya. 

4- Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum. 

5- Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya. 

6- Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya. 

Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w. 

Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati . 

=====
#2 : "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain
=====

Yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya. 

Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati . 

======
#3: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya" 
======

Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya. 

Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. 

Kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu. 

Kematian adalah tazkirah paling hebat. Paling menginsafkan. Jom lah kumpul sebanyak pahala kebaikkan untuk disampaikan pada saudara mara dan sahabat kita yang dah berpindah alam dan juga sebagai bekalan untuk diri sendiri.

Aeinna Musa
Bakal Jenazah😌





Tips Sihat Ketika Balik Kampung !

09:56 0 Comments

Tips Sihat Ketika Balik Kampung | Alhamdulillah sampai kampung Ma Abah di Kelate- menyantuni adik beradik  Ma Abah belah Bangi dan sepupu -sepupu serta saudara  mara kami. Nenek & atuk dah lama kembali ke rahmatullah , kekna sendiri tak sempat jumpa.  Allahummaghfirlahum.






Satu soalan yang Kaklong Humaira dan Kak Ngah Safiyya duk tanya selang sejam semalam, “ Mama Papa, bila nak sampai”. Drama Triple Ecah, 2-3 kali jugaklah sebelum sampai ke destinasi hehe


Akhirnya lepas 11jam perjalanan, pukul 12 malam, sampai juga kami di kampung.






2 isu yang biasa orang dewasa dan kanak-kanak alami bila travel/ balik kampung.


1- Sembelit

2- Demam/ selesema


Cara nak atasi isu ini :


1- Minum air secukupnnya . Cara nak tahu kuantiti air yang cukup dengan badan kita ( berat badan terkini bahagi 25). 


2- Jangan skip ambil sayur  setiap kali makan dan kuantiti sayur mesti separuh pinggan! 


Pagi tadi kekna makan nasi dagang. Sayur nya seketul timun sebesar ibu jari je. Alahai memang tak cukup  dan tak seimbang kan lah diet. Sedap tu memang sedap lah😋. So kekna amek #multivitamin untuk topup nutrisi yang ‘lompong’ dalam sel badan.






3- Ambil buah buahan. Beli buah buahan yang tak perlu potong guna pisau kalau travel dan stay di hotel. Contoh limau, epal, jambu, pisang, berries, avocado dan manggis. Kalau stay di homestay boleh lah beli tembikai. 


As for me, selain buah buahan kekna akan ambil #Vitamin C juga. Anak-anak ambil Chewable Vita C.







4- Pakaikan topi pada anak-anak atau payung. Jangan terdedah pada matahari (direct sunlight) terlalu lama ketika berada di luar. Ni untuk elak badan kita mudah dehydrated ( hilang air) seterusnya terjadi sembelit atau demam.


Ok lah, Ma suruh bersiap ni -nak pergi ziarah umah Ayoh Ziz, abang kepada Ma.  Doble  Ecah seronok tak sabar nak jumpa Tok Ayah.



Aeinna Musa

Teruja setiap kali balik kampung💝

Monday, 26 August 2019

Peluang Join Kelas Bisnes Percuma

12:16 0 Comments
Sejak 2013 kekna banyak attend kelas bisnes. Secara online dan offline juga. Ada yang free dan banyak juga berbayar. 

Kalau kira total, kos yang dikeluarkan puluh ribu ringgit dah. Takpe, kekna rela dan redha sebab kekna faham PELABURAN pada ilmu takkan pernah rugi. Tak kira lah melabur masa, tenaga, emosi mahupun wang ringgit.

Dan ilmu2 dari guru-guru kekna ni lah dengan izin Allah membantu kekna jana sales purata 5 angka sebulan sejak 2013, hanya dari rumah. Dari bisnes emas, buku dan sekarang produk kesihatan&kecantikan shaklee semua nya secara online saje.

Sebenarnya dah lama mentor suruh buat ni, beliau minta kekna kongsi kan ilmu-ilmu ni. So harini dalam sejarah (hihi) kekna sahut cabaran, kekna nak share ilmu yang pernah kekna belajar sebelum ni secara PERCUMA saje.

InsyaAllah kelas start bulan 9, 2019.

FREE je ni lekaihh klik join ye. Nanti kalau mood baik, kita kene caj pada yang lambat join naa😝hehe

Ok korang tolong share kan pada kawan-kawan yang berniaga especially yang baru nak mula niaga ye. Kita sama-sama bantu.

Kita bantu orang,
Allah pasti bantu kita 🤲

Join group wassap sebelum kuota penuh. Dah penuh kuota ni, grup kedua dan seterusnya ada caj 😎 

#share




Wednesday, 21 August 2019

Tips Mudah Untuk Melakukan Perubahan

13:27 13 Comments
Tips Mudah Untuk Melakukan Perubahan | Assalamualaikum.





Do this minimum twice per day, our life will totally change!

Ramai yang bergelut dengan diri sendiri bila nak berubah buat sesuatu yang lebih baik. Bergelut dengan perasaan takut dan tak yakin.

Lebih pilu lagi ramai juga yang tak sedar, mereka sendiri yang setkan minda supaya menarik perkara yang mereka tak nak. Sound funny😐 tapi it really happen termasuk lah saya sendiri, seriously.





Ena belajar satu ilmu ni di mana kita boleh latih diri kita untuk menarik only the best things happen dalam life kita. Sound interesting🤩

Bare in mind, ia tak lah berlaku dalam sehari-  its a process. Kita perlu sanggup laburkan komitmen untuk konsisten BUAT.





Mudah sangat caranya adalah buat SELF-AFFIRMATIONS!

1) Ambil satu pen dan kertas

2) Tuliskan apa/siapa kita nak jadi ( contoh pada gambar)

3) Lepas dah siap tulis, bernafas secara  fitrah iaitu tarik nafas dalam-dalam (sambil kembungkan perut) dan hembus pelan-pelan (sambil kempiskan perut)

4) Bernafas secara fitrah meningkatkan fungsi otak dan hati kita lebih tenang, then baru boleh ke next step iaitu BACA list tu  setiap hari especially malam sebelum tidur  dan pagi sebelum subuh (atau selepas solat subuh). Sebaiknya baca depan cermin so setiap kata kata yang kita ucap akan terpantul pada diri sendiri.

5) Ulang setiap hari selama 7 hari. Kalau dah berjaya,extend lagi rutin ni sehingga 21 hari, kemudian 44 hari dan 90 hari.  InsyaAllah bila dah buat selama 90 hari, susah dah nak tinggal dan boleh hafal dah, tak perlu tengok list lagi.





Self- affirmation ni pengukuhan kepada diri sendiri. Ia juga akan aktifkan RAS iaitu recticular activating system dalam otak kita yang  yang berfungsi menyimpan memory yang pernah berlaku dan segala apa yang kita perfengar/pertontonkan (yang kita lihat, baca,fikir, bayangkan).

RAS ni kan dia tak boleh nak beza apa yang kita sebut/bayangkan tu adakah benar2 berlaku atau sebaliknya. Dia pakai tangkap muat semua sama, dia kira REAL hehe. So ini satu kelebihan yang kita tak sedar selama ni, now dah boleh FEEL dan VISUALIZE what ever we want to attract into urr life, consistently .FAKE it until it REAL. 





Ritual ni akan transfom kita to a new person bilamana minda kita slowly akan menarik apa yang kita sebutkan dan later on InsyaAllah InsyaAllah benar benar berlaku dalam kehidupan kita. Have faith!

Ena pon tengah cari semangat dan mohon doa supaya kita sama-sama faot konsisten buat self affirmation ni sampai lah day 90.





#share pada kelurga dan kawan-kawan yang kita sayang

Aeinna Musa
Nak Jadi Orang Paling Bahagia

Tuesday, 20 August 2019

Tips Dapur Untuk Mommy Anak Ramai

10:28 0 Comments
Tips Dapur Untuk Mommy Anak Ramai | Assalamualaikum,

Harini Ena nak kongsi #tipsDapur khas buat mak anak ramai (lebih 2 anak kira ramai lah kan hehe).

Ena faham sangat bila anak ramai, sorang tidur lagi tak tidur. Eh, memang jarang ya amat lah 3-3 anak tidur serentak kan.

So bagi mommy yang nak masuk dapur untuk masak, memang mencabar jugak lah sebab tak boleh  nak focus betul2. Kejap kat dapur kejap ke ruang tamu tengok anak kejap kat bilik menyusu baby.

Bahaya tau.

Bila banyak sangat bende nak buat,kita tak sedar berlaku  kecuaian, contohnya terrrr lupa ada on api masak sesuatu atas dapur. Sudahnya hangus rentung dah ayam goreng kita🤭






Tips nya, dapur mommies wajib ada  multicooker.

Kelebihan menggunakan multicooker:

1) Jimat masa banyak sangat
2)  Selamat dari kebakaran akibat terlupa tutup api 
3) Dapur pon bersih, yeay!!

Ada banyak jenis kat pasaran, pilih je yang sesuai dan ‘mesra poket’ korang. Ena just nak share ena guna beli multicooker brand Cuckoo model white 1010 –beli secara kutu , Rm95 sahaja sebulan😊





Memang sangat membantu kerja-kerja dapur. Menu yang ena pernah masak guna multicooker:

1) Rendang ayam
2) Nasi Ayam
3) Nasi putih
4) Nasi Daging
5) Ayam Bakar
6) Kuah Dalca
7) Kambing  Bakar
8 Sup ayam/daging
9) Panaskan/stim lauk sejuk
10) Baby Solid Food (bubur nasi , chicken bone broth etc)

11)kuih muih pon boleh tau tapi belom pernah buat lagi.😌

Pendek kata hampir semua jenis masakan boleh masak guna multicooker je. Mommies just on pastu tinggal. Kalau dah masak, automatik periuk ni off sendiri😊

#Share supaya sahabat korang supaya kita sama-sama lebih berhati-hati di dapur.

#AeinnaKongsiTips

Wednesday, 14 August 2019

Testimoni Shaklee Youth Skincare

18:24 0 Comments




Testimoni Shaklee Youth Skincare | Assalamualaikum, entry kali ini nak kongsikan testimoni youth skincare seorang yang Ena kenali iaitu nenek kepada anak susuan Ena sendiri (ibu kepada Nadiah Suhaidi).  Beliau berumur sekitar 50an.  Sejak 2017, kulit Ummi Nad start jadi macam gambar di sebelah kiri tu. Kulit Ummi Nad sebelum ni cerah dan tak bermasalah sangat.

Mungkin asbab makan ubat TB, dan kesan pemakaian skincare yang claim semulajadi tapi tak berapa semulajadi, dia jadi macam tu. Pakai skincare tu pula ada lah dalam 30 tahun. Memang setia dan konsisten sungguh Ummi Nad ni.

Birthday Ummi Nad tahun lepas, Nad hadiahkan Youth Skincare yang masa tu baru je dilancarkan.

Memang ambil masa skit bila pakai skincare yang totally semulajadi, bebas 1500 bahan kimia bahaya, dan ambil masa 8 tahun R&D ni.

Along the way tu, banyak juga cabaran. Nad kena beri motivasi pada Ummi Nad supaya terus konsisten dan believe in Youth Skincare. Almaklumlah skincare baru untuk Ummi selepas 30 years kan. 

Alhamdulillah now berbaloi dah semuanya. Molek dah kulit Ummi 🥰 

Slowly, but surely ❤️

Monday, 5 August 2019

Kisah Kaklong Tegur Mama

16:42 0 Comments


“Mama janganlah cakap perkataan sakit tu. Kalau nak sebut jugak sebut lah ‘dalam proses sihat’, “ kata Kak Long

“Opsss’,  sorry sayang,” mama say sorry

Haha, sebenarnya mama yang ajar kaklong cakap camtu, my superb positive mentor Iffah Anuar yang ajar 🤗

Nampaknya kaklong lebih positif lagi dari mama😂

Al kisahnya Sabtu lepas kaklong ‘dalam proses sihat’. Suam badannya, suhu 37.1 degree C. Terus mama tukar topi jadi doktor family- bagi chewable vita C selepas makan dan sebelum tidur malam , beri Kaklong minum antioksidan vivix.

Esoknya (semalam)  Alhamdulillah  suhu badan nya sekitar 36 macam tu tapi masih lagi kurang ceria. Chewable vita C on macam biasa. Bukan untuk dia je tapi kaka ngah mama dan papa skali ambil vita C😂

Papa bawa jalan g alamanda Putrajaya belanja dia makan feveret food dia, sushi- dengan  tujuan untuk happykan dia. Kami fikir bila happy, imuniti badan makin kuat💪

Memang menjadi!

Malam tadi sihat dah Kaklong tapi mama still juga bagi antioksidan vivix. Untuk support lagi sistem pertahanan badan kaklong melawan antigen.

Dan harini syukur sangat dan betul2 sihat dan kuat anak mama. Ujian kesihatan Allah beri untuk kuatkan lagi sistem badan. Lepas ni lebih kuat dan sihat lagi ye wahai anak.

Aeinna Musa,
Perjuangan menyihatkan diri, keluarga dan semua orang💪



Friday, 2 August 2019

Tips Jadi Orang Yang Paling Bahagia

10:02 31 Comments





Tips Jadi Orang Yang Paling Bahagia | Assalamualaikum.

Nak jadi orang yang selalu bahagia dan menarik kejayaan kekayaan dan ketenangan dalam hidup, setiap pagi senaraikan list apa perkara yang kita suka buat, yang kita rasa happy. 

Itu akan buat kita vibrate at higher vibration di mana badan kita sendiri akan jadi tarikan kepada rezeki yang baik dan melimpah serta berkat.

Rezeki tu dah ada dah sekeliling kita, tinggal kita je nak ‘tarik’ datang pada kita dan bersedia untuk terima. Buang blockage.

So harini kita buat exercise. Caranya mudah amat. Ambil 1 kertas dan 1 pen, listkan apa perkara yang buat hati kita rasa happy teruja gembira.

Contoh nya peluk anak sambil cuit hidung dia , peluk mak sambil bisikkan pada mak,I LOVE U MAK, peluk pasangan lama-lama kuat-kuat, suap anak makan makanan feveret dorang, masak nasi ayam kegemaran suami dan anak-anak,  geletek anak sampai dia ketawa mengekek ngekek, siram pokok bunga sambil nyanyi lagu Cindai, bagi kucing makan sambil borak dan usap kepala dia, masak untuk mak mertua , kemas rumah deco-deco bersama eric, susun baju dan shawl ikut color etc

Anything, senaraikan saje. Buat setiap hari- setiap pagi selepas subuh lebih baik. Mulakan saje sekarang.

Kekna yakin, masa duk tulis tu pon kita tersenyum bahagia😊

Kita mula harini sama-sama ye. 

Boleh share di komen apa perkara yang buat korang happy?

Noor Aeinna Binti Musa,
Nak Jadi Ejen Kebahagiaan🤗

Saturday, 20 July 2019

Redang Lagoon Chalet, Pulau Redang Terengganu

05:22 4 Comments

Redang Lagoon Chalet, Pulau Redang Terengganu | Assalamualaikum. Pulau Redang bukan sahaja antara pulau tercantik dan popular di Malaysia malah di dunia juga. Pulau ni berada di Terengganu dan terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Teluk Kalung, teluk Bakau, Pasir Panjang dan Teluk Dalam. Ena sendiri pernah pergi ke Pulau Redang tapi dah lama dah, masa sekolah dulu hehe.


Pulau Redang terkenal di kalangan pelancong dan penyelam (scuba diver) kerana keindahan dasar laut ,pasir yang sangat lembut dan halus serta air nya yang biru kehijauan. Ok meh Ena belanja view dari Pulau Redang.


















Redang Lagoon Chalet

Kalau korang teringin nak pergi bercuti di Pulau Redang, Ena sangat rekemen untuk stay di Redang Lagoon Chalet. Harga sangat berpatutan dan keselesaan pelanggan diutamakan. InsyaAllah dijamin servis terbaik dari Team Redang Lagoon Chalet. 






















Feedback Pelangan





Harga bermula dari;

Adult : RM280
Children ( 4yo - 11yo ) : RM150
Baby : free

untuk info dan keterangan lanjut boleh terus klik di bawah ni ye. Ena cadangkan korang save je siap-siap nombor telefon ni so senang lah nak bagi kat kawan-kawan nanti atau korang sendiri nak pergi ke Pulau Redang.




Thursday, 18 July 2019

Daun Bidara Mengandungi 1001 Khasiat

08:18 5 Comments
Daun Bidara Mengandungi 1001 Khasiat  | Assalamualaikum. Siapa pernah dengar daun bidara. Daun yang sangat banyak khasiat dan manfaat nya, kalau anda belom pernah dengar atau tahu mengenai pokok bidara boleh la ke web ini untuk baca info lanjut mengenai pokok bidara. Orang kata tak kenal makan tak cinta kan hehe.

Antara kegunaan minyak bidara asli adalah:

MINYAK DAUN BIDARA ASLI 


Khasiat MDBA :


🍃Sakit dada sesak nafas
🍃Susah tidur malam
🍃Anak kencing malam
🍃Kena gigitan serangga
🍃Batuk selsema
🍃Buang angin dalam badan
🍃Stroke
🍃Melembutkan saraf
🍃Gaut
🍃Senggugut
🍃Migrain
🍃Sembelit
🍃Bayi sawan tangis
🍃Minyak kembung perut
🍃Lenguh2 kebas kaki tangan
🍃Gangguan jin dan makluk halus
🍃Minyak selusuh
🍃Minyak rambut
🍃Minyak urut
🍃Penyakit-penyakit luaran


Haa banyak kan khasiat nya. Syarikat Selamat Abadi dah memudahkan kita dengan mengeluarkan produk berasaskan daun bidara asli. Antara produk yang mendapat sambutan  yang hangat dari keluaran Selamat Abadi berasaskan daun bidara adalah:


✍MDBA 30ml (Botol Kaca)
RM10(sm) & RM13(ss)

✍MDBA 60ml (Botol Roll On)
RM20(sm) & RM23(ss)

✍MDBA 125ml (Botol XL)
RM39(sm) & RM42(ss)


Kandungan Minyak BIdara Asli:
✔Minyak
✔Daun Bidara Asli
✔Serai Wangi
✔Menthol


Minyak Bidara Asli

minyak Bidara Asli






MInyak BIdara Asli

Bam Bidara Asli





Puan Suzana adalah Ejen yang aktif menyebarkan manfaat Minyak Bidara Asli di mana beliau mendapat tempahan minyak yang sangat tinggi saban hari.

\





Hubungi Puan Suzana untuk dapatan khasiat Minyak Bidara Asli hari ini:


Wassap Puan Suzana : +6019-396 9679 (klik)


DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.